Tajuk : Blues Amni : Oh Kerja
oleh Rose Harissa
Harga: RM 17.00 / RM 19.00
ISBN-13: 978-967-5783-63-0
Tarikh Terbit: 22 Feb 2011
Menjadi pereka besi memang membuatkan Amni sakit jantung! Gaji tidak seberapa sehingga Amni selalu berangan-angan mahu berhenti kerja
akibat rasa sengsara.
Tetapi itu belum seberapa! Mari tambahkan kesengsaraan Amni dengan:
*Mr. Phua- Bos yang suka mengarah-arah dan marah-marah melulu serta mata duitan.
*Mun Heng- Kerani yang berhenti kerja secara mendadak. Ms. Liew dan Danny jurujual yang sering lepas tangan. Miss Elaine kerani akaun baru
yang pentingkan diri sendiri.
*Adam (merangkap anak Tan Sri)- Arkitek muda pemilik Adam J. Associates yang agak pongah serta banyak kerenah.
Di sela-sela kesibukannya merancang rekaan pesanan klien daripada golongan orang kaya melayani klien yang heboh dan cerewet Amni yang
sering diminta bos supaya melawat tapak projek bertemu klien secara langsung!
Semua itu membuatkan Amni sengsara berganda-ganda!
Akhirnya ada sesuatu yang dapat menghapuskan semua kesengsaaan dalam pekerjaan yang dialami Amni.
Tajuk : Sebongkah Batu di Kuala Berang
oleh Faisal Tehrani
Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-967-5783-55-5
Tarikh Terbit: 4 Mar 2011
Kisah ini bermula di senuah institusi yang dinamakan Akademi Seni Islam. Sekumpulan pelajar tahun akhir perlu menyiapkan tugasan terakhir
dengan cemerlang, iaitu dokumentari drama yang mengkaji kedatangan Islam ke Tanah Melayu. Kisah kedatangan Islam yang dikaji dengan secara
terperinci itu dialihkan ke dokumentari drama dengan tuntutan seni yang tinggi. Alur ceritanya mula bergolak dengan sikap pelakon yang
bermasalah sehingga dokumentari itu gagal memenuhi tarikh akhir. Dalam tuntutan-tuntutan yang semakin mendesak, Faisal Tehrani memberikan
sebuah penyudah yang tidak disangka.
Tajuk : Fatimah Fatty
oleh E-man Dhani
Harga: RM 16.50 / RM 18.50
ISBN-13: 978-983-3357-15-4
Tarikh Terbit: 20 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 320
Salahkah saya gemuk?
Tidak layakkah orang berbadan gemuk, gebu dan gempal berjaya? Tidak adil bukan seseorang itu dinilai dengan rupa fizikalnya?
Saya Fatimah.Saya Fatimah yang berbadan gemuk namun bercita-cita tinggi bagi berjaya.
Saya mahu menjadi seorang jurufoto yang berjaya seperti Annie Leibovitz dan saya juga mahu kurus!
Ya.
K.U.R.U.S
Kurus.
Dan, saya yakin mampu mencapainya!
Tajuk : Cinta Di Hujung Sejadah
oleh Asma Nadia
Harga: RM 18.00 / RM 20.00
ISBN-13: 978-983-3892-95-2
Tarikh Terbit: 15 Feb 2011
DIA BERSYUKUR. Allah mengabulkan doanya. Mengizinkan dia menjejaki tanah suci. Dan begitulah juga dengan perjalanan-perjalanan lain ketika
menyusuri jejak nabi, seperti di Masjidil Haram. Ketika melihat Kaabah, bangunan hitam persegi yang wangi dan memancarkan wibawa itu, air
matanya tidak berhenti mengalir.
***
Namanya Makky Matahari Muhammad dan Cinta menyimpan nama itu dengan baik di kepalanya. Bukan kerana salam yang diucapkan lelaki itu kali
pertama mereka bertemu. Akan tetapi kerana kehadirannya membawa pelangi dalam hidup Cinta.
Belasan tahun hidup sebagai anak yatim, Cinta langsung tidak pernah melihat wajah ibu kandungnya. Ayahnya melenyapkan setiap jejak wanita
yang Cinta kasihi itu dengan sempurna. Tatkala ayahnya menikah dengan Mama Alia dan membawa dua saudara tiri tinggal bersama, Cinta
semakin tersisih.
Tajuk : Kuntum Cinta di Taman Syurga
Pebulis : Thoyba Mursyidah
Harga: RM 17 / RM 19
ISBN-13: 978-967-5783-54-8
Tarikh Terbit: 11 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 304
Ingat sahaja namanya, Fidae'i Al Humaidi. Seorang lelaki yang teguh hatinya. Sudah ditakdirkan Tuhan dia berada di kampus yang kelam sinar
Islamnya, dikuasai golongan yang cuai dalam beragama. Dia mengerti kewajibannya membawa Islam kembali pada tempatnya. Namun dia juga
sangat mengerti, ini bukan kerja sendiri-sendiri dan bersama-sama Abdillah mereka bersepakat. Amir Hamizan pun tiba menghulurkan tangan.
Akhirnya Harliana, ikut mahu menawarkan keikhlasan. Bukanlah perjuangan tanpa adanya cabaran. Pada saat mereka mara ke lorong yang gelap,
sudah ada fitnah yang sedia menanti di sebalik selekoh dan mereka pun jatuh. Mampukah mereka bangkit dan bagaimana mereka mahu bangkit?
Kepada Allah jugalah mereka memohon harap.
Tajuk : Hijab Cinta
oleh S. Rafidah H. Basri
Harga: RM 21.50 / RM 24.50
ISBN-13: 978-967-5783-51-7
Tarikh Terbit: 3 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 560
Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus
diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?
Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai
suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista. Aisya cuba menidakkan kerana
keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta
bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir
membuka hijab cinta dalam dirinya.
Tajuk : Sekiranya Aku menjadi Novelis
Penulis : Noorfadzillah Omar
Harga: RM 17.90 / RM 19.90
ISBN-13: 978-967-5783-64-7
Tarikh Terbit: 28 Feb 2011
Jumlah Muka Surat : 320
Semangatnya tidak pernah pudar walaupun sebelum ini idea yang dinantikan tidak kunjung tiba. Namun, sekali sahaja dia mengetik membina
ayat, bagai air mengalir deras tidak mahu berhenti.
Benar kata Serina Sahlan, menulislah dengan penuh semangat dan ketulusan. Paling penting jangan menyerah kalah andai menemui kegagalan dan
ketandusan idea. Seorang penulis perlu menentang cabaran itu.
Hati Aida berbunga riang. Kegembiraannya bagai sekawan kupu-kupu terbang di taman bunga. Riak wajahnya tidak pernah lekang daripada
senyuman. Masakan tidak, debaran terus bertamu menunggu detik penerbitan novel akan tiba.