Sunday, September 11

Terbaru Daripada One Nusantara


Judul: Buku Bunga-bunga
Penulis: Izan Ali
Genre: Remaja
ISBN: 978-967-5270-67-3
Halaman: 304 muka surat
Harga: S/M RM19.90, S/S RM22.90

Sinopsis:

Anuar terpaksa menjadi hipokrit terhadap diri sendiri apabila kawan-kawannya mengejeknya tentang cita-citanya untuk menjadi seorang chef. Pertemuannya dengan Tiara telah membuatkan Anuar berani mencapai cita-citanya. Tetapi ada kisah di sebalik kesungguhan itu. Dan kisah itu bermula di sini..
Judul: Pemuja Rahsia
Penulis: Ilmar Imia
Genre: Remaja
ISBN: 978-967-5270-82-6
Halaman: 240 muka surat
Harga: S/M RM19.90, S/S RM22.90


Sinopsis:

Meminati seseorang dalam diam adalah perkara biasa bagi pelajar sekolah. Namun, bagaimana jika orang yang dipuja itu menjadi idaman ramai? Perlukah dia bersaing bagi merebut perhatian si idaman?

Penulis: Izan Ali
Genre: Remaja
ISBN: 978-967-5270-81-9
Halaman: 232 muka surat
Harga: S/M RM19.90, S/S RM22.90

Sinopsis:
Ilham mengimbau kembali kenangan lamanya ketika menghadiri majlis perkahwinan rakannya. Dia merupakan seorang budak yang comot, hitam dan gemuk ketika sekolah dulu. Adalah perkara normal untuk remaja mempunyai perasaan suka terhadap seseorang. Ilham tidak pernah berputus asa. Ilham tidak pernah berhenti mencuba. Ilham sentiasa tahu bahawa satu hari nanti dia pasti akan mengukir senyuman. Oleh itu, dia bertekad untuk mengubah semuanya. Tetapi, dapatkah dia mengubah nasibnya yang selalu dipersendakan oleh orang lain? Ikutilah kisah Ilham.


Judul: Budak SMART
Penulis: Ilmar Imia
Genre: Remaja
ISBN: 978-967-5270-66-6
Halaman: 272 muka surat
Harga: S/M RM19.90, RM22.90

Sinopsis:

Dalam banyak-banyak peraturan sekolah, peraturan apa lagi yang mereka belum langgar? Datang dan balik sekolah sesuka hati, ponteng kelas, tidak menyiapkan kerja rumah, menyakat budak perempuan, membuat bising di dalam kelas, bergaduh... semuanya mereka sudah lalui. Cuma tinggal tidak bakar sekolah sahaja. Ops! Kalau bakar sekolah, tidak dapatlah mereka hendak ponteng kelas!

Judul: Aku, Dia & Gitar
Penulis: Nurfa
Genre: Remaja
ISBN: 978-967-5270-65-9
Penerbit: One Nusantara Sdn Bhd
Harga: S/M RM19.90, S/S RM22.90

Sinopsis:

Keindahan petikan gitarnya dan suaranya membuatkan aku sebagai Alisa menemui jalan hidupku setelah berpisah dengan teman lelakiku. Dia hanya mahu dikenali dengan nama Mr. Pinky. Seorang lelaki yang berjalan tanpa arah tujuan dengan sebuah gitar ‘kapak’nya menghiburkan orang-orang di sekelilingnya.

Ini sebuah cerita kehidupan. Ini juga sebuah melodi kasih yang bermula dengan keindahan 'Pelangi'. Ini kisah antara Aku, Dia dan Gitar...

Judul: The Untold Story
Penulis: Farah Husain
Genre: Urban fantasi
ISBN: 978-967-5270-92-5
Halaman: 520 muka surat
Harga: S/M RM25.90, S/S RM28.90


Sinopsis:

“Selepas ini kau akan jadi seperti kami. Makhluk malam yang digeruni manusia. Kau tidak akan dapat merasai kehangatan matahari lagi. Hidup kau akan sentiasa kedinginan. Teman kau hanya kegelapan dan kesunyian.”

Ungkapan yang diucapkan beratus tahun dahulu rupanya bakal mengubah hidup Teja Aira. Pertemuannya dengan Diaz, lelaki kacak yang mempesonakan telah mengheretnya ke sebuah dunia gelap yang tidak pernah disedari kewujudannya. Di dunia itu Aira mengenali Aidan yang dingin bersama teman-temannya yang menggelarkan diri mereka Night Crawler. Melalui Night Crawler, Aira mengenali Shifter yang menakutkan dan Custos yang menyenangkan.

Bagi Night Crawler, Shifter tidak ubah seperti binatang buas yang harus dihapuskan ataupun kehidupan manusia akan musnah. Bagi Shifter, mereka hanya mengikut naluri semula jadi mereka dan jika dihalang, mereka akan melawan semula. Dan bagi Custos pula, baik Shifter ataupun Night Crawler kedua-duanya berhak hidup selagi peraturan yang ditetapkan tidak dilanggar ataupun kedua-duanya akan dihapuskan.

Siapakah Night Crawler, Shifter dan Custos? Mengapakah kehadiran mereka perlu dirahsiakan? Dan mengapakah Aira turut terheret dalam pertelingkahan yang sudah berlanjutan selama beratus tahun ini?

Judul: Antasia - Satu Permulaan
Penulis: Nurfa
Genre: Urban fantasi
ISBN: 978-967-5270-95-6
Halaman: 344 muka surat
Harga: S/M RM23.90, S/S RM26.90


Sinopsis:

Sinaran misteri yang menyelubungi bangunan pusat membeli-belah Antasia telah menyebabkan beribu-ribu pengunjung di dalam pusat membeli-belah itu meninggal dunia dengan serta-merta. Tiada siapa yang tahu apakah punca dan siapakah yang bertanggungjawab membunuh mereka semua.

Lucas Shah Putera yang berada jauh dari bangunan itu terselamat daripada kejadian tersebut. Namun, hidupnya berubah sepenuhnya apabila mengetahui sepupunya, Luna Lusia hilang dalam kejadian itu. Lebih teruk lagi dia disahkan menghidap penyakit misteri.

Selepas beberapa bulan, Luna Lusia masih tidak dijumpai tetapi Lucas Shah Putera kuat mengatakan bahawa sepupunya itu masih hidup dan bernekad untuk menyiasat kehilangan Luna Lusia. Melalui diari milik Luna Lusia yang dijumpainya, membawanya membongkar akan kewujudan satu dunia yang diberi nama Dunia Antasia...

"Hari yang paling bersejarah dan paling bermakna. Aku tidak akan melupakan hari ini sampai bila-bila pun. Mungkin cukup sampai di sini aku hidup dalam dunia yang penuh cabaran ini. Mungkin suatu hari nanti, aku perlu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia ini." - LUNA LUSIA

Judul: Janji Julia
Penulis: Maria Kajiwa
Genre: Aksi-thriller
ISBN: 978-967-5270-96-3
Halaman: 408 muka surat
Harga: S/M RM23.90, S/S: RM26.90

Sinopsis:

Pada tahun 2050, Malaysia telah dilanda wabak yang disebabkan oleh virus Rhyto F99. Wabak ini membunuh hampir kesemua rakyat negara ini dan melumpuhkan sistem ekonomi dan pertahanan negara.


Dalam keadaan yang semakin genting akibat ancaman daripada puak pemberontak No-Mondus yang cuba mengambil alih negara, Julia, seorang pelajar jurusan Farmakognosi telah berjanji kepada sahabat baiknya, Mimi untuk menghantarnya pulang ke pangkuan keluarga dengan selamat.


Di Lebuh Raya Utara-Selatan, kereta mereka diserang hendap oleh pasukan No-Mondus. Lebuh raya bertukar menjadi sungai darah dan Julia telah membawa Mimi lari ke dalam ladang kelapa sawit.


Mampukah Julia dan Mimi mencari jalan pulang? Mampukah sebuah janji ditunaikan walau bayarannya adalah nyawa?

1 comment:

keknaaa said...

Hai . Ada tak novel buku bunga bunga 2??