Sunday, February 20

Terbaru daripada Kaki Novel


Tajuk : Pelukan Cinta
Penulis : Amisha Danial
SEMENANJUNG RM 17.00 / AHLI : RM 13.00
SABAH/SARAWAK RM 20.00 / AHLI : RM 16.00
ISBN: 978-967-5067-68-6

Armand Danial dan Zulaika Husna, nama yang cukup sepadan bila diganding bersama apatah lagi apabila berjalan berduaan, ketinggian mereka, ketampanan Armand Danial dan kejelitaan Zulaika Husna berjaya membuatkan rakanrakan sekeliing bersetuju mereka memang patut dijodohkan. Perjalanan percintaan mereka tidak banyak rintangan kerana perhubungan mereka di bawah restu keluarga Zulaika Husna yang sangat luhur hatinya. Tetapi, mana mungkin sesuatu perhubungan tidak dilanda badai, ketegasan dan desakan Datin Rozni, mummy Armand Danial memyebabkan hubungan murni pasangan ini menemui penghujungnya.

Armand Danial telah berkahwin dengan sepupunya, Asilah yang juga seorang yang cantik rupawan. Zulaika Husna yang reda dengan apa yang terjadi telah membawa diri jauh ke negeri pantai timur untuk mengubat hati yang lara. Sepeninggalannya, Armand Danial sudah mempunyai seorang anak yang diberi nama, Aliff Danial.

Adalah itu yang dinamakan cinta sejati? Adakah Armand Danial sudah melupakan kesetiaannya pada cinta Zulaika Husna? Bahagiakah Armand Danial bersama keluarga baharunya itu? Segala-galanya pasti terjawab dalam Pelukan Cinta.

Tajuk : Seandainya
Penulis : Rys Areesa
SEMENANJUNG RM 29.00 / AHLI : RM 25.00
SABAH/SARAWAK RM 32.00 / AHLI : RM 28.00
ISBN: 978-967-5067-62-4

Masing-masing enggan meluahkan isi hati. Hanya bahasa tubuh dan bicara tersirat yang memainkan peranan. Areena tidak berani membuka pintu hatinya untuk Wan Zaharris. Bimbang dirinya akan dikecewakan sebagaimana Zaharris Arman menghancurkan hatinya berderai berkeping-kepingan. Wan Zaharris pula bersenda di dalam kata-kata seriusnya terhadap Areena, berharap gadis itu bisa membaca apa yang tersirat di dalam hatinya. Ke manakah sudahnya hala tuju perhubungan ini?

Pertemuan di dalam komuter menjadi bibit memori yang indah buat Shamsul Azhar. Redup mata Areena mengganggu ketenangan kolam hatinya. Jejaka pemalu ini di dalam diam mengharapkan pertemuan seterusnya biarpun masing-masing pernah hampir disatukan.

Tatkala Zaharris Arman menagih kembali cinta Areena, Wan Zaharris muncul sebagai perwira yang melindungi Areena dari sebarang ancaman kehancuran hati buat kali kedua. Tatkala Areena bersedia menerima kehadiran Wan Zaharris dengan hati yang terbuka, takdir penentu segala-galanya mengambil tempat.

Seandainya Areena membuka pintu hatinya terhadap Wan Zaharris… seandainya Wan Zaharris berterus terang dengan Areena… seandainya takdir tidak wujud di antara mereka berdua, apakah dua insan ini akan beroleh kebahagiaan yang hakiki?

No comments: