Tajuk : Mulanya Satu Cinta
Harga RM18.00
Harga RM18.00
MS: 496
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
Terbitan : Januari 2009
-------------------------------------------------------------------
"Kau nak aku berterus-terang? Ya, kau memang menjadi bebanan aku. Tapi aku perlukan kau sebagai bebanan. Iryanie… aku ibarat kapal. Tanpa bebanan yang dilemparkan di laut, kapal itu akan terumbang-ambing. Kau ibarat sauh. Tanpa sauh, aku akan terumbang-ambing tanpa arah…” - Ezli
“Iryanie… kau tahu tak, bila aku melihat kau, aku rasa aku dah bertemu dengan tulang rusuk aku yang hilang…”
------------------------------------------------------------------------------
Sinopsis
EDDY EZLI dan Khairina berkahwin di luar negara ketika mereka masih bergelar pelajar. Malangnya, ketika anak mereka, Afizan berusia dua bulan, Khairina berlaku curang kerana desakan hidup di rantau orang.
Akibat mengejar cinta lain, Khairina meminta cerai dan hak penjagaan anak diserahkan kepada Ezli. Kerana dikecewakan, Ezli menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita di dalam hidupnya.
Namun, permulaan yang tidak diduga telah menemukan Ezli dengan Iryanie yang diupah untuk mengasuh Afizan. Ibu Ezli terpaut dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Hubungan Iryanie dan Afizan semakin rapat sehingga anak itu selesa memanggilnya 'mama'. Akhirnya, Ezli patuh pada fitrah manusia bahawa dia amat memerlukan ibu untuk anaknya dan teman buat dirinya. Cinta dan rindunya mula berputik terhadap Iryanie.
Namun, kemunculan semula Khairina untuk merampas Afizan telah membuatkan Ezli hidup dalam kebimbangan. Pelbagai cara digunakan oleh wanita itu dalam mendapatkan kembali anak itu daripada Ezli.
Konflik dan krisis bagai tak berkesudahan sehingga terbawa ke kamar mahkamah. Namun, dapatkah mereka menerima keputusan pengadilan yang akan melukakan salah satu hati?
Notapipi:
Rose, wa selalu teruja ngan lukisan2 lu aar...cun banget beb...anyway, congrat beb...wa dah rembat semalam buku ni kat markas...
10 comments:
akhirnya!!! muncul jugak "Mulanya Satu cinta" tahniah rose :)
Kita dah beli sabtu lepasa dan dah katam pun. Mulanya Satu Cinta.. sebuah novel yg santai tapi tetap menarik lepas ni pasti ramai yg minat dgn watak Eddy Ezli duda dan anaknya Afizan.
Pss rose akak tunggu ek tanda buku gbr hero tu he he he
Rose...tahniah utk Mulanya Satu Cinta...kucc bg info terus tit2 adik minta tlg belikan...
bonda....selepas zarul, eddy lak muncul...tergoda betui ngan hero hensem si rose ni....hehehe
aku dah selamat katam gak cite ni...rose..as usual cite u tak menghampakan..best superb..dijamin puas..dan lulus iso kicap...dan ramai pasti jatuh chenta kat ezli ni. Beli jangan tak beli. Rugi kalo x beli.
Alahai... dah ada kat daerah kicap... huhu... terharunya...
Rinn : ekekke... terima kasih banyak
Qimi08 : Cepatnya akak baca yea... terima kasih banyak... saya terharu ni... mmg saya santaikan novel itu supaya tak pening kepala... nak rileks sikit... yeaaa... nanti bila jumpa saya bagi akak tanda buku hero tu...
ju'a : terima kasih banyak kak... hehe... hero2 saya kena hensem, barulah saya ada feel nak nulis... ahaks!
kucc: cepatnya ko baca... aku terharu weh... terima kasih banyak atas promosi yang ko bagi... nanti aku bagi tanda buku ezli... heheheh
ehem ehem..
congrate rose. meh belanja org makan ekekeke.
rabu ni nak mengangkut. org miri.. org brunei.. tak nak ke? boleh angkut sekali :P
cikRose
congrats & good luck
untuk 'Mulanya Satu Cinta'
aku buat rombongan ke markas
kalo buku hang ni dah ade
kat sana :)
Rose, tahniah!!!
Ni X sabor nk g markas ni :)
aku check buku cikRose
dah ade kat markas
sapa2 yg nak beli
sudi2kan lah ye
kalo nak pesan kat
aku pun boleh gak
:)
sil : alamakk... terlambat balas komen ni... kekek.. tengkiu sil... dan alamak... laa.. dah terlepas nak jumpa org miri & brunei... iskkk
Dyea : tengkiu laling...
Nick : tengkiu gak... lu mmg cargas la... hahaha
Post a Comment