Monday, June 30

In person with.. En. Bahruddin Bekri






Tarikh : 27 Jun 2008
Masa : 10.45 pagi
Lokasi : Pejabat PTS, Wangsa Melati 3, KL

Catatan:

Kehadiran kami bertiga; Kak Mekna, Silencez & Kucc memang telah sedia ditunggu oleh tuan rumah, (kalau tidak mahu terjenguk2 kami bertiga kat pintu cam kambing yang 1st time kluar dari kandang,aksi muka wa paling nyata,…. hehehe)

Sesi berjumpa En. Dingin yang dimulakan dengan sesi memperkenalkan diri berjalan lancar…sambil menandatangani buku2 yang kami bawa, beliau ramah melayan setiap soalan yang kami kemukakan sambil berkongsi cerita tentang sejarah penglibatan beliau dalam dunia penulisan ini…disamping ada memaklumkan kami sedikit info tentang buku ke-2 beliau yang bakal menemui pembaca pada Julai nanti. Beliau juga bercerita tentang kaedah yang beliau praktikkan tika beliau ingin menulis, cukup menarik ideanya…hmmm, apa-apapun setiap orang ada caranya yang tersendiri…itulah yang dinamakan BAKAT.

Selesai sesi bersama beliau, kami bertiga dibawa menjelajah ke seluruh pelusuk “PTS” dan diperkenalkan dengan semua kakitangan dari pelbagai peringkat…(pakat2 senyum & angguk kepala jelah kami…sebab malu n segan weiiii, ekekeke). Disamping itu mereka juga ada yang bermurah hati memberikan kami beberapa buku percuma (utk dibaca lerr..jgn suruh review ye, takottt beb…) Ada juga yang bertanya kalau ada kalangan kami yanbg berminat menulis, boleh lah hantar apa2 yang patut….(erk, wa takler, sil ngan kak mek mungkin ada..hehehe. (cing malu2 kucing sebenarnya :P )

Akhir sekali, terima kasih pada En. Dingin sebab sudi berjumpa dan melayan permintaan kami…dan yang paling utama menjawap setiap soalan2 dari kami bertiga dengan sebaik2nya….seronok rasanya dapat berjumpa dan berbual dengan penulis berbakat ini.

Antara buku2 percuma dari PTS:





sesiapa nak baca, kasi tau & kita bawak waktu perjumpaan akan datang.

Tulisan: Aprilsnow
Gambar: silencez

Wednesday, June 25

Cupid Love



Bersaksikan lautan yang terbentang luas, camar yang berterbangan bebas di udara kita dipertemukan atas nama sahabat.bermula sapa-menyapa lantas berpanjangan menjadi teman bicara.

pertemuan yang sedetik cuma rupa-rupaya membuahkan bibit-bibit kemanisan tanpa kau dan aku sedari. dan hari-hari yang berlalu disulami tawa dan usik-mengusik adalah tunas sayang yang mula bercambah di hati kita.

kala kau dan aku mengikat janji untuk bersua, halangan mengintai lalu merungkai janji.. memusnahkan kepercayaan kau padaku. lantas tanpa pamitan kau pergi.. pergi dan meninggalkan nanar di hati ini.

dari lewat bicara antara kita... aku cuba jejakimu. aku tidak mahu kecundang untuk kali kedua, kerana kecundang itu amat menyakitkan.

Monday, June 23

Bohemian

PENULIS : IMAEN
PENERBIT : JEMARI SENI PUBLISHING
HARGA : RM20.00
HALAMAN : 472 MUKA SURAT
GENRE : DRAMA/AKSI/ROMANTIK

*****
-------------------------------------------------------------------
"hidup saya sebenarnya cukup mudah..."
"saya melihat hidup begini sahaja, manusia hanya memiliki apa-apa yang tidak tenggelam daripada sebuah kapal karam"...

Apa Kata Saya;

Mengesankan.Bohemian, buah tangan terbaru Imaen masih mengekalkan format sama lewat Vendetta juga Labyrinth...format yang menjadi satu tagline buat penulis hebat ini. Pengumpulan lebih dari satu cerita ke dalam satu pertembungan yang berkembang kepada isu masing-masing yang akhirnya dipertemukan di titik akhir ia ternoktah.

Jalinan plot cerita ini cukup cantik melalui pengolahan isu-isu yang cukup mengesankan dan disokong dengan teknik suntingan yang baik, jalan cerita ini berkembang dengan teratur tanpa kecelaruan yang akan menjejaskan pembacaan dan faktor jalinan cerita dan suntingan yang hebat akan menampakkan kekemasan persembahan keseluruhan cerita yang akan mengheret pembaca untuk terus terpaku di hadapan naskhah ini hingga ke titik akhir ceritanya.

Imaen yang sebelum ini cemerlang menerusi Vendetta, Labyrinth, sekali lagi mengulangi kehebatan penanya merakamkan kisah hidup seorang pemuzik jalanan/"busker" yang sangat jitu mempertahankan prinsip hidup di zaman yang sangat melihat kejayaan material sebagai indek penunjuk kejayaan individu.

Untungnya, watak utama Bohemian, Fadlan ternyata bagus sekali. Biarpun dengan stail ala2 ustaznya tetapi ia cukup memenuhi keperluan perwatakannya dilengkapkan pula dengan Nadira yang cantik, tegas tapi adakalanya keliru...dua insan yang berbeda latar, kedudukan dan prinsip tapi bersatu atas tiket; penyatuan hati.Tidak ketinggalan persembahan watak-watak pembantu yang lain, Suhaimi, Nufail, Detektif Kamal,Fariza, Marina..semua ini melengkapkan keindahan Bohemian.Apa-apapun Bohemian akan diingati menerusi bagaimana pertemuan dan insiden dicipta sebagai pembuka tirai ke arah penyelesaian konfliknya.

Disamping sub cerita lain yang turut diketengahkan beliau sebagai pelengkap naskhah ini, kenikmatan sebenar dari naskhah ini adalah menerusi rangkaian bahasa-bahasa falsafah yang diisi oleh Imaen untuk diketengahkan buat tatapan juga renungan bersama. Penulisan yang cukup ikhlas dari beliau dengan strategi serampang 2 mata ternyata cukup menjadi dan membawa erti yang bukan sedikit kepada pembaca.Begitu terasa tamparannya!!!

Bohemian mengukir sekali lagi nama Imaen untuk diangkat sebaris penulis terbaik tanahair. Bohemian seharusnya dibaca untuk menyedarkan kita yang negara ini ada seorang penulis hebat.

Buat penulis, jutaan terima kasih atas karya yang sangat bermakna ini. Kedalaman falsafah juga nasihat yang diberi cukup bererti buat saya yang selama ini mungkin jahil tentang sesuatu. Sekalung tahniah buat anda dan semoga terus cemerlang di masa hadapan.

Kisahnya...

Bohemian menyajikan seorang Fadlan, "busker" lulusan kejuruteraan yang ingin memperjuangkan cita-cita diri sebagai pemuzik..pemuzik yang berlandaskan prinsip dan peraturan hidup yang tidak tersasar. Dalam meniti perjalanan hidup sebagai pemuzik jalanan dia dipertemukan secara tidak sengaja dengan si copper blonde celup; Nadira sang peguam muda nan cantik, moden..lewat pertemuan demi pertemuan, mereka saling mengenali, saling memahami bicara rasa, bicara hati antara mereka...titik keserasian tercipta walau secara dasar beda antara mereka bak 2 citra warna..namun warna, tetap memerlukan antara satu sama lain untuk mencipta sebuah lakaran.

Kisah diperluaskan dengan pembabitan secara tidak sengaja Fadlan dalam permasalahan rakan seuniversitinya, Suhaimi yang diburu sekumpulan manusia rakus, kejam demi mendapatkan bukti kejahatan mereka yang disimpan Suhaimi yang sebenarnya terlepas ke tangan Fadlan secara tidak sengaja. Rentetan penglibatan inilah membawa jauh keterlibatan Fadlan ke lembah manusia-manusia keji yang bertopengkan kemegahan kedudukan sosial untuk menutup kemungkaran tingkah laku mereka.

Babak aksi yang membabitkan Fadlan juga watak2 pembantu yang lain ditonjolkan dengan cukup menarik...kita seperti sedang menonton sebuah filem aksi pulak rasanya. Teknik penceritaan serta olahan yang menarik terbukti berjaya menghidupkan suasana sesuatu babak aksi dengan lebih sempurna.

Paling menginsafkan tatkala mengikuti tazkirah Fadlan pada "buah hati"nya, Nadira, biar dalam bahasa yang cukup tersusun indah, tertib penuh beralaskan personifikasi...namun kita yang membaca, bukan sekadar terbias tapi tersungkur dengan makna yang tersirat di sebalik...well, sapa yang makan mangga muda, dialah yang rasa masamnya...hehehe

Buat penggemar kisah-kisah sebegini, Bohemian wajib berada dalam carta pembelian anda...Selamat menghayati Bohemian.

Bila Nysrah Kata Tak Mahu



Kemunculan pengarang berpotensi ini pasti memeriahkan dunia sastera tanah air

~ Faisal Tehrani, Sasterawan


Apa yang Nysrah tak mahu?

Cerita ini mengungkap tentang Nysrah, si manis 17 tahun yang berkereta api sendirian, berulang alik dari Tanah Merah ke Bahau pada setiap kali cuti sekolah tiba. Cerita penuh debar, penuh benci, penuh sinis, penuh pengajaran, namun sarat dengan hakikat ini, akan membuat kita berfikir seratus kali, sebelum melepaskan anak gadis berkelana malam-malam seorang diri ke mana-mana!

Kenapa pula Nysrah tak mahu?

Inilah sebuah cerita tentang Nysrah, dan perjalanannya. Tentang masa indah bersama teman-teman, jua tentang rasa indah dalam usia suntinya tatkala hatinya disapa kasih dia. Namun kenapa ada yang tega calarkan citra indahnya?

Cerita Nysrah dengan dia. Cerita Nysrah dengan Dia.
***************************************************

Aidil Khalid menulis secara telus dan lantang. Penulis muda, mantan Minggu Penulis Remaja (MPR) 2007 – anjuran Dewan Bahasa & Pustaka ini, memaparkan isu yang tidak terduga. Pelajar perundangan ini mempertaruhkan naratif yang jitu untuk membawa Bila Nysrah Kata Tak Mahu ke dunia sastera.


--------------------------------------------------------------------------------

ISBN No: 978-967-5118-05-0
Harga: RM18.00
Harga pembelian melalui pos: RM16.00 (mulai 10 Julai)
* pos percuma dalam Malaysia

- dari laman web jemari seni -




Friday, June 20

Joni Don't Cry

Heheh untuk geng2 kicap.....sori la guna hero/heroin korea




Novel: Rindu Belum Berhenti
SOALAN:

1. Apakah nama tempat peranginan yang diusahakan oleh Adni Zuhayra?
2. Kenapakah Izz merahsiakan kepulangannya daripada pengetahuan keluarga dan Adni?
3. Berapa lamakah hukuman sebenar yang dijatuhkan ke atas Izz?
4. Apakah hubungan sebenar antara Pot dan Murni?
5. Berapa lamakah tempoh pertunangan Adni dan Khairy?
6. Sebab apakah yang membuatkan Izz merasakan Pot mempunyai komplot bersama Murni?
7. Apakah yang menyebabkan identiti sebenar Zack terbongkar?
8. " Saya menyukai RINDU BELUM BERHENTI kerana.............
(lengkapkan ayat ini)



PERHATIAN!!!


Tarikh tutup adalah pada 31 Julai 2008.
Sila hantar jawapan anda ke email saya dhiya_zafira@yahoo.com
Hadiah yang menarik dari SPAIN akan menanti jika anda memenanginya...


- dari laman blog Dhiya Zafira -

Wednesday, June 18

Dunia Ini Sederhana Kecil

TAJUK: DUNIA IN SEDERHANA KECIL
PENULIS : BAHARUDDIN BEKRI
PENERBIT : PTS ONE SDN BHD
HARGA : RM23.90


*****
-------------------------------------------------------
“… masalah itu umpama terowong yang gelap, tetapi di hujungnya pasti ada cahaya.Cuma terpulang kepada kita, sama ada bersabar dan terus berjalan ataupun kalah dan duduk meratapi nasib di dalam terowong itu. Ingat , di hujung terowong nanti pasti ada cahaya…”

Apa Kata Saya:

Asas kepada pembentukan sesebuah karya melibatkan 3 elemen utama iatu rangka cerita, tema juga isi cerita. Isi cerita pula memfokus kepada 3 elemen utama kepada penghasilan sebuah naskah yang baik; pemerhatian, pengalaman & pembacaan. Harus diingat penulis yang baik selalunya adalah juga pembaca yang baik. Pada hemat saya ketiga-tiga elemen ini telah digunapakai dan digabungkan oleh penulis hingga terhasilnya naskah nan cantik ini.Bagi saya juga penulis yang baik adalah penulis yang mampu mengadaptasi sesuatu tema yang komplek dengan teknik penyampaian dan pengolahan cerita yang lebih santai, ringan tanpa sedikit pun mengurangkan mesejnya.Tulisan yang paling baik adalah tulisan yang mempunyai isi paling berat dan tepu tetapi disampaikan dengan lenggok bahasa yang paling mudah difahami. Ia akan jadi lebih mengagumkan sekiranya disampaikan dalam cara yang paling menarik tetapi mengesankan.Penulis ini bagi saya begitu berjaya dalam melaksanakan misi ini. Dalam kita senyum, ada maksud yang tersirat yang cuba disampaikan olehnya, dalam kita gelak ada makna yang terselindung yang cuba diselitkannya, dalam kita tawa ada pengajaran yang disemat di dada kita olehnya.

Kicap, perhentian bas dan bas adalah simbol kehidupan yang cuba dipaparkan oleh penulis dalam novelnya ini namun penulis menyerahkan pada pembaca yang budiman lagi arif untuk mentafsirnya dari sudut pandangan masing-masing.. 3 elemen ini sangat dekat dengan kehidupan kita…sejauhmana pengaruhnya dalam kehidupan kita, tepuk dada tanyalah hati kerna jawapannya ada disitu.

Walau secara fizikalnya novel ini nampak biasa sahaja, maksud saya kulit luar novel ini tidak langsung menampakkan ciri-ciri “kemewahan” namun keistimewaan yang terkandung di dalamnya begitu “mencuri hati” dan yang paling utama pengajaran yang tersirat di dalamnya sangat berharga dalam kita melihat kehidupan dari pelbagai sudut falsafah dan hukum adatnya. Sesungguhnya karya ini begitu kaya dan sarat dengan falsafah kehidupan. Menerusi watak utamanya, Syamir pembaca diajak menyusuri ruang kehidupan insan yang diuji dengan pelbagai dugaan hidup. Walau dalam penyampaian kisah hidupnya penulis selesa mengolahnya dengan selitan unsur humor yang spontan, namun ia cukup berkesan kerana mesej yang tersirat disebalik nya tetap sampai di jiwa pembaca. Plot cerita yang lebih segar, ringan nampak begitu serasi dan bergerak seiring dengan tema kehidupan yang difokuskan penulis.. Tambah terserlah dengan pembabitan watak-watak pembantu seperti Jid, Tasha,, Musa, Sophea, Haliza . Tidak ketinggalan watak-watak sampingan seperti si lelaki gempal, budak-budak black metal, pakcik KJ, En Harun, nenek tukang urut juga yang lain yang turut sama mendokong keberkesanan karya ini.Walau ada sedikit kesilapan cetakan watak pada beberapa bahagian di dalam novel ini ia tidaklah menjejaskan jalan cerita namun diharap pihak penerbit amnya juga bahagian suntingan khasnya agar lebih berhati-hati dimasa hadapan di dalam meminimakan kesilapan sebegini.

Buat penulis, sekalung tahniah atas penghasilan cemerlang anda di dalam Dunia Ini Sederhana Kecil. Semoga anda akan terus menghasilkan karya yang lebih ummphh di masa hadapan. Selamat maju jaya di dalam dunia penulisan.

Kisahnya..

Syamir, graduan ekonomi yang menghadapi kesulitan memperolehi pekerjaan yang setaraf kelulusannya akhirnya tertipu pada satu iklan kerja yang membawa beliau menjadi seorang penjual kicap..kicap kesihatan cap basikal sulaiman. Bagi saya ini adalah antara satu kisah antara ribuan kisah anak-anak muda yang pernah terperangkap dengan iklan ala2 putar alam yang sering berleluasa di media cetak negara ini dan Syamir mewakili mereka-mereka yang malang itu..namun begitu saya sukakan watak Syamir ini…begitu sukakan semangatnya, kerna bagi saya tidak semua insan dianugerahkan semangat sebegini tika menghadapi ujian/dugaan hidup. Ada yang dengan mudah kecundang, tersungkur begitu sahaja.

Bertemankan rakan sepejualan, Musa Marjoko juga si cantik,penyelia Sophea Miyagi sesi jualan kicapnya menemukan pembaca dengan pelbagai insiden lucu, suspen juga mengujakan. Pembaca pasti tidak berhenti tersenyum dan gelak tawa juga tidak terlepas dari terhambur dengan pelbagai kelucuan spontan yang terjadi disepanjang kerjaya penjual kicap ini.Walau akhirnya dia bersara dan bertukar menjadi si tukang urut, hidupnya tidak lepas dari dihinggapi ujian…hinggalah dia tekad mengiklankan diri demi untuk mencari kerja.Langkah inilah kemuncak kepada ujian dalam hidupnya..namun berkat juga niat ikhlas yang sedari awal disemat habuan yang diraih Syamir sangat berbaloi..benarlah seperti dikata, Dia tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang tidak mampu dipikulnya dan dalam setiap ujian, redha yang diberi akan dibalas dengan setimpal..janji Dia memang benar.

Hubungan yang bermula di perhentian bas antara Syamir dan Tasha, Syamir dan Haliza, Syamir dan Si Lelaki Gempal terjalin secara abstrak tapi rentetan dari pertemuan demi pertemuan antara mereka membawa kepada suatu ikatan antara mereka…saling memerlukan dalam meneruskan kehidupan. Perkara yang sama terjalin antara Syamir dan Sophea, Cuma bezanya mereka dipertemukan buat pertama kali bukan di perhentian..tapi di dalam bas hingga menbawa kepada suatu hubungan yang cukup misteri namun mengujakan antara mereka berdua.Tidak ketinggalan hubungan Syamir dan rakan sebiliknya Jid /Majid @ Majidah…hubungan antara mereka cukup istimewa bagi saya..walau secara kasar nampak sumbang, namun yang tersirat cukup tulus tersimpul.

Paling menarik dalam hubungan antara Syamir, Tasha dan Haliza..adalah kewujudan unsur “hubungan jiwa”.Walau Syamir lebih kerap terserempak Haliza berbanding Tasha tapi hubungan jiwa antara mereka lebih dekat walau secara fizikal mereka jauh…mungkinkah Cik Pelangi akan berjumpa Encik Bedak Sejuk dan terbongkar identiti antara mereka.?hmm, biarlah Inchek penulis, Bahruddin Bekri menjawabnya bagi pihak saya…

Buat semua pembaca sekalian, selamat menghayati sebuah lagi naskhah hebat buah tangan dari seorang penulis muda yang sangat berbakat dan kreatif.




Thursday, June 12

Bohemian - Imaen

Bohemian

Fadlan
Aku pemain muzik jalanan melayari malaysiakini.com, merambu rambu cari duit, pakai seluar bertampal di lutut berambut panjang cecah bahu, berkaca mata ala ala john lennon.



Nadira
Dia seorang peguam baca Business Times gaji ribu ribu pakai skirt nampak lutut berambut copper blonde celup, mata palsu warna coklat.


Cinta itu buta. Opposite Attraction. Bagi aku sesuai sungguh frasa frasa ini dengan Fadlan & Nadira, hero & heroin cerita Bohemian. Don’t judge a book by its cover sesuai buat Fadlan. Sapa sangka seorang penyanyi jalanan sebenarnya seorang graduan kejuruteraan cuma Fadlan ingin mengikut suara hatinya menjadi seorang penyanyi.


Fadlan seorang penyanyi jalanan bertemu dengan Nadira seorang peguam secara tidak sengaja dalam LRT kemudian di mahkamah dan sekali lagi medan selera.


Bagi aku , isi cerita ini dekat dihatiku. Aku dan Fadlan mempunyai cita rasa yang sama. Makan tose ngan chutney lebih, mengeteh (tu expresi hb aku ler), Ranjinikant, Jothika, Ajit, kisah cetak rompak, dan banyak lagi yang membuat cerita ni terasa dekat dihati.Walaupun kiranya aku lebih suka kisah cinta ala ala lomantik tu..tapi cerita Bohemian ni melekat dihatiku.Cerita ini mempunyai sindiran secara halus yang amat tajam kirenya dihayati sepenuhnya terutama buat aku lah. Rasanya terlalu banyak aku terkena dengan imaen biler aku baca cerita ini. Tazkirah yg diberikan buat Dira, aku pulak yang terasa. Cuma terasa jer lah, tersedar tu entah biler.

Ayat yang paling aku suke dan tak mungkin aku lupe walaupun ini bukan ayat jiwang romantik terbuai buai.

Cinta tak perlu ucapkan I love u. Cukup dengan kata " Lepas ini awak kena panggil mak saya mama, Saya nak panggil ayah awak apa?"


Kugapai Kasihmu













Novel KUGAPAI KASIH MU
Penulis HENDAN YAHYA
Halaman 382 RM18.90
Terbitan Creative Enterprise Sdn. Bhd.

Sinopsis

Menginsafkan kita bahawa bukan mudah seorang itu mendapatkan sebuah cinta dan nilai kasih sayang yang tulus iklas. Watak yang setia dan jujur misalnya, sering menjadi mangsa kepada mereka yang durjana, rakus dan tamak, kerana itu dalam hal memileh jodoh atau pasangan hidup, masih ada watak melayu yang kaya-raya tetapi jujur dan sabar dalam mencari intan dan permata bernilai. Zarif tidak mempergunakan kedudukanya untuk dijadikan umpan memikat gadis-gadis jelita yang digilai sekian lama.
Hal inilah yang terjadi pada watak utama novel ini. Nurin guru sekolah rendah berasal dari kampong yang mendapat jodoh dengan anak hartawan bergelar Tan Sri iaitu Zarif, walaupun bukan kekayaan menjadi impiannya. Hubungan Nurin sekian lama dengan Luqman pemuda sekampungnya yang menjadi siswa perubatan di Kuala Lumpur tidak membawa kepada kebaikan kepadanya. Justeru kehidupan Luqman yang bebas dan terbabas itu akhirnya mendapat jodoh daripada kalangan gadis kurang moral juga bernama Mastura, walaupun cinta sebenar Luqman tertumpah pada Nuri.

Note : A. Rahim Abdullah – Pengritik dan Pensyarah Penulisan Kreatif ASWARA.

Komen saya:

Novel ke 3 Hendan selepas Nabila 1 & 2 Aku yang kau tinggalkan.

Perjalan cerita mudah bagaikan air paip yang mengalir….tiada konflik.
Kisah seorang guru muda bernama Nurin berasal dari keluarga yg berpecah belah
Ayah & ibu berpisah kerana sikap ayah yang malas bekerja (sentiasa main judi )mengharapkan hasil isteri.Nurin membesar dengan nenek (ibu kepada abahnya)

Nurin sentiasa menghadapi masalah dgn abangnya serorang penagih dadah, ayah berjudi dan teman lelaki yang sentiasa menggambil kesempatan di atas kebaikan Nuri.

Sesuai untuk yg tengah bercinta..kalau teman lelaki berkelakuan macam Luqman …tahulah apa tindakan susulan seterusnya….

Untuk bln jun cover novel CESB tidak menarik dan cuba kelebihan seperti novel2 creative 10 tahun lalu di m/s 2 gambar penuh cover novel sebanyak 2 muka surat.


Wednesday, June 11

Da Kicap's Club Monthly Gathering...

(gambar yg atas ni wa cilok dari kay nya avatar. semangat beb! ekekeke.. korang yg lain mana ada guna avatar mcm ni selain dari kay. boleh dapat anugerah khas ni! ekekeke.. kay.. bravo!! ekeke)


Bagi mengeratkan siratulrahim sesama negarawan kicap, kita akan mengadakan perjumpaan bulanan bagi setiap warganegara berjumpa, berkumpul dan membincangkan permasalahan negara bersama barisan kabinet negara kicap. Jadual perjumpaan pertama adalah seperti dibawah..diharap semua bekerjasama demi keutuhan negara kicap kita yang tercinta...hehehe


MONTH of JUNE
--------------------

Date : 15 June 2008
Time : 12noon
Venue : Food Court, Kompleks Membeli-belah Sogo
[Perhatian : Sila bawa botol kicap sendiri, bekalan tidak disediakan oleh penganjur kerana kekurangan bekalan berikutan kenaikan harga barangan komoditi utama negara, harap maklum.]

Negarawan Kicap yang akan hadir di perjumpaan ahad ini:
1. Timbalan Presiden GK, Yang Berhormat Puan Yg Terutama NickyAzrai .(KCPKMBG )
2. Setiausaha Kehormat GK , Yang Berbahagia Cik Silencez .(KCPKMBG)
3. Setiausaha Sulit GK, Yang Berbahagia Cik Kucc_Aprilsnow
4. Puan Kaypo.
5. Puan Ju'a.
6. Penasihat Agong GK - Puan Qimi.
7. Ketua Turus Kemiliteraan GK, Brgd Jen. Puan Acun
8. Cik Dyea - kicap's photographer
9. Puan Mekna (mc)
10. Puan CKY - kicap's lawyer
Catatan Setiausaha Sulit Kicap :
Terima kasih atas kesudian para negarawan kicap yang sudi mencuri masa hadir pada perjumpaan pertama yang berlangsung dengan jayanya pada hari ahad lepas.Jutaan terima kasih buat penasihat undang2 bagi negara kicap, Pn Cky atas penjelasan beliau berhubung isu berbangkit yg menjadi topik utama perjumpaan kali ini.
Perjumpaan ini akan diteruskan lagi di masa hadapan dan ia bakal menjadi acara bulanan utk semua negarawan kicap berjumpa bagi membincang hal2 berbangkit dalam negara.Bagi makluman negarawan kicap, tarikh, masa dan lokasi perjumpaan seterusnya akan diberitahu kelak. Sila ambil perhatian berhubung perkara ini.
Sekian, harap maklum.

Monday, June 9

Tetralogi Laksar Pelangi


TAJUK : TETRALOGI LASKAR PELANGI (LASKAR PELANGI, SANG PEMIMPI & EDENSOR)
PENULIS : ANDREA HIRATA
PENERBIT : PTS LITERA
HARGA : LP -RM28, SP -RM26.E -RM26
GENRE : AUTOBIOGRAFI.


******
-----------------------------------------------------------------------

Laskar Pelangi, Sang Pemimpi & Edensor buah tangan dari satu2nya si “out of the blue”; Andrea Hirata sang pengkarya tanah seberang nan cukup kreatif dan unik hebat dgn gaya tersendiri yang sangat bersahaja dalam mempersembahkan rangkaian naskhah nan terlalu istimewa,kaya dgn nilai kehidupan, indah dan menarik ini utk para pencinta dunia sastera melayu.

Sesungguhnya Tetralogi ini wajib dimiliki oleh kita semua kerana tak ternilai “isi sejarah” yang dipenakan oleh sang pencerita ini untuk beliau kongsi bersama kita semua. Segala suka duka, pahit manis, gelak tawa disingkap untuk tatapan pembaca.

“kami suka sekali melihat pelangi…tidak tahu sejak bila namun setiap kali selepas hujan maka kami akan menanti kemunculan pelangi…maka disebabkan itu Ibu Muslimah menggelarkan kami Laskar Pelangi…” kami; Ikal, Lintang, Borek/Samson, A Kiong, Sahara,Trapani, Kucai, Harun, Syahdan, Mahar & Flo dari angkatan Sekolah Muhammadiyah adalah intipati cerita dalam Laskar Pelangi(LP). Ikal, yakni Andrea sendiri melakarkan kehidupan getir masa kecilnya di Pulau Belitong untuk tatapan kita semua para pembaca. Bersama2 dgn 10 anggota LP tersebut jalinan kehidupan mereka dipertontonkan oleh Andrea kepada pembaca. Kita ketawa dgn kelucuan gelagat spontan mereka, tersentuh, berkaca air mata menghayati keperitan serta semangat luar biasa mereka mengharungi kehidupan tanpa sedikitpun pasrah pada keadaan yang adakalanya tidak memenangkan mereka.

Layar kehidupan mereka difilemkan seadanya oleh Andrea tetapi cukup sarat dgn motif metafora serta elemen-elemen pengajaran untuk renungan pembaca. Paling nyata pelajaran moral yang diselitkan untuk difikirkan bersama. Ada yang lucu sekali bersesuaian dgn usia pemikiran mereka ketika itu.Yang paling haku tidak boleh lupa pelajaran moral pertama yg dipenakan Ikal lewat kisah Nabi Nuh yakni “ Jika tidak rajin solat..maka pandai-pandailah berenang”

“bermimpi lah kerana Tuhan akan memeluk mimpi-mimpi tersebut..”Sang Pemimpi (SP) layar ceritanya yg lebih memikat, kelucuan yg mengundang gelak yang tidak sedikit namun tidak menjejaskan inti pengajaran yang disiratkan Andrea berserta pelajaran moralnya malah pengkisahan tentang Ikal dan Arai selaku pendukung utama dalam SP sangat2 mengesankan sekali. Naluri tersentuh, terkasima dengan keperibadian Arai…kata-kata Arai yg tidak boleh dilupa dlm SP nie “ …jangan sampai kita mendahului nasib yang tersurat utk kita..” Obor perjuangan Arai adalah intipati cerita dlm SP.Arai umpama sebotol minyak wangi yang akan memercikkan wangiannya pada siapa yang mendekatinya….dia bukan si tukang besi yang akan memercikkan apinya yang bisa mencarikkan baju sesiapa yg mendekatinya.Dari sebuah gambaran desa khayalan titipan si cinta pertama, Edensor mengorak langkah perjalanan Ikal dan Arai merentas benua, lautan demi sebuah impian, segunung cita-cita. Dalam Edensor fokus Ikal lebih kepada sebuah pencarian...pencarian cinta, cita2 dengan ayunan langkah yg lebih berani...naskhah ini penuh ilmu, penuh pengalaman dari jejak 2 anak muda bersemangat waja, Ikal dan Arai.

-------------------------------------------------------------------------
Buat Mas Andrea, jutaan tahniah atas persembahan hebat anda pada Tetralogi nan istimewa ini....... ;semoga anda terus sukses berkarya di masa hadapan, insyaallah.

Yang Teristimewa

TAJUK : YANG TERISTIMEWA
PENULIS : SITI ZABEHA IBRAHIM
PENERBIT : CREATIVE ENTERRISE SDN BHD
HARGA : RM23.90
GENRE : DRAMA

****1/2

Apa Kata Saya

“aku belum jumpa lagi lelaki yang mampu menggetarkan hati aku ni..” “..hati kau tu bukan jeli tapi batu…hanya gempa bumi saja yang boleh menggegarkannya tau..”

*************************
Saya amat mengagumi penulis ini. Karya-karya beliau sarat dengan mesej, samada tersirat mahupun tersurat.Beliau juga terlalu pintar mengaplikasi unsur-unsur bahasa yang puitis, melankolik juga mewarnainya dengan personifikasi yang cukup segar tapi cukup kena pada masa dan situasinya dan karya kali inijuga tidak terkecuali dari menerima sentuhan ajaib berkenaan.

Yang Teristimewa(YT) menyingkap suatu kisah yang cukup menyentuh jiwa. Status diri yang cuba diselesaikan selama hampir 32 tahun mengheret Nabila Asyikin Mohamad Ehsan @ Nurul Asyikin Ahmad Bakhtiar kepada pelbagai konflik diri yang cukup melemaskan dirinya. Kesan dari peristiwa silam, sering timbul rasa curiga dalam dirinya dan tidak yakin dalam hubungan hati akibat perbuatan lampau insan yang menyebabkan dia ada di dunia. Penulis begitu bijak mengolah dan menggambarkan pergolakkan dalaman jiwa Nabila /Bel hingga pembaca cukup mengerti tekanan perasaan yang dirasainya. Kewujudan Amar Muklis, Nursarah, Nur Iman, Nur Ain, Saiful juga Fadhil menjadi penyokong kuat memperkukuhkan jalan cerita YT ini

Plot cerita sarat dengan unsur flashback namun dipersembahkan dengan cukup cemerlang oleh penulis demi memastikan pembaca tidak terganggu dalam mengikuti hikayat Bel ini. Bagi yang sudah biasa membaca karya-karya penulis pasti bersetuju dengan penilaian yang saya berikan pada Yang Teristimewa dan kepada pembacayang belum pernah membaca karya penulis ini, YT sesungguhnya satu naskhah yang berbaloi untuk dimiliki.


Kisahnya

Pencarian Nabila Asyikin Mohamad Ehsan@ Nurul Asyikin Ahmad Bakhtiar terhadap status dirinya sejak kewujudannya selama 32 tahun mengheret dirinya ke suatu konflik diri yang sangat pilu. Walau dikelilingi dan dilimpahi kasih sayang yang tiada kurang dari ibu bapa angkat, Ehsan & Normila juga abang2 angkatnya namun sebagai insane, hati sentiasa terdetik, terhiris bila kenyataan didepan mata tidak mampu direalisasikan.

Kenyataan yang maha pahit itu juga mempengaruhi dirinya utk berdepan dengan sebarang hubungan dan ikatan hati. Amar Muklis yang memburu selama 7 tahun diserahkan pada sahabat baiknya, Maisarah demi tidak mahu masa dibuang menunggu dirinya. Walau hati menyimpan rasa pada Fadhil, namun sikap acuh tidak acuh juga misteri jejaka nan satu ini menyebabkan kisah selama 10 tahun mereka tiada bernoktah
Pemergian Nursarah yang mendadak membuka kembali ruang untuk Amar mencuba membuka hatinya, Sikap Amar yang terang-terangan memikat Bel meresahkan Fadhil.

Dendam pada ayah yang meragui dirinya hingga tercampak ke dalam konflik hidup yang maha hebat tekanannya tidak sekali-kali mengganggu kasih sayang pada ibu kandung yang menyerahkannya pada keluarga Ehsan demi masa hadapan yang lebih gemilang. Begitu juga hubungan dengan abang kandung nya, Ahmad Kamal yang amat mengerti tekanan adiknya yang satu ini. Bel akur, tiada guna mensia-siakan hati insan-insan sekeliling yang lebih istimewa demi seorang insan yang mengkhianati hidupnya, ibu nya dan abangnya selama 32 tahun.

Ujian tiba bila terpaksa bekerjasama dengan syarikat ayahnya.. namun kerna sudah lali dengan rasa sakit yang ditanggung selama 32 tahun demi menunggu satu lafaz keramat Bel tekad berdepan ayahnya tanpa sebarang usikan di jiwa, tiada guna menagih pada yang tidak sudi. Kesal dengan sikap tidak bertanggungjawabnya selama ini, sang ayah cuba berbaik namun langkahnya sumbang di mata Bel.

Nasihat Saiful menoktahkan pilihan hatinya ..Insan seistimewanya wajar digandingkan dengan lelaki yang meletakkannya di takhta teratas dalam hati. setiap detik dan ketika. Bertuahnya Nur Iman & Nur Ain mendapat mummy yang seistimewa Bel.

Rembulan Pujaan


TAJUK ; REMBULAN PUJAAN
PENULIS : ANTASYA BALKIS
PENERBIT : BUKU PRIMASDN BHD
HARGA : RM 16.90
HALAMAN ; 375 MUKA SURAT
GENRE : DRAMA & KOMEDI RINGAN

****
Apa Kata Saya:
“ Tapi ada jugak pipit sama pipit tapi tak sebulu.Kalau enggang sama pipit sebulu, apa salahnya.”

********************************

Seingat dan serasa saya inilah kali percubaaan pertama Antasya Balkis @ Syamimi Aminolah menyelitkan genre komedi ringan dalan karya beliau. Sebagaimana diketahui karya-karya beliau sebelum ini lebih menjurus kepada genre berat yang mengfokus isu kasih sayang, yang penuh konflik , namun walaupun karya kali ini juga menyelitkan tema yang sama tapi ia lebih ringan dan demi memberi suatu kelainan yang lebih segar kepada pembaca cerita kali ini diselitkan unsur2 juga dialog2 lucu …dan ternyata taruhan beliau menjadi…tercuit & tertawa dengan telatah spontan watak utama, Aireen terutama monolog2 Aireen..cukup menghiburkan sekali..tahniah buat penulis.Pertembungan antara watak Aireen dan Riezwan yang kontra dari semua segi amat menarik dan bagaimana penulis cuba menyampaikan mesej disini bahawa darjat yang dicipta oleh manusia adakala mampu mengundang kemusnahan dan kecelakaan. ..biarlah kita miskin harta tapi jangan sampai jiwa kita turut miskin.

Penggunaan bahasa yang mudah, ringkas tanpa kewujudan bahasa2 melankolik juga personifikasi puitis tidak langsung mencacatkan jalan cerita. Ini bersesuaian dengan plot cerita yang ringan, segar dan bergerak secara mudah..walau ada sedikit penggunaan teknik imbasan kembali, penulis bijak menggarapnya agar tumpuan pembaca tidak lari dari meneruskan pembacaan.Jalan cerita dipersembahkan dengan semudah mungkin , sebagai penulis berpengalaman beliau pada hemat saya sudah dapat meneka pola pembacaan semasa di pasaran, justeru karya kali ini sememang amat sesuai untuk pembaca yang ingin bacaan santai yang menghiburkan…buar peminat, penggemar penulis ini, anda wajib memiliki naskhah ini…sekali lagi buat penulis tahniah dari saya atas pemcubaan kali ini yang ternyata cukup menghiburkan sekali.


Kisahnya

Aireen gadis kampung yang bekerja di Butik Moon Collections dipertemukan dengan Riezwan dalam suatu insiden lucu di butik tersebut. Sikap Aireen yang lucu, selamba juga penuh kegelabahan cukup mencuit hati Riezwan, seorang korporat muda untuk merapatkan diri dengan Aireen. Pelbagai adegan lucu & spontan yang terjadi dalam proses tersebut. Seperti biasa, cerita kisah cinta mesti ada konflik. Hubungan yang baru berputik ini tidak disenangi ibu tiri Riezwan Puan Sofea & adik tirinya, Safwan yang juga menaruh hati pada Aireen. Agenda mereka utk menyatukan Riezwan dengan bekas kekasihnya Julia Hana yang juga anak saudara Puan Sofea ditolak Riezwan.

Riezwan yang sedari awal mengetahui rancangan buruk Puan Sofea dan tujuannya cuba mengelak perangkap tersebut namun manusia ada kelemahannya juga. Beliau dituduh menggelapkan duit syarikat, angkara rancangan Puan Sofea dan Safwan. Julia Hana pula apabila gagal mendapatkan Riezwan kembali dan diapi-apikan oleh Safwan dengan cerita kewujudan Aireen bertindak kurang wajar menggugut Aireen juga mengupah orang mengekori dan menakut2kannya. Akibatnya Aireen bertindak memutuskan hubungan dengan Riezwan pulang ke kampung. Tidak menduga kepulangannya menemukan semula denga Riezwan yang kebetulan terlibat dengan insiden salah faham kemalangan yang menimpa nenek Aireen.

Peluang tinggal di kampung dan mengenali kehidupan Aireen membulatkan tekadnya untuk memiliki Aireen yang ternyata juga menyimpan rasa yang sama. Rancangan mereka hampir digagalkan oleh rancangan jahat Safwan, tapi Aireen bijak meneka, Kegagalan tersebut mengundang misi yang lebih tragis, Riezwan ditembak manakala Aireen dilanggar. Hukum baik di balas baik, jahat dibalas jahat. Puan Sofea dan Safwan mendapat balasan akibat perbuatan mereka. Aireen & Riezwan?…berbulan madu akhirnya dibawah sinaran rembulan.

Saturday, June 7

seindah warna pelangi


Tajuk : Seindah Warna Pelangi
Penulis : Yusrul Emiza Yusuf
Penerbit : CESB
Harga : RM23.90
Genre : Drama

Apa kata Saya…..
****

“Kadangkala Allah sembunyikan pelangi untuk kita. Dia datangkan petir dan kilat..kita menangis dan tertanya-tanya ke mana perginya pelangi sedangkan Allah hendak datangkan matahari utk kita…”..namun jika sirna matahari itu juga gagal dimanfaatkan apa lagi yang hendak dikata…

Simbolik phrasa ini membawa pembaca menyusuri sebuah lagi kisah kehidupan garapan Yusrul Emiza Yusuf(YEY); Seindah Warna Pelangi(SWP); seperti novel sebelumnya YEY sekali lagi menghidangkan kepada pembaca sebuah lagi cerita, kehidupan 2 insan, Zahrul Azuan & Nur Indah yang diadun penuh onak ranjau namun kisah kali ini agak berat pembawakannya kerna ia menyentuh isu sumbang mahram yang ternyata pelik tapi tidak mustahil .. kisah yg bertunjangkan tema kasih sayang ini digarap dgn begitu kemas oleh YEY.

Walau plotnya bergerak agak perlahan namun ia tidak mengganggu pembaca dalam menyusuri perjalanan cerita.Seperti biasa, bahasa YEY cukup padat, sarat dengan kiasan yang disulami metafora bungaan sastera yang mencantikkan lagi SWP ini. Sesetengah penulis agak kurang mahir bermain dgn teknik imbasan kembali yang adakala tika diaplikasikan akan membuat pembaca hilang punca dalam memahami cerita, namun tidak YEY..beliau cukup mahir menggunakan teknik flash-back ini dlm SWP dan setiap ketika bila teknik ini digunakan pembaca dpt menembusi lorong waktu tersebut dan tidak tersesat utk terus berada dilandasan sebenar cerita.

Inilah kelebihan YEY, bukan memuji tapi sekadar mengiyakan sebuah kebenaran. Justeru itu bagi pembaca yang meminati genre sebegini dan inginkan suatu variasi dalam bahan bacaan maka sesungguhnya novel terbaru YEY ini tidak harus lepas untuk dimiliki.

*********************

Kisahnya...

Cinta adalah anugerah tidak ternilai dari yg Esa buat manusia, namun jika ia ditakrif dan ditafsir dari dimensi yang songsang, maka songsanglah ia….inilah yang cuba diketengahkan oleh YEY dlm SWP.SWP membawa kita mengenali seorang Zahrul Azuan; muda, berkedudukan tinggi, berkarisma,kaya namun sayang tunjang iman dirinya lemah dgn godaan dunia hingga gagal mentakrif yang hak dan yg bathil hingga tega menghalalkan kemungkaran terlaknat bermaharajalela didepan matanya sendiri, lebih parah peneraju utama adalah sang isterinya sendiri, Hani Maisarah dan adik iparnya, Hakimi…Walau mulanya dia murka dgn kejutan perlakuan terkutuk tersebut namun akal yang kurang iman gagal berfungsi utk memandu dirinya beraksi waras…..dan akhirnya terpaksa akur tunduk dgn kuasa seorang wanita bergelar isteri,..ahh, alangkah malunya seorang Zahrul Azuan. yang gagal dan penuh kealpaan dalam mendidik seorang isteri hingga terjerumus ke suatu perbuatan yang dikutuk agama.

Dia tega membenarkan penzinaan sumbang mahram terkutuk bernafas di dalam mahligainya sendiri….hanya kerna rasa cinta ynag agung pada sang isteri dan tidak tega kehilangannya jika perlakukan jijik sang isteri dan adiknya sendiri dihalang & dibongkar,nauzubillah alangkah dayusnya insan bernama Zahrul Azuan…namun inilah yang ditonjolkan oleh YEY dlm SWP. Kita dihidangkan dgn pelbagai bentuk kejadian seiras dlm kehidupan realiti di luar sana maka, tidak mustahil kisah ini ada terselit di celah-celah kehidupan masyarakat kita cuma bezanya dan lebih tragiknya dlm kisah ini kemungkaran terlaknat ini dibenarkan oleh insan yang sepatutnya berjihad memeranginya..alangkah hinanya bergelar suami jika sanggup melihat isteri sendiri berzina didepan mata, disini YEY berjaya menimbulkan rasa benci & marah juga mual pembaca dgn sikap Zahrul Azuan...Dan rasa benci ini kian membusung bila Zahrul tega melibatkan seorang wanita kudus bernama Nur Indah di dalam kemelut diri yang gagal ditanganinya sendiri….

Nur Indah..seindah nama, secantik peribadi..gadis kerani yg juga digelar si pembacuh kopi di pejabat Zahrul yang secara tidak sengaja dijebak di dalam kemelut dalaman diri Zahrul, bermula dengan insiden cubaan perkosaan keatas dirinya oleh Zahrul yg hilang pertimbangan di bilik mesyuarat kisah duka dirinya terus tercatat selepas insiden hitam itu.Keputusan nekadnya berhenti kerja demi menjauhkan diri dari insan bernama Zahrul Azuan tersasar,malah lebih parah kunjungan mengejut Zahrul ke rumahnya mengundang padah bila mereka dituduh berkhalwat…bernoktah akhirnya perjuangan Nur Indah utk mengelakkan diri dari Zahrul..mereka disatukan akhirnya demi menutup aib yang sengaja dicipta..dan bermulalah episod pilu dalam kehidupan seorang isteri bernama Nur Indah. Rasa simpati pembaca pasti bertimpa pada Nur Indah yang dinafikan haknya oleh Zahrul malah dirinya hanya alat utk melepaskan amarah yang tidak tertunai pada Hani Maisarah,, diri Nur Indah tersiksa batin dan zahir..

Tiap kesabaran ada balasannya,…Titik-titik suram penuh duka dalam hidup Nur Indah menuju garis penamatnya bila Zahrul mulai sedar kekhilafan dirinya terhadap isteri ke-2 nya itu...lebih manis martabat Nur Indah turut diiktiraf oleh seluruh anggota keluarga suaminya yang mengetahui perlakuan sumbang Hani Maisarah & Hakimi..Diri Nur Indah diulit bahagia, sesungguhnya bahagia malah bahagia makin berganda… ada insan baru yang bakal dibawanya ke dunia….namun bahagia Nur Indah cuma seketika…ujian keatas dirinya masih belum ternoktah…Hani Maisarah yang hamil ditinggalkan Hakimi merayu Zahrul kembali..antara 2 persimpangan, luhur hati Nur Indah memujuk suami memberi tumpuan pada Hani Maisarah yg semakin bercelaru dan parah pertimbangan akalnya…

Lahirnya Najwa yg sempurna oleh Nur Indah tidak segembira Hani Maisarah menyambut Hidayat yang kurang sifatnya…sekali lagi Zahrul gagal bertindak wajar sebagai suami, sebagai insan waras…rasanya sudah habis sumpah seranah pembaca pada Zahrul nan tolol ini…Najwa yang menjadi umpan gula-gula utk meredakan amukan Hani Maisarah yg tidak dpt menerima kekurangan Hidayat akhirnya menemui ajal ditangani Hani Maisarah kesan kealpaan Zahrul sendiri….dan Zahrul harus membayar harga yang cukup mahal utk kesilapannya itu,Nur Indah. Perginya Najwa membawa bersama kasih sayang dan cinta Nur Indah. Semuanya sudah berakhir. Semuanya sudah tiada. Berjayakah Zahrul meraihkan kembali cinta Nur Indah yang telah berkubur bersama jasad si kecil Najwa?....hanya YEY yang tahu jawapannya..Selamat membaca.

.: Aprilsnow - mei 20'08 :.

hanya kita berdua


Penerbit : Karnadya Solutions

kata Kucc:

***

Agak mengecewakan sedikit buah tangan Kak Aina kali nie berbanding karya2nya yang terdahulu..HKB tidak dapat mengatasi kehebatan KLB & BBK....sebagai penggemar kak Aina, harapan utk melihat sebuah lagi karya hebat nukilan beliau tidak kesampaian kali ini...semoga Kak Aina dpt melihat kelemahan struktur cerita & persembahan HKB yg diutarakan di sini dan semoga kak Aina positif dengan komentar yg diberi demi menghasilkan karya yg lebih hebat di masa hadapan.

Tema HKB agak berat...menyentuh isu & ikatan kekeluargaan yg menjadi intipati pergerakan watak utama HKB, Najla Haifa @ Naj disamping menyelitkan sub tema kisah cinta antara 2 darjat yg terhalang antara Naj dan Adil...plot cerita sedikit bercelaru, tidak kronologi dan teknik imbasan yg diguna sedikit melompat2 yg adakalanya menjejaskan tumpuan pembacaan... walaupun mesej cerita jelas namun penyampaiannya sedikit lemah.Walaupun kisah berakhir dengan gembira (hepi ending) namun kepuasan kali ini tidak sehebat ketika mengakhiri pembacaan KLB &BBK..

kalau ada jodoh


Penerbit : Karnadya Solutions

kata Kucc:

****
Syabas buat Mimie...persembahan KAJ sangat mengujakan sekali dan jelas peningkatan yg memberangsangkan dari Mimie berbanding karya2 terdahulu.KAJ begitu santai dipersembahkan oleh Mimie, plot cerita segar, ringan dan ringkas namun cukup menghiburkan pembacaan. Gandingan watak utama Rini & Pyan cukup serasi, cukup rencahnya...terhibur dengan gelagat mereka berdua, dialog mereka yg bersahaja, tercuit dengan kelucuan mereka juga tidak ketinggalan keromantisan mereka ...Mimie juga sudah semakin "handal" mencipta insiden2 & elemen2 romantis yg semulajadi, bukan yg dibuat2. Bahasa yg digunakan Mimie dlm KAJ juga mudah, tiada penggunaan metafora dan unsur2 personifikasi yg berat...Penggunaan gitar & vespa dlm penjalanan cerita KAJ juga amat menarik..suatu pembaharuan dlm persembahan karya oleh Mimie dan ternyata ia menjdi..sangat menjadi...Tahniah buat Mimie, semoga terus maju dlm pengkaryaan anda di masa hadapan.

demi kasihmu



Terbitan : NHF Media
Harga : RM24.90
* * * *

Sinopsis:

Luqman Haqimi : Sesungguhnya mencintaimu membuatkan aku membuka ruang hati untuk dilukai. Kututupkan segalanya dengan secebis kekuatan cuma. Tapi tegakah aku melepaskan rasa cinta yang menggunung demi menyaksikan kebahagianmu? Aku buntu namun demi rasa cinta ini, ku lepaskan jua walaupun kau milikiku abadi.Jangan kau kata rapuh cintaku padamu kerana kau tidak mengerti demi siapa aku korbankannya. Aku wanita lemah, namun kekuatan cinta ku bawa untuk mengharungi liku-liku hidup ini. Maafkan aku Luqman Haqimi andai selama ini meragui cintamu. Percayalah, tak mudah untuk kurelakan perpisahan, namun aku pasrah pada ketentuan. Hanya doaku agar kau terus berbahagia agar pengorbanan ku tidak sia-sia.

Alia Maisarah : Mencintaimu membuatkan aku nanar. Cinta tak semestinya perlu diucap. Namun, segalanya sirna tatkala kau meningggalkanku. Saban waktu hati ini tertanya dimanakah nilai cintamu padaku. Terlalu murahkah harga cinta ini dimatamu. Lelah rasa jiwa ini merinduimu, mengharapkan kepulanganmu seperti menanti bulan berwarna biru.Luqman Haqimi, Alia Maisarah. Dua jiwa satu hati. Takdir penentu segalanya. Namun mampukah mereka mengharungi ombak, badai mahakarya cinta yang tercipta untuk mereka?

Rasa Hatiku
Tidak di ketahui apakah Amieza Anaz pernah menghasilkan novel sebelum ini tetapi pertama kali membaca hasil nukilannya hati terus tertarik. Aku suka novel ini kerana jalan ceritanya yang tidak berbelit-belit dan mudah difahami disamping watak-watak yang digarap begitu baik sekali menjadikan Demi Kasihmu indah dan menarik. Wujudkah manusia seperti Luqman Haqimi yang begitu setia pada cintanya dan Alia Maisarah yang sanggup ketepikan kepentingan diri demi kebahagian insan-insan di sekelilingnya.Novel ini membuat aku tidak sabar menanti hingga pengakhiran cerita.

p/s : hanya luahan rasa hatiku kerana kita masing-masing mempunyai selera yang berbeza-beza.

.: ju'a - mei 26'08 :.

--------------------------------------------------------------------------------------------

Saya baru tamat novel ni walaupun tebal lebih dari 800 halaman tapi harganya murah kalau dibandingkan dgn novel lain. Walaupun novel pertama (tak tahulah kalau sebelum ni ada novel2 lain) tapi cara penulis menggunakan bahasa dan olahan cerita menarik gayanya seperti dia pernah menulis novel sebelum ni.

Bab pertama dah dpt rentak dengan gaya bahasa mudah dan menarik terus menjiwai watak alia maisarah. Seorang isteri yg sentiasa mengalah dengan suami bila suami sentiasa mendahului ibu & adik beradik dari isteri sendiri. Alia sentiasa memendam rasa tak pernah luahkan pada suami perasan yg terbuku di hati. Beberapa perkara yg berlaku menyebabkan Alia meninggalkan Hakimi....

Cuma editing kureng sikit rasanya perkara ini selalu disebut-sebut.Walau bagaimanapun saya dpt menghabiskan dlm masa 1 hari kategeri tak blh letak teruja nak tahu kesudahan cerita.... Dari rasa hati saya tidak mempengaruhi sesiapa... Tak semesti cerita kisah wanita didera fikizal & mental untuk mengalirkan airmata. Hanya dengan menghayati watak Alia sudah cukup mengalirkan air mata

.: Qimi - mei 26'08 :.

kabus adela

Penerbit : CESB
Harga : RM30.90

Sapa dah bace cite ni?...Hmhm aku dah bace...lain sikit dari yg lain...
kisah guru felda bercinta...kisah kesetiaan dalam bercinta...kisah persahabatan ....boleh layan cite ni. Hari tu dah 2 3 x usha buku ni kat markas...cuma tak sanggup nak beli...macam bace kamus gamaknya tebal...& x perasan terbitan CESB..nampak lain jer cover.. ..rasanya tak rugi kot membacenya...yang pasti tak de lah cite tangkap basah jer...tapi bile aku pikior balik...camanalah terlepas dari tangkap basah...kalo korang bace korang mesti paham apa aku maksudkan... ...cuma ada few part ygn aku menyampah...dah kalo tak dimasokkan dalam cite lagi..best kot.. jgn marah yea wahai penulis...ni komen aku yg ikhlas.

Ok lah ni aku punye review...Suraya seorang guru yg mengajar di Felda Adela. Dia dah ada boyfriend yg seoarang guru juga tapi bertugas diSabah..kira bercinta jarak jauh ler...dah bertahun bercinta dari masa maktab lagi. Suraya mempunyai seorang housemate merangkap best friend dia. Cikgu Syidah, yg sama mengajar disekolah yg sama. Macamana Suraya merasa kehilangan Syidah yg terpaksa berpindah mengejut ikut suaminya. Macamana dia cuba setia ngan kekasihnya, Mukmin dalam pada masa yang sama, Suraya dipadankan ngan seorang guru lain , Cikgu Badrul. Sebelum Cikgu Badrul masuk jarum jual minyak urat... , Suraya baik ngan satu guru ni, yg dah jatuh hati pada dia..cikgu apa yea..aku lupa lagi nama dia.. ...tapi Suraya telah tolak secara baik cikgu ni. Putusler sahabat..cikgu ni ngan Suraya.

Guru yg frust ni kemudiannya jumpa pula ngan seorang guru baru..Cikgu Zana...yg mana telah membuat fitnah terhadap Suraya. Guru guru yang rapat ngan Suraya, Anand (aku suke karekter dia ni...asik menyakat orang jer keje dia) & Razak cuba usha Suraya tuk Cikgu Badrul. Akhirnya Suraya terima berita....apa ya..korang bacalah...lalu dia terima Cikgu Badrul. Bertunang..& hampir berkahwin...satu tragedi berlaku. Korang bace lah yea...tragedi apa..yg pasti bukan tragedi buah epal... Bagaimana kesetiaan percintaan dia diuji ngan tragedi ini. Berjaya tak mereka melepasi tragedi ni? Mestilah kan...ni kan cuma cerita rekaan semata..mestilah happy ending... ...cuma kena lalui pelbagai onak & berjenis duri.

**** tapi tolak setengah...sebab..ada adengan yg kurang sesuai sikit ..bagi aku ler...anyway..ni pertama kali aku bace karya dia ni..penulis baru kot ...entahla...aku selalu lupe..


.: kay - june 02'08 :.

Friday, June 6

dunia ini sederhana kecil


Penerbit: PTS One Sdn Bhd
Harga : RM23.90
Halaman : 436 muka surat

blurb:
kata perempuan berlesung pipit, "cinta itu umpama menunggu bas. kita perlu memilih bas yang tepat pada masa yang sesuai. sekiranya tidak, kita tidak akan selesa meneruskan perjalanan kita. sebab itu saya masih menggunakan kereta."

kata riduan pula, "aku cakap dengan kopi di dalam gelas aku. orang bukan tidak sayang, cuma orang tidak nampak dan lupa."

kata ibu, "hidup manusia ini seperti roda. kadangkala di atas kadangkala di bawah. tidak penting kamu berada di atas ataupun di bawah, yang penting kamu sebenarnya bergolek di mana? sama ada jalanan itu berlumpur, berduri ataupun kamu bergolek di padang-padang rumput yang indah."

lelaki gempal kata, "hidup manusia juga seperti tingkap. apabila tingkap itu ditutup, maka manusia tidak dapat hidup kerana tiada ruang dan peluang."

kata lelaki muka berminyak pula, "pelangi, warnanya bukan hanya hitam dan putih. begitu juga dengan hidup."

tulis nicky, (yg dipetik dari novel ini..) : mei 29'08

Bas itu umpama cinta yag kita tunggu
Kadangkala ada cinta yg hadir,
namun krn merasakan ia tidak sesuai dgn diri kita
kita membiarkan ia terus berlalu
Kemudian datang pula cinta yg kita rasa sesuai dgn hati kita.
Sayangnya cinta itu sudah berpunya
Kita hanya mampu melihat ia pergi
Kita terus menunggu dan terus menunggu
hingga waktu sudah mulai lewat
Usia sudah semakin jauh
dan kita mula khuatir berkenaan masa depan
Risau tidak sempat ke destinasi
kita nekad naiki bas ke tiga
Kita sudah kurang peduli rupa bas itu
Sama ada ia buruk ataupun penuh
asalkan kita sampai ke destinasi
Itulah kita dlm menunggu cinta



kata saya.. : mei 30'08

wa dah habis baca buku ni semalam. bagus jugak. dlm ketawa2, ada byk benda yg boleh buat kita berfikir sendiri. banyak makna yg tersirat. tapi yg tak bestnya.. byk tersilap watak.


jid berjalan perlahan ke arah syamir dan memerhati layar komputer riba yg putih. tanpa apa2 perkataan.
"buat surat permohonan jawatan lagi?" tanya syamir. - halaman 371
sepatutnya jid yg ajukan soalan tu.

apa pun, satu buku yg bagus.

antara bahagian yg buat wa tergelak besar..

1. bila sampai ke bahagian yg am kasi tau si syamir mengigau pasal kicap kat bawah pokok! "kicap.. kicap.. mari beli kicap.." borak2 dgn jid pun boleh tertidur & mengigau pasal kicap haha. kicap dah betul2 menghantui syamir. lepas ni korang kalau nampak botol kicap, mesti teringat cerita ni hehe.

2. sewaktu syamir, musa & cik sophea dikejar kumpulan black metal yg tertipu membeli kicap kononnya kicap berperisa darah kambing.

tapi sikit tak puas hati. wa nak tau gak apa reaksi en hasan ke (bos kicap) waktu syamir usik dia, yg inspektor tu & isteri kat kg kirim salam & tanya bila nak balik dari jerman.

sesiapa yg nak buat keje part time, boleh lah ambik idea syamir.. jadi penasihat pun ok gak. sekali call rm50 masuk. cover duit utk beli buku .

moralnya.. kena berusaha tak putus2. mana ada kemahuan, di situ ada jalan. man jadda, wajada.


rasanya novel DISK banyak beri pengaruh kat kita semua. kalau tak, takkan wujudnya geng kicap! ekeke.. disebabkan taksub dengan kicap, lebih2 lagi kicap kambing, sampaikan kita dihalau dari tempat yg dah macam rumah sendiri. apa2 pun, hidup kicap! ha ha ha.

ayat-ayat cinta



ayat-ayat cinta akan mula ditayangkan di gsc pada june 19'2008.

senarai geng kicap yg akan ikut rombongan ke gsc :
1. nicky
2. april
3. qimi
4. sil
5.
6.
7.

penyertaan untuk mencuci mata masih terbuka ehehehe..

suatu penantian



Tajuk : Suatu Penantian
Penulis : Antasya Balkis
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM22.00
Halaman : 667 mukasurat
Genre : Drama & Romantik
****

Apa Kata Saya….

“ Aku hantar pada kau seorang lelaki yang hatinya serupa dengan hatiku. Jangan kau menolaknya kerana sebahagian daripada diriku ada padanya….:************************

Suatu Penantian(SP) nukilan pertama Antasya Balkis(AB) bersama Kaki Novel. SP membawa tema cinta..kenangan/memori cinta pertama yang cukup mengesankan dan sukar dilupakan apatah lagi ia diakhiri dengan tragedi yang cukup memilukan.Di dalam SP, AB membawa pembaca menyusuri kisah dari 2 waktu,..semasa dan tika remaja yang diselangselikan di awal cerita dengan satu pemberitahuan bernota agar pembaca faham tentang latar cerita yang sedang dilayarkan di depan mata dan semakin pembaca mengenali Alissa Huda & Zahrul Affandi /Zahim Muzaffar, AB sedikit demi sedikit begitu bijak mengolah cerita dgn menyelitkan teknik flash back setiap kali ingatan Alis atau Zahrul terimbau ke masa lampau.Walau cerita ini mengambil latar 2 masa di kebanyakan situasi, plotnya tetap segar dan bergerak secara kronologi.

Bagi yang mengenali peta penulisan AB pasti bersetuju bahawa SP sesungguhnya dan sebenarnya telah mengesahkan bahawa Antasya Balkis adalah juga Syamimi Aminolah(SY). Gaya bahasa yang penuh personifikasi memikat, romantik, kaedah penceritaan serta perwatakan dalam SP banyak mengingatkan kita akan karya SY yg terkenal, Air Mata Kasih…Alissa Huda, watak utama dalam SP kerap mengingatkan saya pada Ain dan Zarul Affandi seringkali menerjah ingatan pada Iman Haqimi…paling tidak dapat dilupakan saat Zarul terbaring koma dengan Alissa di sisi dan tika Zarul tersedar ia mengimbau kenangan pada saat Iman Haqimi terbaring tidak sedarkan diri dengan Ain disisi jua saat Iman terjaga dari sedar…2 keadaan yg hampir sama..AB mungkin ada penjelasan tentang kesamaan ini, apa-apapun ia mengubat rindu saya pada Ain & Qimi.

Keseluruhan SP sangat mengesankan…melankoliknya sangat indah.Bagi saya tiada apa yang dapat diungkap hanya sekalung tahniah buat AB/SA atas satu lagi persembahan yang cukup menarik & berkesan dlm Suatu Penantian…semoga terus cemerlang berkarya di masa hadapan.
**************************************************

Kisahnya….Suatu Penantian membawa kisah Alissa Huda, seorang guru tadika berijazah yang berhadapan dengan dilema bila dia dicuba didekati oleh Zarul Affandi yang seiras, saling x tumpah seperti kekasih pertamanya, Zahim Muzaffar yg telah meninggal dunia tanpa mengetahui 2 jejaka tersebut adalah kembar dan saling menyintai Alissa. Pertemuan tak terduga oleh Alisa tapi telah lama dirancang oleh Zarul mengimbau kenangan Alissa pada Zahim yang telah tiada. Cubaan demi cubaan dilaksana Zarul untuk mendekati Alissa yang pintar mengelak kerana enggan mengenangi kisah Zahim yang tercinta kerana tidak dapat tidak Zarul teramat kuat menerjah memori Alissa utk kembali mengingati Zahim yang telah lama pergi dan cuba dilupakan.

Penyertaan dan keterlibatan Zarul di Rumah Anak2 Yatim Sri Intan sebagai sukarelawan merapatkan hubungan antara mereka berdua. Sikap Zarul yang tidak putus asa dengan kedinginan Alissa sedikit sebanyak mencairkan hati Alissa utk terbuka mengenali seterusnya menerimanya…namun bukan semudah itu cetera cinta mereka…halangan datang bertimpa-timpa…datang dari setiap sudut yang sedikit sebanyak menggugat keyakinan dan kepercayaan Alissa pada ketulusan niat Zarul padanya.

Alissa dalam diam juga dicintai oleh abang angkatnya, Khairul yang tega melakukan apa saja demi memastikan Alissa jadi miliknya....demi misi, demi hasrat hati yang samar-samar diketahui oleh Alissa, Khairul menjalankan jarum meracuni fikiran Alissa untuk menyahkan Zarul dari fikirannya...kemuncak Khairul tega menfitnah Zarul membuntingkan Nini, teman wanita kawan Zarul sendiri..akibatnya Alissa cuba menjauhkan diri walau hatinya enggan kerana sudah mula menyayangi Zarul. Zarul yang tahu taktik licik Khairul membalas dengan satu rancangan yang sangat berani, sangat tragis kesannya pada Alissa…….mereka berdua tertangkap basah!!

Tragedi itu mengheret mereka berdua ke gerbang perkahwinan yang dianggap suatu paksaan,…tidak direlakan namun Alissa akur dengan desakan ibunya. Kedinginan Alissa tidak mematahkan semangat Zarul utk menakluki hati kekasih hati yg telah lama bertakhta di hati sanubarinya namun gagal dijelaskan dan gagal pula dikesan Alissa. Ketulusan, keikhlasan Zarul melayannya menggoyah pegangaan dan tanggapan buruk Alissa pada Zarul, walau cukup sedih dengan peristiwa hitam dan memalukan dalam sejarah hidupnya Alissa cuba membuka hati utk menerima Zarul sebagai suami..suami dalam ertikata yang sebenar-benarnya…namun disaat detik waktu yang ditunggu Zarul tiba…natijah menimpa…Zarul koma!!

Penantian Alissa pada satu persoalan yang sering mengganggu mindanya dari awal terjawap akhirnya. Kemalangan yang menimpa Zarul membongkar rahsia hubungan Zarul & Zahim juga keterlibatan kedua-dua dalam hidup Alissa sejak dulu…rupa2nya yang dicinta, yang membuatnya ceria dan gembira dulu adalah Zarul, bukannya Zahim..tinta biru peninggalan Zahim pada Zarul yang disifatkan sebagai amanah Zahim buat Zarul itulah menjadi penunjuk jalan utk Alissa mengenal siapa sebenarnya si empunya diri, Zarul Affandi..suaminya yang juga sang kekasih hati yang telah lama bertakhta di hati..sejak dulu.

~ Aprilsnow : Mei 27'08 ~

Harum Cempaka


Tajuk : Harum Cempaka

Penulis : Norhayati Berahim
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM24.00
Halaman : 683 mukasurat
Genre : Drama (Kekeluargaan, Kasih-sayang & cinta)
****1/2

Apa kata Saya..

“kalau bukan jet lag, agaknya sedangkan angaukan budak bunga tu…”“malam tadi, budak bunga tu kan datang rumah kita.Emaknya bintang, adik-beradik bunga.Jarang orang nama Chempaka sekarang ni, kan?...” ***************

Memang dari dulu karya-karya Norhayati sentiasa menggagumkan, meruntun hati,jiwa & menggetarkan sanubari…dalam kebanyakkan karya beliau sentiasa mempamerkan ketokohan, ketabahan juga kecekalan gadis, wanita atau perempuan; “women power”…lewat musim dulu timbul cakap2 juga bicara kurang enak tentang karya2 yang diterbitkan olehnya, tidak dinafikan tempias virus kurang sihat itu turut melanda diri ini….namun di PBKL yang lepas, karya ini begitu menarik pandangan utk dimiliki…teringat kata2 En Norden waktu bersembang dengan beliau sedikit waktu dulu “Norhayati ni telah mengalami dan merasa segala kejerihan kehidupan..sebab itu dia boleh menulis kisah2 kegetiran kehidupan dengan baik sekali”….dan, Alhamdulillah, ternyata keputusan saya tepat…Harum Chempaka sangat hebat…selamat kembali Kak Yati!!!

Harum Chempaka tidak lari dari tagline NB…”Perempuan Mmg hebat, Perempuan Mmg Cekal”…tema cerita yang sedikit berat ini menfokus pada kehebatan & kecekalan watak utamanya, Chempaka Hassan(CH) yang terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemelut hidup dari zaman persekolahan hinggalah ke alam pekerjaan. Watak Chempaka dibangunkan dengan cukup sederhana namun jiwa & semangat juangnya yang cekal, teguh, utuh begitu mengujakan sekali…kita akan tersentuh tiap kali dia dilanda musibah, bagaimana CH menghadapi karenah dan cabaran sekeliling ….kita juga jadi marah dgn sikapnya yang terlalu polos, bersih dalam persahabatan hingga mudah diambil kesempatan dan diperkotak-katikkan seenaknya..watak sampingan yang menyokong plot cerita juga dipersembahkan dengan cemerlang sekali, terutama watak Sheikh Adli & Andrian…..Aida, Hidayat, Mak Cik Kejora, Dahlia, Wageswari adalah pelengkap HC.

Plot cerita bergerak secara kronologi, mudah diikuti hingga ke akhir cerita…dari zaman sekolah plot bergerak lancar hingga CH melangkah ke alam dewasa & pekerjaan…..paling saya suka bahagian penceritaan tentang kehidupan desa di tanah rancangan…indah sekali, teringat zaman kecil dulu…hmmm, lama juga xmakan pucuk cemperai ni, sedapnya….hehehehe

Saya suka cara NB mengolah kisah cinta CH dan Andrian...sangat cantik, cinta orang dewasa...Walau Andrian hadir tidak sekerap Sheikh Adli dalam HC tapi cukup mengesankan…gembira NB menjodohkan CH & Andrian dan bukannya Sheikh Adli…lelaki sebegini, aduhh, ngeri sekali sifatnya, sukar diduga…

Naskhah ini berbaloi dimiliki, tiada rugi membelinya….bagi peminat & penggemar NB, pastikan karya ini ada menghuni rak di rumah anda…selamat membaca.

~Aprilsnow : Mei 30'2008~