Thursday, June 12

Kugapai Kasihmu













Novel KUGAPAI KASIH MU
Penulis HENDAN YAHYA
Halaman 382 RM18.90
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Sinopsis

Menginsafkan kita bahawa bukan mudah seorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus iklas. Watak yang setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak, kerana itu dalam hal memileh jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak melayu yang kaya-raya tetapi jujur dan sabar dalam mencari intan dan permata bernilai. Zarif tidak mempergunakan kedudukanya untuk dijadikan umpan memikat gadis-gadis jelita yang digilai sekian lama.
Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini. Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampong yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kepada kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga bernama Mastura, walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nuri.

Note : A. Rahim Abdullah – Pengritik dan Pensyarah Penulisan Kreatif ASWARA.

Komen saya:

Novel ke 3 Hendan selepas Nabila 1 & 2 Aku yang kau tinggalkan.

Perjalan cerita mudah bagaikan air paip yang mengalir….tiada konflik.
Kisah seorang guru muda bernama Nurin berasal dari keluarga yg berpecah belah
Ayah & ibu berpisah kerana sikap ayah yang malas bekerja (sentiasa main judi )mengharapkan hasil isteri.Nurin membesar dengan nenek (ibu kepada abahnya)

Nurin sentiasa menghadapi masalah dgn abangnya serorang penagih dadah, ayah berjudi dan teman lelaki yang sentiasa menggambil kesempatan di atas kebaikan Nuri.

Sesuai untuk yg tengah bercinta..kalau teman lelaki berkelakuan macam Luqman …tahulah apa tindakan susulan seterusnya….

Untuk bln jun cover novel CESB tidak menarik dan cuba kelebihan seperti novel2 creative 10 tahun lalu di m/s 2 gambar penuh cover novel sebanyak 2 muka surat.


13 comments:

kucc_aprilsnow said...

wah kaknoor best citer ni...dah kluar dr overn ker..kalau dh nk kirim kat deputy esok..hehehe

silencez said...

cing.. jgn lupa orderkan utk wa sekali. ke hari tu wa dah masukkan ni dlm order ek.

ni novel baru utk june weh.

kicap said...

ehem ehem jgn lupa aku...

silencez said...

kicap ehem ehem ni kicap mana ek? ekekeke.. kicap basikal sulaiman ke?

cing, bukan kicap ni ke yg nak tolong belikan utk kita hehe.

jujun said...

HAHAHAHAHAHAHAHHA terkial kial aku nak masuk 'jujun' tak dpt2 dari semalam testing testing sekali kluar nama 'kicap' je taik kambing sungguh
siap adik kita sorg tu perli kicap basikal sulaiman...

adeh sakit perut gelak....

woit korg jgn lupa aku ek...

silencez said...

ooo kicap miri rupanya :P
tapi separa je la kicapnya ye sis sbb u tak baca lagi buku kicap. best wooo..

jujun said...

buku kicap apa sis..buat saspen je..

kaknOOr said...

Semalam keluar dari oven panas2 lagi....Novel Hendan & Norisah...

kucc_aprilsnow said...

sil..wa dh masuk lu nyer order dlm senarai..btw oder utk kicap miri nyer dah ker?

silencez said...

sis jujun.. u nya buku kicap kat kita lah :P


cing.. belum. sbb wa cuma order kan dia buku syamimi tu.

NickyAzrai said...

semua order dah msk list
don't worry bonda qim masak kari
hehehe

jujun said...

a'ah buku kicap kan sis dh belikan cheit 'ter'lupa lak :P

buku hendan terbaru ni jgn lupa wokeh...

adhan said...

salam semua...

saya belum baca lagi buku ni sebab blm ada kat tempat saya...tapi betulla...cover dia tu kureng... nasib saya penah baca novel penulis ni kalau tak saya mesti tak nak beli sebab cover alahai...:-)