Tuesday, April 12

Terbaru daripada Alaf21



Tajuk : Cinta Yang Ku Rasa
Penulis : Tajuk : Anis Ayuni
Harga: RM 25.00
ISBN: 978-983-124-677-1
Halaman: ~640
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011

Sinopsis

SEINGAT Laila Nabila, tidak pernah Mir Shariman menoktahkan hubungan cinta mereka, tetapi anehnya lelaki itu tiba-tiba menyepikan diri. Dia cuba merisik punca kemelut yang melanda, namun segalanya kabur. Laila Nabila tahu Mir Shariman masih bernafas di atas muka bumi, tetapi lelaki itu seperti hilang terus dari galeri hidupnya.

Kali pertama bertemu dengan Laila Nabila, hati Raid bagai ditusuk panah arjuna. Dia terlena dalam keindahan cinta yang diimpi. Rasa kasih yang mendasari hati tidak disembunyi. Dia bagai mabuk kepayang mengejar cinta si bidadari.

Namun bagi Laila Nabila, dia tidak mampu memberi, walaupun sedikit ruang untuk Raid berteduh di bawah sayap kasihnya. Dia ingin terus setia dalam bercinta. Sekeping hati yang teruntuk buat Mir Shariman, biarlah terus menjadi miliknya hingga takdir memisahkan mereka berdua.

Mir Shahriman tidak pinta hidupnya jadi begini, tetapi ALLAH memilih dirinya untuk diuji. Dia tidak dapat meneka sama ada Laila Nabila ikhlas atau menerimanya atas dasar simpati. Lalu, dia pasrah membiarkan hubungan mereka bergerak mengikut takdir ILAHI.


Tajuk : Merdu Lirik Kasih
Penulis : Durrah Fatiha
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-678-8
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

Pertemuan dengan seorang gadis yang langsung tidak tertarik kepadanya mencalarkan ego Azad. Bila kesempatan datang, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan gadis itu.

Dalam bertikam lidah dan balas-membalas usikan, satu perasaan asing mula hadir di hati si jejaka. Sorfina juga seperti membalas rasa tersebut
walaupun gadis itu sebenarnya terikat dengan Talhah yang baik dan penyayang.

Azad teruja kala takdir memihak kepadanya. Namun, hidup tidak selalunya bahagia. Dalam meniti saat indah bersama Sorfina, Azad terjebak dalam kancah fitnah yang menghancurkan segalanya. Dia kehilangan kedudukan dan reputasi.

Sudikah Sorfina bertahan di sisinya sedangkan kehadiran Talhah mendapat restu keluarga gadis itu?

Apakah kesinambungan novel Rindu di Kalbu ini akan mengakhiri kembara Azad mencari cinta?

Tajuk : Sayangku Merajuk
Penulis : Ayu Emelda
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-648-1
Halaman: ~512
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

BULAN MADU Aireen hanya bertahan seketika apabila ijab dan kabul seakan-akan termeterai tiga bulan. Akhirnya, lima tahun dia ditinggalkan dalam gerhana. Wanita mana tak meradang... hati mana yang tak sengsara?

Pertemuan semula terjadi tanpa diduga. Shahir kembali demi memburu sekeping hati sedingin iceberg! Sayangnya, pujukan itu hanya dipandang sepi. Langsung tiada erti!

Dendam Aireen bukan satu mainan. Dia tegar mengalihkan cinta pada lelaki lain. Biar Shahir merana... biar padan dengan muka dia!

Bagi Shahir pula, cintanya terhadap Aireen adalah yang pertama dan terakhir. Walaupun rajuk isterinya panjang berjela, dia tidak mungkin sesekali mengalah!

Mungkinkah kesabaran sebagai seorang suami akan kecundang jua akhirnya?

Tajuk : Aku Yang Menanti
Penulis : Haiza Najwa
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-675-7
Halaman: ~528
Tarikh Terbit: 25 Apr 2011
Sinopsis

Demi membalas dendam pada suami, Zaidura sanggup menukar nama menjadi Zeidra. Juga mengubah imej agar misi kesumatnya terhadap Adiwira berjaya dilunaskan.

Hati siapa yang tidak hancur luluh? Suami sendiri sanggup menjeratnya hingga ditangkap bersama bungkusan dadah di dalam bagasi ketika di Lapangan Terbang Dublin. Sudahnya, tiga tahun dia menjadi penghuni penjara di negara asing itu. Mujur Robin ada di sisi. Sering lelaki itu melawatnya dan berusaha agar dia dibebaskan. Sedangkan Adiwira ghaib tanpa khabar berita.

Zeidra kembali ke Kuala Lumpur dengan tekad. Adiwira harus disumbat ke tempat yang memenjarakannya selama ini. Sebaliknya, Adiwira yang tidak mengenali Zeidra mengatakan bahawa hidupnya menderita ditinggalkan isteri. Lara jiwanya kerana merindui Zaidura setiap detik. Zeidra kaget. Di mata suaminya itu dia nampak bergumpal seksaan yang ditanggung Adiwira. Dan ada sinar kejujuran. Jadi, apa yang berlaku sebenarnya?

Tajuk: Menanti Fajar Sidik
Penulis : RAIHAN ZAFFYA
Harga: RM 21.00
ISBN: 978-983-124-670-2
Halaman: ~576
Tarikh Terbit: 25 Mac 2011
Sinopsis

MIA SAKINAH - Mahu seteguh Rabiatul Adawiyah. Ingin juga setegar Sumayyah. Semangat kental tersembunyi di sebalik tubuhnya yang kecil. Hidupnya penuh ranjau dan duka. Ketentuan TUHAN memang tidak pernah terduga. Kehidupan biarpun pahit masih perlu diteruskan.

DANNY – Dia tercari-cari jalan pulang. Dosa-dosa lalu menghantuinya. Pada ILAHI dia mohon keampunan. Dia memulakan kembara menjejak sekeping hati yang telah dilukai. Niatnya hanya satu, kemaafan. Dia ingin mengembalikan harga diri yang telah tercalar.

Dapatkah niat Mia Sakinah dan Danny bersatu? MENANTI FAJAR SIDIK jawapan kepada segala-galanya…



Tajuk : Dia Tidak Berdosa
Penulis : Puteri Andalas

Sinopsis

Kemelut hidup Nur Khalidah, wanita mualaf yang terpaksa memilih antara dua. Dia nekad memilih agama Islam kerana itulah pegangan yang dia percaya. Namun, keluarga yang ditinggalkan sentiasa mengungkit kisah lama; dia anak angkat yang tidak mengenang budi. Tapi jauh di sudut hati, mereka tetap dirinduinya. Sayang sekali... hidup Nur Khalidah tidak tenang. Bayang-bayang noda itu sering menghantuinya siang dan malam. Siapakah yang sakit melihat kebahagiannya?

No comments: