Wednesday, July 15

Trionovel Bulan Julai - Alaf 21

Penulis: Emma Maizura
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-437-1
"Rindu itu satu pertemuan tatkala sendirian"
Sinopsis:

HIDUP Nur Dalyla dipayungi bahagia apatah lagi menjadi anak kesayangan keluarga. Ke mana pergi, dengan siapa dia berkawan sering menjadi perhatian orang tuanya sehingga dia digelar anak manja. Walaupun kadangkala rasa terkongkong dengan situasi itu, namun dia akur kasih sayang ibunya melebihi segala.

Namun, siapa sangka di sebalik kegembiraan dan kesempurnaan itu, rupa-rupanya ada cerita duka yang terbongkar. Gelaran anak angkat yang berstatus luar nikah ibarat bumi menghempap kepala. Sekelip mata, segalaimpian ranap begitu sahaja. Dalyla kehilangan punca.

Saat hati dihurung kecewa, muncul Eriel untuk menyembuh luka. Namun, bila kisah hitamnya diketahui, sang arjuna pergi tanpa sebarang pesan. Hati Dalyla merintih.

Awan hitam seolah-olah melitupi segenap dunianya. Mungkinkah ada sinar mentari pada esok hari?

Harga: RM19.90
Penulis: Misya Darlina
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-439-5
"Kau hadir di sudut hatiku yang paling sunyi"
Sinopsis:
HIDUP Elyana sering dihimpit penderitaan tatkala berhadapan dengan insan bernama lelaki. Bapa tiri zalim yang cuba menodainya serta suami yang suka mendera, sering menghantui mimpinya.

Elyana berasa lega apabila Murad dipenjarakan atas kesalahan berat. Dia berjaya memohon cerai daripada mahkamah. Dan akhirnya, dia bebas daripada cengkaman lelaki yang tidak pernah menghargainya sebagai isteri.

Bekerja di sebuah hotel dapat mengisi kekosongan diri serta dapat menampung hidup bersama anak gadisnya, Nur Amira. Namun, dalam meniti kebebasan itu, Tan Sri Khalid hadir untuk mengisi ruang hati perempuannya.

Elyana takut pisang berbuah dua kali. Baginya, lelaki semuanya sama. Namun, tidak bagi Tan Sri Khalid. Dia yang kematian isteri benar-benar ikhlas mahu menjadikan Elyana suri di dalam hidupnya.

Elyana keliru membuat keputusan. Apa kata Nur Amira yang tidak tahu mengenai lamaran itu? Dapatkah dia menerima Tan Sri Khalid sebagai bapa tirinya sedangkan hidup bersama Murad dahulu, hidupnya turut tidak aman?



Penulis: Murni Aqila
Halaman: 512
Harga: RM19.90
SBN: 978-983-124-444-9
"Akan kutunggu suaramu melafazkan itu untuk meredakan resah di hati ini"

Sinopsis:

HATI Lailana berbunga rindu kala Adham meluahkan rasa cintanya. Itulah saatnya roboh benteng perasaan gadis itu yang selama ini menyimpan amarah terhadap insan bergelar lelaki. Seiring restu keluarga, mereka mula menganyam impian untuk hidup bersama.

Entah mengapa, menghampiri hari bahagia yang dinanti, Lailana mula menjauhkan diri. Dia sengaja menjalin kasih dengan Irfan. Walhal, dia sedar hati Adham pasti tercalar. Tidak sanggup berhadapan kemarahan keluarga akibat tindakannya itu, Lailana nekad untuk menghilangkan diri.

Adham terkedu dengan segala yang terjadi. Di saat dia cuba mencari jawapan, keluarga Lailana menyerahkan sepucuk warkah yang merungkai segala rahsia silam gadis itu. Coretan kebenaran itu mendorong dia menjejaki Lailana agar kembali kepadanya. namun, ke manakah harus dia mencari cintanya yang telah hilang?

2 comments:

RinnTis said...

uik! emma maizura! 4th book lah! WAW! kena cari nih. hehe. btw tahniah kepada semua penulis ya? good luck.

kucc_aprilsnow said...

rinn..tumpang 2 kaki, kalau jumpa rembat utk aku sama ek aku pun kolek buku EM ni....

tahniah2x utk emma, murni & misya...