Wednesday, October 31

Rak yang Sendat sudah Longgar, So boleh la ushar2 buku baru :)

mula-mula mari kita jengah js adiwarna ya? untuk lebih banyak promo menarik js adiwarna, korang boleh terus ke website penerbit ya?
 
 
 

Nurul Shifa, perwatakannya sederhana. Sifatnya yang pendiam menjadikan dirinya tidaklah begitu menarik perhatian jejaka-jejaka di universiti. Namun Shifa telah jatuh cinta pada Mohd Ziyad Hafni, si kacak yang bisa menggetarkan jiwa sesiapa yang memandang. Kayu pengukur Ziyad kepada wanita pula adalah melalui kecantikan fizikal. Lantas, Nurul Shifa semestinyalah sudah siang-siang lagi terkeluar dari carta. Menyedari hakikat itu, Shifa sekadar memendam perasaannya dalam hati. Shifa mengharapkan perhubungan ‘kawan’ itu akan berkembang sehingga ‘kahwin’. Tetapi Ziyad sudah meletakkan garisan panjang antara dia dan Shifa dan tidak akan sekali-kali melepasinya kerana Ziyad telah jatuh cinta dengan seorang perempuan cantik bernama Zara Juliana Richardson. Jadi apakah akhirnya kisah cinta tiga segi ini?

* * *

 AIMI SHABANA dilahirkan pada 29 Julai di sebuah perkampungan kecil di bahagian utara Negeri Perak. AIMI SHABANA orangnya pemalu. Lidahnya tidak sepetah orang lain dan pada yang baru mengenalinya, dia mungkin akan dianggap sebagai seorang yang pendiam. Maka, AIMI SHABANA menggunakan medium lain untuk berkata-kata bagi menterjemahkan isi hatinya yang terpendam. Dia menjadi penulis dan dia mahu berkongsi cerita dengan sesiapa sahaja yang sudi untuk membaca kisahnya.



Inikah cinta?
Untuk terbang tanpa sepasang sayap, melangkah tanpa sepasang kaki, meruntuhkan halangan satu per satu, lalu bersatu menggapai mimpi...

[i]


Kasihan Aliya, menjadi anak BUKAN kesayangan keluarga
membuatnya terpaksa menguatkan hatinya. Apatah lagi, hatinya sering terluka dengan sikap pilih kasih keluarga. Namun hidupnya berubah apabila Ariana, kakak kesayangan yang selama ini menjadi idola dan kebanggaan keluarga tiba-tiba berperangai aneh dan
membingungkan Aliya. Si kakak yang sepatutnya berkahwin dengan Abang Zul Kembang tiba-tiba menghilangkan diri.

Aliya Jaafar gadis manis yang gemar menulis ini sedang menyiapkan sebuah manuskrip berjudul Dunia Langka Suka. Namun, tanpa disangka-sangka tulisannya telah dibaca senyap-senyap oleh Amirul. Inilah punca Aliya marah pada Amirul, ditambah pula Si Koko, kucing Aliya yang hilang itu ada pula bersama dengan Amirul. Lalu Amirul telah dituduh sebagai pencuri kucing! Tapi... lama-kelamaan perseteruan bertukar menjadi sebuah persahabatan yang indah.

Amirul tiba-tiba ingin ke Itali untuk belajar membuat biola. Aliya sangat sedih. Cukupkah sepucuk surat dan gelang kulit karang laut yang cantik sebagai pengganti diri, Amirul?


[ii]

Ah, aku tidak peduli! Cuma ada satu perkara sahaja yang aku peduli! Er... tiga perkara sebenarnya...
Amirul. Amirul. Amirul.
Amirul dalam kepala.
Amirul dalam hati.
Amirul dalam kenangan.

 * * *

 
Selepas hiatus yang panjang, penulis yang telah menghasilkan enam buah novel umum, dua siri fantasi remaja dan dua cerpen dalam antologi Kisah Cinta Seribu Wajah ini kembali semula. Idea penghasilan Coklat (yang Manis) sebenarnya muncul sejak tahun 2010 lagi. Namun kerana tugasan harian dan beberapa komitmen lain, idea itu terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu.
Sebenarnya JOHN NORAFIZAN suka bereksperimen dengan genre berlainan dalam setiap novelnya. Begitu juga dengan Coklat (yang Manis). Namun, anak kelahiran Johor ini tahu bahawa dia telah menemui sesuatu yang manis dalam novel terbaharunya. Mungkin juga, cara penulisan Coklat (yang Manis) akan jadi ‘trademark’ JOHN NORAFIZAN selepas ini.
 
 
 
 
 
Mari kita jengok rak fajar pakeer sebentar ye? untuk maklumat lengkap, boleh terus ke Galeri Fajar Pakeer, website rasmi penerbitan fajar pakeer.
 
Tajuk: KISAH HATI
ISBN: 978-967-365-135-1
Harga: RM24 / RM27
“Qira tak macam gadis lain. Qira ni tak sempurna, bang,” ujar Naqira perlahan, merendah diri.
“Tak ada manusia yang sempurna, Qira.”
“Tapi Qira lain.”
“Qira memang lain. Qira lain sangat di mata abang. Lain itulah yang menjadikan Qira terlalu istimewa di mata abang. Qira hanya satu dalam hati abang.”
Aduh… romantiknya dia! Bahagialah hidup ini seandainya sikap Syahmie terus begini. Naqira kagum dalam malu, gembira dalam segan. Dia bangga menjadi seseorang yang istimewa dalam hidup seorang lelaki! Pada saat itu Naqira terasa dirinya terlalu berharga. Dia merasakan dirinya terlalu dihargai, sangat disayangi.
Namun, akan sampai bilakah Syahmie begini dengannya? Mungkinkah Syahmie akan mula pandai mengungkit nanti apabila perasaan sayang yang tulus ikhlas untuknya itu jadi memudar kerana sejarah keluarganya yang tidak sempurna? Dan, ibu Syahmie yang hendak sangat berbesan dengan sahabat baiknya, akankah terima Naqira sebagai menantu sedangkan yang wanita itu mahu adalah Mastura.
Kisah hati ini akankah menjadi satu hubungan suci untuk selama-lamanya...?


ISBN: 978-967-365-134-4
Harga: RM19 / RM22

Adakah aku telah jatuh cinta?

Iskandar – Dia dipengaruhi kenangan silam yang telah menghancurkan hatinya sejak di zaman kanak-kanak. Kenangan itu sama sekali mempengaruhi kehidupannya selama berpuluh tahun. Sepanjang hidupnya dipenuhi dengan liku-liku yang sunyi tanpa wujudnya erti sebuah cinta. Pintu hatinya terkunci rapat untuk seseorang yang bergelar wanita. Kehadiran insan yang bernama wanita bukanlah satu kepentingan kepada dirinya. Sebaliknya, dia memandang wanita sebagai makhluk yang tidak boleh dipercayai dan mudah mencurangi cinta. Makna cinta kepadanya hanyalah palsu dan bersifat sementara. Tanpa cinta, dia mampu meneruskan kehidupan. Tanpa cinta, dia juga mampu memperoleh kejayaan. Namun, segalanya berubah hanya kerana seorang gadis yang bernama Arissa.

Arissa – Hidupnya biasa-biasa saja. Ada suka, ada duka. Namun, masih boleh dikategorikan dalam keadaan stabil. Tapi, setelah dia bekerja di bawah naungan seorang lelaki yang digelarnya singa kuning, hidupnya jadi huru-hara. Ada saja yang tidak kena dengan apa yang dilakukannya. Namun, ada satu rasa bermain di hati. Dan ia untuk singa kuning yang selalu mengganggu kesenangan hidupnya.

Cinta – Mengenali cinta buat Iskandar dan Arissa yakin dengan perasaan yang dimiliki mereka. Namun, saat Iskandar meluahkan rasa, Arissa pergi meninggalkannya. Tanpa rela, Arissa terpaksa melepaskan Iskandar. Kalau itu jalannya, dia sanggup.

Adakah bayangan masa silam akan kembali mempengaruhi Iskandar? Mampukah Arissa menanggung rasa hati biarpun terasa sakit? Akan kembali bersatukah perasaan yang ada dalam diri mereka berdua? Apakah rasa jatuh cinta akan kembali dirasai oleh mereka? Andai jatuh cinta itu perlukan pengorbanan, mampukah salah seorang daripada mereka berkorban?
 
ISBN: 978-967-765-138-2
Sem. Malaysia: RM22.00
Sabah/Sarawak: RM25.00

Err... excuse me. Boleh tanya tak? Di mana... Cikgu Rabbit?” tegur Jo.

Wajahnya tegang, seolah-olah tidak senang dengan perkataan yang digunakan itu. “Encik nak jumpa siapa ya?” soalnya semula meminta kepastian.

“Cikgu Rabbit. Cikgu baru yang mengajar anak saya yang berusia enam tahun.”
“Eh, kat sini mana ada Cikgu Rabbit? Maaflah, saya rasa encik ni dah salah sekolah,” tempelak gadis yang berdiri di muka pintu itu. Sungguh kurang sopan. Apa rabbit-rabbit? Suka-suka dia nak panggil aku macam tu, ingat aku ni keturunan rabbit ke? Rabbit jadian... Ada ke patut! Dia menggerutu dalam hati.
 
Jo terkejut. Gara-gara Siti Qistina, tak pasal-pasal dia kena sebiji.

Rabytha Amani a.k.a. Cikgu Rabbit telah mengalami satu transformasi. Daripada seorang wartawan majalah, terkejar-kejar ke lokasi mencari bahan berita, dia diwasiatkan untuk mengambil alih pengurusan sekolah tadika peninggalan arwah maknya. Bagaikan sirih pulang ke gagang. Di situlah perjalanan hidupnya bermula. Dikurniakan cinta hati, satu anugerah yang tidak boleh ditukar ganti.

Jo tidak sedar, sejak bila hatinya terpaut. Makhluk ciptaan Tuhan yang cukup istimewa. Mulut terkunci, hilang segala aksara. Hati terus berbicara, tanpa suara. Kita berperang secara psikologi. Tanpa bedilan peluru atau dentuman bom. Selepas bertahun-tahun, kita bersua lagi. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga.

Jalan hidup yang mereka pilih ternyata punya liku-likunya. Ada onak terhampar. Ada gelora membadai. Ada harga yang belum terlunas. Andai tewas, punahlah segala pengharapan. Antara mereka ada Ainur Sharita yang sudah nekad sejak dari mula, Jo hanya miliknya seorang!

Adat kehidupan, ada pertemuan dan perpisahan. Rabytha pasrah, siapalah dia untuk mengubah takdir-Nya. Apa yang diharapkan, entah bila akan menjadi kenyataan. Bukan sentuhan luaran cuma perhatian dan kasih sayang seperti apa yang Dr. Iskandar hulurkan. Namun, biarpun berbaris yang mampir, Rabytha tidak mungkin berpaling demi cinta hati kurnia-Nya. Namun, adakah jodoh itu bersama dia dan Jo, sebagaimana diingin hati?

 
ISBN: 978-962-765-137-5
Sem. Malaysia: RM21.00
Sabah/Sarawak: RM24.00

“Mana yang lebih utama? Pilihan mama buat kali terakhir atau pilihan hati cinta sejati?”

Cinta adalah milik semua insan tanpa mengira perbezaan darjat, keturunan, usia, bangsa, mahupun agama. Cinta Hafizul kepada Nora Azira bagaikan cahaya yang bakal menerangi suram dan menikam sukma. Namun cinta itu terpaksa dirahsiakan daripada pengetahuan ibunya.

Bagai gumpalan mega kelabu mahu menghempap bumi cintanya, Hafizul terpaksa bersetuju untuk dijodohkan dengan gadis pilihan ibunya. Jiwa Hafizul penasaran. Bagaimana mahu mengukir madah berhelah, mencipta resIpi seribu ungkapan manis bakal dipersembahkan kepada dewi cintanya.

Dalam masa yang sama, Nora Azira mengalami situasi yang sama. Namun bagi Nora Azira, pilihan kedua-dua orang tuanya adalah calon suami yang terbaik, pengukur cerah masa hadapannya. Nora Azira berdoa dan pasrah kepada takdir Allah.
 
“Aku sanggup terima kenyataan bahawa jodoh kita tiada. Kau ikutlah kehendak orang tuamu, Hafizul. Cintaku tetap utuh untukmu. Aku akan mendoakan kau berbahagia dengan pilihan orang tuamu. Aku sendiri, kalau ada jodoh, aku akan berkahwin. Kalau sebaliknya, biarlah masa yang menentukan.”
 
Dapatkah cinta Hafizul dan Nora Azira kembali bertaut erat? Apakah sikap patuh kepada orang tua dapat menjana kebahagiaan dalam istana cinta yang dibina? Berbaloikah pengorbanan mereka? Dapatkah perasaan yang berada di hati, akan terus kekal di hati?
 
 
novel-novel terbaru terbitan alaf 21. Boleh terus ke website alaf 21 untuk maklumat penuh :)
 
Sinopsis
CINTA pertama membawa Dilaila dalam dilema. Janji yang terpatri bersama Amer kecundang di tengah jalan, lantaran dendam semalam yang tidak terlerai. Dilaila pasrah menghadapi dugaan. Perkenalan dengan seorang doktor, Joshua memberi sinar baharu buat Dilaila. Tatkala bersua, hatinya bahagia. Namun, hubungan mereka tergantung kerana Joshua terpaksa kembali ke pangkuan keluarga nun jauh di Filipina. Berbekalkan keazaman ingin menjadi usahawan berjaya, gadis itu meneruskan perjuangan hidup walaupun hatinya sepi. Saat itu muncul lelaki yang tidak disangka-sangka meluahkan kata cinta. Antara mencintai dan dicintai, Dilaila perlu membuat pilihan terbaik demi kebahagiaan dirinya. Dia hanya mahu mencari cinta suci yang tidak pernah dikhianati.
 

Sinopsis
DR. RAZIF masih sukar untuk melupakan arwah Suhaila walaupun sudah empat tahun isterinya pergi. “Tempat Suhaila tiada siapa yang dapat menggantikannya.”

Iman melancarkan satu misi. Misi mencari jodoh buat Dr. Razif! Diperkenalkan Zulaikha yang berbudi pekerti dan cantik paras rupa kepada abangnya itu. Bagi Dr. Razif, dia macam tak masuk dengan gadis itu.

Hidup Dr. Razif dan anak-anak jadi huru-hara apabila bertemu dengan Ekin. Apatah lagi Ekin yang menjaga Rayyan dan Ain. Ada sahaja yang mereka gaduhkan. Si Ekin ni dengan budak-budak pun nak berkira. Masing-masing sengaja cari pasal. Makin naik angin Ekin apabila kedua-dua budak yang dipanggil toyol kecik itu memanggilnya witch! Zulaikha atau Ekin? Dalam mengharungi kehidupan yang tidak seia dan tidak sekata, tanpa sedar ada rasa yang memikat hati Dr. Razif.


 
Sinopsis
“Kira jangan nak tuduh mak abang yang buat. Mak abang tak jahat macam tu! Kira kalau tak nak anak tu, jangan berani nak tuduh mak pulak yang nak hancurkan rumah tangga kita!”

Itulah Haziq. Anak yang sangat menurut kata. Apa saja yang emaknya kata, semua betul. Sebagai isteri, Kirana tidak pernah menafikan hak Haziq sebagai anak lelaki. Cuma satu yang dia pinta, tolong jangan sakiti hatinya.

“Kalaulah tamparan abang tu boleh bayar semua kebahagiaan yang Kira dah bagi pada abang selama ni, silakan! Pipi Kira takkan rasa sakit dan Kira takkan mengadu pada sesiapa sebab Kira nak abang bahagia.”

Selama ini, Kirana hanya mendiamkan diri. Segala perbuatan emak mertuanya langsung tidak dipedulikan. Baginya, inilah pengorbanan yang harus dibuat untuk terus bersama Haziq. Tapi, sampai bila? Kesabarannya kian menipis. Bila tiba saat itu, dia harus membawa diri.

“Haziq… selamat tinggal. Diriku usah dicari lagi. Andai ada jodoh, pasti kita bertemu semula. Jika tidak… anggaplah semua ini kenangan terindah.”
 
 


Sinopsis
Pertemuan pertama antara Qaseh Hazwani dan Ikmal Hisham membibitkan rasa benci dan prasangka. Namun, dalam diam masing-masing menyimpan rasa hati. Sayangnya, rasa cinta itu dipendamkan kerana diracuni salah sangka.

Ikmal bukan mata keranjang biarpun Lydia tergila-gilakannya setengah mati. Hanya Qaseh yang tidak mengerti perasaannya. Lydia yang kecewa nekad mahu mengenakan Qaseh. Tindakan Lydia telah menghancurkan kepercayaan Qaseh terhadap Ikmal.

“Awak dah salah sangka pada saya. Saya bukannya nak kahwin dengan dia. Saya tahu awak bencikan saya kerana peristiwa tu. Bagi awak, saya ni lelaki yang tak bermaruah, lelaki yang suka berpoya-poya dan gatal. Itu yang awak fikir tentang saya, kan? Saya sayangkan awak dan nak awak jadi isteri saya.” Ikmal merayu.

Malangnya, Qaseh sudah nekad untuk pergi jauh. Ikmal semakin panasaran. Seorang pergi, seorang lagi menanti… Di manakah titik pertemuan mereka?

“Cinta datang sendiri dan kita tak perlukan sebab untuk jatuh cinta...”
 
 
baru di nbkara!
maklumat penuh? sila ke laman web rasmi penerbit.

 
 
buku-buku pts makin cute lah. Macam dilanda gelombang korea plak.
untuk maklumat lanjut mengenai gelombang terbaru pts, boleh terus ke laman web penerbit ya. kat pts sekarang ni kalau beli online, kos penghantaran percuma untuk belian RM25 ke atas ;) boleh terus ke laman web rasmi penerbit utk maklumat lanjut
 
 
Mengisahkan Aliya yang terpaksa bekerja kerana tidak mampu menyambung pelajaran. Aliya bekerja di kafe Makan Sampai Kenyang. Dia berkenalan dengan Amir, pelanggan tetap yang suka minum espresso yang dibuat oleh Aliya. Secara rahsia Amir membantu Aliya dengan membiayai kos untuk Aliya sambung belajar di kolej terkemuka. Di kolej itu, Aliya terpaksa berhadapan dengan Qalel yang dingin dan suka membulinya. Namun, hakikatnya, Qalel menyukai Aliya.
Novel ini mengandungi 18 bab.


 
 
“Bergaduh sahaja dengan emak ataupun bapa, terus bungkus pakaian. Merajuk sedikit, lari dari rumah. Singkat akal betul! Semuanya mahu berdrama!
”Siapa yang lari ataupun dilarikan? Siapa yang singkat akal? Siapa yang berdrama? Apakah yang disaksikan oleh Aina Syuhada dan Aini Syahida kali ini? Apakah mereka menjadi sebahagian daripada watak ratu drama?
Tiada
 
 
Ni buku buku terbaru keluaran buku prima. untuk maklumat lanjut dan paparan lebih menarik, sila terus ke website rasmi buku prima yg dah cantik sekarang ni :)
 
 
Sinopsis
Sebuah jam antik yang dibeli Datuk Osman akan menjerit tatkala jarum tepat ke pukul 12.00 tengah malam. Namun ia hanya berlaku pada setiap malam Jumaat sahaja. Apa yang menyeramkan, jam antik itu akan menjerit ngeri persis suara wanita yang berada di dalam ketakutan. Manakala Irfan Rushidi pewaris segala harta milik Datuk Osman telah kehilangan kekasih hati yang amat dicintainya, Ayu Aleya. Pihak polis turut gagal menemui sebarang jawapan yang pasti. Sahabat baik Irfan Rushidi, Zulke? i pula amat setia melindungi dan menolongnya dalam apa jua keadaan. Cuma Zulke? i agak keberatan untuk menolong Irfan Rushidi mencari Ayu Aleya. Antara kesetiaan, cinta dan persahabatan, apakah pilihan Irfan Rushidi? Ketika deringan jam antik Datuk Osman masih kekal dalam misteri...

“Ingatlah pesanan Leya ini sayang. Cinta Leya pada Irfan hingga ke hujung waktu. Ya, Leya berjanji akan mencintai Irfan hingga hujung waktu.” – Ayu Aleya

“Tolonglah... jangan menjerit lagi, ampunkan aku... aku tahu aku banyak dosa. Ampunkanlah aku.” – Datuk Osman

“Ikutkan hati Irfan, memang nak gunting semua rambut Leya ni, geram...” – Irfan Rushidi

“Kenapa kau tak jujur dengan aku, kenapa kau sanggup korbankan nyawa semata-mata kerana aku. Kau bodoh Rasydan, kau bodoh!” - Inspektor Maria


dlm koleksi aku dah ada 1-5 so yang ke 6 ni WAJIB juga dibeli! :D
Sinopsis
Novelet Merah Cinta Kita 6 ini mengandungi 5 cerita pendek. Kisah kehidupan remaja pelajar sekolah yang penuh insiden ceria, nilai persahabatan yang sejati, kasih sayang dalam keluarga dan guru penyayang.

Paparan kisah kehidupan remaja berusia belasan tahun digarap dengan bahasa santai dan terkini ini diselitkan dengan gambar hiasan berwarna sepenuhnya. Tidak rugi beli dan adik-adik pasti enjoy!

Kasutku Dari Itali, Awak Ada?
Bila orang minta derma, tak pernah nak derma. Kedekut. Selalu dia beritahu aku kasut dia dari Itali, beg GUCCI, minyak wangi DIOR, cermin mata PRADA, pakaian sukan NIKE. Pendek kata semua dari luar negeri dan yang berjenama mahal-mahal. Aku dengar dia nak jadi model apabila lepas SPM nanti. Gila glamor agaknya dia tu...

Yeay, Kita Dapat Emak Baru!
“Dia mahu peluang untuk menyayangi saya dan Eisya. Dia fikir saya tak tahu, dia hanya mahukan ayah. Apabila dia dan ayah sudah berkahwin, apa akan jadi dengan saya dan Eisya? Dia hanya mahukan ayah sebenarnya. Saya tahu.”

Kau Adik, Aku Abang!
Pandai juga lelaki dari ‘Kutub Selatan’ itu memohon maaf! Ops…kini saya perlu belajar berlembut kepadanya. Dia kan abang saya! Frasa itu perlu saya terapkan dalam diri, supaya saya tidak akan menjadi seorang pembenci lagi. Yang paling penting saya tidak akan menganggap Kyril Rayyan sebagai pengembara dari ‘Kutub Selatan’ lagi.+ Seronok juga ada abang. Biarlah ‘angin-angin antartika’ itu berlalu pergi dan meninggalkan Kyril Rayyan di ‘Kutub Utara’ tanpa sebarang gangguan.

Shahira Diva Sekolah
Sebenarnya aku amat suka menjadi tumpuan ramai! Aku nak semua orang sanjung aku. Aku yang paling bijak, paling cantik dan paling disayangki semua warga sekolah. Jangan ada orang lain cuba memintas aku!

Rania Obses Manik
“Aku akan pastikan engkau tak berhak menyertai pertandingan ini. Engkau curi karya orang lain!” Vincent bersuara hamper menjerit.

“Aku layak, Vincent, dan sebab itu aku terpilih. Daripada lukisan yang tak sempurna berbanding dengan lukisan yang cantik di mata, aku yang terpilih. Aku, Rania, penyelamat Kelab Manik, terpilih!” sahut Rania.

woot! woot! karya terbaru antasya balkis!
Sinopsis
Kerana kasih sayang seorang sahabat dan tentangan keluarga, Dian Aruni berpisah secara rela dengan Engku Izmier. Namun takdir mempertemukan mereka semula secara tidak diduga. Kasih Engku Izmier kembali bertaut tetapi tidak berani diluahkan lantas dia memendam perasaan dalam diam. Tetapi sebuah peristiwa telah memalukan keluarga Engku Izmier di mata masyarakat melalui media. Dian Aruni yang tidak sanggup melihat keluarga Engku Izmier dimalukan telah meminta pertolongan daripada Zariff, sepupunya dengan menawarkan diri menjadi suri hidup Zariff. Apabila semua masalah keluarga Engku Izmier selesai, Engku Izmier merayu cinta Dian Aruni semula. Apakah kesudahan cinta Engku Izmier? Siapakah yang bakal memiliki Dian Aruni?

Syukur TUHAN, aku bertemu Dian semula. Terlalu banyak perkara yang ingin aku adukan padanya. Dan selebihnya kerana aku masih cintakan dia. - Engku Izmier

Terperasankah Engku Izmier yang dia memotretkan wajahnya yang asyik memandang ke arah lensa kamera, seolah-olah sedang mengintai aksi si pelaku yang sedang mencuri gambarnya untuk dirakamkan? Ah, minta-minta janganlah! Mungkin Engku Izmier sekadar ingin menduga. - Dian Aruni

“Abang tahu abang dapat cinta Dian dengan cara ni tapi abang tak rasa Dian ikhlas dengan abang. Dian terpaksa demi Mier, kan?” - Zariff

Sinopsis
Ivan Lee, lelaki dingin namun penuh karisma. Dalam karismanya, pemuda berketurunan Cina ini adalah bodyguard keluarga hartawan bernama Ahmad Ghazi. Pada masa yang sama dia juga seorang perisik rahsia tanpa pengetahuan majikannya. Hubungannya dengan Ain Qistina, puteri tunggal Ahmad Ghazi agak dingin lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu mempunyai hubungan istimewa dengan Dain Hakimi. Walau bagaimanapun, segalanya berubah sebaik sahaja berlakunya pelbagai peristiwa menarik di Shinjuku. Ivan Lee menyimpan rahsianya sendiri. Tujuannya cuma satu, ingin mencari kebenaran di sebalik kematian keluarganya sehingga membawa dirinya ke Jepun. Apakah sebenarnya yang berlaku di Shinjuku dan siapakah pembunuh keluarga Ivan Lee?

Sinopsis
“Kalau Sofi marahkan ayah sebab semalam, ayah minta maaf. Ayah tak sengaja tinggikan suara dengan Sofi. Ayah tak tahu apa-apa tentang amanat ibu, Sofi. Susah untuk ayah terima,” ~ Encik Fairul

“Sofi juga sayangkan ibu sama macam ayah sayangkan ibu. Kerana sayangkan ibulah Sofi mahu amanat ibu, hajat ibu tercapai. Amanat ibu, tanggungjawab Sofi. Tolonglah, ayah.” ~ Sofia Humairah

Ibu, jangan gusar. Sofi tidak akan mengalah. Amanat ibu, akan Sofi tunaikan, bisik hati Sofia. Anggerik ungu di taman kesayangan Puan Aisyah bergoyang disapa angin petang.

 
 
maklumat penuh mengenai novel novel jemari seni boleh diperolehi dari laman web rasmi jemari seni.
 
 
NASI LEMAK IKAN PEKASAM
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ahmad Safarman
ISBN: 978-967-0508-03-0
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012

andai hatimu menciptakan jarak,
berdiamlah
kerana waktu akan membantumu

Ezudin merupakan seorang guru yang berasal dari Kuala Lumpur dan ditugaskan mengajar di sebuah kawasan pedalaman. Kedatangannya disambut dengan katak yang melompat di seluruh kelas. Aiman, anak muridnya itu memang sengaja ingin mengenakannya, itu kata hatinya.
Di sana dia mengenal satu dunia yang tidak pernah terlintas di fikirannya. Di sanalah dia kenal dengan katak, beruk, haruan, tekukur dan segala macam khazanah hutan. Sungguh, dia tak gemarkan semua itu!

Namun di sebalik semua itu, dia turut belajar tentang kehidupan. Dia kenal seorang Aiman, anak muridnya yang sentiasa sahaja tidak kena pada pandangan matanya. Entah kenapa, Aiman selalu sahaja melakukan perkara yang tidak disukainya. Sampai satu masa, barulah dia faham kenapa Aiman melakukan semua itu.
Cikgu, saya sayang cikgu!
+++
 
AHMAD SAFARMAN bereksperimen dengan pengalamannya sebagai guru untuk menulis tentang seorang guru yang menghadapi pelbagai kerenah anak murid. Penulis ini menulis dengan harapan apa yang ditulisnya sedikit sebanyak memberi pengajaran kepada pembaca.


KETUK PINTU HATI DIA
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ana Farhana
ISBN: 978-967-5118-90-6
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Nov. 2012


Mungkin kau jauh dari mataku, tapi tak pernah jauh dari hatiku

I

“Kenapa kau tak nak kawan dengan aku?”

“Kenapa aku kena kawan dengan kau?”

“Kalau kau jadi kawan aku, kau tak rasa rugi tau.”

“Sebab?”

“Sekali kau jadi kawan aku, aku akan sayang kau sampai kiamat.”

II

“Huda, kau pandang aku sebagai lelaki yang macam mana?”

“Kawanlah!”

“Kalau kita ditakdirkan jumpa lagi sekali, boleh tak masa tu kau jangan layan aku sebagai kawan kau?”

III

Selepas 5 tahun...

“Kau sedar tak kau panggil aku apa? Awak. Kau buat aku rasa geli. Kita kawan rapat dulu, sebelum kau pergi macam tu aje. Sekarang, kenapa kau buat macam kita ni orang asing?”

“Sebab saya sukakan awak.”

Kata-kata itu membuatkan Huda terasa dirinya macam dilambung ombak kuat, membuatkannya terus tercampak ke benua lain.

*****

ANA FARHANA mempersembahkan Ketuk Pintu Hati Dia dengan bahasa santai yang manis. Jom baca kisah Huda dan E-key ini, agar kita mampu mengerti bahawa bahagia itu perlu dicari, bukan dinanti.

 
 
LAMARAN BUAT SYIFA
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Ana Yunisza
ISBN: 978-967-5118-95-1
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Okt. 2012

Syifa jumpa Sufyan pada hari pertama di politeknik. Lelaki itu menghulurkan bantuan saat Syifa memerlukan. Tertarik dengan keperibadian lelaki itu, Syifa jatuh hati. Sampai dia sanggup jadi pemerhati setia lelaki itu di Facebook.
Tapi, pertemuan kedua mereka mencetuskan kisah lain pula! Lelaki itu suka cari fasal. Sebab kesalahan yang tak sengaja pun, dituntutnya ganti rugi yang tidak munasabah! Tapi... Syifa tak tahu yang itu cuma taktik Sufyan nak berkenalan.
Tanpa diduga, kakak Syifa pergi, meninggalkan amanah buat Syifa. Dua orang anak kecil, ditinggalkan di bawah jagaan Syifa. Dalam usia 18 tahun, Syifa menggalas tanggungjawab seorang ibu.
Syairy hadir menghulurkan kasih, ingin menjaga dan melindungi Syifa dan ‘anak-anaknya’. Hakikatnya, Syairy cuma menggunakan peluang yang ada untuk memiliki Syifa, gadis yang dicintainya sejak dulu.
Antara Sufyan dan Syairy, yang mana satukah akan menjadi pilihan Syifa, dan mampukah dia berbahagia hingga ke akhirnya?
*****
ANA YUNISZA, gadis Kota Singa ini menulis Lamaran buat Syifa dengan bahasa santai yang manis. Susurilah kisah Syifa, dan belajarlah erti cinta daripada kaca mata orang muda.


TAKKAN PERNAH BERUBAH
TERBITAN JEMARI SENI SDN BHD
Penulis: Fisha
ISBN: 978-967-0508-02-3
Harga: RM20.00 (Sem. Malaysia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan Online: mulai 5 Okt. 2012


Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kekasih hamba turutkan.



Atas dasar cinta, Shahira rela kehilangan keluarga yang selama ini menjadi tulang belakangnya. Iqmal pula merahsiakan perkahwinan mereka daripada pengetahuan keluarganya. Walaupun hidup sederhana, mereka bahagia. Namun, cinta mereka teruji apabila mereka terpaksa berpisah untuk menuntut ilmu.

Baca bab awal
Langit tidak selalu cerah, begitu juga hidup mereka. Kecelakaan menimpa Iqmal, lalu dia terputus hubungan dengan Shahira. Shahira pula terpaksa mencari tempat bergantung baharu setelah Iqmal hilang tanpa dapat dikesan.

Sepuluh tahun berlalu, barulah mereka bertemu. Pertemuan yang tak disangka menyebabkan Shahira melarikan diri daripada Iqmal. Ada rahsia yang dipendam Shahira. Siapa Adi dalam hidup Shahira? Masihkah ada maaf daripada Shahira untuk Iqmal? Dan, bagaimana pula dengan penerimaan keluarga mereka?



kau umpama matahari malam untukku, tidak kelihatan namun sentiasa ada



***


FISHA, gadis dari utara tanah air ini menulis dengan gaya bahasa yang santai namun membuai perasaan pembaca dalam Takkan Pernah Berubah. Sungguh, hati wanita itu sekeras kerak nasi. Andai disiram air, maka lembutlah ia.
 
maklumat penuh mengenai novel2 karya seni boleh diperoleh dari laman web rasmi karyaseni. :)
 
 
PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH
Penulis: Hana Ilhami
Terbitan Karya Seni
 
Semenanjung : RM28
Sabah/Sarawak : RM31
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )


PEREMPUAN LINDUNGAN KAABAH. Itulah gelaran yang diberikan oleh orang di sekelilingnya kepada Hanan disebabkan sikapnya yang sempurna sebagai seorang Muslimah yang solehah.
Kehadiran lelaki yang mendambakannya menjadi seorang isteri telah menyebabkan hati Hanan keliru untuk memilih di antara jasa dan rasa...

“Hanan, selama ini saya mengetahui Islam dengan lebih mendalam dari awak. Itupun melalui e-mel atau telefon. Setiap kali saya nak ajak awak keluar, awak selalu menolak. Awak tak sudi ke keluar dengan saya?”- Alex

“Hanan! Akan aku pendamkan sahaja cinta ini di dalam lubuk hatiku…”- Amir
“Mummy nak Reez kahwin dengan ustazah? Tiap-tiap hari dengan bertudung litupnya, sampaikan dalam rumah ni pun bertudung. Kalau Reez ajak dia pergi club atau karaoke ke, mummy rasa dia nak pergi tak?” - Fareez
Demi membalas budi, Hanan berkorban atas maksud dakwah. Hanan akhirnya memilih lelaki yang tak pernah difikirkan akan menjadi pasangan hidupnya. Tapi dengan sikap lelaki itu yang sering sahaja mengabaikan perintah Tuhan serta kehadiran Sally sebagai teman wanita telah menguji bahtera yang dibina.
“Aku tak seksi... Dengan imej jubah dan tudung labuh ini terlalu janggal rasanya untuk aku berada dalam dunia Abang Fareez. Pasti aku ini bukan pilihannya, malah aku sendiri pun tidak pernah bermimpi untuk hidup bersamanya.” - Hanan
Demi mendapat reda Ilahi, Hanan cuba bertahan dan memenangi hati lelaki bergelar suami. Tapi... perlukah Hanan mengorbankan prinsip-prinsip hidupnya demi kebahagiaan yang dia sendiri tidak pasti? Di antara cinta kepada suami dan cinta kepada Ilahi, yang manakah harus diutamakan?

Hikayat Cinta Si Pematah Hati
Penulis: E-Man Sufi
Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM35
Sabah/Sarawak : RM38
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )



WARFEEN WARDAH mempunyai impian untuk membina rumah tangga bersama lelaki ilihannya, Daniel Elhan. Sayangnya, sekian lama dia menanti masih belum ada sebarang tanda di jari. Bukan kerana tak sabar menanti tetapi Daniel Elhan hanya pandai menabur janji hinggalah suatu hari dia bertemu dengan seorang lelaki…
RAYYAN RAIQARL... lelaki yang sentiasa membawa diri. Kecewa dengan rumah tangga ibu bapanya yang gagal membuatkan dia mengambil keputusan untuk tinggal jauh daripada keluarganya. Pertemuannya dengan Wafeen Wardah membuatkan dia jatuh cinta pandang pertama. Sayangnya, gadis yang dipuja kepunyaan orang. Pada awalnya, dia tidak mahu mengikut rasa hati. Baginya, dia bukan perampas kekasih orang!
“Betul… saya single lagi. Saya tengah tunggu awak jadi kekasih saya la…”
“Sorry… saya dah ada kekasih.”
“Tak apalah. Saya tunggu awak putus dengan dia.”
“Hah?”

Tapi segalanya bermula bila dia mengetahu siapa Wafeen Wardah yang sebenarnya. Rayyan nekad, bagaimana cara sekalipun… dia mahu memperisterikan Wafeen! Istilah perampas kekasih orang ditolak ke tepi. Dia tidak mahu ambil peduli asalkan dapat membalas dendam atas sakit yang tertanggung dalam hati.
Mampukah Wafeen Wardah mempertahankan tembok kesetiaannya kepada Daniel Elhan atau dia sendiri jatuh cinta dengan panahan cinta Rayyan Raiqarl? Siapa yang akan patah hati dan siapa pula si pematah hati?

“Tak apalah kalau saya bukan sayang awak... Cara mia, ti voglio bene...”
“Apa makna…”
“Honey, I love you so much. Sayang, saya sangat cintakan awak.”

Bila Nak Saksi
Penulis: Rehan Makhtar
Terbitan Karya Seni
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
( Diskaun RM3 Untuk Pembelian Online )



YUSUFF, seorang lelaki yang tiba-tiba muncul dalam hidupnya sebaik saja abah dan mama memberikan kebebasan kepada dirinya.
Pertemuan pertama dan seterusnya itu sangat menyakitkan hati Jelita. Tanpa dia sedar, sebenarnya semua pertemuan itu sudah dirancang dengan rapi.
“Jatuh awak boleh diangkat. Jatuh hati, siapa nak bertanggungjawab?” - Usop

“Ikut hatilah nak jatuh kat mana pun, janji jangan jatuh dekat awak sudah!” - Jelita

Tapi, kalau benci dan tak suka, kenapa mesti ada rasa yang tak mampu diungkapkannya? Adakah ini cinta? Jika cinta, apa tandanya? Sesungguhnya, Jelita memang tidak tahu apa-apa tentang makna cinta. Dia cuma tahu bahawa cinta dan rindu itu selalu menyakitkan pada insan yang mengalaminya.
“Sampai bila kita nak rahsiakan pernikahan kita daripada keluarga awak, Lit? Bila nak saksi awak nak menyerah?” –Yusuff
“Saya tak tahu pun yang saya dah kahwin.” – Jelita

Kehadirannya dengan gelaran seorang suami menyebabkan Jelita sukar hendak menerima kehadiran lelaki yang sangat asing buat dirinya. Tapi kerana desakan semua, akhirnya dia terpaksa menyelidik sendiri. Bagaimana pernikahan ini boleh terjadi tanpa pengetahuannya? Siapa dalangnya? Abah, mama, Abang Jeff atau Kak Shima?

Jika dia sah menjadi suaminya, maka dia nekad untuk melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Tapi dek fitnah dan rasa cemburu membuatkan Jelita selalu mencurigai kejujuran suaminya sendiri.
“Lit cinta abang… Lit sayang abang… Terima kasih sudi layan kerenah Lit selama ni. Dari dulu sampai sekarang.” –Jelita
Adakah perkahwinan luar biasa di antara Jelita dan Yusuff akan menemui kebahagiaan seperti pasangan yang lain? Setelah segala diserahkan dengan sepenuh hati, mereka sangat berharap jodoh ini kekal menjadi milik mereka.
 
 
Maklumat dan gambar penuh boleh diperolehi dari laman web rasmi kaki novel sdn bhd :)
Sinopsis:-

Sahabat sejati, BFF. Itulah istilah yang paling sesuai untuk menyatakan hubungan yang terjalin antara Farisha a.k.a Sha dan Fariz Ameerul Shah a.k.a Shah. Sejak kecil mereka bersahabat baik. Sentiasa kelihatan bersama sehinggalah Shah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajarannya ke luar negara meninggalkan Sha yang sekadar mahu menuntut di dalam negara sahaja.

Kepulangan Shah ke tanah air setelah menamatkan pelajarannya dikejutkan dengan satu berita yang selama ini tidak pernah terlintas di benak fikiran dua sahabat ini. Mereka telah ‘dijodohkan’. Perkara yang membuatkan Sha dan Shah ‘blur’ buat seketika. Namun, dalam hal ini Shah yang paling kalut. Walaupun dia menolak perancangan yang tidak masuk akal itu, mummynya tetap mengugutnya untuk menjodohkan dia dengan gadis lain. Sedangkan Sha, mama dan papanya langsung tidak memaksa sekiranya perancangan
mereka mendapat tentangan.

Disebabkan tidak mahu berkahwin dengan gadis yang tidak dikenali dan dianggap tidak sesuai dengan dirinya, Shah membuat perancangan gila! Mengajak Sha bersetuju sahaja dengan perancangan yang telah ditetapkan ibu-bapa mereka sebelumnya. Itu sahaja jalan yang paling selamat. Berkahwin dengan sahabat baik sendiri. Pada mulanya rancangannya itu mendapat tentangan hebat daripada Sha yang menganggap keputusan Shah tidak boleh diterima akal. Namun disebabkan rasa simpati terhadap sahabat baiknya itu, Sha akhirnya bersetuju. Tetapi benarkah hanya wujud perasaan simpati di dalam hati Sha ketika itu? Sanggupkan dia korbankan masa depan sendiri dengan mengahwini lelaki yang dia tidak cintai? Shah pula, waktu itu hanya satu benda sahaja yang bermain dalam kepalanya. Dia tidak mahu hidupnya terikat sekiranya dia berkahwin dengan perempuan yang tidak faham akan kehendak dan perangainya yang suka sangat berkawan dengan kaum Hawa.

Bagaimanakah kehidupan mereka setelah berumah tangga? Adakah mereka hidup sama seperti pasanganpasangan yang sudah berkahwin? Adakah Sha mampu bertahan dengan sikap suami sendiri yang suka sangat timbulkan gosip liar dengan wanita lain di luar? Shah pula tegakah dia menduakan isteri yang merangkap sahabat baiknya sendiri? SHA DAN SHAH kisah PERSAHABATAN dalam PERKAHWINAN…

 

Sinopsis:-



Pahitnya perjalanan hidup Siti bermula sedari umurnya masih hijau lagi. Sejak kecil dia dipinggirkan, tidak punya teman… apatah lagi ahli keluarga. Nenek angkat yang dipanggil wan pula telah pergi menghadap Ilahi sebelum sempat membongkar identiti sebenar ibu dan bapanya. Hanya pesanan wan agar Siti bertanyakan hal tersebut kepada Datin Junainah mampu meleraikan persoalan yang bersarang di benaknya.



Namun, tidak semudah itu Siti mendapat jawapannya. Dia dijadikan hamba abdi di rumah Datin Junainah. Benci benar Datin Junainah kepadanya. Kata-kata cacian, herdikan, penghinaan, maki hamun adalah santapan telinganya sehari-hari. Ditambah pula dengan pembulian demi pembulian yang dilakukan oleh Zurene (anak Datin Junainah) terhadap dirinya. Sabarnya Siti menahan segala penyeksaan tersebut bertunjangkan akidahnya kepada Yang Maha Esa. Siti percaya, dengan kesabaran yang berpanjangan, insya-Allah doanya akan termakbul. Dia akan tahu juga siapa ibu dan bapanya.



Akibat tindakan Siti yang keluar dari biliknya semata-mata mahu melihat pernikahan Zurene, Datin Junainah bertindak mengasarinya sekali gus menghalaunya keluar dari banglo mewah yang memayungi hidupnya selama lebih enam bulan di situ. Mujurlah ada insan-insan yang berhati mulia, menerima kehadirannya yang tidak diketahui asal usulnya itu.



Di rumah baru, Siti dijadikan pengasuh kepada Ben, anak tunggal Akhmal. Budi pekertinya telah mencuri hati Ben dan neneknya, Puan Aishah. Puan Aishah pantas sahaja jatuh sayang kepada Siti. Dia ingin sekali bermenantukan Siti setelah Akhmal lama menduda akibat kematian isterinya. Mujur sahaja Akhmal dan Siti saling jatuh cinta. Mudah kerja Puan Aishah.



Akhmal : “Saya mungkin tak pandai nak susun katakata atau merangkai ayat-ayat berbunga. Jauh sekali nak menyulam bahasa berjiwa-jiwa tapi saya nak Siti tahu… saya sukakan Siti sejak pertama kali melihat Siti. Saya... sayangkan Siti. Dan... sehingga kini sayang itu makin utuh di hati saya. Saya... harap Siti faham maksud saya.”



Siti: “Saya tak tahu nak cakap apa Encik Akhmal, cuma... saya rasa sangat gembira hari ini. Gembira sekali. Terima kasih kerana sudi terima saya yang entah dari mana asal usulnya ini. Terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini. Terima kasih kerana sudi membuatkan saya rasa sangat bahagia hari ini. Terima kasih!”



Dua jiwa saling mengerti bahasa hati masing-masing. Janji diikat. Catatan jodoh yang terpahat di lohmahfuz termeterai penuh adat dan hukum di kanvas hidup keduaduanya namun… bahagia itu bukan mudah digenggam. Dugaan hidup itu lumrah.



Kisah silam yang masih samar terus mengejar. Siapa sebenar dirinya ini? Siti pasrah. Akhmal tahu cinta itu tidak mudah. Onaknya sukar diramal. Siti tidak akan sesekali dipersia. Janji kepada-Nya tidak akan sesekali dipermain. Jawapan pasti ditemui. Dia pasti. Sangat pasti!
Sinopsis:-


Hangatnya Cinta mengisahkan tentang Nur Nilam Qaseh yang mengalami masalah kesempitan wang untuk mengubati penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh ibunya. Kemudian Iskandar Dzulkarnain hadir menghulurkan bantuan kepadanya. Ketika itu Mohd Iskandar juga sedang terdesak untuk mencari calon isteri. Manusia sanggup lakukan apa sahaja jika sudah terdesak.

Nur Nilam tiada pilihan selain menerima Iskandar di dalam hidupnya. Tapi, cinta itu buta. Pesona Nur Nilam mengheret Iskandar ke lembah cinta buat kali kedua selepas jiwanya mati dek kecurangan kekasih hati. Cinta itu hadir dalam sekelip mata biarpun dia tidak pernah menginginkannya. Antara Nur Nilam Qaseh dan Iskandar, kedua-duanya dengan rela hati menerima antara satu sama lain. Saling memberi peluang untuk mengukir cinta yang bahagia.

Saat bahagia mula tercipta, kematian ibunya semakin membuatkan hidup Nur Nilam menderita. Tapi, Iskandar berusaha untuk membahagiakan Nur Nilam sehingga wanita itu kembali pulih. Dalam masa yang sama, kehadiran semula Kamalia bekas kekasih Iskandar membuatkan hatinya patah seribu. Apatah lagi bila mama Iskandar begitu menyukai wanita itu. Di pejabat pula Iskandar sering diburu oleh Julieana yang juga begitu mencintainya. Sampaikan Julieana sanggup merancang untuk menjatuhkan Iskandar. Tapi, dengan kecekapan Nur Nilam semuanya dapat diselamatkan.

Dugaan datang lagi apabila Iskandar yang bersikap cemburu telah salah faham di atas kemesraan yang ditunjukkan oleh Syahrizal kepada Nur Nilam. Bagi Nur Nilam, Syahrizal hanya teman biasa. Namun, berbeza pula dengan pandangan Iskandar. Dia menganggap isterinya telah berlaku curang. Ternyata terlalu banyak kesakitan yang perlu dihadapinya. Sikap Iskandar kadangkala sukar diduga. Hari ini dia bilang cinta. Esok pula cintanya hilang entah ke mana. Hingga satu ketika hati yang terluka pergi jauh menanggung sengsara. Pergi meninggalkan suami yang ego dan kejam. Kejam dalam memaknakan cinta yang sebenar-benarnya.

Monday, October 29

Sneak Peek: Qaseh Nuralia Imani

Buku ini keluaran Ogos 2012 :)


Aku suka cover depan novel Qaseh Nuralia Imani ni. Comel dan sweet saja imej Anak dan Ibu ni.

Pandangan sisi binding novel ni kelihatan agak tebal.

back cover/blurb/sinopsis

cerita ini ditamatkan di muka surat 699

titipan penulis dlm novel

tandatangan penulis.

maklumat penerbitan dan dedikasi istimewa oleh penulis.
untuk paparan penuh, kenala beli novel nya

Biodata penulis. Boleh mengenali penulis dengan lebih dekat. Untuk paparan penuh, dpatkan novel di pasaran :)

selamat membaca!
 
Qaseh Nuralia Imani
Penulis: Arin Arida
Terbitan Kaki Novel
RM23.00
Sabah/Sarawak: RM26.00
699 mukasurat

"Takdir Allah adalah takdir terindah.
Yakin dgn ketentuanNYA dan sabar dgn dugaanNYA
Bahagia pasti menjadi milik kita..."

Kisah Syed Iskandar yg dipaksa berkahwin dengan pilihan keluarga, seorang sukarelawan bernama Nuralia Imani. Rancangan licik bersama kekasihnya membuat Syed Iskandar menerima pilihan keluarga yang berselubung sepanjang masa. Sebelum kawin tak penah tengok muka, lepas kawin pun mukanya tidak kelihatan, hanya sepasang mata yang pernah dilihatnya.
 
Kecurangan kekasihnya Bella membuat Syed Iskandar sedar diri dan mula berlembut dengan isterinya. Siapa sangka Nur yang disangka penuh kekurangan rupa-rupanya seorang graduan dari Jepun yang cantik jelita. Syed Iskandar memberi masa kepada Nur utk menerima dirinya sepenuhnya. Namun kemunculan Akira membuatkan cemburu Syed Iskandar meluap-luap. Rancangan licik Bella dan Roy pula berjaya mempengaruhi Akira utk merampas Nur dari Syed Iskandar. Apa jadi bila amarah menguasai akal? Pandai-pandai la nak pujuk bini yang dah merajuk tu ya Syed Iskandar?
 
Pengakhiran yang tragis diberikan untuk Akira... dan pengakhiran yang paling manis untuk Nur dan Is. Tak sangka Zarul Malfoy menyelit juga di akhir cerita :). memang havoc lah Zarul versi 6 tahun. I wonder mcm manalah Zarul versi 20 tahun kemudian yang terpaksa Qaseh hadapi tu :D.
 
Comellah Akira panggil Nur, Inami-chan.
 
Kisah yang cukup manis untuk dihayati tetapi cerita-cerita intim yang penuh dgn hugs and kisses manyak nyerrrr. Adik-adik, tutup mata ye? atau mak2 sila tutup mata anak2 anda :P
 
sure fine whatever
rinn
 
 
meRinnTis blurb/sinopsis back cover
Syed Iskandar terpaksa akur dgn keputusan kedua org tuanya utk menerima gadis yg digelar sbg MUMIA kerana berbugnkus elok dari hujung kaki ke hujung kepala dgn jubah hitam serta tudung lengkap dgn niqab yg melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani sbg isteri.
"Entah perempuan manalah yg walid dgn umi KUTIP utk dijadikan bini aku ni?!" - Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iarami.
Berhadapan dgn kebencian suami sendiri bukanlah sesuatu yg mudah utk Nuralia. Segala maki hamun Syed Iskandar padanya diterima tanpa kata balasan. Keperitan hidup yg dilaluinya selama ini menjadikan dia seorag yg sabar dan tabah menghadapi setiap dugaan.
"Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Redalah dgn ketentuanNYA kerana setiap yg berlaku pasti ada hikmah." - Nuralia Imani
Takdir Allah tiada yg mampu menjangka. Ego Syed Iskandar akhirnya jatuh menyembah bumi. Kebencian Syed Iskandar hilang dek lembut kasih dan tulusnya hati milik Nurlalia Imani. Namun kisah mereka tidak semudah yg disangkakan. Pelbagai dugaan datang bertimpa di saat mereka mula menyemai rasa cinta. Masih adakah sinar utk Syed Iskandar dan Nuralia Imani mengecap bahagian? Berjayakah misi jahat Roy dan Bella utk membalas dendam pada Syed Iskandar? Relakah Akira mengalah dan berkorban demi cintanya pada Nuralia? Siapakah Qaseh yg muncul sbg penyelamat di saat rumah tangga mereka sedang retak menanti belah?

Friday, October 19

Sneak Peek : Dah Jodoh

sweet kombinasi warna cover ni

nipis lah sikit berbanding novel KN yg lain. antara sebab nak capai dulu dan baca.


butiran penerbitan. di sebelahnya adalah dedikasi penulis... kenalah beli utk baca sepenuhnya.
tinta penulis...

ditamatkan di mukasurat 434

mari berkenalan dengan penulis. Untuk gambaran penuh, dapatkan novel ini di pasaran ;)

back cover dan sinopsis cerita.
 
Sebagai makluman, novel ini adalah dari penulis yang sama utk novel Jodoh atau Cinta
 
selamat membaca!
 
 
Dah Jodoh
Penulis: Iman Nizrina
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM18.00
Sabah/Sarawak RM21
434 muka surat
 
"Jodoh itu pintu bahagia. Kalau kita rela menerima takdir tersebut kita akan menemui kunci bahagia itu"
 
Kisah Nasira dan Nuqman yg telah dicurangi tunang dan bakal tunang masing2. Ketika saling meluah masalah mereka tertangkap dan keluarga Nasiralah yang paling marah. Nuqman dipaksa bertanggungjawab atas maruah Nasira yang sudah tercemar. Nasira yang sudah dibuang keluarga diterima keluarga Nuqman dengan baik sekali. Kehadiran Nasira bagai doa yang dikabulkan. Dah lama mereka mengidam anak perempuan. Dapat pula yang comel dan baik seperti Nasira.
 
Plot kisah kedua oleh penulis ini kelihatan lebih mudah berbanding cerita pertamanya dulu. Rasa mcm semua org dalam universe 'Dah Jodoh' ni risaukan Nasira dan Nuqman yang masih belum 'bersama' walaupun sudah lebih 6 bulan berkahwin. Mcm tak ada perkara yang lebih penting dari itu. Ikut suka diorang suami isterilah nak buat apa, yang lain2 tu rasa mcm terlalu ambil berat kisah sulit orang. Kisah bermood romantis hingga ke akhirnya. Cuma bila diorang start panggil 'B' dan 'Love' tu rasa mcm makin gedik pulak heronya :p Bagi yang ada jiwa jiwang-jiwang tu, mungkin akan enjoy kisah ini.
 
Bagi aku, paling menyentuh hati apabila part abg Nasira berjumpa Nasira setelah dapat menerima kisah sebenar di sebalik kejadian tangkap basah antara Nasira dan Nuqman. Penulis ada sentuhan yang baik untuk mengujudkan mood sedih dalam cerita. Bagi ibu2 yang memantau pembacaan anak2, sbg makluman ada juga scene yg kurang sesuai budak2 baca ya.
 
sure fine whatever
Rinn

meRinnTis blurb/sinopsis back cover
Nasira bakal tunangan Hasni. Nuqman pula bakal suami Zura tetapi Hasni dan Zura curang di belakang mereka. apabila kecurangan itu terbongkar, Nuqman coba menenangkan Nasira yg berhati walang. Tak sampai 2 jam berkenalan, mereka telah ditangkap basah. 3 hari kemudian mereka dinikahkan.
Nasira: Kenapa awak setuju kawin dgn saya?
Nuqman: Dah jodoh I dgn you. Nak buat mcm mana? Terima ajelah.
Mengenali Nasira membuatkan hati Nuqman yang dilukai oleh kecurangan Zura terubat jua. Sejak mengenali Nuqman, Nasira tahu erti keluarga, kebebasan dan kebahagiaan. Tetapi Hasni dan Zura yg tidak dapat menerima takdir jodoh Nasira dgn Nuqman cuba menggugat keharmonian rumah tangga mereka berdua. Bagaimanakah Nasira dan Nuqman mempertahankan jodoh mereka?