Wednesday, November 5

Nama Aku N

Penulis : AINA EMIR
Penerbit : KARNADYA SOLUTION
Harga : -

Sinopsis:
Nama betulnya Amanina, namun dia lebih senang dipanggil N sahaja. Huruf N selepas M sebelum O dalam alfabet.

N terpaksa mengharungi keperitan hidup di dunia urban lagi kosmopolitan. Dia mencari keseronokan dalam dunia imaginasinya. Dalam dunia itulah, dia menjadi Cinderella. Kedamaian jiwa dirasai ketika terus melepak di stesen-stesen tren, tak kira komuter atau LRT.

N tak pernah menarik perhatian sesiapa jua, kecuali Eric, remaja kacukan berketurunan Cina campur India. Eric yang tampan itu, berwajah mirip jejaka Melayu.
Dalam mencari sesuatu yang indah, perasaan remajanya mula goyah apabila berkenalan pula dengan Zafran yang digelarnya Abang Z.

Sangkanya juga dia sudah pun berjumpa dengan Prince Charming. Tetapi… sesuatu telah berlaku.
N cekalkan semangat dan terus berjuang untuk mencapai cita-citanya. Eric pula, yang kini sudah menjadi rakan baiknya, tak mahu terima N sekadar ‘teman tapi mesra’.

6 comments:

nacha said...

"Nama Aku N"??? ye.. mmg nama aku N.. hahaha... Abang Z??? wah! nama hubby gue pun Z. ishhh... nak kena beli ni.

silencez said...

nacha pheewit! ekekeke

sama la kita. nama pun n gak :p

Rinn said...

eh.. nama kiter pun ada urup N jugak tapi ujung2.. hehe.

kaypo said...

wah namaku pun sama...ada n. Mmg kena beli wajib.

dS said...

DS dah abis baca novel ni. Best tau lbh2 lagi sbb nama btul DS pun mula dgn huruf N. Hehe!

atikah ikah said...

saya pun n jugak(: wow. bestnyer cerita nie