Sunday, September 11

Terbaru Daripada Buku Prima


Sayangku Casper
MAZNI AZNITA
RM 25.90
ISBN: 978-967-0184-96-8
~624 hlm

Tia Adila gadis yang sering dibuli emak dan kak tirinya. Demi amanat si granny, Tengku Rafique, seorang anak muda sampai ke Kuala Lumpur untuk mencari cucu Madame Marianne yang hilang sejak kecil. Adelia de Casper mahu segera dijejaki untuk menghalang niat jahat daddynya. Kerana tidak tahan dengan perbuatan emak tirinya, Tia Adilia mengambil keputusan melarikan diri. Bukan dekat tapi ke Paris! Tak disangka-sangka Tengku Rafique juga menaiki penerbangan yang sama ke Paris lalu bermulalah perjalanan Tia Adilia yang penuh dengan kejutan, kebahagiaan dan cinta yang tidak lagi berakhir sepantas angin.


Episod Cinta
Aira Aliff
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-95-1
~464 hlm

Benarkah cinta mampu wujud di pertemuan pertama? Hareez Riffqal yang menganggap andaian itu hanya sebuah dongeng, mula merasakan kebenarannya setelah bertentang mata dengan Aira Hanna. Kehadiran gadis itu mula menerbitkan rasa aneh di jiwanya. Bagi Aira Hanna pula, kehadiran Hareez Riffqal perlu dielak. Dia tidak mahu melibatkan diri dengan lelaki kasanova itu. Kenyataannya, mampukah dia berterusan melarikan diri dan membohongi diri sendiri sedangkan kata hatinya semakin nyata? Mampukah cinta itu terus dipertahankan andai curiga yang menjadi racunnya?


Diari Cintaku
EINA AFRINA
RM 19.90
ISBN: 978-967-0184-98-2
~464 hlm

Bukan keinginan Maizatul menerima Shahril, tapi itulah bukti pengorbanan seorang anak. Perkahwinan tanpa rela itu membebaskannya dari cengkaman ibu tiri yang kejam. Maizatul pasrah menyerahkan takdirnya pada Shahril biarpun lelaki itu tidak pernah mencintainya. Pun begitu, tiada permusuhan, tiada juga rasa benci membelenggu perkahwinan mereka. Mereka lebih selesa menjalani hidup sebagai teman tapi mesra. Memang kecoh bila suami isteri itu menjadi housemate dan berpura-pura bahagia di hadapan keluarga masing-masing. Bagi Shahril, terlalu sukar meluah cinta di saat jiwa begitu egoistik. Dan Maizatul semakin jauh, jauh dan jauh menanti ungkapan cinta yang tak pasti.



Air Mata Rindu
PITTERIAH ABDULLAH
RM 25.90
ISBN: 978-967-0342-02-3
~668 hlm

Disebabkan tamakkan harta dan kekayaan yang dimiliki Datuk Dahlan, Datin Cantara sanggup merampas cinta suci Nora John Abdullah, iaitu ibu kandung Danial Akmal terhadap Datuk Dahlan. Pada malam pernikahan Danial Akmal, dia telah ditembak dan Eryna Izzati pula telah hilang ingatan. Setelah pulih dari koma, Eryna Izzati tidak mengenali Danial Akmal dan cintanya berubah kepada Amir Ridzuan. Namun, Danial Akmal tetap menanti Eryna Izzati agar kembali kepadanya. Datin Cantara dan anak angkatnya Shirly telah mengupah orang membunuh Eryna Izzati. Apakah yang terjadi kepada Eryna Izzati? Dapatkah Danial Akmal menerima musibah ini?

Betulkah?
Amanda Aniqah
RM 18.90
ISBN: 978-967-0184-97-5
~448 hlm

Kahwin susah, tak kahwin pun susah. Dilemanya. Tak nak kahwin sebab rasa hati masih belum mahu kahwin. Tapi orang sekeliling dah sibuk tanya siapa pasangan. Bengangnya dunia seorang wanita bila dah cukup umur. Betulkah sekarang masanya yang sesuai untuk berkahwin? Betulkah sudah muncul calon yang telah dipasangkan sejak Luh Mahfuz? Betulkah pemilik tulang rusuk sudah menjelma? Cinta sangat kompleks. Cinta memang sukar dijangka. Maka sampai sekarang berat nak terima cinta. Tapi bila si dia berkata I love U, terus lari sebatu jauhnya. Bolehkah terima cinta dari seorang teman?

No comments: