Saturday, February 26

Akan Datang Mac - Fajar Pakeer

Tajuk : Mungkin Nanti
Penulis : Anita Aruszi
ISBN: 978-967-365-051-4
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90

Aqila Murni membesar tanpa seorang ayah. Juga terpaksa menjaga seorang ibu yang menghidap penyakit berbahaya. Lebih malang lagi, dia dilahirkan dengan kecacatan penglihatan akibat kesilapan si ibu. Dunia yang sepatutnya indah dan berwarna-warni, menjadi kelam dan sunyi di matanya. Namun dia memilih untuk membahagiakan orang lain kerana katanya, memaafkan itu lebih mudah dari membenci!

Nadzihar Hakim, anak muda berperawakan serius. Yang membenci wanita lantaran masa silam yang menyakitkan. Meskipun nampak dingin di luar, namun hatinya tetap rapuh di dalam. Lalu Zahar memilih untuk membenci kerana katanya, membenci itu lebih baik dari jiwa terseksa!

Lalu di bawah langit biru mereka bertemu.

Aqi melihat Zahar sebagai objek indah yang cukup berbeza dan dikagumi. Namun Zahar memandang Aqi dengan rasa benci yang tidak bersebab. Lantas apakah ada peluang untuk mereka menyemai benih rasa yang memungkinkan sayang? Di mana permulaan dan pengakhiran kisah mereka, andai kedua-duanya mempunyai dua persepsi berbeza tentang cinta dan kasih sayang?

Atau mungkin nanti… Hati yang sunyi akan dicuri dan jiwa yang rapuh takkan membenci lagi. Mungkinkah?


Tajuk : 7 Lautan Kucari Cinta
Penulis : Nass Alina Noah
ISBN: 978-967-365-049-1
Sem. Malaysia: RM22.90
Sabah/Sarawak: RM25.90

Tidak mungkin aku mencintai seseorang yang aku tidak pernah kenal. Tidak mungkin aku jatuh cinta hanya dalam satu malam ~ Cici.

Bukan selalu rindu itu mendera sukma. Bukan selalu penantian itu menyeksa jiwa. Bukan jua selalu cinta itu meracun kalbu. Dan aku, bukanlah saudagar cinta yang meletakkan tanda harga pada kasih sayangku ~ Armando.

Mereka terkandas di daerah yang tidak mereka duga. Terkandas dalam rindu yang tidak terluah sehingga benci menjadi sayang, sehingga dingin malam tiada lagi kesepian. Di tepi sungai nan damai, bintang-bintang menghiasi dada langit, bersaksikan rembulan biru dan pondok bisu, di situlah mereka telah jatuh cinta.

Namun, adakah rasa cinta itu akan terluah jika ada yang menghalang? Adakah pengakuan cinta akan dilakukan andai dalam hati ada yang lain? Apakah pencarian cinta itu akan berhasil? Mampukah 7 lautan meyatukan cinta mereka?

Tajuk : Abang Khai Tomboi
Penulis : Nuraqilah Syuhaida
SBN 978-967-365-037-8
Sem. Malaysia: RM20.90
Sabah/Sarawak: RM23.90

“Tak tau aku pelakon? Wei, dari mana kau quote ayat tu, hah? Dari Kamus Dewan Bahasa edisi kelima ke? Aku tiap-tiap hari masuk TV. Macam mana kau boleh tak tahu aku ni pelakon?”

Hanya dengan pertemuan tanpa sengaja, membawa Rizal dan Khai ke pertemuan seterusnya, seterusnya dan seterusnya. Juga tanpa sengaja telah memutikkan satu perasaan yang aneh dalam diri mereka. Khai lebih senang untuk memendam perasaannya. Manakala Rizal, risau dengan perasaan yang wujud dalam dirinya—risau akan tercetus hubungan songsang.

Dalam menepis perasaan yang kian bercambah, pelbagai dugaan datang menimpa. Dato’ Rashid yang tidak sudah-sudah dengan dendamnya. Rizal yang mahu menuntut hak. Geng 23X yang mula membuat onar. Khai yang ingin mencari kepastian diri

Bagaimana kesudahannya? Mampukah hati Dato’ Rashid dilembutkan? Berjayakah Rizal merebut hak yang dipertahankannya? Tertumpaskah Geng 23X? Adakah segala yang berlaku dalam hidup mereka semua, mampu memperkuatkan rasa kasih yang sudah tersemai?


Tajuk : Rapuh Tanpa Dia
Penulis : Maya Bahrun
ISBN 978-967-365-055-2
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Dia adalah wanita… wanita yang ada segalanya. Sempurna dengan kecantikan. Serba lengkap dengan kebahagiaan. Apa lagi yang dipintanya? Pasti dia bersyukur dengan anugerah ini. Itulah takdir insan bernama Lizelia Kamal. Artis yang menjadi pujaan peminat, wanita yang menjadi buruan lelaki. Ke mana saja dia pergi, apa saja dia lakukan, semua mata memandang, semua ingin sepertinya. Dia bangga dengan dengan semua itu. Rasa dirinya benar-benar dihargai, namun…

Lelaki… Ya, dia lelaki yang serba sederhana. Mata yang melihatnya pasti memandangnya sempurna. Tapi tiada siapa tahu segenap jiwanya yang beku, yang dingin, yang kosong. Hanya dia dan Dia saja mengerti apa makna semua ini. Dia adalah Kairi, yang punya nama di persada hiburan, punya tempat di hati peminat. Tetapi…

Kuasa Tuhan penentu segalanya, segala tersirat tiada siapa menjangka. Liz dan Kairi ditemukan dan ia merubah segala-galanya. Semuanya

gara-gara Khalid yang memburu cinta Liz. Cinta yang tidak berbalas membuatkan Khalid nekad untuk melangsaikan niatnya. Dia mencari setiap kelemahan Liz sebagai jalan untuk mendapatkan gadis itu walaupun terpaksa melakukan sesuatu yang di luar dugaan. Kebetulan atau sememangnya takdir, Kairi sentiasa ada untuk menyelamatkan. Bagi Liz, kebahagiaannya hilang sekelip mata gara-gara permainan Khalid. Tanpa diduga, Liz membuat perjanjian dengan Kairi semata-mata mahu mengelakkan Khalid daripada terus-menerus memburunya. Cinta kontrak? Ya, dia mesti melakukan cinta tanpa rasa ini.

Adakah mereka mampu bertahan? Atau salah satu daripada mereka harus menjadi korban apabila tanpa wanita itu, tanpa lelaki itu, ada yang rapuh...?




Tajuk : Waktu Mengukir Rindu
Penulis : Sharina Wirdayu
ISBN 978-967-365-056-9
Sem. Malaysia: RM18.90
Sabah/Sarawak: RM21.90

Dulu sering dia mendengar tentang kehebatan cinta. Kata orang cinta itu indah, sehingga kita lupa diri, sehingga kita hilang kata-kata. Tapi baru sahaja perasaan itu mulai meresapi dirinya, tiba-tiba cinta itu pergi jauh meninggalkannya. Mazwin keliru dengan perasaan sendiri.

Mazwin tidak pernah memaksa Faris untuk mencintainya. Cintanya pula datang sendiri setelah mereka sama-sama dikecewakan. Terbongkar suatu kisah yang tidak dapat dimaafkan. Dia cuba meleraikan kekusutan Faris, daripada memilih antara dia dan Maisarah. Dan Mazwin pergi membawa lara di hati bagi menyempurnakan cinta Faris kepada Maisarah. Mazwin melangkah tanpa menoleh. Andai Mazwin tidak pergi, Faris tentu terlebih dahulu membuangnya. Hatinya kosong kali ini sekosong-kosongnya. Ingin diisi dengan cinta sepertimana yang pernah dilakukan satu ketika dulu. Cintanya sudah ada, sudah berada di hadapan mata.

Kerana tanda kasihnya dia harus cekal melangkah. Namun setelah beberapa tahun, dia masih merindu. Sungguhpun Rio begitu ikhlas mendepangkan kasih untuk Mazwin. Cinta Rio kepada Mazwin seikhlas kasihnya untuk Puteri Qistina. Mazwin keliru dalam memilih antara rindu kepada Faris dan kasih kepada Rio.



Tajuk : D'Manager
Penulis : Ellis Gee
ISBN 978-967-365-053-8
Sem. Malaysia: RM19.90
Sabah/Sarawak: RM22.90

Tuah ayam ada pada kakinya. Tuah Hetty Blur ada pada jolokannya. Kini, Hetty Blur berjawatan PM—Production Manager!Seumpama namanya, Hetty Blur blur, blur, blur dalam politik ofis. Diaya sering teraniayai oleh orang kepercayaannya. Pak Qoto, Managing Director seperti namanya. Dia menggunakan teknik Qoto dalam pengoperasian kilangnya. Robbie, Area Manager mempermainkan dirinya dengan CCTV. Tan, akauntan iri hati dengan permainan gaji. Anak-anak production belot gara-gara RM50. Minah, kawan baiknya tak ubah seperti musuh dalam selimut.

Hetty Blur berusaha membebaskan dirinya daripada kepompong Club 5. Namun, blur, blur, blur dia pun, tetap diperlukan dalam menyelesaikan kemelut Minah dan Norlene.

Alam pertunangannya dengan Reez berliku-liku. Reez disyaki bermain kayu tiga. Bakal mertua, Mak Kiantan dengan sikap obsesnya.

Berjayakah Hetty Blur yang blur, blur, blur mengadapi cabaran ini? Ikuti Hetty Blur dalam D’Manager




Tajuk : Renungan Bertukar Rasa
Penulis : Syamimi Aminolah
ISBN 978-967-365-054-5
Sem. Malaysia: RM21.90
Sabah/Sarawak: RM24.90

Sufi Khalisa ~ Dia harus mencari calon suami secepat mungkin agar hati si kakak tidak lagi berprasangka terhadapnya. Namun, sanggupkah dia menerima lelaki yang hanya dianggap kawan untuk dibuat suami? Apakah dia mampu meluputkan renungan mata coklat milik Indra yang berjaya memukau pandangannya dan telah berjaya mencuri hatinya tanpa sedar? Dia buntu. Buntu untuk membuat keputusan.

“Sufi, aku sanggup jadi pengantin lelaki kau jika kau tiada calon lain…”

Ean ~ Lelaki yang penuh misteri pada pandangan sesiapa yang melihatnya. Lelaki yang siapa pun tidak tahu latar belakangnya. Lelaki yang penuh dengan rahsia. Lelaki yang telah lama jatuh sayang kepada si gadis yang berjaya menarik perhatiannya. Namun, bukan dia tidak mahu menyampaikan maksud hatinya, tapi biar keadaan yang menentukan segalanya. Itu perinsipnya. Dia percaya, kalau ada jodoh, takkan ke mana…

Bakal bersatukah cinta Sufi Khalisa bersama Indra? Bagaimana pula dengan kisah cinta Ean? Mampukah renungan yang tidak disangka, akan ada satu rasa yang menyinggah?

No comments: