Friday, December 28

Sneak Peek: Kontrak Janji Setia Antara Kita

Novel dari penulis Aii Fariza bertajuk Kontrak Janji Setia Antara Kita terbitan kaki novel. TADAAAAAAAAAAA...
ni upacara membuka plastik buku :)

untuk membaca karya online aii fariza

ni lah full covernya.

meRinnTis blurb/sinopsis
harga semenanjung RM27
harga sabah/sarawak RM30

boleh tahan ketebalannya

catatan dari penulis :) untuk dapatkan catatan penulis, korang jangan lupa order awal dengan KN. 300 pembeli online yang pertama akan mendapat tandatangan penulis :)

butiran penerbitan. disebelah kanan tu adalah dedikasi penulis. utk mendapatkan butiran penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran.

kisah ini ditamatkan di muka surat 771

Penanda buku dan biodata penulis. Untuk paparan wajah penulis dan biodatanya, boleh lah tengok terus dalam novel ni ya.
 
Tajuk: Kontrak Janji Setia Antara Kita
Penulis: Aii Fariza
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
771 mukasurat
RM27
sabah / sarawak RM30.00
Durasi pembacaan: 2 hari sahaja.
 
 
Kisah Rafiq yang bercerai setelah isterinya curang. Dia membenci wanita dan berhasrat membesarkan anaknya Shafiq sendirian. Namun ibunya ada perancangan sendiri dan tidak mahu Shafiq membesar tanpa belaian seorang ibu. Pertemuan dengan Sakinah, anak kawan baiknya membuatkan dia yakin Sakinah akan menjadi suri terbaik buat Rafiq dan ibu terbaik buat Shafiq.
 
Rafiq menerima walaupun hatinya penuh syak wasangka tambahan pula cerita buruk yang cuba direka-reka oleh seseorang yang membenci Sakinah. Kontrak yang dihulurkan Rafiq adalah demi menjaga keselamatan anaknya dan juga harta bendanya. Dia yakin Sakinah akan curang pada bila-bila masa.
 
Bagaimana Rafiq boleh jatuh cinta pada Sakinah sehingga dia sangat mencemburui anaknya sendiri yang dibelai dengan penuh kasih sayang oleh Sakinah? Rafiq semakin mudah cemburu sehingga meragui kejujuran Sakinah.
 
Cerita yang kedengaran tipikal. Bagi aku penulis mempunyai gaya penulisan yang menarik untuk terus membaca hingga ke muka surat terakhir. Namun ada scene yang pembaca remaja tak sesuai baca.
 
sure fine whatever
Rinn
 
meRinnTis Blurb/Sinopsis
 
Aku betah melayani setiap kebencian serta kemarahan yg mengalir padaku
namun apabila kejujuran dan kesetiaan ini mula diragui... aku gentar!
 
Sungguh Amar Rafiq serik! Cerita cinta yang tercantas di tengah jalan tidak patut dilakar semula. kecurangan lalu menjadikan dia gerun untuk melangkah semula ke alam itu. Bagi Rafiq apa yang berlaku adalah satu peringatan untuknya bahawa semua wanita itu adalah racun. Jangan sesekali disentuh kerana bisanya akan memusnahkan diri.
 
Permintaan si ibu telah membuka jalan buntu bagi Rafiq. Dia tidak mampu menyanggah walaupun bermatian dia berhujah. Namun apabila soal Shafiq dibangkitkan, Rafiq akur. Oleh itu, dia mereka sebuah kontrak perjanjian yang bakal mengikat kaki si isteri agar setia pada perkahwinan yang dibina. Lalu dibentangnya pada malam pertama perkahwinan antara dia dan Sakinah.
 
"Ambil ni" - Rafiq
"Apa ni?" - Sakinah
"Baca... kemudian kau perlu tandatangan surat perjanjian itu" - Rafiq
"Surat perjanjian? Tapi untuk apa?" - Sakinah
"Untuk jaminan masa depan. Bacalah tapi kalau kau tak nak baca pun tak apa. Aku cuma perlukan tandatangan kau." - Rafiq
 
Saat bunga-bunga cinta mewangi, Rafiq diuji lagi. Kepercayaan yang dibina mulai goyah. Kehadiran Zulfi hakimi dan Tengku Rizal memburu curiga Rafiq. Sakinah terhimpit. Bersalahkah dia? Atau prasangka seorang suami yang menjadikan kebahagiaan mereka sukar untuk digapai? Bagaimana pula dgn Maria yg memendam rasa cinta terhadap sang suami? Dan mampukah sakinah bertahan apabila suraya kembali menagih cinta Rafiqnya?
 
 
 

Sneek Peek: Hangatnya Cinta by A'je Fazlina

Inilah rupa cover novel Hangatnya Cinta karya pertama a'je fazlina yang diterbitkan oleh kaki novel. Gambar cili padi atas ais. Kat bawah tu ada cili padi kaler ijau berkilat!
 
NUR NILAM QASEH:
"Sesungguhnya dalam kedinginan kasihmu yang menyentuh, kumerasa ada bahang kehangatan cinta yang kian membara..."

meRinnTis Sinopsis/blurb.
harga RM19 jer
sabah / sarawak RM22


ruas binding menunjukkan kisah ini tak derlah tebal sangat. Antara sebab mengapa aku pilih utk baca buku ni dulu. :)

untuk menatap karya penulis ini secara online, boleh terus ke ajefazlina.blogspot.com.

tinta penulis.

butiran penerbitan dan dedikasi penulis. Untuk paparan penuh dedikasi penulis, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran. :)

kisah  Nilam dan Is ini ditamatkan di muka surat 463.

penanda buku dan biodata penulis. Untuk paparan penuh gambar dan biodata penulis, boleh lah terus ke kedai beli novel ni :)
 
Tajuk: Hangatnya Cinta
Penulis: A'je Fazlina
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
463 muka surat
RM19.00
Sabah/Sarawak: RM22.00
 
serba sedikit tentang cerita ini:
is bertemu dgn nilam selepas kejadian ragut dan terus melamar wanita yg tak dikenalinya itu sbg isteri kerana enggan berkahwin dgn jueliana, gadis pilihan ibunya. nilam masih belum mdpt kerja.tpaksa mrncari wang utk dialisis ibunya. Dia menerima tawaran dari lelaki yg baru dikenalinya kerana Is berjanji akan mdptkan rawatan terbaik utk ibunya.
 
walaupun kurang setuju, ibu is menerima dgn tgn yg tak berapa terbuka.

Di awal perkahwinan mereka saling bertelingkah namun lama kelamaan mereka semakin serasi dan menjalani hidup spt.pasangan suami isteri yg lain. Kamilia bekas kekasih Is muncul semula dan menggunakan bayinya, Karl utk memancing simpati is dan ibu is. Ibu Is yg terlalu teringin bercucu menerima kamilia dan mengajak Kamilia tinggal bersamanya walaupun Is tak setuju kerana Kamilia ada agenda utk merampas is dari Nilam.

Abg Am yg sms kpd Nilam mengundang cemburu is, namun dia percaya Nilam setia padanya. Kendian terbongkar kisah sebenarnya jueliana lah yg menggunakan sorg lelaki utk memrangkap kamilia dlm cinta sehingga berpisah dgn Is. Is menyesal kerana dulu tak mendengar penerangan kamilia. Nilam risau juga kot2 is nak kembali pd kam namun Is tetap memilih Nilam tambahan pula Nilam disahkan mengndung sebulan.

kejadian Nilam berjaya membongkar penyelewengan dlm syarikat is mbuat is risau Nilam mengambil risko seorg diri sehingga terbongkar dalang di sebalik semuanya adalah jueliana. Ibu is sudah membenci jueliana dan menerima nilam sbg menantu dan x sabar mnunggu kehadiran cucu.

is salah faham lagi ketika di Terengganu, kali ni sehingga menghalau nilam keluar dr rumah. Setelah dia sedar, ianya sudah terlambat krn nilam sudah melarikan diri. Is nekad akan mencari nilam semula dan takkan membiarkan kehangatan cinta mereka terpadam.

Nur Nilam Qaseh : Kalau abang masih dgn sikap cemburu, kehangatan cinta ini tentu saja akan terhenti.
 
p/s: ni penulis yg sama utk citer Aku Bukan Bola kan?
sure fine whateverr
Rinn
 
 

Sneak Peek: Hello, Mr Perfect!

Hari ni kiter intai-intai buku Waniey Zakaria bertajuk Hello, Mr Perfect! terbitan Kaki novel.

Covernya telefon merah ang ang!

Ruas binding kelihatan agak tebal.

meRinnTis blurb dan sinopsis di bahagian belakang buku.
harga semenanjung RM22
harga sabah sarawak RM25

Tinta dari penulis.

maklumat penerbitan dan juga sebelah kanan tu adalah catatan dedikasi istimewa dari penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan novel ini di pasaran ya :)

kisah Alya dan Izzul ditamatkan di mukasurat 674

Penanda buku dan juga biodata penulis. Untuk baca biodata penuh, boleh la dapatkan novel ni ya? :)
 
Tajuk: Hello, Mr Perfect!
Penulis: Waniey Zakaria
Terbitan: Kaki Novel
RM22.00
Sabah Sarawak RM25.00
674 muka surat
 
Peraturan dalam keluarga yang pelik kerana anak lelaki pun tak boleh langkah bendul. Haru anak kedua keluarga itu apabila ibu bapa kekasihnya memberi tempoh 6 bulan untuk masuk meminang. Maca mana dia nak pastikan abangnya berkahwin dalam masa 6 bulan sedangkan abangnya itu tiada kekasih dan jenis banyak songeh orgnya. Mahukan kesempurnaan dlm hidupnya. Macam mana nak dapatkan isteri yang sempurna untuk abangnya yg byk songeh tu?
 
Mr Perfect Izzul tu last-last kesian jugak kat adiknya dan bersetuju agar adiknya membawa calon-calon yang difikirkan sesuai utk dipilih sebagai isteri namun tiada satu pun yg berkenan di mata dan di hatinya.
 
Heroin, Alya, pula merupakan kawan kepada kekasih si adik. Alya sedang menghadapi masalah kewangan kerana bapa tirinya berhutang dgn along dan telah melarikan diri. Dia terpaksa bekerja keras untuk melunaskan hutang yang semakin besar jumlahnya. Gaji bulanannya hanya mampu membayar kadar bunga bulan2 sahaja.
 
Kawan dia bgtau kalau dpt pikat Mr Perfect, dia akan dapat sejumlah wang yang lebih dari cukup utk membayar hutang-hutang ayah tirinya.
 
Alya terkejut bila mendapati lelaki itu adalah lelaki yang sama telah mencuri hainya ketika zaman kolej dahulu. Izzul tak cam Alya kerana dulu Alya ni berpewatakan tomboy dan selalu bergaduh dgn Izzul.
 
Bila Izzul sudah mula nekad membuat pilihan, Alya pula dilanda serbasalah kerana dia membuat semua ini untuk wang walaupun dia memang sudah lama jatuh hati pada Izzul. Alya akhirnya menarik diri dan membawa keluarganya pindah. Cukup kuatkan rasa 'suka' Izzul pada Alya untuk main kejar-kejar dengan Alya?
 
sure fine whatever
Rinn
 
 

Thursday, December 20

3 in 1 Review: Semalam yang KuTinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara & Untuk Semua Dosaku

Memandangkan aku belum buat sneek peek Untuk Semua Dosaku, so gambar-gambarnya lebih la sikit dalam review ni :)







Marathon buku KN minggu lepas :) Aku pilih tiga buah buku KN iaitu Semalam Yang Kutinggalkan, Nasi Lemak Buah Bidara dan Untuk Semua Dosaku masing-masing hasil karya Laila Hanni, April Snow dan Rin Ahmad. Semalam Yang Kutinggalkan merupakan karya kedua Laila Hanni manakala April Snow dan Rin Ahmad adalah merupakan buku pertama yang diterbitkan oleh Kaki Novel Sdn Bhd.

Terasa seperti ketiga-tiga penulis ini adalah penulis senior kalau dinilai dari gaya bahasa yang dibawa ketiga-tiga penulis ini. Mungkin kerana selepas membaca banyak novel KN yang ditulis penulis muda yang masih dalam proses mengasah bakat penulisan dan karya yang diterbitkan masih terasa belum matang. Ketiga-tiga novel ini ada nada yang sedikit berbeza dari kebanyakan novel terbitan KN. Walau bagaimanapun masih terselit adegan-adegan yang tidak sesuai untuk bacaan anak-anak remaja yang rata-rata mula memilih novel cinta sebagai bahan bacaan ketika darjah 5 atau darjah 6. Kalau korang dah sampai umur mengundi (sudah pandai membuat pilihan yg baik jadi teladan yang buruk jadi sempadan) boleh lah membacanya. ;)

SEMALAM YANG KUTINGGALKAN
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.


NASI LEMAK BUAH BIDARA
"Sungguhlah bagai dikata, hidup ini tidak seindah yang disangka rupa-rupanya!"

Nasi Lemak Buah Bidara pula membawa kisah akibat dari kisah yang dilagukan pantun klasik yang bermula dengan baris "nasi lemak buah bidara" itu sendiri. Ni kira pantun "mari kawin lari" yang sangat popular selain daripada "Tanam pinang rapat-rapat"

Nasi Lemak Buah Bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Buang emak buang saudara
Kerana kasih hamba turutkan.

suatu tindakan tanpa restu ibu bapa yang membawa putusnya silaturrahim lebih dari dua keluarga. Lebih menghibakan tanggapan buruk yang diterima anak bernama Siti Nur yang tidak berdosa. Perjalanan kisah NLBB boleh dikatakan dalam kronologi yang sangat klise dalam kisah-kisah novel cinta melayu, namun ada lenggok bahasa yang sangat menarik dilagukan April Snow hingga membawa kita sama-sama jatuh cinta dengan kisah ini. Kisah yang tak jemu-jemu untuk diulang baca.

Di mana ada manusia busuk hati seperti Datin Junainah dan Zurene, di situ juga ada insan yang menyayangi tanpa syarat seperti Puan Aishah, Akhmal dan Ben :)

UNTUK SEMUA DOSAKU
"Are you in love with the idea of love, or do you love The Creator of love?
Adakah kau mencintai 'cinta' atau mencintai Pencipta 'cinta'?"

Untuk Semua Dosaku pula membawa kisah evolusi dari dunia hitam-kelabu kepada dunia yang putih-biru. Kisah pemutihan watak-watak utamanya yang hanyut dalam percintaan yang dijaga agar tidak ternoda tetapi mereka tetap berdosa kerana tiada sebarang ikatan sah antara mereka sepanjang tinggal bersama dalam sebuah bilik. Cerita seperti ini sudah tentunya menyentuh sensitiviti sesetengah pembaca dengan adegan-adegan intim antara watak utamanya. Penulis yang memilih menyampaikan cerita begini mesti sudah menyediakan mental dan emosi yang kuat untuk menghadapi kritikan/teguran atau pujian pembaca yang dari pelbagai lapisan.

Rin Ahmad banyak menggunakan overlapping flashback yang melibatkan sekurang-kurangnya 3 timeframe (di Jerman, di Malaysia sebelum kahwin dan di Malaysia selepas kahwin). Bukan mudah untuk menulis tiga time frame serentak kerana tak semestinya apa yang penulis nampak pembaca akan nampak. Bagi aku susunan penceritaan setiap satu time frame tu jelas dan boleh dibezakan namun cara letaknya pada perenggan kelihatan bercampur. Satu cubaan yang menarik namun perlu diperkemaskan.

Suatu kisah yang menyedarkan kita dosa lalu dengan kekasih tak akan terampun hanya dengan berkahwin. Peranan taubat sangat besar untuk menyelamatkan kita di akhirat kelak. Tapi kalau nampak budak darjah 5 usung buku ni memang boleh pengsan maklong!

sure fine whatever
Rinn


 
 

Tuesday, December 4

Sneak Peek: Hatimu Milikku by Eliza Ab

Penulis ni dah nak keluar buku baru pun. aku baru nak belek-belek novel pertamanya. Tebai ya Rabbi.

ni lah ketebalan ruas binding. macam pegang burger empat tingkat.

meRinnTis blurb/sinopsis

Bookmark. latar belakang tu adalah biodata penulis. Untuk mengenali penulis boleh baca biodata beliau dalam novel ini.


kisah ini ditamatkan di muka surat 1065

Tulisan tangan penulis :)

butir-butir penerbitan. muka surat sebelah tu adalah dedikasi penulis. untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.
 
Tajuk: Hatimu Milikku
Penulis: Eliza Ab
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM36.00
Sabah/Sarawak: RM39.00
1065 muka surat
 
"Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku"
 

Aisya di rape oleh Tengku Azizul dan dimalukan depan kawan-kawan Tengku Azizul. Walaupun selepas diperlakukan begitu, dia masih rela dikahwinkan dengan lelaki itu selepas mendapati dirinya mengandung. Dia dibuang keluarga dan hidup tersiksa di rumah keluarga Tengku Azizul. Lama-kelamaan dia disayangi tengku Azizul namun angkara fitnah ibu mertua sendiri dia diceraikan dan keguguran.

Selepas habis smbung belajar, Aisya bekerja dengan Tengku Hariz (adik tengku Azizul). Tengku Hariz selalu cari pasal dengan Aisya. Dalam diam mereka jatuh cinta tetapi saling memendam perasaan. Walaupun Aisya keberatan, bekas ibu mertuanya mahu dia kembali menjadi menantunya kerana dia menyesal dengan dosa lalu setelah disahkan mengidap penyakit yang bakal membawa maut.

Walaupun sudah tahu Aisya bekas kakak ipar yang dibencinya, Tengku Hariz sanggup menerimanya sebagai isteri demi untuk membalas dendam bagi pihak abangnya. Dia menyangka Aisya diceraikan kerana curang. Walaupun dah bertaubat, ibunya tak da masa yang sesuai utk explain kedudukan sebenar, atau mungkin ibunya nak menjaga maruah diri supaya tidak dibenci anak sendiri.

Hidup Aisya sebagai isteri untuk kali kedua turut tersiksa (tambahan selepas ibu mertuanya meninggal dunia) seperti perkahwinan pertamanya walaupun kali ini perkahwinan ini direstui ramai pihak termasuk Tengku Azizul sendiri yang kini bergelar abang iparnya.

Bagaimana nasib Aisya dalam kisah yang SANGAT tebal ini? kalau setakat 2nd marriage ni, baru separuh buku. Ada banyak lagi yang berlaku pada Aisya.

Aku heran macam mana Aisya boleh sangat trauma dengan jalan raya setelah kemalangan hingga koma. Tetapi dia tidak trauma pula selepas di rape dan dimalukan depan orang. Mangsa rape biasanya mengalami trauma yang sangat hebat. Aisya kelihatannya seperti bukan mangsa rape at all kerana dia kelihatan kuat dan bersahaja berhadapan dengan Tengku Azizul.

sure fine whatever
Rinn

Monday, December 3

Sneak Peek: Semalam Yang Kutinggalkan by Laila Hanni

"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Novel kedua dari penulis Syurga di Wajahmu, Laila Hanni :)

Ruas binding yang menunjukkan novel ini dalam kategori agak tebal.

meRinnTis Blurb/Sinopsis Semalam Yang Kutinggalkan

Kisah ini ditamatkan di mukasurat 582

Penanda buku dan latar belakang tu adalah biodata penulis. Untuk paparan penuh, boleh lah dapatkan buku ini di pasaran.

alamat blog penulis di cover depan novel.

Tinta dari penulis.

butir-butir penerbitan dan Dedikasi penulis. Untuk paparan penuh, boleh dapatkan novel ini di pasaran.

Tajuk: Semalam Yang Kutinggalkan
Penulis: Laila Hanni
Terbitan Kaki Novel Sdn Bhd
RM21.00
Sabah / Sarawak: RM24.00
582 mukasurat

"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu...
meskipun aku bukan cinta pertamamu..."


baca reviewnya di sini

serba sedikit tentang kisah ini:
 
"Aku ingin menjadi cinta terakhirmu meskipun aku bukan cinta pertamamu..."

Semalam Yang Kutinggalkan membawa kisah Munirah yang sanggup bermadu dengan sepupunya atas permintaan sepupunya (Kak Reen) sendiri. Lagipun suami sepupunya merupakan bekas teman lelaki yang amat dicintainya dulu. Namun sikap Izwan memang sedari awal buat aku mengeluh. Memang terasa ada yang tidak kena dengan sikapnya yang mementingkan diri sendiri. Selepas melahirkan anak buat Izwan, Munirah melanjutkan pelajaran ke Australia dengan izin suami. Namun perangkap yang dipasang seseorang telah mengena dan Munirah diceraikan begitu saja. Kerinduan pada anaknya saya memaksa Munirah menjejak semula Kak Reen dan Izwan. Munirah masih tertanya-tanya apakah salahnya sehingga Izwan membencinya dan mahu memisahkan dia dari Sarah.

Umar Rafiki yang muncul kemudian adalah jauh lebih memahami dari Izwan yang lebih mementingkan kebahagian diri sendiri. Umar datang dari keluarga yang memang tahap 'understanding' yg sangat tinggi. Sokongan dan kepercayaan yang diberikan Umar menjadikan Munirah lebih berani memperjuangkan haknya.
 
gaya penulisan yang dipaparkan menunjukkan kematangan beliau dalam menulis jika dibandingkan dengan penulis-penulis KN yang baru. semoga terus berkarya.
 
sure fine whatever
rinn
 
meRinnTis Blurb/Sinopsis belakang buku

Percintaan pada zaman sekolah telah menemukan Munirah dan Izwan. Mereka terpisah setelah Izwan menamatkan peperiksaan STPMnya manakala Munirah telah dijaga oleh mak ngahnya selepas kematian SEMUA ahli keluarganya akibat kemalangan.

Bertahun kemudian... Munirah dan Izwan bertemu kembali, hanya beberapa hari lagi Izwan bakal melangsungkan perkahwinannya dgn kak Reen. Munirah pasrah namun tidak pada Izwan. Dia cuba meraih kembali cinta mereka tapi Munirah tegar menidakkan cinta mereka itu kerana terhutang budi kasih, terutamanya kepada Kak Reen (anak mak ngah).

Kini Izwan ingin memperisterikan Munirah. Atas dasar rasa simpati kepada Kak Reen yg tidak boleh hamil, Munirah menerima dengan separuh hati. Perkahwinan ini direstui walaupun ada hati yg terluka.

Namun tergamakkah Munirah melihat Kak Reen yg rela dimadukan itu diabaikan oleh suaminya sendiri? Apakah pilihan Munirah? Anaknya, Sarah atau insan yg luhur mencintainya iaitu Umar Rafiki setelah badai menimpa rumah tangganya dgn Izwan?