mula-mula mari kita jengah js adiwarna ya? untuk lebih banyak promo menarik js adiwarna, korang boleh terus ke website penerbit ya?
Nurul
Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya
tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah
jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa
yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan
fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari
carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati.
Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’.
Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak
akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang
perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah
cinta tiga segi ini?
* *
*
AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.
Inikah cinta?
Untuk terbang tanpa sepasang sayap, melangkah tanpa sepasang kaki, meruntuhkan halangan satu per satu, lalu bersatu menggapai mimpi...
[i]
membuatnya terpaksa menguatkan hatinya. Apatah lagi, hatinya sering terluka dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun hidupnya berubah apabila Ariana, kakak kesayangan yang selama ini menjadi idola dan kebanggaan keluarga tiba-tiba berperangai aneh dan
membingungkan Aliya. Si kakak yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.
Aliya Jaafar gadis manis yang gemar menulis ini sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul. Inilah punca Aliya marah pada Amirul, ditambah pula Si Koko, kucing Aliya yang hilang itu ada pula bersama dengan Amirul. Lalu Amirul telah dituduh sebagai pencuri kucing! Tapi... lama-kelamaan perseteruan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.
Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Cukupkah sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri, Amirul?
[ii]
Ah, aku tidak
peduli! Cuma ada satu perkara sahaja yang aku peduli! Er... tiga perkara
sebenarnya...
Amirul. Amirul. Amirul.
Amirul dalam kepala.
Amirul dalam hati.
Amirul dalam kenangan.
Amirul. Amirul. Amirul.
Amirul dalam kepala.
Amirul dalam hati.
Amirul dalam kenangan.
* * *
Sebenarnya JOHN NORAFIZAN suka bereksperimen dengan genre berlainan dalam setiap novelnya. Begitu juga dengan Coklat (yang Manis). Namun, anak kelahiran Johor ini tahu bahawa dia telah menemui sesuatu yang manis dalam novel terbaharunya. Mungkin juga, cara penulisan Coklat (yang Manis) akan jadi ‘trademark’ JOHN NORAFIZAN selepas ini.
Mari kita jengok rak fajar pakeer sebentar ye? untuk maklumat lengkap, boleh terus ke Galeri Fajar Pakeer, website rasmi penerbitan fajar pakeer.
Tajuk: KISAH HATI
ISBN: 978-967-365-135-1
Harga: RM24 / RM27
ISBN: 978-967-365-135-1
Harga: RM24 / RM27
“Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang,”
ujar Naqira perlahan, merendah diri.
“Tak ada manusia yang sempurna, Qira.”
“Tapi Qira lain.”
“Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain
itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu
dalam hati abang.”
Aduh… romantiknya dia! Bahagialah hidup ini seandainya
sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu, gembira dalam segan. Dia
bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu
Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai,
sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya?
Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang
yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarganya yang
tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat
baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu
adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk
selama-lamanya...?
ISBN: 978-967-365-134-4
Harga: RM19 / RM22
Adakah aku telah jatuh cinta?
Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seseorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya, dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta kepadanya hanyalah palsu dan bersifat sementara. Tanpa cinta, dia mampu meneruskan kehidupan. Tanpa cinta, dia juga mampu memperoleh kejayaan. Namun, segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa.
Arissa – Hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka, ada duka. Namun, masih boleh dikategorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun, ada satu rasa bermain di hati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu mengganggu kesenangan hidupnya.
Cinta – Mengenali cinta buat Iskandar dan Arissa yakin dengan perasaan yang dimiliki mereka. Namun, saat Iskandar meluahkan rasa, Arissa pergi meninggalkannya. Tanpa rela, Arissa terpaksa melepaskan Iskandar. Kalau itu jalannya, dia sanggup.
Adakah bayangan masa silam akan kembali mempengaruhi Iskandar? Mampukah Arissa menanggung rasa hati biarpun terasa sakit? Akan kembali bersatukah perasaan yang ada dalam diri mereka berdua? Apakah rasa jatuh cinta akan kembali dirasai oleh mereka? Andai jatuh cinta itu perlukan pengorbanan, mampukah salah seorang daripada mereka berkorban?
ISBN: 978-967-765-138-2
Sem. Malaysia: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00
“Err... excuse me. Boleh tanya tak? Di mana... Cikgu Rabbit?” tegur
Jo.
Wajahnya tegang, seolah-olah tidak senang dengan
perkataan yang digunakan itu. “Encik nak jumpa siapa ya?” soalnya semula meminta
kepastian.
“Cikgu Rabbit. Cikgu baru yang mengajar anak saya yang
berusia enam tahun.”
“Eh, kat sini mana ada Cikgu Rabbit? Maaflah, saya rasa
encik ni dah salah sekolah,” tempelak gadis yang berdiri di muka pintu itu.
Sungguh kurang sopan. Apa rabbit-rabbit? Suka-suka dia nak panggil aku macam tu,
ingat aku ni keturunan rabbit ke? Rabbit jadian... Ada ke patut! Dia menggerutu
dalam hati.
Jo terkejut. Gara-gara Siti Qistina, tak pasal-pasal dia
kena sebiji.
Rabytha Amani a.k.a. Cikgu
Rabbit telah mengalami satu transformasi. Daripada seorang wartawan majalah,
terkejar-kejar ke lokasi mencari bahan berita, dia diwasiatkan untuk mengambil
alih pengurusan sekolah tadika peninggalan arwah maknya. Bagaikan sirih pulang
ke gagang. Di situlah perjalanan hidupnya bermula. Dikurniakan cinta hati, satu
anugerah yang tidak boleh ditukar ganti.
Jo
tidak sedar, sejak bila hatinya terpaut. Makhluk ciptaan Tuhan yang cukup
istimewa. Mulut terkunci, hilang segala aksara. Hati terus berbicara, tanpa
suara. Kita berperang secara psikologi. Tanpa bedilan peluru atau dentuman bom.
Selepas bertahun-tahun, kita bersua lagi. Carik-carik bulu ayam, lama-lama
bercantum juga.
Jalan hidup yang mereka pilih ternyata punya
liku-likunya. Ada onak terhampar. Ada gelora membadai. Ada harga yang belum
terlunas. Andai tewas, punahlah segala pengharapan. Antara mereka ada Ainur
Sharita yang sudah nekad sejak dari mula, Jo hanya miliknya
seorang!
Adat kehidupan, ada pertemuan
dan perpisahan. Rabytha pasrah, siapalah dia untuk mengubah takdir-Nya. Apa yang
diharapkan, entah bila akan menjadi kenyataan. Bukan sentuhan luaran cuma
perhatian dan kasih sayang seperti apa yang Dr. Iskandar hulurkan. Namun,
biarpun berbaris yang mampir, Rabytha tidak mungkin berpaling demi cinta hati
kurnia-Nya. Namun, adakah jodoh itu bersama dia dan Jo, sebagaimana diingin
hati?
ISBN:
978-962-765-137-5
Sem. Malaysia:
RM21.00
Sabah/Sarawak:
RM24.00
“Mana yang lebih utama? Pilihan mama buat kali
terakhir atau pilihan hati cinta sejati?”
Cinta adalah milik semua insan tanpa mengira perbezaan darjat,
keturunan, usia, bangsa, mahupun agama. Cinta Hafizul kepada Nora Azira bagaikan
cahaya yang bakal menerangi suram dan menikam sukma. Namun cinta itu terpaksa
dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya.
Bagai gumpalan mega kelabu mahu menghempap bumi cintanya, Hafizul terpaksa bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya. Jiwa Hafizul penasaran. Bagaimana mahu mengukir madah berhelah, mencipta resIpi seribu ungkapan manis bakal dipersembahkan kepada dewi cintanya.
Dalam masa yang sama, Nora Azira mengalami situasi yang sama. Namun bagi Nora Azira, pilihan kedua-dua orang tuanya adalah calon suami yang terbaik, pengukur cerah masa hadapannya. Nora Azira berdoa dan pasrah kepada takdir Allah.
“Aku sanggup terima kenyataan bahawa jodoh kita tiada. Kau ikutlah
kehendak orang tuamu, Hafizul. Cintaku tetap utuh untukmu. Aku akan mendoakan
kau berbahagia dengan pilihan orang tuamu. Aku sendiri, kalau ada jodoh, aku
akan berkahwin. Kalau sebaliknya, biarlah masa yang
menentukan.”
Dapatkah cinta Hafizul dan Nora Azira kembali bertaut erat? Apakah sikap
patuh kepada orang tua dapat menjana kebahagiaan dalam istana cinta yang dibina?
Berbaloikah pengorbanan mereka? Dapatkah perasaan yang berada di hati, akan
terus kekal di hati?
novel-novel terbaru terbitan alaf 21. Boleh terus ke website alaf 21 untuk maklumat penuh :)
Sinopsis
CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji
yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam
yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang
doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya
bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke
pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi
usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi.
Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara
mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan
dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
Sinopsis
DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila
walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang
dapat menggantikannya.”
Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.
Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.
Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.
Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.
Sinopsis
“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak
abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh
mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!”
Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.
“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”
Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.
“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”
Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.
“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”
Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.
“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”
Sinopsis
Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal
Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing
menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah
sangka.Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.
“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.
Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?
“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”
baru di nbkara!
maklumat penuh? sila ke laman web rasmi penerbit.
buku-buku pts makin cute lah. Macam dilanda gelombang korea plak.
untuk maklumat lanjut mengenai gelombang terbaru pts, boleh terus ke laman web penerbit ya. kat pts sekarang ni kalau beli online, kos penghantaran percuma untuk belian RM25 ke atas ;) boleh terus ke laman web rasmi penerbit utk maklumat lanjut
Mengisahkan Aliya yang terpaksa bekerja kerana tidak mampu menyambung
pelajaran. Aliya bekerja di kafe Makan Sampai Kenyang. Dia berkenalan dengan
Amir, pelanggan tetap yang suka minum espresso yang dibuat oleh Aliya. Secara rahsia Amir
membantu Aliya dengan membiayai kos untuk Aliya sambung belajar di kolej
terkemuka. Di kolej itu, Aliya terpaksa berhadapan dengan Qalel yang dingin dan
suka membulinya. Namun, hakikatnya, Qalel menyukai Aliya.
“Bergaduh sahaja dengan emak ataupun bapa, terus bungkus pakaian. Merajuk
sedikit, lari dari rumah. Singkat akal betul! Semuanya mahu berdrama!
”Siapa yang lari ataupun dilarikan? Siapa yang singkat akal? Siapa yang berdrama? Apakah yang disaksikan oleh Aina Syuhada dan Aini Syahida kali ini? Apakah mereka menjadi sebahagian daripada watak ratu drama?
”Siapa yang lari ataupun dilarikan? Siapa yang singkat akal? Siapa yang berdrama? Apakah yang disaksikan oleh Aina Syuhada dan Aini Syahida kali ini? Apakah mereka menjadi sebahagian daripada watak ratu drama?
Ni buku buku terbaru keluaran buku prima. untuk maklumat lanjut dan paparan lebih menarik, sila terus ke website rasmi buku prima yg dah cantik sekarang ni :)
Sinopsis
“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.” – Ayu Aleya
“Tolonglah... jangan menjerit lagi, ampunkan aku... aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.” – Datuk Osman
“Ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram...” – Irfan Rushidi
“Kenapa kau tak jujur dengan aku, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!” - Inspektor Maria
dlm koleksi aku dah ada 1-5 so yang ke 6 ni WAJIB juga dibeli! :D
Sinopsis
Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!
Kasutku Dari Itali, Awak Ada?
Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...
Yeay, Kita Dapat Emak Baru!
“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”
Kau Adik, Aku Abang!
Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.
Shahira Diva Sekolah
Sebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!
Rania Obses Manik
“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Engkau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.
“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.
woot! woot! karya terbaru antasya balkis!
Sinopsis
Syukur TUHAN, aku bertemu Dian semula. Terlalu banyak perkara yang ingin aku adukan padanya. Dan selebihnya kerana aku masih cintakan dia. - Engku Izmier
Terperasankah Engku Izmier yang dia memotretkan wajahnya yang asyik memandang ke arah lensa kamera, seolah-olah sedang mengintai aksi si pelaku yang sedang mencuri gambarnya untuk dirakamkan? Ah, minta-minta janganlah! Mungkin Engku Izmier sekadar ingin menduga. - Dian Aruni
“Abang tahu abang dapat cinta Dian dengan cara ni tapi abang tak rasa Dian ikhlas dengan abang. Dian terpaksa demi Mier, kan?” - Zariff
Sinopsis
Sinopsis
“Sofi juga sayangkan ibu sama macam ayah sayangkan ibu. Kerana sayangkan ibulah Sofi mahu amanat ibu, hajat ibu tercapai. Amanat ibu, tanggungjawab Sofi. Tolonglah, ayah.” ~ Sofia Humairah
Ibu, jangan gusar. Sofi tidak akan mengalah. Amanat ibu, akan Sofi tunaikan, bisik hati Sofia. Anggerik ungu di taman kesayangan Puan Aisyah bergoyang disapa angin petang.
maklumat penuh mengenai novel novel jemari seni boleh diperolehi dari laman web rasmi jemari seni.
NASI LEMAK IKAN PEKASAM
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ahmad Safarman
ISBN: 978-967-0508-03-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012
ISBN: 978-967-0508-03-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012
andai hatimu menciptakan
jarak,
berdiamlah
kerana waktu akan
membantumu
Cikgu, saya sayang
cikgu!
+++
KETUK PINTU HATI DIA
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ana Farhana
ISBN: 978-967-5118-90-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012
Mungkin kau jauh dari mataku,
tapi tak pernah jauh dari hatiku
I
“Kenapa kau tak nak kawan dengan aku?”
“Kenapa aku kena kawan dengan kau?”
“Kalau kau jadi kawan aku, kau tak rasa rugi tau.”
“Sebab?”
“Sekali kau jadi kawan aku, aku akan sayang kau sampai kiamat.”
II
“Huda, kau pandang aku sebagai lelaki yang macam mana?”
“Kawanlah!”
“Kalau kita ditakdirkan jumpa lagi sekali, boleh tak masa tu kau jangan layan aku sebagai kawan kau?”
III
Selepas 5 tahun...
“Kau sedar tak kau panggil aku apa? Awak. Kau buat aku rasa geli. Kita kawan rapat dulu, sebelum kau pergi macam tu aje. Sekarang, kenapa kau buat macam kita ni orang asing?”
“Sebab saya sukakan awak.”
Kata-kata itu membuatkan Huda terasa dirinya macam dilambung ombak kuat, membuatkannya terus tercampak ke benua lain.
*****
ANA FARHANA mempersembahkan Ketuk Pintu Hati Dia dengan bahasa santai yang manis. Jom baca kisah Huda dan E-key ini, agar kita mampu mengerti bahawa bahagia itu perlu dicari, bukan dinanti.
Next > |
---|
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ana Yunisza
ISBN: 978-967-5118-95-1
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Okt. 2012
Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.
*****
TAKKAN PERNAH BERUBAH
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Okt. 2012
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.
Baca bab awal
Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.
Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?
kau umpama matahari malam
untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada
***
maklumat penuh mengenai novel2 karya seni boleh diperoleh dari laman web rasmi karyaseni. :)
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH
Penulis: Hana Ilhami
Terbitan Karya Seni
Sabah/Sarawak : RM31
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex
“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-Man Sufi
Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM35
Sabah/Sarawak : RM38
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
Bila Nak Saksi
Penulis: Rehan Makhtar
Terbitan Karya Seni
Sabah/Sarawak : RM38
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”
Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?
“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”
Bila Nak Saksi
Penulis: Rehan Makhtar
Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.
Sabah/Sarawak : RM26
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )
YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop
“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita
Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita
Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?
Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.
Maklumat dan gambar penuh boleh diperolehi dari laman web rasmi kaki novel sdn bhd :)
Sinopsis:-
Sahabat sejati, BFF. Itulah
istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara
Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka
bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan
untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu
menuntut di dalam negara sahaja.
Kepulangan Shah ke tanah air
setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini
tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah
‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun,
dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang
tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan
gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya
perancangan
mereka mendapat
tentangan.
Disebabkan tidak mahu
berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan
dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju
sahaja dengan
perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan
yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya
rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan
Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat
baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan
simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan
sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu
hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya
terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak
dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.
Bagaimanakah kehidupan mereka
setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang
sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka
sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia
menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah
PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…
Sinopsis:-
Pahitnya perjalanan hidup Siti
bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak
punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula
telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan
bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin
Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di
benaknya.
Namun, tidak semudah itu Siti
mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci
benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki
hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian
demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap
dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan
akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang
berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu
dan bapanya.
Akibat tindakan Siti yang
keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah
bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang
memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan
yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya
itu.
Di rumah baru, Siti dijadikan
pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben
dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti.
Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian
isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan
Aishah.
Akhmal : “Saya mungkin tak
pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak
menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak
pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang
itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud
saya.”
Siti: “Saya tak tahu nak cakap
apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali.
Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini.
Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih
kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima
kasih!”
Dua jiwa saling mengerti
bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di
lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun…
bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.
Kisah silam yang masih samar
terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu
tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji
kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti.
Sangat pasti!
Sinopsis:-
Hangatnya Cinta mengisahkan
tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati
penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain
hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang
terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika
sudah terdesak.
Nur Nilam tiada pilihan selain
menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam
mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek
kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak
pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan
rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir
cinta yang bahagia.
Saat bahagia mula tercipta,
kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar
berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam
masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan
hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu.
Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu
mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar.
Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat
diselamatkan.
Dugaan datang lagi apabila
Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang
ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya
teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap
isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu
dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta.
Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka
pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam.
Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.
1 comment:
Alang Rebus Tak Empuk = Muzzammil Muadz Ahmad Yatim??
Post a Comment