Monday, January 12

Novel Cinta Januari 2009



Tajuk : Horizon Cinta
Harga : RM18.00

M/S : 496 Halaman
Terbitan : Alaf 21 Sdn Bhd

Blurb

Zariz seorang pelaut yang cintakan kedamaian dan ketenangan. Hidupnya yang dikelilingi lautan luas menjadikan diri­nya sepi. Temannya hanyalah pukulan ombak dan desiran angin. Cuma sesekali kicauan camar laut hadir menghidupkan hari-harinya. Bibirnya jarang meng­ucapkan kata-kata, hanya telinganya tekun mendengar dan mata yang rajin menilik.

Berbeza dengan Zara, seorang gadis yang lin­cah dan pandai berkata-kata, sesuai de­ngan kerjaya yang menuntutnya bertemu orang ramai. Pesonanya menjadikan Zara cukup mudah didekati. Cuma ada ketika, sikapnya yang terlalu peramah menyusahkan orang lain. Zara senang dikerumuni, di­minati dan gemar berada di antara kelompok manusia lain.

Takdir menemukan mereka. Zara dan Zariz bagaimanapun ibarat anjing dan kucing. Andai berjumpa, pasti bertingkah kata, berselisih pendapat. Ego yang beraja di hati menjadikan mereka tegar me­nyakiti satu sama lain. Tanpa sedar, per­telingkahan demi pertelingkahan mereka mewujudkan kesebatian. Dalam diam, benci menjadi rindu, dendam menjadi sayang.Namun, mudahkah mereka melafazkan kata cinta kerana ma­sing-masing pernah melukai?

5 comments:

RinnTis said...

wah! menarik nih. tahniah umi azrini :) saya memang suka bangat sama novel pertama dulu "Sejujur Hatimu". err cover tu gambar prempuan pakai baju putih berdiri terpacak kat tepi pantai... sekali tengok ok, dua kali tengok seram, mcm hantu pantai lah pulak.

kaknOOr said...

Memang menarik Rinn. Akak pun menanti kemunculan novel ni. Hampir 2 thn menyepi.. Akak tertanya-tanya kemana Ummi menghilang diri rupenya dah jadi seorang ibu muda dah dah berhijrah ke bahrain.
Harap minggu ni novel ni dah ada di pasaran.

kucc_aprilsnow said...

congrats umi atas kelahiran novel terbaru...

p/s : rin...ko agak antu pantai ngan antu laut sama tak...hikhik

Ju'A said...

Umi..tahniah utk novel ke 2 selepas Sejujur Hatimu. Terlalu lama menyepi akhirnya yang ditunggu telah tiba....

rinn...biar seram covernya jangan seram citenya...

bonda...insyaallah kat markas ada walaupun di blog alaf tiada...

RinnTis said...

kucc. Hantu pantai tak reti berenang, hantu laut pandai berenang dan menyelam. hehe...

kalau citer seram memang saya tak baca la kak ju'a. otak saya ni jadi creative dan innovatif pulak kalau baca citer2 han han ni.