Thursday, June 12

Bohemian - Imaen

Bohemian

Fadlan
Aku pemain muzik jalanan melayari malaysiakini.com, merambu rambu cari duit, pakai seluar bertampal di lutut berambut panjang cecah bahu, berkaca mata ala ala john lennon.



Nadira
Dia seorang peguam baca Business Times gaji ribu ribu pakai skirt nampak lutut berambut copper blonde celup, mata palsu warna coklat.


Cinta itu buta. Opposite Attraction. Bagi aku sesuai sungguh frasa frasa ini dengan Fadlan & Nadira, hero & heroin cerita Bohemian. Don’t judge a book by its cover sesuai buat Fadlan. Sapa sangka seorang penyanyi jalanan sebenarnya seorang graduan kejuruteraan cuma Fadlan ingin mengikut suara hatinya menjadi seorang penyanyi.


Fadlan seorang penyanyi jalanan bertemu dengan Nadira seorang peguam secara tidak sengaja dalam LRT kemudian di mahkamah dan sekali lagi medan selera.


Bagi aku , isi cerita ini dekat dihatiku. Aku dan Fadlan mempunyai cita rasa yang sama. Makan tose ngan chutney lebih, mengeteh (tu expresi hb aku ler), Ranjinikant, Jothika, Ajit, kisah cetak rompak, dan banyak lagi yang membuat cerita ni terasa dekat dihati.Walaupun kiranya aku lebih suka kisah cinta ala ala lomantik tu..tapi cerita Bohemian ni melekat dihatiku.Cerita ini mempunyai sindiran secara halus yang amat tajam kirenya dihayati sepenuhnya terutama buat aku lah. Rasanya terlalu banyak aku terkena dengan imaen biler aku baca cerita ini. Tazkirah yg diberikan buat Dira, aku pulak yang terasa. Cuma terasa jer lah, tersedar tu entah biler.

Ayat yang paling aku suke dan tak mungkin aku lupe walaupun ini bukan ayat jiwang romantik terbuai buai.

Cinta tak perlu ucapkan I love u. Cukup dengan kata " Lepas ini awak kena panggil mak saya mama, Saya nak panggil ayah awak apa?"


15 comments:

NickyAzrai said...

Kay,
Terima Kasih ya tempekkan Bohemian kat port kita nie

aku tgh membelek buku nie
payah sketlah nak cepat2 baca

best sgt sampai aku takut tertinggal satu huruf

pas abis baca nnt aku kasi komen sket aar :D

kucc_aprilsnow said...

kay..wa suker ayat lu yg terasa tapi tersedar xtaw biler..adeh adeh chomeinyerr

yup..agree nick, mmg bestt seSGT citer ni..wa br mula pun dh xleh kaleh kt lain takut nnt lupa jln cite...sowi aa manikam kalbu, ekekeke

silencez said...

sapa cakap sorry to manikam kalbu tu? :O mmg nak kena :P

wa baru baca sampai bahagian suhaimi bawak polis nak carik bukti pembunuhan tu. hehe.. kelakar weh.

kaknOOr said...

Memang kelakar yg pasti mamat ni minaht cite tamil and semua cite kat tvlah..sampai dia tahu mak tiri salman khan tu helen penari gelek...Kelakar bila fadlan tu kata B.I org tu takwid tak betul bunyi Kentut lagi sedap ha ha ha

silencez said...

kak noor, betul ke helen tu mak tiri salman khan?

bunyi kentut tu org dah sampai hehe

imaen said...

gang kicap,
'Apabila aku sebut tamrim entah-entah dia ingat sejenis jenama kicap'. Bohemian m/s 258.

Terima kasih kepada pengulas untuk resensi Bohemian. Sekeping tose dengan chutney lebih pun tak mampu membalasnya.

Hanya tabik Rajnikatnh mampu saya beri!

p/s Helen tu kata suratkhabar mak tiri SK, kalau suratkhabar bohong maknanya saya pun bohong juga.

silencez said...

erk.. imaen ada :D terkedu jap.

dalam bohemian pun masuk kicap gak ek ha ha.

kucc_aprilsnow said...

patut aa rasa cam "berbunga2" jer (sil, wa pinjam word lu, jgn mintak royalti lak kt wa k)ghupanyer tuan empunya cerita mencemar duli ke pondok kita aa geng..

inche Imaen,kita suker sgt kat sumer karya awak; dr vendetta hingga bohemian ni...BEST sgttttttt

p/s : sil, betui mmg helen penari gelek cite hindi tu mak tiri salman khan..member wa kt off budak punjabi yg sahkan..dia antu cite hindi, al maklum lerr...ekekeke

NickyAzrai said...

alahai pitam aku utk kali kedua - dua hari berturut2. Smlm En Dingin & hari ni..........

tak de kata yg wajar nak kami ucap selain dr Terima Kasih, Terima Kasih dan Terima Kasih atas kesudian En Imaen mencemar duli ke teratak kami

Terharu, terkejut dan sedikit tersedu, semua rasa itu bercampur jadi satu

Tahniah utk Bohemian
dan harapan kami agar En Imaen akan terus cemerlang dalam menghasilkan karya2 yg akan dtg

adoilah aku nak pengsan lagi nie

kucc_aprilsnow said...

sil...manikam kalbu tu erk after this k...ampun beb, wa terpaksa berpaling tadah...

silencez said...

en. imaen, agak2 kalau kitaorg hantar soalan2, boleh ke? hehe. ala2 interview gitu.

dyea said...

Imaen,

Suka bangat sentuhan karya imaen.
Skang tgh bc bohemian.

P/s: ada masa moh la sembang tingkap ngan gengkicap. Ala-ala live bersama Imaen

imaen said...

geng kicap,
A Samad Said pernah berkata dalam satu majlisnya "Tanyalah apa-apa saja daripada rambut sampai janggut."
Saya tidaklah 'seterbuka' A Samad Said :) tapi tanyalah, apa-apa yang saya boleh jawab, saya jawab.

TK kerana menyenangi tulisan saya.

silencez said...

"Tanyalah apa-apa saja daripada rambut sampai janggut."

soalan 1: en. imaen ada janggut ke? hehehe.. gurau je.

soalan2 akan menyusul. nanti kami akan emailkan pada encik imaen.

kaypo said...

Sil..soalan 1..adoi..lawak kicap sungguh.
En Imaen..soalan kedua..biler leh buat live appearance kat tingkap kicap ni? Ramai nak interview ni.