Thursday, March 26

Buku Baharu Di Pesta Buku Dari JS


sekali air sungai melimpah… sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta tiga segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?
+ + +
NAZURAH AISHAH kembali dengan cerita yang sarat dengan emosi. Bahasa NAZURAH AISHAH
terserlah matang, tulisannya segar dan menguntum senyum pembaca. Rahsia Hati Sofia
dipersembahkan hanya buat mereka yang faham akan erti cinta!


Kami hanya dua jiwa yang terpapas ketika menunggu kereta api, di sebuah halte kehidupan. Aku lelaki yang akan menaiki kereta api siang, dan dia pula perempuan yang telah membeli tiket kereta api malam. Perjalanan satu hala: kami sendiri tidak tahu ke mana destinasinya. Perkongsian yang kami panggil ‘cinta’ itu, sebenarnya hanyalah saling berpandangan melalui tingkap cermin; saling melambai tangan dan bertukar senyum. Kemudian ketika peluit berbunyi, baru aku sedar realitinya: kereta apiku mula bergerak, kami semakin berjarak. Hanya bayangannya yang melekat di cermin jendela. Kami semakin menjauh. Hanya senyum manisnya masih terlekat di jendela hati.
aku bukannya muncikari yang menjual jiwa kepada iblis untuk hidup mewah
Apa yang nak dibuat, sekiranya terjumpa duit RM2 juta dan tas ‘harta berharga’? Terhormatkah untuk ‘dipinjam’ sebentar, dengan niat akan memulangkannya kemudian nanti?
Kasihan Ali Imran, tauke Pasar Mini MusliMart yang diburu gengster kiri dan kanan... gara-gara ‘pinjaman’ tidak sengajanya itu. Pada waktu terdesak, tiada yang dapat menolong selain daripada Dia!
* * * *
IMAEN menulis untuk mereka yang sedia berkongsi falsafah rasa. IMAEN menulis untuk anda, yang menanti karya thriller dalam bahasa nan indah.

Novel JS Adiwarna untuk anak-anak


Berapa orang ada pulau kecil yang indah nian, lagi terpencil? Di mana ada unggas-unggas berterbangan, arnab-arnab berlari-lari atas rumput yang menghijau, ikan-ikan yang berwarna-warni berenang dalam sungai...
Ashraf memilikinya! Hadiah daripada arwah ibu. Ashraf membenarkan Umar dan adik-adiknya, Nurin, Wafi, dan Wafa bersembunyi di pulau itu. Anak-anak Mejar Azim itu nekad melarikan diri kerana sudah tidak tahan didera, Ucu Tija. Lebih malang lagi, ayah Ashraf hilang di laut, sementara sepupunya, Adnin ada sebab tersendiri untuk melarikan diri juga. Ternyata, mereka berenam telah mengalami detik-detik menyeronokkan di pulau indah itu.
Jomlah, sama-sama ikut mereka ke Pulau Harapan! Tetapi, ketenangan itu tidak lama. Ada penyeludup dan ‘pemusnah alam’ dari Pulau Tiga yang sedang bermaharajalela! Bagaimana kita boleh menolong Ashraf dan kawan-kawannya di Pulau Harapan?


Nabil dan Nurdini seronok sangat apabila dapat berkenalan dengan Luthfil dan Dania. Mulanya, anak-anak Pengurus yang baharu itu tidak suka berpindah ke Ladang Seri Taming. Bagaimanapun apabila mereka menubuhkan Kelab Sarjana, keadaan berubah. Pada awalnya, mereka sekadar menyiasat apa sahaja kejadian pelik di ladang itu. Kadang-kadang, sekadar misteri yang remeh-temeh sahaja. Selalu-selalunya, aktiviti mereka menjadi sukar kerana sering kali diganggu oleh si kembar Intan-Adib yang nakal! Kemudiannya, apabila anak saudara Inspektor Hilmi juga diterima menjadi ahli Kelab Sarjana, mereka telah terjerumus dalam misteri rumah usang yang aneh. Bagaimana dan mengapa rumah itu aneh?
Semuanya akan terjawab dalam siri pertama – Kelab Sarjana: Misteri Rumah Asap di Ladang Seri Taming.


Fitri, Deena dan Azam mengikut Profesor Aqbal ke Gua Cha, Kelantan. Bapa mereka sedang menjalankan kajian antropologi di situ. Doktor Daniel, Kurator Muzium dari Australia juga membawa anak-anaknya, Faris dan Johana ke sana. Lalu untuk menghilang rasa bosan menunggu bapa mereka bekerja, si anak memilih untuk masuk ke pinggir Taman Negara. Dengan pertolongan Pak Darus dan Pedik si anak orang asli, mereka berjaya menjejaki pinggir taman itu.
Namun bahaya tetap menanti. Ketika sedang mencari tempat jatuhnya meteor, Faris telah ditawan oleh pemburu-pemburu haram. Manakala Pak Darus pula dipatuk ular. Lalu, siapakah yang boleh diharap pada saat-saat genting ini? Azam si cilik yang montel ataupun Johana si cantik yang suka berangan-agan menjadi peragawati?
Pada waktu yang sama, artifak dari Gua Cha pula hilang! Siapa pula yang mencurinya? Apa yang harus mereka lakukan?

Pra-cetak Mei 2009

perasaan ini bagaikan air di kali yang sentiasa mengalir tanpa henti

Telah aku kuburkan dalam-dalam persahabatan bersama kau. Telah aku cuba simpan peristiwa aib itu dalam hati sampai mati. Bertahun aku menghilang, dan tidak pernah aku sangka waktu telah menemukan kita lagi. Malang apa yang menanti, pabila aku dan kau terperangkap dalam ikatan yang tidak pernah kita impikan?

Benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi? Percik air lembutlah ia...!Benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga? Sentuh dasarnya, lunaklah ia...!Benarkah begitu...?

Ya, perempuan lain mungkin, tetapi tidak aku untuk lelaki seperti kau!Kau tidak pernah mengenali lagi aku Fir, kau tidak pernah lagi memahami aku Fir, kau tidak pernah sekalipun menyelami hati seorang aku!
Bahtera ini, arah kita tak serupapadamu... aku dendam yang tak terungkai, padaku... kau sahabat yang melukakan

Mengapa tidak kita akhiri sahaja tali ini, kalau kita tidak pernah endahkan ijab kabulnya, Fir?

***Bacalah hati perempuan NAZAWATI dalam Teluki Itu untuk Aku. Bandingkan dia dengan hati anda sendiri!
Buku-buku ini boleh didapati di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur mulai 17 ~ 26 April 2009 di gerai no. 53 & 54, Dewan Tun Hussein Onn (Tingkat Bawah), PWTC

9 comments:

kucc_aprilsnow said...

fuyoooo..manyaknyerr, habislaa waa kaksu, kakyah...

naz, imaen, nazawati & my beloved kaksu shomel...congrat 3x, nnt wa serang booth JS on 17/4....

p/s : kak jua, didi...ngeh ngeh ngeh

kaknOOr said...

Tahniah JS and kak su.....Uwaahh habislah akak semua nak borong ...sib baik menang teka cover novel bln 3 sudah blh dpt 2 percuma yang lain tu ke belilah ....
Tapikan untuk bln 4 kita tak menang tapi kita bangga arrr sbb teka betul untuk tajuk cover novel imaen...ha ha ha ha

RinnTis said...

waaah ni yg teruja ni...
tahniah buat penulis2 js

RinnTis said...

Bonda saya pun teka gak tapi semua tak kena. haha.. memang bab teka2 ni fail!

Ju'A said...

tahniah utk penulis2 JS..meriahnya book fair 2009 ni...

kak su...novel Adiwarna tu utk iqa...biar hilang jeles dia asik ibu dia je ada buku baru....

p/s : cing,didi kena siap troli besau lah beb....

RinnTis said...

bawak beg balik kg yg ada roda tu boleh tak? haha

Noor Suraya said...

syukurnya,

sebab kembar tiga kaksu akhirnya berjaya di caesarean juga di hospital js, selepas bertahun-tahun menunggu due :D

kucc, setahun sekali meriahkan industri buku negara ahaks *nak pingat kebaktian*

kaknoor - terima kasih :), teka 1 tu lebih susah, sebab tak ada klu,

salam rinn, selamat berbeg roda

ju'a... suka la, kalau para sahabat ada anak kecil nih :) ada adik ke, ahaks... kepimpinan melalui teladan - kan, iqa

- kaksu -

kaypo said...

wah banyak nak kena derma kat JS ni..hahaha...tahniah k.su & js.
abis la JS kena serang ngan geng kicap ni..

Dyea said...

waaahhhh..
manyak nyer buku baru.
Berpinar2 la mata kt Bookfair nti.

Tahniah Kak Su, Kak Yah , naz, imaen, n nazawati!!