Thursday, July 16

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Tajuk: Dan Rindu Pun Bertamu
Penulis: Wijdan Syauqina
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009

"Saat cinta berbunga hanya hati mampu bicara"

Perpisahan diukur hanya dengan jarak dan masa. Namun cinta, ia akan abadi walau berkurun-kurun lamanya. Umpama Uda dan Dara, Romeo dan Juliet. Cinta Hendra dan Noraini berkecai gara-gara sikap mertua. Vila Nasution menjadi saksi leburnya impian mereka.

Muhammad Harris dan Nurul Azreen membesar dalam dua buah suasana yang berbeza. Seorang di Indonesia dan seorang lagi di Malaysia. Dek kerana cinta mereka tidak pernah lupa kasih sayang sesama saudara.

Suatu ketika, pesona gadis Melayu yang dimiliki oleh Nurul Azreen membuatkan cintanya diintai dalam rahsia. Seorang jejaka bernama Farid Zulkarnain dan Ervin, sahabat abangnya. Adakah lelaki Melayu sama punya pesona di hati Nurul Azreen? Atau bicara santun jejaka Jakarta yang mempesona hati si dara?


Tajuk: Iris Cinta
Penulis: Teja Irzara
Penerbit: Fajar Pakeer
Cetakan Pertama 2009

"Sesukar mana hatiku hendak bersatu, begitulah payahnya ia hendak berpisah"

Suatu ketika, dia pernah mempersendakan cinta tapi juga pernah dia dipermainkan oleh cinta. Suatu ketika, dia pernah sungguh mencintai tapi juga dia pernah terhampa dek kerana cinta. Suatu ketika, dia pernah cuba mencinta tapi juga dia pernah terkecewa dengan cinta.

Kini, dia sungguh-sungguh mencintai satu manusia. Dia benar-benar percaya pada cintanya. Dia betul-betul berharap dihargai oleh cinta tapi dia hatinya hampir 'mati' kerana terlalu sakit dengan cinta yang satu itu.

Dapatkah dia pada cinta yang bahagia seperti impiannya? Setelah dia tinggalkan cinta lama untuk manusia yang berani mengaku hanya cinta pada dia. Bila manusia itu berani cuba mewujudkan curam curang di antara dua hati mereka yang baru saja hendak bersatu.

Dewi, sesungguhnya hanya engkau yang beria mencinta tapi di mana dewa yang layak mendapat cinta sejati itu? Belum jumpa? Atau tidak akan pernah ada?

No comments: