Tuesday, November 25

Pelangi Di Ufuk Timur , Ingin Ku Tatap Wajahmu -Terbaru Dari Creative Enterprise



Tajuk : Pelangi di Ufuk Timur
Penulis : Mohamad Azmel Lasang
Penerbit : CESB
Harga : RM25.90

-------------------------------------------------------------------
Kekuatan hati ini entah di mana letaknya. Entah dibawa angin lalu… entah lenyap ditelan waktu… entah hilang membisu di balik awam. Tika ini, seluruh ruang kehidupan bagai hilang arah… sesat tujuan… salah haluan. Payah kiranya mencari kesempurnaan. Apatah lagi tatkala kekasih hati tiba-tiba menjauhkan diri. Saat dihimpit pilu… lalu apa lagi yang tinggal selain daripada keluhan dan kedukaan.

Namun Kamal sedar, keluhan dan kedukaan tidak mampu mengubah apa-apa. Keluarga memerlukan semangatnya bagi mengubah nasib mereka, mengangkat kepada satu kehidupan yang lebih berharga. Bukankah kerana kemiskinan mereka dipandang hina… menjadi bahan umpatan dan kejian manusia-manusia yang tidak berperasaan. Lalu di perosok mana harus dilontarkan semua derita ini?Namun Kamal percaya… rezeki ini milik Tuhan. Hak-Nya untuk menentukan jatuh bangun sebuah kehidupan. Lalu dia terima dan bersyukur jika inilah rezeki dan kehidupannya.

* * * * * * *



Tajuk :Ingin Kutatap Wajahmu
Penulis : Nora Miza
Penerbit : CESB
Harga : RM23.00

------------------------------------------------------------------
Tidak pernah sesekali aku lupakan ‘kenangan’ itu. Tidak pernah walau sekalipun aku mampu lupakannya. Ya… kenangan kejam yang telah merobek seluruh kehidupan, memusnahkan impian dan harapan yang pernah kita impikan bersama. Impian dan harapan yang akhirnya engkau musnahkan bersama nafsumu yang kejam.

Lalu Adiba itu menjadi buktinya… milikmu yang lahir tanpa izinku. Namun naluri keibuan tidak pernah sesekali mengizinkan aku untuk membencinya. Dia tidak berdosa. Dia lahir daripada kerakusan manusia durjana. Satu anugerah Tuhan yang akan aku sayangi dan miliki walau hanya dari jauh.

Hari ini… ibu kembali padamu Adiba. Kembali bersama derita yang bertahun telah ibu sembunyikan. Kembali bersama kasih sayang yang sekian lama ibu pendam. Keranamu Adiba… ibu ingin kau tahu… bahawa tidak pernah walau sekalipun ibu melupamu. Jarak beribu batu hanya sekadar pemisah. Sedang hati ibu hanya ada namamu sayangku…

2 comments:

kaypo said...

Cite Ingin Ku Tatap Wajahmu dah selamat THE END. Lain pada yang lain. Yang pasti ianya x menepati iso kicap disebabkan cite ni bukan kisah lovey dovey gitu. Cite berkisar kehidupan seorang anak luar nikah & seorang ibu yg menghidapi Hiv dizaman 80an. Menarik dan membuka minda aku.
Syabas penulis Nora Miza. Rasanya cam nama baru kan. Ni pertama kali aku bace karya dia.

kucc_aprilsnow said...

kay, baca sinopsis dah leh agak xlepas piawaian ISO:GK...tapi sesiapa yang inginkan sesuatu kelainan tema cerita maka ia satu pilihan yang baik...