Friday, February 20

Akan Datang Novel Sarnia Yahya Bersama FP

Tajuk : Cinta adalah Cinta
Penulis : Sarnia Yahya
Terbitan : Fajar Parker

Aina tidak pernah menyangka yang cinta akan menyapa hatinya kembali, setelah cinta itu pergi bersama Hadi. Kehadiran Syed Harith menggugat perasaannya. Lelaki bermata hijau itu tidak pernah jemu dan lelah dalam cuba memikat janda muda yang tidak mahu mengakui cintainya. Tetapi kehadiran Lutfi Danish, berwajah Hadi, menggembirakan Hadirah yang merindui papanya.

Siapakah yang patut dpilihnya, tika hati sudah terpaut pada lelaki bermata hijau? Pilihan hati atau pilihan puterinya?

Jika memilih Syed Harith, pasti Hadirah akan terluka. Jika Lutfi Danish menjadi pilihannya pasti hati Husnina tergores. Walaupun cinta kembali di hatinya, siapakah pilihannya tanpa melukai hati yang lain?

2 comments:

NickyAzrai said...

aku tunggu bulan empat aar cikSil
:D

silencez said...

ni kes tersalah post ek haha. ke buku ni hang nak beli bln 4 nanti, acik nick? org boleh tolong bawakkan :P