Tuesday, April 12

April daripada Buku Prima

Tajuk : BISIK-BISIK GELORA
Penulis : FAUZIAH ASHARI
Harga : RM 25.90
ISBN: 976-967-0184-48-7
Halaman : ~608 hlm

Banin Arumi atau Umi adalah gadis nakal dan lincah. Bapanya, Tuan Akalil menghantar dia ke kampung agar anaknya itu akan berubah tingkah laku kerana kampung mentuanya jauh daripada kota. Di kampung, Arumi telah bertemu dengan Jad Izzuddin, seorang pemuda yang alim di hadapan keluarga namun amat nakal di belakang mereka. Suatu hari tanpa diduga, Arumi dan Jad telah bertemu. Pertemuan itu telah menyatukan mereka ke alam perkahwinan.

Namun di hari pernikahan mereka, Arumi mendapat berita yang kedua-dua ibu bapanya menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya. Arumi mula benci pada Jad yang dianggapnya punca semua malapetaka ini berlaku.

Takdir ALLAH, pada hari yang sama, suami yang baru dinikahi ditangkap oleh pihak berkuasa dan disumbat ke dalam penjara. Apakah yang terjadi pada Arumi? Bagaimana pula dengan Jad?


Tajuk : SEPTEMBER YANG PERTAMA
Penulis : ANTASYA BALQIS
Harga : RM 22.90
ISBN: 978-967-0184-57-9
Halaman : ~592 hlm

Gangguan cinta terlarang telah membuatkan Mithali hilang rasa percaya kepada cinta dan lelaki! Baginya cinta itu jijik, memualkan dan hanyalah nafsu semata-mata. Lelaki pula padanya adalah objek yang harus dijauhi dan dibenci, bukan disayangi.

Namun tiada siapa yang menduga September yang pertama telah merubah seluruh hidupnya. Dia telah bertemu dengan seseorang yang mengajarnya bahawa tiada sesiapa pun dapat menghalang hukum alam apabila dirinya dipilih untuk jatuh cinta tetapi perjalanan untuk bersatu itu bukan mudah.

Takdir telah menghalang mereka untuk bersatu. Bagaikan tiada jalan untuk bersatu, mereka pasrah. Tetapi mereka juga tahu, takdir tidak sekejam itu. Seperti Adam dan Hawa yang telah dipisahkan, mereka juga akhirnya telah ditemukan.



Tajuk : KERANA TERPAKSA
Penulis : ILHAM KALSOM
Harga L RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-38-8
Halaman : ~544 hlm

Suria Mohd Hashim seorang anak yang nakal tetapi cerdas akal. Jodoh yang hakiki menemukan Suria dengan Tengku Haizal. Akibat konflik cinta, Suria menjadi pelarian cinta yang tegar. Merentas benua mencari ilmu dan lari dari cinta. Dia bertekad untuk tidak bercinta lagi. Apa yang sering dipersoalkan, adakah dia lari dari cinta atau lari dari bayang-bayang sendiri?



Tajuk : Valentina Nervosa
Penulis : NURUL SYAHIDA
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-37-1
Halaman: ~524 hlm

Mariyyah tidak meminta banyak. Dia cuma mahu meluaskan perniagaannya dan mengahwini teman lelakinya Din yang telah bersama dengannya selama tujuh tahun. Namun apabila Din meminta mereka berpisah pada Hari Valentine, Mariyyah menyedari banyak yang perlu dia mulakan kembali. Sendirian menghadapi fobianya dengan Hari Memperingati Kekasih, dia harus menyelesaikan masalah temannya Faizah yang putus hati, Abang Aziz yang putus tunang dan Amer yang putus harapan. Menambahkan pening kepalanya, dia juga berdepan dengan pengkhianatan kawan baiknya Soraya dan pekerjanya Razif yang sukar difahami apatah lagi dikawal. Dengan semua kegilaan dalam hidupnya, dia tidak pasti sama ada dia putus cinta, jatuh cinta lagi atau hanya mahu bersendiri?

Tajuk: Untukmu Yuna
Penulis : Shahriah Abdullah
Harga : RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-43-2
Halaman :~460 hlm

Juliana dan Jannah dibela oleh Encik Bashir dan Puan Kamsah yang tidak mempunyai anak. Setelah kematian Puan Kasmah, kehidupan Encik Bashir dan kedua-dua anak angkatnya kian terhimpit. Encik Bashir terpaksa menyerahkan Juliana dan Jannah di bawah jagaan Mak Ngah Munah.


Semenjak itu, kehidupan Juliana dan Jannah umpama neraka. Mereka kerap didera oleh Mak Ngah Munah. Hasmudi, pelajar yang baru berpindah ke kampung itu telah menaruh hati dengan Juliana. Hubungan mereka terputus begitu sahaja setelah Mak Ngah Munah mendera Juliana dengan hebatnya.

Setelah kematian Mak Ngah Munah dan Jannah, Encik Bashir telah menjodohkan Juliana dengan seorang duda bernama Dato’ Darwish. Semenjak itu, jiwa Juliana sepi, kosong walaupun harta menggunung di depan mata. Hasmudi hadir semula di dalam hidup Juliana. Menagih cinta yang terputus di tengah jalan. Konflik apakah yang berlaku seterusnya?


No comments: