Sunday, October 3

October'10 Dari Jemari Seni

ISBN: 978-967-5118-48-7
Harga: RM21.50 (Sem. M'sia)/RM24.50 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 13 Okt 2010.

Tiga buah ceritera dalam sebuah

WARNA

Warna I – Nazurah Aishah

Bukan Dipaksa

kabut ungu di hatiku tanda luka itu tidak pernah sembuh

Saatku terbuang jauh, aku masih mampu hidup. Biarpun dalam kepayahan. Biarpun tiada Affan di sisi. Affan yang berjanji akan menyerahkan jiwa dan raganya; Affan yang telah berjanji mahu berkongsi nyawanya dengan nyawaku.

Warna II – Rnysa

Hikari Ainori

the love ride of hikari

Kisah ini adalah kisah cinta mereka yang pernah hilang. Kisah ini adalah kisah pencarian diri mereka yang pernah tersasar jalan.

Mencari semula cahaya hidup yang pernah suram.

Mencari kembali makna diri yang pernah pudar.

Warna III – Nasz

Karamel

karamel itu benda hangus yang sedap

Jadi setiausaha taklah sesusah mana kalau bukan Encik+Tak+Berapa+Arif tu yang jadi bos.

“Bila pula saya suruh duduk?” dia tanya aku, keras.

“Laa... tak boleh duduk ke, encik? Saya pun nak cakap, sebenarnya saya ‘s-u-k-a’ berdiri. Entah apasal tadi saya terduduk pula.” Aku jawab, lembut.

Tapi... logik tak kalau aku pijak mulut dia?

2 comments:

RinnTis said...

Selalunya siri Tiga Ceritera ni kan wajib ada Noor Suraya? macam pelik pulak bila nama tu tak der kat cover buku ni. Sejak Kebun Mimpi pun ada nama syud jugak. now ada tag team baru nampak nya :) apa2 pun wajib beli :)

Ju'A said...

Tahniah utk pernulis novel Warna...apakah ini kombinasi terbaru utk novel 3 dalam 1....