Monday, March 23

Novel Baru PTS & Fajar Pakeer

Tajuk: Urana Exham: Satu Eterniti
Penulis: Kusyi Hirdan
Harga: RM19.00 (Semenanjung Malaysia)
RM21.00 (Sabah & Sarawak)
352 mukasurat

Novel Sai Fai Romantik Pertama Malaysia

"Bisakah jiwa kita bersatu"

Novel ni saya agak teruja nak baca sbb dah baca first part dulu yg bertajuk "Urana Exham".

Jasad Urana sudah mati
Hati Exham turut mati
Tapi cerita ini tidak lagi bertemu penamatnya.
Bangsa Miri adalah golongan yang selama ini ditindas. Namun era kebangkitan mereka telah tiba. Kehebatan bangsa Miri telah mencetuskan rasa iri hati pada puak lain. Terjadilah konflik politik dunia Oshab di bawah pimpinan Exham. Konflik ini membawa kepada ancaman yang tidak disangka.
Dalam kekalutan itu, Exham telah dibayangi kisah lampaunya bersama Urana. Mungkinkah apa yang dihajati oleh Exham dapat dizahirkan?
Apakah Urana dapat mengubah segala-galanya buat Exham?
Apakah cinta mampu melawan yang sudah tersurat dalam destini?



Diam-diam Rindu by Ezi Afiza
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Jika cinta itu satu gurauan, mengapa perpisahan begitu menyakitkan?"

Elisya, seorang gadis yang tabah. Dia cuba bangkit daripada kegagalan hidup semalam walaupun ada kalanya dia hampir-hampir berputus asa. Takdir menemukan dia dengan Amir, sahabat lama yang memberikan semangat untuk dia meneruskan hidup. Namun, sedang dia hampir meniti bahagia, Fikri muncul sekali lagi. Dia buntu. Antara Amir yang mula bertapak di hatinya dan Fikri, insan yang pernah dicintainya.

Dan bagaimana pula dengan Zarin, sahabatnya, yang pernah bertakhta di hati Amir?

Antara cinta dan sahabat, mereka keliru dalam hidup. Antara cinta dan sahabat, ada kalanya mereka menidakkan perasaan masing-masing dan ada kalanya mereka membuat keputusan yang bertentangan dengan apa yang mereka rasa. Antara cinta dan sahabat, perlu dipilih satu antara dua.


Aku, Dia dan Cinta by Hafirda Afiela & Rehal Nuharis
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

Antara mereka ada kenangan yang tersimpan. Mereka sering bersama dan sering bersaing antara satu sama lain. Namun, hanya kerana satu perkara, mereka hilang kenangan.

Tisya, gadis selamba yang meminati bidang muzik. Impiannya mahu membuktikan yang muzik juga punya masa depan. Namun tanpa diduga keakraban itu telah memberikan rasa yang dia sendiri belum sedia merasainya. Ada yang menghalang dan ada yang menyokong. Adakah lagu cinta terus berkumandang?

Razen, pemuda yang langsung tidak mempercayai istilah cinta pandang pertama, tetap setia menanti gadis yang sememangnya telah tersimpan kemas di lubuk hatinya. Apakah dia harus menanti si dia yang entah di mana bayangnya atau menerima kenyataan yang dia sememangnya telah terkena panahan cinta pandang pertama?

Inilah kisah aku, dia dan cinta…



Rindu Yusuf Cinta Zulaika by Siti Rozilah
Terbitan Fajar Pakeer
Tahun 2009

"Riwayat cinta mengatakan, bukankah Yusuf pasangannya Zulaika?"

Dia diijabkabulkan dalam usia yang masih terlalu muda. Namun ianya bukanlah satu penyesalan, kerana dia menyimpan cinta mendalam terhadap Yusuf Hakimi. Status seorang isteri baginya adalah status yang sewajarnya dihormati. Dia nekad untuk menjadi isteri solehah, yang dijanjikan Allah menapak ke syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya.

Tapi kewujudan Intan Juliana dalam rumah tangga mereka bagaikan api dalam sekam, membakar dalam diam. Kenapa suaminya perlu memilih seorang perempuan sebagai teman baiknya? Kenapa?

Rasa rendah diri kerana belum mampu melahirkan bayi comel dalam rumah tangga semakin menekan perasaan. Dan, kehadiran Johan yang memintanya agar membenarkan suaminya berpoligami menghakis sabarnya selaku isteri, yang goyah statusnya. Hidupnya terumbang-ambing. Bahagianya sirna. Lalu bagaimanakah cara untuk dikembalikan semula bahagia itu dalam hidupnya?

Benarkah Yusuf pasangannya Zulaika?

7 comments:

silencez said...

siti rozilah ni, penulis yg sama yg sll tulis dgn cesb ke weh?

kalau betul.. erk.. wa kena beli buku ni.

kaknOOr said...

Yup akak baru nak tanye tgk nama cam memang dah terkenal sit rozilah cesb /kn sil nanti akak sms akak ada phone no dia

kaypo said...

amboi akak..calling jgn x calling..yg pasti kalo CT ni org yg sama..mmg best..dia ada buku ngan KN kan?

kucc_aprilsnow said...

kt tibitiga ada cite Yusuf gak...tapi wa xminat aar Yusuf tu, cari laa Yusuf yg lebih mengancam ek...hikhik,

ya ampun wat peminat AM wa xleh nk jd blue hipo sbb wa pepel...ahaaks

silencez said...

buku yg 1st tu terbitan PTS eh rinn? baca blurb mcm best. ada mcm ala2 saga artakusiad :x

huhuuu.. list makin beranak pinak.


kak noor.. nanti ada apa2 infor, kasi tau ek :x

cing.. haha. lu agak2, org seberang laut tu layan tak citer tu? :D

RinnTis said...

sil. Ha'ah. Urana Exham tu terbitan PTS. buku first dia tajuk Urana Exham, buku kedua ni tajuk dia Urana Exham:Satu Eterniti. citer sci-fi lain tak baca lah pulak.

kucc_aprilsnow said...

ya sil...boss peminat AM ker..erk boss ampunnnn!!, jgn ler sumpah wa jd botoi kicap...kalau jd jet-ski xper, hikhik