Monday, June 9
Rembulan Pujaan
TAJUK ; REMBULAN PUJAAN
PENULIS : ANTASYA BALKIS
PENERBIT : BUKU PRIMASDN BHD
HARGA : RM 16.90
HALAMAN ; 375 MUKA SURAT
GENRE : DRAMA & KOMEDI RINGAN
****
Apa Kata Saya:
“ Tapi ada jugak pipit sama pipit tapi tak sebulu.Kalau enggang sama pipit sebulu, apa salahnya.”
********************************
Seingat dan serasa saya inilah kali percubaaan pertama Antasya Balkis @ Syamimi Aminolah menyelitkan genre komedi ringan dalan karya beliau. Sebagaimana diketahui karya-karya beliau sebelum ini lebih menjurus kepada genre berat yang mengfokus isu kasih sayang, yang penuh konflik , namun walaupun karya kali ini juga menyelitkan tema yang sama tapi ia lebih ringan dan demi memberi suatu kelainan yang lebih segar kepada pembaca cerita kali ini diselitkan unsur2 juga dialog2 lucu …dan ternyata taruhan beliau menjadi…tercuit & tertawa dengan telatah spontan watak utama, Aireen terutama monolog2 Aireen..cukup menghiburkan sekali..tahniah buat penulis.Pertembungan antara watak Aireen dan Riezwan yang kontra dari semua segi amat menarik dan bagaimana penulis cuba menyampaikan mesej disini bahawa darjat yang dicipta oleh manusia adakala mampu mengundang kemusnahan dan kecelakaan. ..biarlah kita miskin harta tapi jangan sampai jiwa kita turut miskin.
Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas tanpa kewujudan bahasa2 melankolik juga personifikasi puitis tidak langsung mencacatkan jalan cerita. Ini bersesuaian dengan plot cerita yang ringan, segar dan bergerak secara mudah..walau ada sedikit penggunaan teknik imbasan kembali, penulis bijak menggarapnya agar tumpuan pembaca tidak lari dari meneruskan pembacaan.Jalan cerita dipersembahkan dengan semudah mungkin , sebagai penulis berpengalaman beliau pada hemat saya sudah dapat meneka pola pembacaan semasa di pasaran, justeru karya kali ini sememang amat sesuai untuk pembaca yang ingin bacaan santai yang menghiburkan…buar peminat, penggemar penulis ini, anda wajib memiliki naskhah ini…sekali lagi buat penulis tahniah dari saya atas pemcubaan kali ini yang ternyata cukup menghiburkan sekali.
Kisahnya
Aireen gadis kampung yang bekerja di Butik Moon Collections dipertemukan dengan Riezwan dalam suatu insiden lucu di butik tersebut. Sikap Aireen yang lucu, selamba juga penuh kegelabahan cukup mencuit hati Riezwan, seorang korporat muda untuk merapatkan diri dengan Aireen. Pelbagai adegan lucu & spontan yang terjadi dalam proses tersebut. Seperti biasa, cerita kisah cinta mesti ada konflik. Hubungan yang baru berputik ini tidak disenangi ibu tiri Riezwan Puan Sofea & adik tirinya, Safwan yang juga menaruh hati pada Aireen. Agenda mereka utk menyatukan Riezwan dengan bekas kekasihnya Julia Hana yang juga anak saudara Puan Sofea ditolak Riezwan.
Riezwan yang sedari awal mengetahui rancangan buruk Puan Sofea dan tujuannya cuba mengelak perangkap tersebut namun manusia ada kelemahannya juga. Beliau dituduh menggelapkan duit syarikat, angkara rancangan Puan Sofea dan Safwan. Julia Hana pula apabila gagal mendapatkan Riezwan kembali dan diapi-apikan oleh Safwan dengan cerita kewujudan Aireen bertindak kurang wajar menggugut Aireen juga mengupah orang mengekori dan menakut2kannya. Akibatnya Aireen bertindak memutuskan hubungan dengan Riezwan pulang ke kampung. Tidak menduga kepulangannya menemukan semula denga Riezwan yang kebetulan terlibat dengan insiden salah faham kemalangan yang menimpa nenek Aireen.
Peluang tinggal di kampung dan mengenali kehidupan Aireen membulatkan tekadnya untuk memiliki Aireen yang ternyata juga menyimpan rasa yang sama. Rancangan mereka hampir digagalkan oleh rancangan jahat Safwan, tapi Aireen bijak meneka, Kegagalan tersebut mengundang misi yang lebih tragis, Riezwan ditembak manakala Aireen dilanggar. Hukum baik di balas baik, jahat dibalas jahat. Puan Sofea dan Safwan mendapat balasan akibat perbuatan mereka. Aireen & Riezwan?…berbulan madu akhirnya dibawah sinaran rembulan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
big bos dah tolong beli. minggu ni dpt kan nick? hehe. muah. dah tu boleh sama2 gelak k.
Paling kelakar part aireen buat2 pengsan malu sbb landing atas katil anak bujang org....
Yelah dailog lucu yg selamba tu menjadikan cite ni menarik...
"Hati awak dah berubah"
"Hati saya tak berubah masih terletak di tempat asalnya" ....lebih kuranglah klu silap maaf ek akak dah lupa...
kak noor...part tu mmg kelakar habis...siap nyorok belakang langsir dah tu bila si riez tanya apsal reen pengsan atas katil dia, selamba dia cakap nampak raksasa kat berdiri kat belakang ...wakakaka
kalotlah heroin dia
sat sat pengsan.. tgh sembang pun boleh black out sb gabrak
kelakar aar
sil aku dah beli dah bulan itu
Post a Comment