Tuesday, February 10

Korban Kasih


Tajuk Buku: Korban Kasih
Nama Penulis: Fatimah Saidin
Penerbit : Dewan Bahasa Dan Pustaka
Harga : RM10.00
Cetakan Ketiga : 2007
Genre : Kekeluargaan
Bintang : 5


-------------------------------------------------------------
Air dicincang

Tika padi kuning berisi,
jangka segalah sinar mentari,
siang ternanti belaian suci,
malam termimpi kasih bersemi.

Seyogia dikau,
langkah terorak sedikit sumbang,
ibu berdendam pantas membungkam,
ego meningkah, sumpah seranah,
kalimat berbisa menghancur punah,
terasa langit tinggi rendah.

Abang,
saat dikau nekad melangkah,
menongkah arus melawan tak sudah,
hati hancur mangaduh resah,
tapak diayun kerana maruah,
dan...
kau sempat bersumpah,
tidak dijejak tanah tumpah darah,
hingga diri berpihak tuah,
membujur lalu melintang patah.

Pulanglah abang,
kini pasir telah berubah.

Ego emak telah berlalu,
daku menunggu di muka pintu,
Tuah di kandang menguak sayu,
pintu terbuka luas untukmu,
malah...
pintu hati ibu...
telah lama terbuka untukmu.

--------------------------------------------------------------------
Apa Kata Saya

Usai membaca karya nukilan Fatimah Saidin ini, perasaan sayu dan sedih masih terus bermukim di hati..dan ia masih terus berbekas hingga saat ini. Karya nukilan penulis kreatif ini saya rasa cukup menyentuh jiwa, sehinggakan saya banyak kali terhenti saat membacanya terutama pada suasana dan babak yang membabitkan “penganiayaan” seorang emak pada anak kandungnya sendiri...kejamnya insan bergelar emak dalam naskhah ini!. Mungkin sukar untuk diterima tapi kejadian sebegini bukan mustahil berlaku diluar sana malah telah ada catatan peristiwanya...seperti kata watak utama dalam cerita ini ungkapan “ ibu mana yang tak sayangkan anaknya” itu membuat dia tertanya-tanya kebenarannya..sungguhkah boleh dipertikaikan kebenarannya?

Biat-bait pada puisi di atas cukup menceritakan segala isi dalam naskhah ini...ia begitu meruntum hati tatkala saya membacanya, gambaran tentang kesedihan seorang adik yang menangisi nasib malang abang kandungnya dari perbuatan emak kandung mereka sendiri...gambaran dan rintihan kerinduannya pada si abang kesayangan yang tidak bertepi!...walau bagaimana bentuk sekalipun gelombang kehidupan hubungan kekeluargaan tidak mungkin terputus!...mana mungkin dapat kita mencincang air!

Korban Kasih(KK) membentangkan sebuah catatan kehidupan dari mata dan ingatan seorang adik, Imah buat abang kesayangannya, Jalil. Siti Fatimah @ Imah anak bongsu dari lima beradik; Aziah, Aziz, Abdul Jamil dan Abdul Jalil.Catatan Imah berkisar tentang kisah kehidupan diri dan keluarganya dari dia masih kecil hingga menginjak dewasa. Satu catatan perjalanan peristiwa bertempoh masa yang saya kira cukup panjang..20 tahun. Setiap peristiwa diperlihatkan penulis dengan begitu berkesan sekali seolah-olah kita terasa turut berada di latar peristiwa. Saya suka sangat dengan gambaran kehidupan desa yang dipaparkan penulis, cukup hidup sekali!.Menerusi catatannya, Imah menceritakan kisah sedih abangnya Jalil yang sedari kecil dinafikan haknya oleh emak mereka. Dia dibezakan secara terang-terangan, baik dari segi kasih sayang mahupun kebendaan.Amarah dan sindiran sudah lali di telinganya. Hanya ayah mereka yang sering menjadi benteng tempat Jalil bersandar..namun kepergiaan ayah mereka adalah titik tolak kepada peristiwa besar yang melanda hidup mereka sekeluarga, benteng yang selama ini tempat Jalil bertahan sudah runtuh, payung yang selama ini tempat dia berteduh sudah tiada...kesatria penyelamat dirinya sudah dibawa pergi...Saya paling tersentuh pada babak Jalil menangis di kuburan ayahnya selepas dia dibelasah teruk emaknya dengan penyapu lidi hanya kerna dia dengan tidak sengaja terlanggar emaknya di tangga !

Penulis menggarap kemas plot KK. Sukar sekali mencari kelemahan plot KK yang ditangani dengan cukup cemerlang oleh penulis dan editornya. Kisah KK penuh dengan persoalan kasih sayang dan hubungan kekeluargaan yang cukup baik untuk dijadikan sempadan dan tauladan. Sebuah persembahan yang cukup cemerlang dari sudut tema/mesej, plot dan jalan cerita, laras bahasa, latar juga tidak ketinggalan perwatakan yang menjadi kekuatan naskhah hebat ini.

Kecemerlangan KK banyak disokong oleh kekuatan pembinaan watak-watak utama yang menerajui cerita ini. Pemahaman watak dan krisis perwatakan yang ditunjukkan begitu cemerlang menerusi watak Imah dan abangnya, Abdul Jalil. 2 watak ini dibina dengan sokongan psikologi yang cukup kuat yang membawa keserlahan perwatakan mereka dalam keseluruhan perjalanan cerita. Jalil bagi saya sebuah watak yang cukup istimewa, tersendiri dan menjadi fokus utama dalam KK menerusi penceritaan Imah. Watak Jalil menjadi contoh yang baik buat ibu bapa agar tidak sesekali mendiskriminasi, menganiaya anak-anak kerna balasan dari-Nya tetap ada kerna mensia-siakan amanah yang dikurnia!.Watak-watak sampingan lain seperti Ayah, Abdul Jamil, Aziah a.k.a Kak Long, Aziz a.k.a Abang Ngah,Nenek Limah, emak dan Rafizal juga cemerlang dilayarkan penulis.

Buat penulis...sukar untuk saya menggambarkan kekaguman saya pada nilai kehidupan yang ada dalam naskhah Korban Kasih ini. Ia banyak menyedarkan saya agar sentiasa bersyukur dengan apa yang saya perolehi dari mak dan arwah abah selama ini..biarpun bukan kebendaan namun saya tidak pernah kurang apa-apa.Semoga jemari hebat anda akan terus melakar kisah-kisah kehidupan yang penuh coraknya buat tatapan para pembaca sekalian.

Bagi anda pembaca, saya fikir masa anda tidak akan terbuang walau sekelumitpun jika membacanya...banyak yang dapat anda kutip disepanjang perjalanan kisah berjajaran 386 mukasurat ini. ..bacalah kerana ia sesungguhnya cukup istimewa, cukup sarat mesej kehidupannya.

Nota buat GK Acun:
macih beb sebab bersusah payah menyelongkar gobok lu mencari buku yang sudah terlalu lama ingin wa tatap...akhirnya!...thks cun..muaahhh

31 comments:

- Mama June - said...

kannnnnnnn.......wa sedey baca buku ini wehh....nangis sampai bengkak2 mata.....

Cik Stoking Belang said...

adoi
camner lah rupa acun nangis erk
hehehe

NickyAzrai said...

sure cun

tatti zainal said...

Saya mengenali penulis personally...saya mencari2 buku ni dah lama...cammana nak cari ye buku ni....

FATIMAH BT HJ SAIDIN said...

Salam Tatti Zainal,

Saya Fatimah Saidin. Saya rasa macam kenal Tatti. tapi tidak ingat di mana kita pernah jumpa. Kalau Tatti berminat dengan buku ini, Tatti boleh beli secara online dengan DAWAMA SDN BHD atau layari laman web yang bertajuk Korban Kasih Fatimah Saidin.

Kepada penulis blog. Terimakasih atas sokongan anda. Saya terharu dengan komen anda mengenai buku ini.

Saya kini telah berhenti menulis buat sementara waktu. Akan tetapi saya ada beberapa karya dari saudara kandung saya yang sangat menyentuh jiwa. Kalau anda berminat bolehlah hantar e-mail pada saya di alamat :

ummuwafa2010@hotmail.com

bella_damia_danisha said...

mmg novel ni best sgt..sy bc time skul rendh ag...terbaik..rupanya da ad byk cetakan yea..

Unknown said...

Salam sejahtera Auntie Fatimah Saidin...

Saya membaca Novel KORBAN KASIH ni pertama kali ketika saya berada di dalam darjah 4...Bayangkan pada umur 10 tahun saya mampu menghayati kisah dalam novel ini dengan penuh penghayatan. Saya masih ingat lagi ketika itu saya mula membaca novel ini di dalam perpustakaan. Kerana novel ini sarat dengan kisah(tebal),saya pun meminjam buku ini dari perpustakaan utk meneruskan bacaan saya.Malangnya..ayah tidak berapa suka saya membaca novel kerana ayah kata novel begitu hanya utk orang dewasa dan membuang masa saya.Tetapi saya sudah jatuh cinta dengan novel auntie, maka saya membuat keputusan untuk curi2 bangun malam apabila semua ahli keluarga sudah tidur. Saya membaca novel auntie di dalam bilik di sebalik pintu almari dengan lampu suluh kerana takut utk memasang lampu,takut ayah terjaga. Teresak-esak saya menangis apabila tiba di bab yang mengharukan saya sehingga mata saya bengkak.Pabila pagi ayah bertanya kenapa mata saya membengkak, saya hanya membisu. Dalam masa 6 hari barulah saya berjaya menghabiskan seluruh isi novel korban kasih..sejak itu saya betul2 jatuh cinta dengan novel ini sehingga saya akan bercerita pada kawan2 dan keluarga saya tentang betapa istimewanya kisal novel ini.Ramai kawan2 saya telah membaca novel ini..setelah saya introduce dengan mereka.Setelah saya bekerja..pekara pertama yang saya fikir dengan duit gaji saya ialah mencari novel ini..tp malangnya..sehingga sekarang saya tak dapat beli @ cari..Saya betul2 rindu nak baca novel ini..Pernah sekali saya pinjam dengan cikgu sekolah saya...saya sempat baca sampai 4x sebelum saya pulangkan kembali.Tapi saya kempunan kerana saya belum ada novel itu untuk diri sendiri..Kerana niat hati saya..ingin kongsi kisah novel korban kasih dengan anak cucu saya..sampai hayat di kandung badan.. Kepada Auntie Fatimah..terima kasih kerana karya yang sungguh murni dan indah..kerana anda..saya lebih menghargai detik hidup..patuh kepada kasih sayang keluarga dan menghormati makhluk Tuhan yang lain..Saya saya Auntie..Terima kasih..

ZalieMS said...

Sesapa ada buku ni ....atau tahu mana nak dapat@beli...harap dapat share...dah lama mencari.......

RinnTis said...

Rasa mcm susah jer nak dapat novel ni di pasaran. However boleh cuba hunting buku ni kat Pesta buku Antarabangsa kat PWTC hujung bulan nih. Kadang2 banyak buku2 lama yang dijual di situ. Cuma kena rajin cari lah :)

MODERATOR said...

Salam semua, kepada sesiapa yang berminat dengan buku ini, boleh dapatkan di Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka, person in charge ialah : En Isa (0123219456)
Sila request friend di facebook saya untuk mendapatkan buku2 saya yang terbaru.

MODERATOR said...

Salam, boleh dapatkan buku ini di alamat di bawah: Koperasi Dewan Bahasa dan Pustaka , Pegawai bertugas :En Isa (0123219456)

Unknown said...

Salam kak fatimah...page dawama dh ttp...mcm mna sy nk beli buku ni....pls...cntc sy...bertahun sy cri... ruby.azizan@yahoo.com

ryu watanabe said...

masih ada jual kah novel nie yaa...lama sya cari...sapa2 boleh tolong bagitau???

fiksyenlove said...

Ya Allah akhirnye jumpe jugak tajuk buku ini setelah tercari - Cari sejak 2008 mase tu Saya form 5..air Mata mengalir tiba - tiba masa membaca

fiksyenlove said...

MCM mne nak Cari buku ni ye..

Unknown said...

Udah ada drama adaptasi sepanjang ramadan ini.Tv1

Angel said...

Boleh beli di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya beli online dalam 3 tahun lepas.

Angel said...

Boleh beli di Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya beli online dalam 3 tahun lepas.

Unknown said...

Tv1 ada buat drama ny, stiap hari jam 7mlm

orang semandin said...

DBP masih jual. Aritu masa dorg buat jerayawara di sekolah2 memang ada buku tu

Unknown said...

Salam ....camne saya nak beli novel ni yer ...saya pernah beli tapi ade org pinjam x antar ...suka sgt novel ni berkali2 baca pon nangis lagi

Unknown said...

Mana nak dapatkan buku ini ye

Unknown said...

Macam mana nak dapat buku ni ye

Unknown said...

Mcm mane nk dpt buku nie

Unknown said...

Sahur sambil layan drama ni ank branak. Org umah kaki novel sebok nk cari novel ni. Kat mana nak dpt yer.

Sesiapa boleh bantu or berminat dgn novel boleh hubungi isteri saya (fara 012 241 3560). dia juga nak letgo koleksi novel² dia.

Syafa said...

Ada ke novel online korban kasih ni?

Syafa said...

Ada ke novel online korban kasih ni?

Yuri Mk said...

Layari laman web dbp niaga..ada promosi jual novel korban kasih ni

Unknown said...

Saya tak pernah tahu tentang novel ni.. tapi bila novel ni ditayangkan dalam bentuk drama TV baru saya minat untuk baca novel ni... jalan cerita memamg menarik memang memyedihkan... sebak... ni.. nak cari sambungan pulak.. katanya ada kk2

Cik siti said...

Boleh dapatkan online dekat laman web @dbpbiaga ada promosi sekarang..

Unknown said...

Sis apa kesudahan cite nie..adakah aisyah akhir nya berkahwin dengan jalil..