Tuesday, October 16

Sneak Peek: Sayang Cikgu Ketat-Ketat

Cover buku.
ada pensel warna, ingat ker citer budak-budak sekolah rendah. tapi cerita cikgu yang jatuh hati dengan anak muridnya di tingkatan 5 :)

lebih 500 muka surat. agak tebal juga...

titipan penulis...

butiran penerbitan...

ditamatkan di muka surat 528...

back cover dan blurb.

selamat membaca!


sayang cikgu ketat-ketat
penulis: Rafina Mimi Abdullah
Terbitan Kaki Novel
RM20.00
sabah/sarawak: Rm23
528 mukasurat

"Saya sayaaang cikgu."
"Itu aje?"
"Saya sayang cikgu ketat-ketat."
"Hah? Apa dia?"

Kisah cikgu sekolah, Cikgu Safarin yg jatuh hati kepada anak muridnya, Nurul Anis, yg baru nak amik SPM. Sikap caring nya telah menimbulkan salah faham, malah ada yang menuduh bukan bukan terhadap Nurul Anis.

Fitnah yang semakin memalukan membuatkan bapa Nurul Anis menerima hasrat Cikgu Safarin utk memperisterikan Nurul Anis.

Nurul Anis jadi cemburu apabila bekas tunang Cikgu Safarin muncul semula menagih kasih Cikgu Safarin yg dulunya ditinggalkan utk lelaki lain. Pergaduhan kecil mereka menjadi interaksi terakhir sebelum Cikgu Safarin eksiden dan koma. Sikap Cikgu Safarin berubah selepas sedar dari koma. Dia lebih memberi perhatian kepada bekas kekasihnya berbanding isteri sendiri. Nurul Anis dibiarkan makan hati.

Aku suka part bapak Nurul Anis blasah cikgu Safarin tu. Memang patut pun dpt penangan dari guru silat. Dah tau isteri tu muda, remaja. Masih mentah menjalani hidup, ada ka patut diduga sampai mcm tu sekal dia sepatutnya mengajar dengan cara membimbing, bukan dengan cara menghukum.. Kan best kalau pakcik tu bagi skali flying kick dan neck chop biar koma lagi seround baru waras kembali kot. Haha... mmg geram dgn cikgu Safarin tu. Hidup Pakcik Mohd Ali! :p

hmmm ada juga scene 'ringan-ringan' yang diceritakan dlm novel ini yg aku rasa budak2 remaja tak sesuai baca. Tapi tajuk novel ni dah tentulah akan menarik remaja untuk membaca nya kan?

Walau apa pun... Kat Aida tu tak der lah kesian sangat bila dipermainkan Cikgu Safarin.

sure fine whatever
rinn

blurb/sinopsis
Nurul Anis adalah seorang anak yg bercita-cita tinggi mahu mengubah nasib keluarganya yg hidup dlm serba kekurangan. Di sekolah dia menjadi perhatian Cikgu Safarin yg sering membantunya. Pelbagai cara telah dibuat oleh Cikgu Safarin semata-mata untuk menarik perhatian Nurul Anis. Setiap kali perasaannya cuba diluah, ada saja perkara yg menghalang sehingga memaksa cikgu Safarin meluahkan rasa hati melalui 'tulisan' di belakang buku rujukan milik Nurul Anis. Dlm usaha Cikgu Safarin memikat Nurul Anis, ternyata, cinta yg lahir dari lubuk hati Cikgu Safarin itu bersahut jua. Antara pelajar dan guru, kasih sayang dipupuk dan disemai sehingga membawa ke jenjang pelamin di waktu usia Nurul Anis masih muda.

"Jadi... Anis sudah buat keputusan? Anis akan terima lamaran saya?"
"Cikgu saya cintakan cikgu tapi utk berkahwin dgn cikgu dlm usia saya yang semuda ini, sgt berat bagi saya. Cuma itu aje yg cikgu kena faham."

Kebahagiaan melayari rumah tangga mula dikecapi di awal penikahan. Namun sms daripada bekas tunang Cikgu Safarin mula menghantui fikiran Nurul Anis. Pertemuan di antara Cikgu Safarin dgn Aida utk menyelesaikan masalah dan menjelaskan semuanya membawa bahana yg besar dlm rumah tangga mereka sehingga terjadinya satu malapetaka yg hampir2 meragut nyawa Cikgu Safarin. Nurul Anis mula dihimpit rasa bersalah setelah Cikgu Safarin terlantar koma. Dlm pada itu, kehadiran Aida sering kali menyakiti hati Nurul Anis dgn mendakwa dirinya bakal menjadi isteri kedua kpd Cikgu Safarin. Betapa luluhnya perasaan seorg isteri apabila mendengar pengakuan itu.

"Awak terlalu naif, Nurul Anis. Saya adalah cinta pertama Arin. Awak ingat senang2 dia nak lupakan saya? Tak mungkin!"

Berjayakah Aida mencuri kembali hati Cikgu Safarin? Apakah masih sempat Nurul Anis membisikkan ucapan hikmat 'sayang cikgu ketat-ketat' kepada suaminya?"



2 comments:

Mrs.Yie said...

terima kasih geng kicap atas review yg semanis ini.. :)

from : rafina mimi abdullah

RinnTis said...

terima kasih kembali...