Dia didesak, lalu atas desakan itu, Farihah nekad mendesak Harith. Hanya lelaki itu satu-satunya harapan yang tinggal untuknya. Sedangkan bagi Harith, mintalah apa saja yang Farihah mahu, tapi bukan permintaan yang satu itu. Sayangnya kepada Farihah hanya sayang sebagai sahabat.
Kecewa bila diri ditolak, Farihah mula mencipta jarak. Dan Harith yang merasakan jurang, terasa hatinya seperti dibawa pergi. Dia memang tidak mahu Farihah menjadi suri hidupnya, tapi tidak juga mahu lelaki lain hadir di sisi gadis itu. Lantas, saat hati Farihah tawar tidak bergula, Harith kian sedar yang dia mahukan Farihah untuk seluruh hidupnya. Bukan sesiapa, melainkan Farihah dan hanya Farihah sahaja!
Nabihah, impiannya mahu memajukan diri dan keluarga. Namun, nasib tidak menyebelahi hanya kerana opahnya. Pinangan Roslan terpaksa diterima walaupun dia punya cinta sendiri. Reda dengan segala kehendak, doa tidak pernah terputus agar dua keping hati dicantum dan tidak jemu dia menunggu kepulangan Roslan.
Roslan, sukanya kepada Nabihah semenjak mereka kecil lagi. Namun setelah melangkah ke luar, dunia sekangkang keranya, dia mula berubah. Hatinya mula ditambat seseorang. Bagaimana dengan Nabihah?
Iman Hasbullah, dia sentiasa bersama Nabihah. Sentiasa menyejukkan hati itu ketika panas dan sentiasa menemani di kala sepi. Rasa senang bersama gadis itu tidak dapat digambarkan. Namun, hanya kerana satu perkara, dia harus berundur. Masa berlalu namun suara hatinya tetap tidak berubah, malah tidak mampu diubah lagi.
1 comment:
Cantik la covernya.. buat hati kembang. uik.. mini novela rupanya, yg rm8.90 tu ek? hehe kena beli nih...
Post a Comment