Monday, July 26

Baru di Pasaran :)


Sinopsis:
Sesuci Cinta, merupakan novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran lelaki yang bernama Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?


Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleeya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengar suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?


Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?


Kompilasi ini wajib dimiliki anda yang gemar membaca novel romantis. Anda boleh mendapatkan kompilasi ini eksklusif di semua cawangan kedai buku Popular tidak lama lagi pada harga yang cukup istimewa. Turut disertakan ialah penanda buku istimewa dalam setiap kompilasi eksklusif ini.



---------


Berbisiklah Rindu
Suhaniza Sulaiman
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-67-9
480 mukasurat

Tarikh Terbit: 27 Jul 2010

Kerana dendam lampau yang tidak berkesudahan, ramai yang telah merana dan menjadi korban. Kerana dendam itu juga, maka terciptalah pertemuan antara Iswan, Misha, Haikal dan Marsha. Pertemuan yang tidak dirancang membuka lembaran baru dalam hidup Iswan yang masih lagi terluka serta kecewa ditinggalkan si kekasih sewaktu ikatan pertunangan ingin disatukan menjadi ikatan suci suami isteri yang berkekalan abadi. Ia juga memberi sinar cinta dalam hidup Misha yang kini sudah mula mengenal erti rindu dan kasih sayang yang membuai hati dan perasaan. Malah menjanjikan seribu satu kebahagiaan buat Haikal dan Marsha yang masih lagi dibelenggu kisah silam yang pahit dan sukar untuk dilupakan. Musibah yang datang akibat peristiwa lampau yang masih lagi memburu hidup mereka begitu menguji sedalam mana kasih sayang di antara empat insan bercinta ini. Namun kerana bisikan rindu yang kuat menggamit jiwa dan kasih sayang yang sentiasa utuh di hati, mereka mampu mengukuhkan ikatan percintaan yang murni sehingga berjaya mencipta kebahagiaan buat selamanya.

-------

Jika Bukan Kerana Bintang
DHIEYA ADLYNNA
RM 22.90
ISBN: 978-967-5489-68-6
592 mukasurat

Tarikh Terbit: 2 Ogo 2010


Alya Maisara dibesarkan oleh datuk dan neneknya tanpa mengenali kedua orang tuanya. Mereka merahsiakannya kerana tidak sanggup melihat cucu mereka menderita jika mengetahui kisah silam hidup mereka. Hisyam, menantunya dipenjarakan atas tuduhan membunuh manakala anaknya, Zubaidah pula lari meninggalkan Maisara yang masih kecil kerana mengikut lelaki lain. Maisara dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Tapi anak kecil itu tidak pernah mengeluh akan kemiskinan yang mereka alami sebaliknya sebagai dorongan untuk dia rajin belajar dan akan mengubah nasib mereka kelak.


Dhamiri Isyfal tidak percaya pada cinta. Malah kehidupannya juga banyak diaturkan oleh neneknya, Datuk Hasnie yang merupakan pemilik Wadah Sejati Holding. Malah hubungan dengan mamanya, Zubaidah juga dingin dan tidak seperti hubungan antara mama dan adik bongsunya Haniff yang sangat akrab. Takdir telah menemukan Maisara dan Dhamiri di salah satu pusat boling di Kuala Lumpur. Tanpa mereka sedari yang mereka memang benar-benar mula mencintai antara satu sama lain. Kemunculan Yusnie merupakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Datuk Hasnie membuatkan hubungan Dhamiri dan Maisara semakin retak. Kisah cinta mereka semakin tergugat apabila Datuk Hasnie menghalang cinta mereka hingga sanggup memfitnah Maisara kononnya mengandungkan anak Haniff, adik Dhamiri sendiri. Sanggupkah Maisara meneruskan cinta sejatinya bersama Dhamiri?

--------


Antara Benci dan Rindu
Penulis: Ida Farisya
RM19.00
Sbh /Sarawak RM22.00
Penerbit Kaki Novel Enterprise
Harga Semenanjung: RM19 Ahli KN: RM15
Harga Sabah/Sarawak: RM22 Ahli KN: RM18


Kenangan lama yang masih segar tercalit dalam ingatannya membuatkan dia menolak kehadiran Yusrizal, seorang lelaki yang dirasakan pemabuk, kaki perempuan dan juga panas baran.
Namun siapa dapat menghalang kuasa Allah?
Jodoh mereka terlalu kuat sehingga menyebabkan Nur Halifah terpaksa menerima kehadiran lelaki itu.
Dalam masa yang sama kekasih lamanya, iaitu Daniel datang menagih kembali cintanya.
Tapi tidak mungkin dia akan menerima lelaki itu kembali kerana Daniel sudah bertunang.
Dia tidak mungkin akan melukakan hati wanita lain kerana dia juga seorang wanita.
Dia sudah merasakan kesakitan, dan tidak mungkin dia akan membiarkan kesakitan itu dirasai oleh wanita lain.
Dalam usahanya mengelak untuk jatuh cinta dengan Yusrizal, semakin banyak sifat positif yang terserlah pada lelaki itu.
Di saat harapan mula menyinar, Nur Halifah dikejutkan dengan kehadiran Anne, bekas isteri Yusrizal.
Apakah Nur Halifah bisa menerima hakikat di hadapan matanya? Atau menolak semua itu tanpa mengendahkan isi hatinya? Antara Benci dan Rindu ada jawapannya.
---------



Coke and Sundae
Penulis: Ilya Abdullah
Penerbit Kaki Novel Enterprise
RM18.00
SAbah/Sarawak: RM21.00
Harga Semenanjung: RM18 Ahli KN: RM14
Harga Sabah/Sarawak RM21 Ahli KN: RM17


Boleh ke Coke dan sundae bercampur? Apa rasanya ye? Sedap ke? Boleh telan ke? Itulah yang terjadi apabila Azyan bertemu dengan Syakir.
Mereka berdua tak ubah seperti anjing dan kucing. Pantang bersua, pasti mereka akan berperang mulut. Cuma tak angkat senapang aje.
Azyan mendambakan seorang kekasih yang lebih gagah daripada pujaan hatinya, The Rock. Sementelah dia merupakan juara tae kwan do peringkat sekolah dan daerah. Tambahan pula, dengan didikan ala-ala tentera daripada ayahnya, Mejar Idris, Azyan merupakan seorang gadis yang tough dan maskulin. Tentulah dia mahukan seorang pria yang gagah perkasa, laksana pahlawan zaman dahulukala. Azyan dalam diam-diam menaruh hati terhadap Haziq, sepupu musuhnya, Syakir. Dia pernah melayangkan surat cinta buat Haziq tetapi tersalah ‘landing’ kepada Syakir pula. Dan itulah modal utama yang Syakir gunakan untuk memaksa Azyan menyertai kelab teaternya.
Syakir telah lama jatuh hati pada Azyan. Malangnya dia bukanlah mat jiwang karat. Dia sendiri geli untuk mengucapkan perkataan ‘I love you’ mahupun ‘sayang’ kepada Azyan. Satu sahaja caranya menarik perhatian Azyan: melalui kata-katanya yang pedas lagi berbisa.
Yang Azyan pula, slow nauzubillah! Dah banyak kali Syakir bagi hint, dia langsung tak perasan. Sedangkan semua orang tahu yang Syakir ada hati pada Azyan.
Bila agaknya Azyan yang gemarkan air Coke boleh ngam dengan Syakir yang sukakan aiskrim sundae?
Sebuah kisah cinta kelakar yang rugi jika tidak dimiliki!

No comments: