Tajuk : Huyan dan Mimpy
Penulis : Nippan
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-408-021-1
Tarikh Terbit: 17 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 320
Huyan tidak mempunyai mimpi yang besar. Huyan hanya mahu memastikan dia dapat meneruskan tanggungjawab menyara keluarganya dan menyekolahkan dua orang adiknya, selepas sang ayah ditimpa kemalangan. Daripada bergelar pelajar sekolah, Huyan menjadi penjual aiskrim dan keperluan hidup yang mendesak saban hari, memaksa Huyan terjerumus ke kancah penyeludupan beras di sempadan Thailand-Malaysia. Kematian tragik rakannya yang tergelincir dari bumbung kereta api ketika menyeludup, menyebabkan Huyan mulai memikirkan masa depan dirinya dan keluarganya. Mimpy yang selalu setia berkongsi kisah dan harapan mencadangkan agar Huyan mengusahakan kebun bunga. Siapakah Mimpy dalam hidup Huyan? Adakah cadangan mengusahakan kebun bunga itu diterima oleh Huyan? Inilah kisah remaja cekal dan bertanggungjawab yang mengajarkan kita erti sebuah kehidupan
Tajuk : Mandela Dunia Kedua
Penulis : Azizi Haji Abdullah
Harga: RM 18.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-408-013-6
Tarikh Terbit: 20 Oct 2011
Jumlah Muka Surat : 328
Sebuah khemah daif di tengah belantara Banjaran Titiwangsa - ini mandala mereka.
Sepasang manusia yang asing, Jone dan Sima, disatukan oleh takdir apabila kasih yang dicintai dikhianati.
Mereka yang tinggal bersama, di mandala ini, yang dianggap 'Shangri-La' yang diimpi, jauh daripada sesat dunia, juga pincang nafsu manusia.
Namun, nafsu itu juga yang mengkhuatirkan mereka. Jone sudah lama meninggalkan tuhannya di kota. Kini hanya pegangan moral menjadi dindingnya. Sima pula berbentengkan iman, cuba memahami lebih dalam keesaan Tuhan. Antara moral dan iman juga nafsu, siapakah pemenang?
Mandala hijau ini membuatkan mereka mempercayai kehidupan semula. Kecintaan kepada kehijauan mengakrabkan mereka. Namun, saat mandala kedua mereka mula bercambah kasih dan subur, Banjaran Titiwangsa bergegar!
Tajuk ; Mr Cupcakes
Penulis : Ilya Alias
Harga: RM 15.00 / RM 17.00
ISBN-13: 978-967-401-038-6
Tarikh Terbit: 14 Nov 2011
Jumlah Muka Surat : 240
Nama saya Eddie.
Saya berumur dua puluh tiga tahun. Saya seorang yang kacak, bercita-cita tinggi, lulusan IPT dalam bidang kejuruteraan namun masih keliru dalam memilih kerjaya.
Saya mahu melakukan pekerjaan dil luar bidang pengajian memandangkan peluang mendapat pekerjaan mengikut kelulusan amat terhad kini. Namun, apa?
Hah! Minggu lalu saya terlihat kanak-kanak makan kek cawan dengan riangnya. Kek cawan itu nampak menarik dan sedap. Bagaimana sekiranya saya belajar membuat kek cawan dan beralih bidang kepada bidang pembuatan kek cawan pula? Menarik, bukan!
Ayuh, baca kisah saya sebagai Mr Cupcakes!
No comments:
Post a Comment