Monday, December 15

Serasi Di Hati



Nama Buku : Serasi Di Hati
Penulis : Nora Ismail
Penerbit : NB Kara Sdn Bhd
Harga : RM21.00
Cetakan Pertama : 2008
Genre : Romantik


“ cinta tidak mungkin hadir jika manusia lebih suka menilai dan menjatuhkan hukuman sebelum mengenal hati budi dan keupayaan sebenar seseorang…”

---------------------------------------------------------------------------------------------

Apa Kata Saya:

Saya diberitahu oleh seorang teman bahawa ini merupakan manuskrip pertama Nora Ismail yang juga dikenali dengan nama penanya Rose Harissa namun ia terperap begitu lama kerna beberapa masalah. Saya jadi kagum dengan penulis ini. Jelas dia memang berbakat besar dalam dunia penulisan kreatif. Saya katakan begini kerana buku pertama beliau yang saya baca; Berikan Cintamu sangat menarik sekali dan sebagai penulis baru persembahan beliau dalam Berikan Cintamu sudah bertaraf 4 Bintang dan bila Serasi Di Hati (SDH) ini dikhabarkan adalah sebenar-benarnya karya pertama beliau dari sudut teknikalnya, maka kekaguman saya pada penulis ini bertambah setingkat. Ternyata telahan saya tepat. Dia dikurniakan bakat penulisan yang mampu membawa dia pergi lebih jauh di dalam dunia penulisan kreatif ini.

Gaya“visual’ dan naratif SDH dipersembahkan dengan sangat manis, ringkas, menarik tapi sangat menghiburkan. Lupakan "unsur-unsur hangat" yang mengiringi karya ini kerana bagi saya apa yang lebih penting adalah apa yang ingin disampaikan penulis dalam naskhah terbaru beliau ini. Ia menghidangkan hikayat cinta yang bukan bersifat artifisial tetapi begitu menusuk kalbu dan sangat romantis pengkisahannya mengenai 2 jiwa, satu cinta dalam sebuah perjalanan yang dipanggil kehidupan. SDH adalah penzahiran kisah cinta dari kaca mata seorang wanita dan terjemahan seorang wanita tentang cinta.Menerusi SDH, penulis cuba menjelaskan bahawa keajaiban cinta hadir dalam pelbagai sudut dan rupa termasuk kebetulan dan insiden yang tidak disangkakan. Demikianlah suatu keajaiban yang dianugerahkan Tuhan kepada hamba-Nya.

Jalinan plot dan sub plot yang ringkas tapi selari di samping pembentukan watak-watak utama; Zarul dan Edrinaz yang cukup berjaya melahirkan roh menerusi karektor masing-masing banyak membantu menimbulkan perasaan dan jiwa pada keseluruhan naratif SDH. Penghayatan watak yang cemerlang banyak membantu kelancaran lenggok cerita ini. Baik watak utama yakni Zarul dan Edrinaz juga watak pembantu lain seperti Zalina Asha, Shamsul Azman, Ainon saling berdiri menyokong antara satu sama lain sehingga ia hidup mengikut keperluan watak.

Mungkin ada yang bertanggapan tema cinta tidak membawa idealisme yang besar, jauh sekali meninggalkan provokasi kepada masyarakat pembaca tetapi bagi saya yang tidak skeptikal terhadap cerita-cerita yang bertema sebegini kerana bagi saya cinta adalah satu elemen yang hakikatnya wujud dalam semua genre cerita waima cerita perang, thiller atau seram.

Penggunaan laras bahasa yang mudah, ringkas tanpa perlu sisipan istilah-istilah cinta yang memualkan cukup meletakkan cerita ini pada kelasnya yang tersendiri. Saya juga cukup gemarkan cara penulis mengaplikasikan segala pengetahuannya tentang dunia muzik di dalam cerita ini menerusi watak Zarul. Kita seolah boleh memvisualkan Zarul dan gitarnya di pentas, berdiri sambil tersenyum..asyik sekali…hehehe

Buat penulis berbakat besar ini, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam Serasi Di Hati ini. Semoga peluang dan ruang yang diberikan kepada anda saat melangkah dalam gelanggang penulisan kreatif ini dimanipulasikan sebaik mungkin dengan cetusan idea yang lebih baik di masa hadapan dan semoga akan kukuh berdiri sebagai barisan angkatan penulis baru yang bakal menjadi asset dalam industri ini.

Buat pembaca, buat penggemar kisah cinta, kisah cinta Zarul dan Edrinaz sangat manis untuk dihayati maka pastikan ia memasuki senarai mesti beli anda.

12 comments:

Rose Harissa said...

Kucc laling... huhu...
wa rasa nak nangis tngok review lu...
terima kasih peluk cium dari aku...

sob~~ sob~~ terharu!

kaknOOr said...

Kucc punyer preview memang super beb terangkat waktu tu juga nak gi kedai cari novel yg dipreview.
SDH memang best macam2 ada rasa.Kategeri xblh letak nak baca terus membaca sehingga muka surat penamat. Tahniah untuk Nora@Rose Harissa.

kucc_aprilsnow said...

Rose:
u deserve it laa babe...aku suke sgt SDH..
wey rose aku sudah jatuh chenta sama Zarul @ Yutaka ni...comeinyer dpt hubby lagu ni...itu pun kalau dapat...ahaaks

Bonda:
macih...ala akak saya amatur lg..budak luaq pagaq yg baru belajaq ni...so kalau ada yg perlu teguq tu teguq la no...

200% agree kak...seronok baca...tapi sy frust buku sy ada muka surat yg ilang dakwat dia laa..dah la part yg best lak tu...potong stim betul...issh, agak2 leh dpt ganti tak kak?...sy nk kena tanya kt markas sama la sbb beli kt sana...kalau xdpt mau meraung sy ni...hukhukkk

kaknOOr said...

kucc beli kat markas besar atau kecil? Akak pernah kena novel NB kasih yg tercalar last bab pulak tu hilang tapi dpt tukar. Kucc biasa dgn sape Ella (markas kecil) Ragesh (markas besar) tapi kedua-dua tu ok punye..blh tukar...Ha ha ha ataupun minta cik nora tukarkan blh kut he he he.

RinnTis said...

wah maveles. review yang membuat aku rasa nak baca buku ni lagi doblas kali. :) kalau tak salah aku, novel nilah yg menyebabkan aku declare diri sebagai peminat rose harissa ;) goodluck rose & tahniah

kucc_aprilsnow said...

bonda:
sy beli kt markas besar kak...haa nk gi kecik rajesh...buku chinta kak jua pun tercabut...nk tanya kan sama sbb sy yg belikan jugak kt situ..adeh, apsal ek NB nyer printing lagu ni..kak yati kena turun padang ni gi tgk...

rinn:
amboi lu beb..12x tu...aku pun baru seround, mau melecet tangan aku ni nk kejar ko 11 pusingan lagi wey..hehehe

Rose Harissa said...

kucc : tengkiu laling... nk hubby comey2 cam zarul eh? cari lelaki muda... hahahhaa
pasal mukasurat yang blur tu, cuba tanya kak su NBKara... :)
bonda Qimi : alahai... saya dah tatau nak cakap apa... terharu sangat dan terima kasih sangat2...

Rinn: ya... inilah novelnya... dan inilah manuskrip yang ko baca dari awal sampai abis... tengkiu! sbb sudi meluangkan masa baca naskah mentah itu... :)

Terima kasih untuk sokongan semua! sayang uols! kekekeke

Ju'A said...

rose...buku ni mmmg best..yg rasa sayang nak letak...bahasa lu walau pun ada yg mcm gatai2 sikit tp tak menjelekkan...

mmg lu betul2 buat org jatuh cinta dengan si zarul tu walaupun kadang kala wataknya sedikit han-sap (gatai)sikit...hehehe

apa2 pun tahniah buat puan nora @ rose utk SDH yg mmg superb..

NickyAzrai said...

cikRose..
aku tgh baca buku hang
x abis lagi
tp so far mmg mabeles
muaah muaaah muaaah

kucc_aprilsnow said...

Rose & Bonda Qimi:
wa dah dpt tukar buku wa ngan buku baru kt markas...rupa2nya byk gak buku SDH yg page dia blurr..ada fews copies yg org htr balik n tukar..buku kak jua pun dpt tukaq gak, alhamdulillah..

Dyea said...

SDH mmg best..
kategori x leh letak..
Bravo Rose :)

Rose Harissa said...

bonda, kak jua, kucc, nick dan dyea...
meleleh airmata dah ni... tengkiu darling2 sekalian... :)