Tuesday, October 16

Sneek Peek: Mampu Mencintaimu

Cover novel auni amauni terbitan kaki novel...


nampak macam tebal... mesti lebih 500 muka surat kan? :)

butiran penerbitan...

cerita tamat di muka surat 537... haaa kan dah cakap lebih 500 mukasurat :)


sudut biodata memberi ruang kepada peminat mengenali penulis... nak tengok penuh, kenalah beli novelnya ya...

back cover dan blurb...

selamat membaca!



Mampu Mencintaimu
Penulis: Auni Amauni
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
Sabah / Sarawak RM23
537 mukasurat
"Hulurkan rasa cinta dan sayangmu agar dirimu mampu mencintaiku seadanya."
Kisah kahwin paksa. Sarah Humaira berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali. Tengok2, tu lah lelaki yang paling dia benci. Dah la jongang, kurus kering dan suka mengusik. Disebabkan sayang, si suami melepaskan Sarah Humaira melanjutkan pelajaran dan mereka tidak pernah bertemu semula sehinggalah lima tahun berlalu.
Kisah pencarian Sarah Humaira bermula. Dia mula sedar peranannya sebagai isteri yang banyak berdosa pada suami yg sering membantunya cover line dari jauh.
Si suami sudah mempersiapkan diri untuk bertemu semula dengan Sarah Humaira. Dia sanggup melalui make over yang ketat demi mendapatkan penampilan diri yang sepadan dengan Sarah Humaira yang cantik jelita.
Walaupun Sarah Humaira sudah mula jatuh hati pada seorang jejaka, dia mengawal perasaannya kerana dia nekad akan mencari suaminya dan menjadi isteri yang setia, tak kiralah bagaimana rupa suaminya nanti. Sedangkan lelaki itulah yang dicari-carinya cuma rupanya sudah lain. sudah handsome ;)
Idea cerita pencarian Sarah Humaira tu memang sangat manis, tambahan pula transformasi suaminya itu memang tidak dapat dikesan oleh Sarah Humaira. Apabila balik kg mencari suaminya barulah dia bertembung dengan suaminya yg sudah berimej baru tu.
Selepas bertemu semula tu, paham2 lah, bermulalah adegan2 yang tak sesuai budak2 baca.
Dugaan selepas pertemuan semula pasangan suami isteri itu semakin hebat. Wani berperanan mewarnakan suasana rancak dalam kisah ini sehingga berjaya mengumpan rasa benci yang menggunung ibu mertua terhadap Sarah Humaira. Sarah Humaira bertuah kerana kepercayaan suaminya terhadap dirinya tidak berbelah bagi. Cara Johan mengenakan Wani sehingga Wani bertaubat nasuha tu memang melucukan. Pandai Johan perangkap :)
sure fine whatever
rinn


No comments: