Tuesday, January 19

86,400 Detik - Dyza Ainun



Tajuk : 86,400 Detik
Penulis : Dyza Ainun
Penerbit : Buku Prima
Harga : RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90
isbn: 9789675489129
Tarikh terbit : 31 January 2010
.
.
"Detik tidak pernah menipu. Ia adalah suara benar yang sentiasa berbicara di lurah hati kita. Biarlah detik terus berdetik bersama relung2 ingatan yg tak mungkin hilang dari maya. Sehingga tiba untuk ia berhenti berdetik."


Benarlah malam Pengantin Irna adalah malam ladungan air mata. Bantal berhias cantik, basah lejuh oleh titisan air jernih nan hangat. Pakaian pengantin yang indah seakan melempar sinis menyindir kekecewaannya. Pelamin, sekadar menjadi replika untuk tatapan tetamu
-Irna Muliati

Bencinya aku pada semua lelaki. Namun, wajah doktor muda itu menjenguk di ruang mata dan hati. Kenapa wajah itu menjenguk di saat dia sedang berperang dengan kebencian terhadap seorang lelaki yang telah meleburkan hati kakaknya? Dendamnya masihkah membara?
-Najwa Raihana-

Sejak bertemu awak dulu hingga saat ini, hati saya tak boleh nak lupakan awak, Naj. Hati saya penuh dengan impian untuk bersama awak. Mungkin awak bukan cinta pertama tapi saya nak jadikan awak cinta terakhir saya. Namun saya sedar, saya tak boleh mengejar bulan, ia tetap lari dari saya. Walau saya tahu, tak mungkin saya boleh memegang bebayang. Ia akan ditelan kegelapan
-Doktor Ezani-

Kau apa ada? Anak seorang pekebun? Tergila-gilakan Syad,konon! Hey, Yana lupakan Syad. Tak setaraf kau nak berganding dengan anak datuk tersohor macam Engku Irsyad tu!
-Syakilla-
-------------
Aku ingin berkongsi segalanya bersama sesiapa sahaja yg mungkin meminati buah karyaku. Ingin menjuadahi mereka dgn kepuasan, ketenangan, kebahagiaan malah apa saja. Biar bibir mereka bisa tersenyum, mata mereka bisa meniti atas setiap kalam yg kucatatkan dan hati mereka puas menghayati setiap baris ucapanku. Kalau aku mampu memperhebatkan setiap karyaku, hanya Allah saja yg bisa membimbing dan mengatur aku utk melangkah lebih hebat lagi. Insya-Allah...~Dyza Ainun~

5 comments:

RinnTis said...

whoaaa tajuk dan cover yg menarik. :) tahniah buat Dyza Ainun dan good luck ;)

kucc_aprilsnow said...

tahniah kak dyza untuk novel ke-3 akak ni...tajuk yg sgt, hmmm apa ek nk kata...menangkap minda!, hehehe...congrat again akak.

Dyea said...

Tahniah Dyza, semoga bertambah ummpphh utk yang ke3

aha..suka tajuknya yang tak lagistereotype

dYzA aiNuN said...

terima kasih si kucing ungu. kerna dah pamerkan 86 400 detik ni. terima kasih atas segala ucapan. moga2 detik ini akan terus berdetik di hati pembaca...

muaaahhz buat kucc. nanti nak jumpa lagi tau...

dYzA aiNuN said...

terima kasih juga buat rinntisan. pun buat dyea...
malah buat semua yang bakal melihat detik berlari di ruang detik kita...