Sunday, September 27

Percayalah...Akhirnya - Ruby Hazri



Tajuk : Percayalah... Akhirnya
Penulis : Ruby Hazri
Penerbit : Jemari Seni
Harga : RM22 (SM) & RM25 (S&S)
Di pasaran : *** Oct

Dia umpama sebuah kolam, kelihatan tenang di permukaan,

berolak dan bergelora di dasarnya

Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan

itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang, lelaki

Eropah romantisnya tidak setanding dengan lelaki tempatan.

Itulah bahagianya Nur Atiqah menjadi isteri Danial Wolfgang.


Tetapi...

Aku sanggup memungut sisa kasihmu yang sirna, Atiqah. Izinkan

dia berada di sisiku, Tuhan. Biarpun mungkin aku tidak layak

untuk memiliki hatinya ~ Khairil


Salji datang lagi…

Sebelum kuntuman tulip sempat berkembang

di padang harapan

Salji datang lagi...

Kala suramnya awan diri yang pasrah

mengenang mentari cindur yang hilang


Ya Allah, mungkinkah akan ada lagi pertemuan dengannya? ~

Danial Wolfgang


Fitrah hati sahajalah yang mampu menjadikan ikatan perkahwinan

ini sebuah syurga, Atiqah. Bahagia hadir dari dalam hati,

kesannya akan tampak pada zahir dan rupanya terlihat pada

maknawi.


Kenapa kita harus ditemukan dalam situasi seperti ini?

Bukannya ini kehendak yang Ika mahu! ~ Nur Atiqah

*****

Percayalah… Akhirnya membawa RUBY HAZRI menulis sekali lagi

kisah Nur Atiqah.


Sempena ulang tahun Jemari Seni ke-3

Tawaran Percayalah Berganda berlangsung

mulai 6 Okt. sehingga 6 Nov. 2009

(tawaran sah untuk pelanggan yang membuat pesanan online
berserta bayaran dalam tempoh ini)

COVER-Pcylah_A_web+ percayalah1 = RM33.00

4 comments:

dyea said...

Tahniah Kak Ruby!!

Akhirnya ada jugak buah tangan kak Ruby tahun ni..
sekian lama tunggu kesinambungan percayalah =)

dengar2 dh ada org nangis heheh..
kena sediakn tisu sekotak ni..

silencez said...

yea yeaa.. cant wait to have this :x
congrate kak ruby :D

Ju'A said...

tahniah ruby untuk kelahiran Percayalah dan percaya ruby akan terus berkarya.....

Ruby said...

salam dyea,

tq banyak2 sudi war-warkan buku ni kat sini. Alhamdulilah...dan terima kasih juga utk pihak JS yang 'akhirnya' sudi juga terbitkannya. Rasa 'gerun' waktu lalui proses suntingan pun belum habis lagi sampai la ni... ampun kaksu

silencez & ju'a,
terima kasih. Insya-Allah kalau masih diberi peluang, ruby terus menulis... :D