Sunday, September 11

Terbaru daripada PTS


Timah Cermin
oleh Qayyum Nur
Harga: RM 9.50 / RM 10.50
ISBN-13: 978-967-408-005-1
Tarikh Terbit: 15 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 128

Timah adalah seorang gadis yang bekerja sebagai operator kilang di sebuah kilang elektronik di Sg. Wei.

Dia suka bercermin tanpa mengira masa. Cerminnya akan diletakkan di mana-mana sahaja termasuk di atas meja tempat dia bertugas, di dalam beg tangannya, di dalam biliknya, di ruang makan, ruang menonton hingga ke pintu masuk rumahnya. Selain itu, Timah juga pantang melihat cermin sama ada di pusat beli-belah, di kedai menjual cermin hatta pada pantulan cermin lutsinar juga akan digunakan sepenuhnya bagi meneliti dirinya.

Akibat daripada sikapnya yang suka berhias, Timah selalu mengalami banyak insiden yang menyusahkan dirinya serta melucukan.



Sebarkan Cinta-Mu
oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin
Harga: RM 38 / RM 41
ISBN-13: 978-967-408-012-9
Tarikh Terbit: 29 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 880


Senyum manusia itu, hanya Tuhan yang tahu ertinya. Senyum itu memang menzahirkan ceria, namun untuk kebanyakan waktu, senyum itu adalah bagi menyembunyikan rahsia hati.

Inilah novel yang cuba mengurai makna senyuman seorang manusia yang bergelar anak, ibu, bapa, isteri, dan yang bergelar suami. Indahnya, ia dihuraikan dengan Islam, dan hasilnya semuanya kembali kepada Tuhan.

Kisahnya bermula dengan Ibu Dhiya', seorang isteri taat yang tinggi ilmu agamanya, terpaksa menjadi tukang sapu di sebuah kolej swasta. Di situlah Ibu Dhiya', didatangi pelbagai persoalan hati daripada setiap golongan di kolej itu.

Ibu Dhiya' berusaha membantu walaupun dirinya juga ada rahsia, yang menanggung derita masa lalu. Ibu Dhiya' dengan ilmu agamanya, dengan penuh hikmah mendekati hati warga kolej itu bagi memberikan makna yang lebih bererti dalam senyuman mereka, dengan cara yang suci, dengan cara Islam, dan akhirnya jadilah ia, senyuman yang menyebarkan cinta.


Akukah Puteri Itu?
oleh Lily Haslina Nasir
Harga: RM 39.90 / RM 39.90
ISBN-13: 978-967-401-051-5
Tarikh Terbit: 20 Sep 2011
Jumlah Muka Surat : 624


Kompilasi dua novel Syok! Lily Haslina Nasir iaitu Akukah Cinderella Itu? dan Akukah Snow White Itu? Mengisahkan kehidupan gadis biasa, Lisa mengejar cita-citanya menjadi pelajar pintar di Kolej Universiti Malaysia. Ikuti juga kisah Farid dalam novel mini, Akukah Putera Impian Itu? bagi mengetahui isi hatinya yang sebenar.


No comments: