Thursday, January 14

Trionovel Alaf Tahun Baru


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Liza Zahira

Sinopsis: SHAKIRA terumbang-ambing akibat kemiskinan hidup dan hilang tempat bergantung. Airil yang hadir dengan perspektif negatif terhadap gadis itu, akhirnya berubah mencintainya dalam diam.

Sukar bagi Shakira untuk bahagia, lantaran ada hati yang dengki dan merancang balas dendam. Hati hitam milik Anida berjaya membuatkan cinta Shakira dan Airil ter halang hingga lelaki itu membawa diri meninggalkan Shakira terkapai-kapai keseorangan. Sejak itu, satu per satu badai datang melanda hingga hidup gadis itu tidak menentu.
Di universiti, Shakira menemui cinta baru, tapi malangnya dia sudah jadi milik orang lain. Demi kasih pada ibu, dia rela berkorban biarpun hatinya hancur bagai kaca berderai ke bumi.
Shakira cuba menjadi SEINDAH SAKURA meskipun harapan untuk mendapatkan kembali cinta sejati semakin mustahil. Namun, dia perlu percaya pada jodoh yang telah tersurat untuknya. Mungkin kita sengaja dipertemukan dengan cinta yang salah agar kita bersyukur setelah mendapatkan cinta yang sebenar...


Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Marwilis Hj Yusof

Sinopsis: MENEMPUHI alam perkahwinan menjadi impian setiap insan. Tidak kira sama ada teruna, dara, duda ataupun janda. Begitulah halnya dengan Pak Johari. Selaku bomoh jodoh yang terhebat, khidmatnya sering mendapat perhatian ramai. Biarpun dia boleh memilih di antara wanita yang datang berubat dengannya untuk dijadikan pengganti arwah isterinya, namun dia sama sekali tidak berbuat demikian. Sedangkan ramai yang datang mendapatkan khidmatnya kini bergelar ‘kucing Parsi’. Istilah yang merujuk kepada pengantin baru yang saling membelai dan dibelai.

Pada masa yang sama, penduduk kampung dikecohkan dengan kepulangan Leha, janda muda yang dahulunya menjadi kekasih seorang pemuda kampung bernama Jali. Sejak kepulangan Leha, Jali tidak sekalipun mengendahkannya. Terhina dengan sikap dingin Jali, Leha membuat percaturan untuk bernikah dengan orang lain. Namun, takdir tidak menyebelahinya.
Atas rasa bertanggungjawab kerana tidak memberitahu yang pilihan Leha iaitu Imam Dahlan sebenarnya telah mempunyai orang lain, Pak Johari cuba melamar Leha. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Ada juga yang cuba memiliki Leha dan melaga-lagakan Pak Johari dengan Jali. Biarpun akhirnya Leha berjaya disunting, persoalannya siapakah yang berjaya menjadi ‘kucing Parsi’ Leha? Adakah Pak Johari ataupun Jali?


Harga: RM16.00
Halaman: 448
Penulis : Hasreeyati Ramli

Sinopsis: HARLINA seorang gadis yang tegas ketika bekerja. Bagaimana pun, sejak Ryan Iskandar mengetuai syarikat tempat dia bertugas, Harlina sering dibuli. Lama-kelamaan, lelaki itu mula jatuh cinta setelah mengenali hati budi Harlina. Namun, gadis itu bagaikan mawar berduri. Cantik dipandang, tetapi sukar didekati. Cinta yang mekar di hati Ryan Iskandar hanya dipandang sepi.

Kehadiran Eddie Firhan telah menawan hati Harlina yang sekeras kerikil. Belaian cinta lelaki itu menyebabkan dia rasa sangat dihargai. Tanpa disedarinya, Eddie Firhan mempunyai muslihat tertentu.

Ryan Iskandar yang mengetahui tentang kejahatan lelaki itu bertindak menyelamatkan Harlina. Dia sanggup menggadai nyawa demi Harlina biarpun huluran cintanya tidak disambut.


5 comments:

RinnTis said...

wah!! semua penulis yg berpengalaman! Rasanya Liza Zahira ni dah 5th book! nampaknya ada majlis pertabalan penulis prolifik alaf yg terbaru lah :) tahniah.
kak hasreeyati, akhirnya ada buah tangan baru dari dia. good luck semua dan tahniah.
Marwilis haji yusof, ermm macam penah baca dua buku dia. apa yer tajuk ermm 'Buah kering di hujung ranting' - dah ilang buku ni mana pi tak tau. n Bila Lagi Kompang Berbunyi pun karya beliau kan? errr aku dah tak ingat.

kaknOOr said...

Rinn blh gi sales Alaf hujung bln ni dpt 30% discount.Klu gi blhlah borong trionovel + bonus.
Tgk penulis bertugas sabtu 30/01/2010 ada nama Aleeya Aneesa...
So mungkin bonus novel Aleeya kut?????

RinnTis said...

waaaaaaaa.. best tu.. kalau nak gi jgn lupakan daku ya kak? hehe.

Dyea said...

Rinn, bukan ke hang balik kampung?..ke dah cancel ehhehe

Suka cover kucing tu..cantik!!
humm lain dr yang lain kali ni =)

RinnTis said...

tk perasan tarikh tu huhu... tapi tak per.. buleh tukar plan. ;)