Monday, June 23

Bohemian

PENULIS : IMAEN
PENERBIT : JEMARI SENI PUBLISHING
HARGA : RM20.00
HALAMAN : 472 MUKA SURAT
GENRE : DRAMA/AKSI/ROMANTIK

*****
-------------------------------------------------------------------
"hidup saya sebenarnya cukup mudah..."
"saya melihat hidup begini sahaja, manusia hanya memiliki apa-apa yang tidak tenggelam daripada sebuah kapal karam"...

Apa Kata Saya;

Mengesankan.Bohemian, buah tangan terbaru Imaen masih mengekalkan format sama lewat Vendetta juga Labyrinth...format yang menjadi satu tagline buat penulis hebat ini. Pengumpulan lebih dari satu cerita ke dalam satu pertembungan yang berkembang kepada isu masing-masing yang akhirnya dipertemukan di titik akhir ia ternoktah.

Jalinan plot cerita ini cukup cantik melalui pengolahan isu-isu yang cukup mengesankan dan disokong dengan teknik suntingan yang baik, jalan cerita ini berkembang dengan teratur tanpa kecelaruan yang akan menjejaskan pembacaan dan faktor jalinan cerita dan suntingan yang hebat akan menampakkan kekemasan persembahan keseluruhan cerita yang akan mengheret pembaca untuk terus terpaku di hadapan naskhah ini hingga ke titik akhir ceritanya.

Imaen yang sebelum ini cemerlang menerusi Vendetta, Labyrinth, sekali lagi mengulangi kehebatan penanya merakamkan kisah hidup seorang pemuzik jalanan/"busker" yang sangat jitu mempertahankan prinsip hidup di zaman yang sangat melihat kejayaan material sebagai indek penunjuk kejayaan individu.

Untungnya, watak utama Bohemian, Fadlan ternyata bagus sekali. Biarpun dengan stail ala2 ustaznya tetapi ia cukup memenuhi keperluan perwatakannya dilengkapkan pula dengan Nadira yang cantik, tegas tapi adakalanya keliru...dua insan yang berbeda latar, kedudukan dan prinsip tapi bersatu atas tiket; penyatuan hati.Tidak ketinggalan persembahan watak-watak pembantu yang lain, Suhaimi, Nufail, Detektif Kamal,Fariza, Marina..semua ini melengkapkan keindahan Bohemian.Apa-apapun Bohemian akan diingati menerusi bagaimana pertemuan dan insiden dicipta sebagai pembuka tirai ke arah penyelesaian konfliknya.

Disamping sub cerita lain yang turut diketengahkan beliau sebagai pelengkap naskhah ini, kenikmatan sebenar dari naskhah ini adalah menerusi rangkaian bahasa-bahasa falsafah yang diisi oleh Imaen untuk diketengahkan buat tatapan juga renungan bersama. Penulisan yang cukup ikhlas dari beliau dengan strategi serampang 2 mata ternyata cukup menjadi dan membawa erti yang bukan sedikit kepada pembaca.Begitu terasa tamparannya!!!

Bohemian mengukir sekali lagi nama Imaen untuk diangkat sebaris penulis terbaik tanahair. Bohemian seharusnya dibaca untuk menyedarkan kita yang negara ini ada seorang penulis hebat.

Buat penulis, jutaan terima kasih atas karya yang sangat bermakna ini. Kedalaman falsafah juga nasihat yang diberi cukup bererti buat saya yang selama ini mungkin jahil tentang sesuatu. Sekalung tahniah buat anda dan semoga terus cemerlang di masa hadapan.

Kisahnya...

Bohemian menyajikan seorang Fadlan, "busker" lulusan kejuruteraan yang ingin memperjuangkan cita-cita diri sebagai pemuzik..pemuzik yang berlandaskan prinsip dan peraturan hidup yang tidak tersasar. Dalam meniti perjalanan hidup sebagai pemuzik jalanan dia dipertemukan secara tidak sengaja dengan si copper blonde celup; Nadira sang peguam muda nan cantik, moden..lewat pertemuan demi pertemuan, mereka saling mengenali, saling memahami bicara rasa, bicara hati antara mereka...titik keserasian tercipta walau secara dasar beda antara mereka bak 2 citra warna..namun warna, tetap memerlukan antara satu sama lain untuk mencipta sebuah lakaran.

Kisah diperluaskan dengan pembabitan secara tidak sengaja Fadlan dalam permasalahan rakan seuniversitinya, Suhaimi yang diburu sekumpulan manusia rakus, kejam demi mendapatkan bukti kejahatan mereka yang disimpan Suhaimi yang sebenarnya terlepas ke tangan Fadlan secara tidak sengaja. Rentetan penglibatan inilah membawa jauh keterlibatan Fadlan ke lembah manusia-manusia keji yang bertopengkan kemegahan kedudukan sosial untuk menutup kemungkaran tingkah laku mereka.

Babak aksi yang membabitkan Fadlan juga watak2 pembantu yang lain ditonjolkan dengan cukup menarik...kita seperti sedang menonton sebuah filem aksi pulak rasanya. Teknik penceritaan serta olahan yang menarik terbukti berjaya menghidupkan suasana sesuatu babak aksi dengan lebih sempurna.

Paling menginsafkan tatkala mengikuti tazkirah Fadlan pada "buah hati"nya, Nadira, biar dalam bahasa yang cukup tersusun indah, tertib penuh beralaskan personifikasi...namun kita yang membaca, bukan sekadar terbias tapi tersungkur dengan makna yang tersirat di sebalik...well, sapa yang makan mangga muda, dialah yang rasa masamnya...hehehe

Buat penggemar kisah-kisah sebegini, Bohemian wajib berada dalam carta pembelian anda...Selamat menghayati Bohemian.

15 comments:

NickyAzrai said...

Kuc...

chomelnya review hang

kat sini x de org nak bg tacang
kita jumpa nnt aku blanja hang
sirap limau satu hehehe

Thanks :D

kucc_aprilsnow said...

xper beb wa nnt beli kacang kt kedai aya di LA, lg beshhh..ekekeke

Kita share review memasing,stail yg pelbagai dr GK...biar yg baca leh tackle "indah"nya karya2 yg kita review di sini dr perspektif pengulasan ahli GK...chewah, cam bagus jer waa kan..hehehehe

silencez said...

cing.. hari tu si tung ada kasi tau 1 website ni. web ni, diorg akan bayar utk review2 tu. lupa lak nak salin.


nick.. utk org takde ke :(
ekeke. kalau imaen tak kisah, mesti dia boleh belanja tosei ekeke. tapi rasanya lepas soalan hari tu dia dah terkedu kot hehehe

kucc_aprilsnow said...

xper aa sil..review amatur camnie xyah lerr nk mintak byr...wa yg malu ader lerr..

eh, soklan terkumpul Bohemian dah brape beb, wa ada 1-2 ni yg nk ditanya tap lupa lak, masa terlintas terlupa tulis...

terkedu?..bukan dia malu nk jawap taw beb, hang apa laa soklan lagu tu yg pi tanya watpa...(ecece, kengkunun padahal akulah...hehehe)

NickyAzrai said...

sil..
telepati naga sangkut tang mana ni

kalo aku blanja kuc, mestilah ngan hang skali. Kan kita gi mana2 together2
:D

kuc..
beli kacang tu lebih2 sket
aku nak pistachio erk *wink*

NickyAzrai said...

aku kalo tau sapa2 kasi review buku mintak duit, aku x rasa review dia iklas.

cam ner nak promote buku kalo ingat duit je
sure2 buku x sedap pun dia kata sedap

kucc_aprilsnow said...

puan deputy...

byk ko nyer pistachio...kacang botak r kacang parang pun dh cukup baek taw...ekekeke

silencez said...

telepati tersangkut kat ekor kapal terbang ekeke. nick, tapi org tak mau kacang. nak aiskrim baskin robbin tu ha..

tapi kan nick, rasa mcm tu saguhati @ salah satu cara utk galakkan lagi ramai org buat review yg bagus2. kira lagi bersemangat la kan hehe. tapi web tu pun mesti la akan bayar review yg bagus pada penilaian diorg. takde main hentam keromo je kot.

kucc_aprilsnow said...

tul2 sil...sokong 200%

tapi wa, insyaallah dr kat sinun sampai laa kat sini bagi review yg ikhlas, xder misi udang di sebalik mee udang..wa tulis dr perspektif wa sbg pembaca...berkongsi ngan geng2 buku yg lain...

silencez said...

cing.. 1 soalan.. bila nak review manikam kalbu ni ekeke

NickyAzrai said...

kuc..

tak de pistachio
kacang walnut pun
aku makan je sb aku x cerewet
hehehe

NickyAzrai said...

sil..

kat baskin robbin boleh utang tak
aku nak beli aiskrim, buat installment 10 kali bayar :p

silencez said...

erk.. amboii hehe. tak pe lah. org belanja hang bln 1o nanti :P

kucc_aprilsnow said...

tunggu nick review CH2R dulo k...pastu lu invite FT masuk...kemudian br wa fikir lepas tgk apa tu mamat komen, ekekeke

NickyAzrai said...

adoilaaahh berat nie berat

nak bwk msk mamat tu wat per

idung aku tak mancunglah weh nak disorong2

ahaks