Thursday, May 21

Teluki Itu Untuk Aku



Tajuk Buku : Teluki Itu Untuk Aku
Penulis : Nazawati Abd Manaf
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Drama
Bintang : 4



----------------------------------------------------------
“benarkah hati perempuan itu, kerasnya bagaikan kerak nasi?
“benarkah hati perempuan itu dalamnya tak terduga?
“benarkah begitu…?”

Apa Kata Saya:

Mata adakala silap mentafsir apa yang dipandang…yang dilihat…yang terbentang…yang terhampar didepannya. Silapnya mata kerana kekhilafan akal untuk waras menilai. Ketajaman mata akal adalah kunci terpenting bagi menyokong pancaindera yang istimewa ini membuat pemerhatian dan penilaian dengan tepat. Namun fitrah manusia…seringkali kecundang dengan permainan mata. Kesilapan yang terjadi dari penilaian spontan yang terburu-buru pasti ada padahnya…pasti ada mangsanya. Hakikat yang seringkali melingkari kehidupan manusia.

Teluki Itu Untuk Aku (TIUA) merupakan naskhah kedua penulis muda yang berbakat ini membentangkan sebuah kisah yang cukup menyayat perasaan. Ia sebuah kisah tentang seorang perempuan dan konflik kehidupan masa lampau yang begitu menghantui dirinya, yang tidak henti-henti membayangi dirinya selama lebih 10 tahun yang digarap dengan olahan gaya bahasa yang begitu estetika dan artistik sekali. Kisah yang berpaksikan dengan tema cinta dan kehidupan. Dari sudut pandangan, mungkin akan wujud perbezaan dengan apa yang saya tulis dengan pandangan anda di luar sana, apa-apapun bagi saya ia tidak lebih dari bagaimana sesebuah kerangka cerita itu ditulis dan bagaimana kemudian setelah proses suntingan yang mengambilkira pelbagai pro dan kontranya pada khalayak pembaca yang terdiri dari pelbagai lingkungan usia dan kelas sosial, ia dipersembahkan kepada kita. Pasti akan wujud pelbagai cetusan rasa, itu bagi saya adalah gerak normal kerana naratif sesebuah kisah akan mengundang elemen-elemen reaksi pembaca yang pelbagai dan penilaian yang subjektif rupa bentuknya.

Struktur plot TIUA digarap dengan elemen emosi nan cantik serta dramatik dari awal hinggalah ke penghujung cerita. Itulah momentumnya. Indah dan cukup berseni sekali. Sisipan teknik imbasan kembali ditampilkan kala menjelaskan konflik yang melanda kedua-dua watak utama dalam naratif ini. Kita juga akan turut terkesan dengan perjalanan kisah watak-wataknya juga konflik yang tercetus di sepanjang tempoh penceritaan ini. Keberkesanan ini bertitik tolak dari kecemerlang penulis membangunkan watak-watak dengan penuh emosi, penuh jiwa dan mereka digerakkan dengan penuh rasa keemosian seorang manusia. Kecemerlangan watak utama yang menjadi nadi naratif ini; Seri Kurnia Iskandar dibina dengan kekuatan perwatakan yang sangat perlu bagi memastikan ia berjaya mencorakkan perjalanan cerita secara total. Perwatakan dan sifat Seri cukup bervariasi ditangan penulis. Dia lambang wanita yang diisi dengan sifat kewanitaan yang mengagumkan. Begitu juga perwatakan Firdaus Ikram yang cantik dipenakan penulis sebagai lelaki yang punyai perwatakan yang cemerlang secara zahir namun manusia walau sehebat manapun dirinya kadangkala tidak dapat lari dari ciri emosi kala diri dilanda badai. Begitulah jalinan perwatakan Seri dan Firdaus. Perwatakan Ajmal sangat diluar jangkaan. Sungguh tak terduga…tenang secara zahir, namun kocakan di dalam begitu mengemparkan sekali!

Kisah ini banyak mengadunkan adegan-adegan kehidupan manusia yang dicipta secara konvensional. Ia bersesuaian dengan latar cerita yang mengadaptasi kehidupan golongan professional yang penuh warna, penuh…penuh kisah…kisah masa kini, juga kisah silam….kisah yang indah..kisah yang hitam…sangat hitam!.

TIUA membawa pembaca mengenali seorang wanita muda; Seri Kurnia Iskandar..wanita berkerjaya professional..seorang arkitek yang mengukir sejarah kerjaya yang hebat di tanah Ratu selama 10 tahun menetap di sana. Namun disebalik gemilangnya rentetan kerjaya yang diukir dirinya dipalit sejarah lama yang pahit…maha pahit untuk ditelan. Sejarah lama yang sangat memalukan juga memilukan…yang mencampakkan dirinya ke dasar paling hina tanpa kerelaaannya…pembelaan diri tidak diendahkan dan hukuman sudah dijatuhkan…dirinya dicop perempuan kotor…perempuan yang tidak bermaruah!.Paling tragis bila ibu sendiri terlibat sama dan ayah pula enggan menerima dirinya. Dengan kekuatan diri, Seri Kurnia akhirnya pulang ke tanah tumpah darahnya setelah 10 tahun memalingkan wajah untuk menjenguk tanahair sendiri. Kepulangan yang sememangnya dinanti sahabat setia, Ajmal yang tidak jemu-jemu dari dahulu menjadi tiang menyokong tatkala dirinya rebah. Takdir memang tidak terjangka akal. Keputusaan Seri menerima tawaran kerja di Juta Bumi Holdings atas desakan Ajmal menjebak dirinya…dia dipertemukan semula dengan insan yang sangat dibenci dan membenci dirinya; Firdaus Ikram. Firdaus lah insan yang telah mencampak gelaran paling hina pada dirinya sebagai perempuan dan kerana Firdaus jugalah dia lari jauh..jauh dari tanahair membawa lara. Makin sulit buat Seri bila dia perlu berkerjasama dengan Firdaus yang terang-terangan tidak akan memberi laluan mudah padanya dan konflik sampai ke kemuncaknya bila mereka berdua ditangkap basah!. Setiap kejadian pasti ada hikmahnya biar pahit untuk diterima. Sesungguhnya perkahwinan tanpa rela pada mulanya ini akhirnya berjaya merungkai misteri sejarah silam yang menjadi punca dendam antara Seri dan Firdaus. Tidak terduga, tidak terjangka mereka itulah kisah sebenarnya…kasihannya ibu!…kasihannya ayah!…kasihannya umi!

Bagi anda yang gemarkan genre sebegini maka jangan lepaskan peluang memiliki naskhah terbaru penulis berbakat. Teluki Itu Untuk Aku nukilan terbaru Nazawati ini sangat sarat dengan emosi nan melankolik intinya.

Buat penulis, sekalung tahniah dari saya…karya kedua anda ini sangat istimewa sekali. Anda telah meletakkan wanita di suatu kedudukan yang cukup istimewa sekali. Semoga terus cemerlang berkarya di masa hadapan.

5 comments:

RinnTis said...

Rinn's Review
Teluki Itu Untuk Aku by Nazawati
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009


"Pabila hadir rasa cinta, bawalah ia ke 'firdaus'nya" - Nazawati


Lepas baca baru lah aku tau yg citer ni rupanya citer kahwin paksa. Patut ar ramai suka bebenor ngan citer ni :).



Saya dapati Nazawati menggunakan cara yg sama dgn buku 'kembalikanlah kasihku' utk scene macam mana Seri Kurnia dapat tahu mengenai perasaan sebenar suaminya terhadap dirinya. dalam KK Rina dpt tahu hubungan sebenar Hani Mastura & Amirul Taufiq melalui catatan jugak. Tu cara terbaik utk mengetahui segala galanya tanpa ada yg tertinggal. "Kembalikanlah kasihku" lagi sedih berbanding citer ni.


Kisahnya tentang 3 sahabat, Seri Kurnia, Firdaus dan Ajmal yg terpisah setelah satu peristiwa aib berlaku dlm keluarga mereka. Seri pergi membawa diri melanjutkan pelajaran bersama penghinaan yg dilemparkan Firdaus tanpa usul periksa. Seri pergi dgn perasaan benci, namun dia sering berhubungan dgn Ajmal, bertukar kabar berita.


10 tahun berlalu dan Seri balik ke Malaysia. dia dpt kerja dgn Ajmal dan kebetulan pulak biliknya betul2 sebelah bilik Firdaus yg dipanggil balik dari luar negara utk bergabung dengan Seri dlm sebuah projek besar syarikat mereka.


Diorang ni lebih byk berbalah daripada berbincang. Perangkap yg dipasang org lain terkena kat diorang lalu ditangkap basah masa outstation kat Kota Bharu. Demi menjaga imej syarikat (kat Kelantan tu kot), mereka menerima cadangan Ketua mereka utk berkahwin. Firdaus menggunakan peluang itu utk membalas dendam pada Seri dan berjanji tak akan membiarkan Seri bahagia. Cuma ada sedikit masalah, Seri tu cantik dan baik hati orgnya. Berjayakah Firdaus melunaskan dendamnya? TAk susah utk jatuh hati pada wanita sebaik Seri, tambah2 dia tu best friend dia dulu, sebelum kejadian paling hitam dalam hidup mereka berlaku. Bukan mudah juga utk Firdaus mengakui perasaannya terhadap seseorang yg sangat-sangat dibencinya dan terlalu sukar utk dia memaafkan. Cerita ini dikupas dari sudut pandangan Seri Kurnia.


Tak sangka betul punca sebenar aib yg berlaku adalah dari keluarga Ajmal sendiri. BAnyak lah jugak yang tak sangka dlm novel ni.


Selamat membaca :)


sure fine whatever
rinn

kaknOOr said...

"BRAVO"......kucc tabik spring kat hang...preview yg menarik mantop...
TIUA... memang best ...watak seri kunia tu akak suke...Membaca TIUA setiap perkataan sehingga ke penamat tak mo berhenti....berdebar-debar ,geram masa kejadian hitam yg berlaku tu. Menitits air mata membaca surat arwah ibu seri. Blh agak Ajmal bila Seri beritahu pasal terima surat ugutan dan Ajmal tak galakan untuk menghubungi polis.Kekuatan TIUA pada tiga watak utama Seri Kurnia, Firdaus and Ajmal.
Tahniah untuk penulis kerana menghasilkan TIUA dgn begitu menarik sekali.

kucc_aprilsnow said...

Rinn:
very unsangkarable kan...issy3x


Bonda Qimi
hikhik..macih kak.

akak pandai teka ek...sy ingat org lain, hehehe...

SiTi sUhaili sAriF said...

salam akak2 sume
saya baca cerita ni mula2 xde prasaan je
mksud sye,sebelum ni selalu bace review dekat blog ni dl br beli
masa beli buku ni,tawakal je sebab masa 2 bookfair
bile baca,mak ai
bahasa kak naza n jln cerita die sgt menarik
sye suke gaya bhasa cerita ni
rasa sedap je dan tidak meleret2
mcm2 perasan bace buku
banyak kali jugakla tutup buku dan sambung balik sebab kejamnye bahasa firdaus dekat seri
kesian die
dan paling xsgka dorang kena tangkap basah dan kena kahwin
tak terpikir langsung cerita ni akan sampai ke tahap 2
hehe

buat kak naza
tahniah
saya nantikan novel baru akak

kepada akak2 geng kicap
teruskan membuat review ya
sebab selalunye saya beli buku2 yg direview 2 sebab sangat tertarik dengan review yg akak2 buat=)

kucc_aprilsnow said...

adik siti:
t/kasih sbb suka bc review kami, di sini...