Tuesday, October 16

Sneak Peek: Min, Kopi & ZZZZZ

Tajuknya sudah buat aku rasa buku ini comel :) Kisah budak sekolah asrama. Tentu menggamit kenangan orang yang pernah duduk asrama...

nipis! saya suka!

maklumat penerbitan...

lukisan ini menguarkan suasana lucu yang terkandung dalam novel ini. dan memang keletah min dan kawan2 melucukan, mencuit hati...

kisah min dan kopi yg suka tidur ni ditamatkan di muka surat 196 :)

ada sedikit maklumat penulis di flap bahagian belakang buku. nak tengok penuh dan lebih jelas, dapatkan bukunya di pasaran ya ;)

back cover dan blurb :)

selamat membaca!

Min, Kopi & Zzzz
Penulis : Kamisah Majid
Terbitan JS Adiwarna
Editor: Nur Kamalia binti Ramlan
RM17.00
Sabah/Sarawak: RM19.00
196 mukasurat

favourite quote : M.I.N, bukankah bunyinya sahaja sangat comel lagi rupawan.

Baca cara Min memperkenalkan nama dia pun dah buat kita tergelak :) Pengenalan begini memberi mood cerita kepada aku untuk terus membaca hingga ke akhir cerita. Kisah min yang terpaksa berpisah dari ibu bapanya untuk menempuh hidup dunia asrama. Walaupun menjadi target pengawas, Min tetap selamba. Dia tak da masalah menempuh perjalanan yang baru tapi ada satu masalah yang tak pernah dapat di atasinya, iaitu mengantuk dan tertidur. Bab tu dia memang jaguh.

So wujudlah misi untuk mencari alternatif agar kantuk dia dan kawan2 dapat dikurangkan tanpa mengubah menu makcik kantin yang sedap gila. So bermulalah kisah misi sulit Min dan Kopi Arabica 3 in 1. :)

I can read this over and over again anytime anywhere :) Bagus untuk bacaan budak2 sekolah juga sebagai hiburan. Those yang pernah duduk asrama mesti terusik nostalgia lama zaman tidur katil besi dua tingkat yang bergoyang goyang. :)

sure fine whatever
rinn







1 comment:

Unknown said...

thanks..komen yg membina gitu;)-kamisah majid