MAKNA CINTA
Penulis: Maria Alina
Penulis: Maria Alina
Halaman: 512
Harga: RM19.90
ISBN: 978-983-124-449-4
Sinopsis:
SEPANJANG zaman remajanya, Zulaikha sering dicemuh, dihina dan diherdik rakan-rakannya kerana dikatakan anak luar nikah. Yusuf antara mereka yang sering menjatuhkan air mukanya.
Hanya kepada nenek tercinta, dia memperoleh ketenangan dan semangat dalam mengharungi liku-liku hidup.
Masa berlalu, Zulaikha diterima sebagai siswi di sebuah universiti tempatan. Dia mula bangkit menjadi gadis yang cekal dan dambaan ramai siswa yang terpikat akan kecantikannya. Tidak ketinggalan Yusuf yang merupakan pelajar senior di situ.
Ke mana sahaja dia berada, Zulaikha sering dibayangi wajah Yusuf. Lelaki itu benar-benar ingin memikatnya. Zulaikha rimas. Namun akhirnya, hati gadis itu cair jua. Perlahan-lahan dia mula menaruh hati terhadap Yusuf.
Ketika pulang cuti semester, keluarga Yusuf datang ke rumah untuk meminangnya. Diri mana yang tidak girang bila dia mengharapkan untuk disatukan dengan lelaki itu? Namun, hatinya tersentap bila pinangan itu bukan daripada Yusuf, tetapi daripada abang lelaki itu pula.
GERIMIS RINDU
Harga: RM19.90
Harga: RM19.90
Penulis: Meen Zulaikha
Halaman: 512
ISBN: 978-983-124-461-6
Sinopsis:
AILANI dibesarkan oleh neneknya dengan penuh kemanjaan dan kemewahan. Apa sahaja yang diingini akan dipenuhi. Akibatnya, dia menjadi liar dan gemar berlumba kereta haram. Tragedi bermula apabila Ailani terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan neneknya terbunuh. Seluruh keluarga menyalahkannya atas kejadian itu. Pertelingkahan ini menyebabkan Ailani menjadi pelarian.
Atas desakan hidup, dia menjadi pemandu teksi limousin airport. Biarpun jiwa mudanya memberontak, namun semuanya terpaksa dilakukan untuk menyara diri. Konfl ik terus berlaku bila Ailani menjadi pemandu peribadi Dato’ Rahim. Dia rasa terhina dengan sikap dingin dan sinikal Fatimi, anak lelaki tokoh korporat itu.
Di mata Fatimi pula, gadis ego seperti Ailani hanya berniat untuk mengikis kekayaan ayahnya dengan terbongkarnya rahsia sekeping cek. Dia makin rasa tercabar bila gadis itu dilantik pula sebagai pembantu khas ayahnya. Bagi Fatimi, Ailani mesti dihalang. Lalu dia merencanakan sesuatu. Ailani pula sudah bersedia untuk menghadapi tindakan Fatimi. Kini, barulah bertemu buku dengan ruas!
9 comments:
Tersenyum berseri aku tengok entry ni pagi2. hehe.. Maria Alina nyer first Book Rahsia Hati kan? menarik gak citer tu tak sabo lak nak baca yg ni.
Meen Zulaikha? Must buy! hehe..
Tahniah buat Maria Alina & Meen Zulaikha.
Aduih... cemana la nak tunaikan azam tak nak bli buku baru sehingga abis tahun ni? huhu...
Weh novel kak meen bln ni ... ni yang ditunggu dari pesta buku lagi....
Tahniah untuk kak Meen Zulaika trionovel dah tahu siapa gerangan...
Sedang menunggu bonus pula adakah penulis pujaan hati juga...... Aisya Sofea.....
Akhirnya keluar juga trionovel untuk bulan Ogos.....
Tahniah untuk kak meen and maria alina..
rinn....mcm x caya lah dgn lu punya azam...hehehe
kak noor....tekaan kita sama utk novel bonus...harap2 menjadi kenyataan....
Cover novel "makna cinta" cantik seh..pemandangan satu jalan di Beijing pelancung naik kenderaan (lanca) yg dihias berwarna warni...melaluli lorong kecil pemandang sgt indah klu dimusim luruh nyaman sekali....
Tahniah Kak Meen!!
Tahniah Maria!!
Rinn daku pun azam nk stop beli buku smpai hujung tahun
nk baca stok lama2.
tp azam tgal azam bila masuk markas.
adehh!!
huhu nasib baik jauhhhh dari markas...
aku pun nak berazam (kununnya la) tak mau beli buku smpai ujung tahun..
sbb buku aku ada 118 lagi tak baca..
Salam.. T/kasih wrga Kicap Kingdom kerana tlg uar2kn bku K.Meen & kngkwn. Kpd Rinn, Qimi, Jua & Dyea, tq. T/kasih kpd semua di atas sokongan anda & sudi2knlah menatap GR.
mak aiii Jujun...
pss..
Jun..agak2 biler bole abis sumer tu
=)
wah akhirnya penantian ogos berakhir di bulan sept.....hahaha camne lah bulan sept lak ya..
tahniah meen & maria...pasti best kan. beli jgn tak beli...masok bajet raya.
Qimi...bonus ogos keluar masa raya kot..hadiah raya.
Post a Comment