Tajuk : Langsir Biji Remia
Penulis : Noor Suraya
ISBN: 978-967-0201-13-9
Harga: RM17 (Sem. Malaysia)/
RM19 (Sabah/Sarawak)
Duha, pandanglah mataku yang berbisik... Kalau hati ini memang sebatang pena, tintanya tentulah daripada pelangi tujuh warna
lalu kenapa tidak saja dikirimkan sepucuk surat cinta pada dia?
Duha Hafa anak tunggal Dr. Hud Othman dan Puan Taslima. Dia cantik dengan mata bundar sayu seperti mata unta di padang pasir. Umair terpikat sejak dia masih kecil lagi.
Sepuluh tahun berlalu dan mereka bertemu semula. Kini Duha Hafa sudah memakai purdah hitam, dan dia bukan lagi gadis periang dan ramah. Kenapa dia berubah? Apa yang tersembunyi di sebalik purdah hitam itu?
Langsir Biji Remia mengajar kita bersyukur dengan nikmat daripada Dia.
* * * *
Kelebihan karya NOOR SURAYA terletak pada bahasanya yang lembut berserta ceritanya yang memikat. Pemegang ijazah Sarjana Linguistik daripada Universiti Malaya ini menulis dengan hatinya. Disiplin menulisnya diterap sejak menjadi pelajar Komunikasi di Universiti Sains Malaysia lagi. Munsyi Dewan ini pernah memenangi beberapa hadiah penulisan antaranya Hadiah Utama Sayembara Cerpen Esso-Gapena IX (1992) dan Hadiah Penghargaan Menulis Cerita Kanak-kanak Mobil-DBP (1998).
Tajuk : Blues Retro
Penulis :Imaen
ISBN: 978-967-0201-14-6
Harga: RM17 (Sem. Malaysia)/
RM19 (Sabah/Sarawak)
... empat semester yang indah...
Nasi lemak buah bidara,
Sayang selasih hamba lurutkan;
Buang emak buang saudara,
Kerana kasih hamba turutkan.
“Ghazi, kita kahwin lari!” kata Nik Farhana.
Hampir tersembur jus tembikai daripada mulut Ghazi.
“Apa dia?”
“Kita kahwin lari.” Suara Nik Farhana berbunyi serius.
“Hana jangan main-main!”
“Saya serius ni!”
Berjayakah Ghazi, siswa antropologi dan Nik Farhana, siswi perubatan di Universiti Lembah Pantai kahwin lari ke sempadan Siam?
* * * *
IMAEN memang diakui pembacanya sebagai penulis yang punya bahasa yang mantap lagi tajam. Kini lulusan Sarjana Muda Ekonomi daripada Universiti Malaya beralih arah, bertekad mahu memperkenalkan semula sastera remaja yang indah dan berisi pada generasi MTV dan Facebook.
Tajuk : Alahai Jijah
Penulis : Dihsar Ludba Haqifa
ISBN: 978-967-0201-09-2
Harga: RM17 (Sem. Malaysia)/
RM19 (Sabah/Sarawak)
Abang Abu, bagi cendol dua!
“Tengah buat apa tu? Dah siap kemas rumah belum? Tak nampak macam istana pun rumah kita ni.”
“Istana apanya makcik? Kalau rumah dah diperbuat daripada kayu, kayu juga. Tak ada maknanya boleh jadi istana. Ini kira okey apa.”
“Yalah. Yalah. Dah, dah. Kau pergi masuk dapur. Sekejap lagi orang kaya tu nak datang. Nanti kalau mereka nampak muka kau, terus tak jadi nak masuk rumah kita. Maklumlah, orang hodoh memang tempatnya di dapur.”
“Amboi! Sedapnya menghina.”
“Apa kau cakap?”
Apakah benar kesudahan hidup seorang budak sepuluh tahun ini akan sentiasa didera oleh ibu dan kakak tirinya? Mungkinkah ada seseorang yang akan muncul dan mengoyak muka surat terakhir itu dan menulisnya semula supaya kesudahannya akan berakhir dengan kegembiraan?
Jangan harap.
Terlalu klise.
* * * *
DIHSAR LUDBA HAQIFA graduan universiti tempatan ini hanya gemar membaca hanya novel-novel Inggeris. Keputusan bahasa Melayunya pun atas pagar sahaja. Namun dia berjaya menyudahkan sebuah novel dalam bahasa ibundanya sendiri dengan jaya dan bergayanya; ‘mustahil’ adalah perkataan hanya untuk ‘orang yang kalah’.
Tajuk : Maaf, Saya Bukan Bibik!
Penulis : Nashmin
ISBN: 978-967-0201-10-8
Harga: RM17 (Sem. Malaysia)/
RM19 (Sabah/Sarawak)
bencinya pada mat ni...
Bahasa Melayu SPM tu ‘kacang’ baginya. Lalu dia luangkan masa baca majalah hiburan saja. Hasil: Bahasa Melayu – 9G. Dia nekad mahu ambil semula SPM, tapi dia kesian pada ibu yang sudah jadi balu. Mereka sekeluarga bukan orang berada, tinggal pun di rumah pangsa DBKL saja.
Dia perlu cari duit sendiri!
Peluang terbuka luas apabila ada kerja kosong jadi orang gaji di Selama, Perak. Tapi mampukah dia gadis Kuala Lumpur hidup jauh di pendalaman? Lebih-lebih lagi, anak lelaki majikan yang sudah bertunang itu sangat benci padanya.
Bibikkkk!!! siang ikan bersih-bersih ya!!!
Kerenah Zaki yang memang seperti mahu menghalaunya itu buat Suhana jadi geram bercampur sedih. Perlu terus bertahan? Atau dia mengaku kalah sahaja dan katakan pada Zaki: Maaf, Saya Bukan Bibik!
* * * *
Ini memang novel pertama NASHMIN. Namun karyanya sudah memperlihatkan kematangan; dia menulis daripada hati yang jujur lagi polos. Pemilik ijazah Sarjana Muda Pengajian Melayu ini garap bahasa Melayunya dengan baik sekali, menarik dan bersahaja. Prinsipnya, ‘segala usaha dan kerja yang dilakukan kerana Allah maka akan dinilai sebagai ibadah’.
Tajuk : Quartet
Penulis : Saidatul Saffa
ISBN: 978-967-5118-60-9
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Pesanan online mulai 15 April 2011
Buah tangan SAIDATUL SAFFAA kali ini dengan lembut mahu membawa anda mencari cinta yang hakiki. Mencintai diri untuk mencintai Allah.
Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah
sayangnya dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh;
dan salju pula jadi cair dipanah mentari
lalu berguguran dihembus bayu luruh.
Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji,
takkan bercahaya pelangi sebelum hujan,
takkan bersinar indah bintang-bintang
tanpa gelap malam.
Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak
mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya
suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun
jarinya terluka.
Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?
Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri.Dia harus mencintai Allah.
Tajuk :Contengan Jalanan
Penulis : Hlovate
Dua contengan dalam satu coretan ~
Contengan pengalaman perjalanan cari TuhanISBN: 978-967-5118-53-1
Harga: RM21.00 (Sem. M'sia)
RM24.00 (Sabah/Sarawak)
I – Fend
Namanya Affendy. ‘Fend’; jika dipendekkan untuk panggilan. Umur – baru hampir masuk usia mengundi. Bergelar pelajar fotografi yang dunianya hanya berpaksikan lensa dan warna. Dan muzik! Dia gitaris merangkap vokalis Creepy Hues. Definisi hidupnya mudah. Selagi ada warna dan irama, itu namanya bahagia. Hinggalah dia bertemu dengan Amalia. Sepotong ayat daripada gadis itu membuatkan erti hidup yang difahaminya selama ini hilang makna.
Kisah ini adalah contengan pengalaman Fend sepanjang dia cuba menyusun semula kamus hidup.
Contengan kisah perjalanannya di celah-celah sesak kota Kuala Lumpur. Contengan kisah perjalanannya dari Kuala Lumpur ke Kuala Perlis. Contengan kisah perjalanannya melangkah benua dari Malaysia ke Australia. Kerana mahu mencari erti. Kerana mahu mencari ‘Affendy’.
Contengan pengalaman Fend yang mahu mencari erti, mencari ‘Affendy’.
II – K²
Namanya Ku Kamaruzzaman. Dipendekkan menjadi K² untuk teman-teman. Dia teman Fend. Pelajar Creative Studies. Drummer untuk Creepy Hues. Paksi hidupnya hanya satu: seni. Perkara lain boleh ditolak tepi. Hidup itu mudah, tidak perlu mencari susah.
Namun erti itu mula berubah arah selepas kematian seorang teman. Tambah dikusutkan dengan perubahan Fend yang seolah-olah tersampuk badi krisis pertengahan usia. Kembaranya ke Australia untuk menemani Fend dirasakan hanya sebuah percutian. Kembaranya ke Tanah Seberang di negara jiran yang membuka pintu hati dan mata untuk melihat dunia dari sudut berbeza.
Kembara seorang K² melihat dunia dari sudut berbeza.
Tajuk : Mencari-Suami@JS.com
Penulis : Normaslina Masri
ISBN: 978-967-5118-58-6
Harga: RM22.00 (Sem. M'sia)/RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Bijak sungguh NORMASLINA MASRI membawa anda ke sana ke sini dalam Mencari-Suami@JS.Com.
Genius sungguh ideanya, anda ingin mencuba caranya? Dipersilakan!
Nama aku unik: Sofea Saloma. Macam primadona. Hidup aku? Tak glamor mana pun. Kerja aku mula jam 9, habisnya jam 9 juga; 12 jam sehari, 5 hari seminggu.Hari datang dan hari pergi.
Sampai aku tak ingat yang umur aku kena tambah SATU setiap kali Januari tiba.
Sehinggalah satu hari emak beri aku kata DUA.
Waktu itu, baru sedar umur aku depannya dah ada angka TIGA
Masa itu aku baru sedar aku ada masalah besar: fasal L-E-L-A-K-I
Sebabnya?
Aku tiada teman lelaki yang biasa-biasa mahupun yang luar biasa!!!
Setelah aku (+ - x ÷) = inilah keputusan yang aku ambil:
Tarikh Iklan: Jumaat, Sabtu & Ahad
Saiz: 2Rx10cm
Edisi (keluaran): Edisi Utara, Tengah, Selatan, Sabah & Sarawak.
Wanita Melayu, beragama Islam, berperwatakan sederhana, 33 tahun, berpelajaran, ingin
mencari calon suami yang mempunyai kriteria seperti;
(a) bekerja tetap
(b) berumur sekurang-kurangnya 33tahun ke atas
(c) bujang/duda sahaja
(d) beragama Islam
Sesiapa yang berminat sila e-mel maklumat peribadi kepada mencarisuami@yahoo.com sebelum 15 Oktober 2010.
Perjalanan hidup yang tidak pernah aku jangka pun bermula...
Tajuk : Baju Melayu Hijau Serindit
Penulis : Syud
ISBN: 978-967-5118-59-3
Harga: RM19.00 (Sem. M'sia)
RM22.00 (Sabah/Sarawak)
SYUD selalu menulis dalam bahasa segar dengan gaya yang memikat. Ceritanya tentang jodoh, sentiasa manis. Baju Melayu Hijau Serindit sekali lagi membuktikan kalau jodoh tidak ke mana!
Dia ibarat seperti orang yang sedang berjalan di lantai dapur selepas ada pinggan pecah... harus berhati-hati dia, kerana kaca yang tidak nampak dek mata itu boleh melukakan kakinya.
~ I ~
Hidup seorang Wardah senang sahaja. Dia bersyukur kerana dia tidak pernah menghadapi situasi yang sukar (setakat inilah).Hidupnya menjadi drama apabila mama mula campur tangan. Dia tidak mahu jadi anak tak
dengar kata. Jadi harus bagaimana dia, untuk menghalang rancangan ‘mencari jodoh’ mama itu?
“Mama, janganlah libatkan Ilham. Biarlah lelaki tu nak pilih suka siapa pun.”
~ II ~
Dia bukanlah lelaki yang mudah jatuh cinta; namun tak ramai yang percaya akan hal itu. Dulu, hatinya juga pernah ‘hilang’ daripada dirinya. Sekali. Tak ramai yang tahu tentang itu!
“Apa yang I dapat kalau I tolong you?”
“You dapat jadi boyfriend I.”
Tapi apabila dia betul-betul jatuh hati pada seseorang, orang itu pun tak nak percaya. Sedihlah
No comments:
Post a Comment