Monday, June 9

Tetralogi Laksar Pelangi


TAJUK : TETRALOGI LASKAR PELANGI (LASKAR PELANGI, SANG PEMIMPI & EDENSOR)
PENULIS : ANDREA HIRATA
PENERBIT : PTS LITERA
HARGA : LP -RM28, SP -RM26.E -RM26
GENRE : AUTOBIOGRAFI.


******
-----------------------------------------------------------------------

Laskar Pelangi, Sang Pemimpi & Edensor buah tangan dari satu2nya si “out of the blue”; Andrea Hirata sang pengkarya tanah seberang nan cukup kreatif dan unik hebat dgn gaya tersendiri yang sangat bersahaja dalam mempersembahkan rangkaian naskhah nan terlalu istimewa,kaya dgn nilai kehidupan, indah dan menarik ini utk para pencinta dunia sastera melayu.

Sesungguhnya Tetralogi ini wajib dimiliki oleh kita semua kerana tak ternilai “isi sejarah” yang dipenakan oleh sang pencerita ini untuk beliau kongsi bersama kita semua. Segala suka duka, pahit manis, gelak tawa disingkap untuk tatapan pembaca.

“kami suka sekali melihat pelangi…tidak tahu sejak bila namun setiap kali selepas hujan maka kami akan menanti kemunculan pelangi…maka disebabkan itu Ibu Muslimah menggelarkan kami Laskar Pelangi…” kami; Ikal, Lintang, Borek/Samson, A Kiong, Sahara,Trapani, Kucai, Harun, Syahdan, Mahar & Flo dari angkatan Sekolah Muhammadiyah adalah intipati cerita dalam Laskar Pelangi(LP). Ikal, yakni Andrea sendiri melakarkan kehidupan getir masa kecilnya di Pulau Belitong untuk tatapan kita semua para pembaca. Bersama2 dgn 10 anggota LP tersebut jalinan kehidupan mereka dipertontonkan oleh Andrea kepada pembaca. Kita ketawa dgn kelucuan gelagat spontan mereka, tersentuh, berkaca air mata menghayati keperitan serta semangat luar biasa mereka mengharungi kehidupan tanpa sedikitpun pasrah pada keadaan yang adakalanya tidak memenangkan mereka.

Layar kehidupan mereka difilemkan seadanya oleh Andrea tetapi cukup sarat dgn motif metafora serta elemen-elemen pengajaran untuk renungan pembaca. Paling nyata pelajaran moral yang diselitkan untuk difikirkan bersama. Ada yang lucu sekali bersesuaian dgn usia pemikiran mereka ketika itu.Yang paling haku tidak boleh lupa pelajaran moral pertama yg dipenakan Ikal lewat kisah Nabi Nuh yakni “ Jika tidak rajin solat..maka pandai-pandailah berenang”

“bermimpi lah kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi tersebut..”Sang Pemimpi (SP) layar ceritanya yg lebih memikat, kelucuan yg mengundang gelak yang tidak sedikit namun tidak menjejaskan inti pengajaran yang disiratkan Andrea berserta pelajaran moralnya malah pengkisahan tentang Ikal dan Arai selaku pendukung utama dalam SP sangat2 mengesankan sekali. Naluri tersentuh, terkasima dengan keperibadian Arai…kata-kata Arai yg tidak boleh dilupa dlm SP nie “ …jangan sampai kita mendahului nasib yang tersurat utk kita..” Obor perjuangan Arai adalah intipati cerita dlm SP.Arai umpama sebotol minyak wangi yang akan memercikkan wangiannya pada siapa yang mendekatinya….dia bukan si tukang besi yang akan memercikkan apinya yang bisa mencarikkan baju sesiapa yg mendekatinya.Dari sebuah gambaran desa khayalan titipan si cinta pertama, Edensor mengorak langkah perjalanan Ikal dan Arai merentas benua, lautan demi sebuah impian, segunung cita-cita. Dalam Edensor fokus Ikal lebih kepada sebuah pencarian...pencarian cinta, cita2 dengan ayunan langkah yg lebih berani...naskhah ini penuh ilmu, penuh pengalaman dari jejak 2 anak muda bersemangat waja, Ikal dan Arai.

-------------------------------------------------------------------------
Buat Mas Andrea, jutaan tahniah atas persembahan hebat anda pada Tetralogi nan istimewa ini....... ;semoga anda terus sukses berkarya di masa hadapan, insyaallah.

4 comments:

zie.. said...

weh.. sampai 6 bintang daa. kalau penuh ada berapa bintang? ekeke. mentang2 la dah berbalas2 email.. berbintang2 ek ha ha ha.

tunggu la wa nak dptkan mood membaca ni ek. sekarang tgh nak membelek cik awang =)

kucc_aprilsnow said...

chitt...mmg naskhah ni walla...kaw kaw beb...

wakaka...mood baca buku inche awang tu kena malam2 sil sbb cite antu..wakakaka

wa tgh nk mula buka tema blog kita nie, ngeh ngeh ngeh..maka wa nnt boleh dgn rasminya mengisytiharkan diri wa ahli kicap yg sesungguhnya,hehehe

silencez said...

weh.. dah tu sekarang ni, lu ahli kicap separuh2 ke? separuh kicap separuh sos? :p

cing.. lu mintak la mas andrea singgah sini weh ehehehe

NickyAzrai said...

buku yg bila baca rasa seolah2 tgh nonton filem sb penceritaannya yg terlalu detail

superb beb


hang baca awang sampai mana sil. tak nak share ngan aku ke cite pasal en ponti yg 'sesuatu' itu hehehehe