Saturday, February 27

Terbaru dari PTS



Rembulan Tenggelam di Wajahmu
Penulis: Tere-Liye
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: 19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010


Tutup mata kita. Tutup fikiran kita daripada kekalutan kehidupan. Mari berfikir sejenak. Bayangkan saat ini ada satu malaikat bersayap indah datang kepada kita, lantas dengan lembut berkata, "Aku berikan kamu kesempatan hebat. Lima kesempatan untuk bertanya tentang rahsia kehidupan, dan aku pasti menjawabnya sekarang. Lima pertanyaan. Apakah pertanyaan pertamamu?"

Maka adakah kita akan bertanya: Apakah itu cinta? Adakah hidup ini adil? Adakah kaya itu segala-galanya? Adakah kita memiliki pilihan dalam hidup? Apakah makna kehilangan?
Ray, tokoh utama dalam kisah ini, ternyata memiliki kecamuk pertanyaan sendiri. Lima pertanyaan sebelum akhirnya dia mengerti makna hidup dan kehidupannya.

----------
Jangan Biarkan Surau Ini Roboh
Penulis Taufiqurrahman al Aziziy
Terbitan PTS
RM17.50
Sabah/Sarawak: RM19.50
Bakal Terbit 16 Mac 2010


Memang sudah tidak ada lagi yang peduli terhadap surau itu. Dibiarkan dimamah usia dan nyaris roboh. Hanya Ibrahim seorang sahajalah yang berjuang mati-matian menghidupkannya, memakmurkannya, mencintainya sepenuh jiwa. Bahkan melampaui kecintaannya kepada diri sendiri dan wanita yang mencintainya. Dia berjuang keras sentiasa menghadirkan Allah di hatinya, di surau itu, di lingkungan itu. Dan, pilihan cintanya terhadap rumah Allah menghantarnya pada kemelut yang terjal, perih, berselimut luka, berderai air mata bahkan harga diri dan jatidirinya di mata orang-orang yang berusaha merobohkannya.

-----------

Aku Dia & Gosip
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Syok!
RM17.00
Sabah/Sarawak RM19.00
Bakal Terbit 12 MAC 2010


Gadis gigi jarang kaki gosip! Gadis bibir lebar, bermulut tempayan. Sama ada si kaki gosip, orang yang suka mengumpat, suka jaga tepi kain orang... semuanya boleh disingkap melalui seulas bibir. Oh, betulkah andaian ini?


Kehidupan Zaza gadis penggemar coklat semakin huru-hara untuk semestar kali ini. Gosip, fitnah dan khabar angin umpama ribut datang dari setiap penjuru. Tercungap-cungap Zaza mahu menepisnya. Dendam Maliz dan Asyikin kerana tidak mampu memenangi hati Fariz sentiasa membara. Akibatnya dua gadis ini menyebarkan fitnah. Gosip tersebar bagai virus berbahaya di Kolej Persediaan Pendidikan. Alkisahnya, Zaza ke Bangkok untuk pembedahan sedut lemak!


Zaza terduduk difitnah! Berita yang lebih sensasi menggemparkan kolej bertiup kencang. Pemerintah Negara Bumi Emas yang mencari permaisuri baru, berhajat melawat Kolej Persediaan Pendidikan. Misinya hanya satu. Mahu bertemu Zaza yang dilihatnya sebagai ikon gadis yang sihat.


Apa terjadi pada Zaza? Mengapa hidup ini penuh kacau-bilau? Orang yang suka mengumpat dan menyebar fitnah ini tidak takut dosakah? Mengapa perempuan suka bergosip? Semua ini membebankan fikiran Zaza. Namun doa dan kesabaran membuatkan Zaza cekal.

----------------------
Kala Cinta dan Wahyu Bersatu
Penulis: A.Ubaidillah Alias
RM18.00
Sabah/Sarawak: RM20.00
Bakal Terbit: 19Mac2010
480 mukasurat


Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."

-----------

Tuesday, February 23

AL- FATIHAH....


Al-Fatihah..Al Fatihah...Al-Fatihah

Ucapan takziah buat Kak Ju'a sekeluarga atas kepulangan ayahanda tercinta beliau; Encik Mohamed Nor ke rahmahtullah malam semalam ( saya baru dimaklumkan pagi ini).

Semoga roh allahyarham di cucuri rahmat oleh-Nya dan semoga ditempatkan dirinya dikalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin.

Friday, February 19

Akan Terbit Untuk Mac

HARGA
SEMENANJUNG: RM19 AHLI: RM15
SABAH & SARAWAK: RM 21 AHLI: RM 17

Nur Syakirin Abdul Majid terpaksa berkahwin dengan jiran hadapan rumahnya di kampung atas desakan abahnya. Ahmad Zaim pula terpaksa akur dengan kehendak orang tuanya yang meminta perkahwinan yang terpaksa dibatalkan pada saat-saat akhir diteruskan dengan berkahwin dengan Kirin.


Kirin dan Zaim adalah teman sepermainan sejak zaman kanak-kanak lagi. Tetapi hubungan mereka renggang apabila Zaim menjalinkan hubungan dengan Sofea, kekasih yang meninggalkannya pada saat-saat akhir mereka akan diijabkabulkan. Zaim berkelulusan luar negara manakala Kirin yang hanya berkelulusan SPM diijabkabulkan dalam suasana yang cukup meriah dan besar-besaran.


Namun begitu, kehidupan pasangan ini tidak seperti pasangan pengantin baru kerana Zaim masih tidak dapat melupakan Sofea. Mereka tinggal serumah tetapi tidur berasingan bilik. Kemunculan semula Sofea telah memberi impak sehingga hampir melumpuhkan mahligai yang terbina di antara Zaim dan Syakirin. Kemesraan yang terjalin antara Sofea dan Zaim menimbulkan rasa curiga di hati Kirin. Keegoaan dan keras kepala Zaim dan Syakirin menyebabkan rumah tangga mereka kucar-kacir.


Kehadiran Johan dan kemesraan Kirin terhadap Johan membuatkan Kirin seperti dua kali lima sahaja dengan Zaim. Mereka masing-masing hidup dalam keegoan tetapi masih mencintai dan menyayangi dalam diam. Walaupun pertengkaran seringkali terjadi, tiada penceraian yang dipinta. Emak, abah, umi, ayah adalah insan yang bertanggungjawab menyatukan mereka. Fiqa, Hairi, Sofea, Johan, Iman dan Naqhiff adalah insan - insan yang mewarnai hidup Kirin dan Zaim dengan bermacam-macam ragam, suka dan duka.


Berjayakah Kirin dan Zaim meninggalkan ego demi cinta mereka? Masing-masing tidak mahu mengalah dan masing- masing dua kali lima sahaja…

HARGA:
SEMENANJUNG: RM18 AHLI: RM14
SABAH & SARAWAK: RM 21 AHLI: RM 17

Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati,
Hana telah memulakan hidup baharu dengan karier mencabar, menjadi buruan ramai peminat. Dia telah menukar nama dan identitinya lantas tidak lagi memandang ke belakang. Jeffery pulang ke tanah air setelah tujuh tahun hidup di US. Dia dikejutkan dengan kehadiran seorang kanak-kanak yang mengakui dia sebagai papanya. Di mana mamanya? Kenapa Jeffery tidak tahu mengenai anak ini? Jeffery terpaksa mencari Hana demi memenuhi permintaan anak kecil itu.

Pertemuan semula di antara Jeffery dan Hana telah merobek luka lama, lalu membuka semula kisah silam… kisah kekejaman manusia memisahkan cinta demi nama dan harta!


Thursday, February 18

Review: 143 by Pingu Toha



143
Penulis: Pingu Toha
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
RM20.00
Sabah/Sarawak: RM23.00
isbn: 9789675118302
520 mukasurat


"143... maksudnya I love you"


Covernya sangat manis! Tak jemu dipandang dan amatlah cutenya! Sepanjang minggu ni aku banyak baca buku yg cover backgroundnya putih. saya peminat novel LUVE! Sweet giler. Cerita cinta yg ada kelainan dan membuat hati berlagu riang :)


Dlm novel ni Pingu Toha membahagikan pengisahannya dalam 3 bahagian. Aku suka cara yg macam ni sbb tak pening nak baca. Kadang2 biler semua kisah diceritakan secara selari, aku jadi confuse jugak kdg2 tu. Al Maklumla org blurr. Yang ni terasa kemas dan teratur. Tiga bahagian itu dipisahkan dalam tiga time frame yg berbeza dan ditamatkan dengan penyatuan di endingnya. Smart!


Bhg Pertama (time frame: Present) lebih menumpukan pada watak2 utama dalam L.U.V.E dulu iaitu Uth dan Lana.


Lamanya Uth tunggu nak lafazkan i love you pada Lana tu. Mula2 rasa mcm sweet ja malu2 gitu. Lepas tu rasa cam dah mcm meleret. Dan kemudian macam slow giler Uth ni, macam nak sekeh jer kepala dia dengan racket. Dan kemudian rasa mcm nk jerit "just tell her Uth!" dah sah2 Lana nak gak kat dia. And lama2 mcm bosan la Uth ni. Baik Lana cari org lain. And saya dah tak kisah dengan ending Uth ngan Lana. Saya rasa rugi besar jer Keri dan Haikal melepaskan Lana pada Uth yg nampak sangat takut pada komitmen walaupun org tu pun suka kat dia. Dia tak der self confidence mcm Keri dan Haikal. Macam Bucks yg masih muda tu.


Aku hanya suka Uth dan Lana setakat ending L.U.V.E saja. Uth takkan buat first move. Lana yg kena buat rombongan gi minang Uth kalau betul2 nak kawin dgn Uth. ;)


Bahagian kedua (past tense) adalah tentang Keri (ex Lana) dan Elina (ex Uth)


Keri tu serbasalah nak kat Elina sbb dia ni ex romeo, Elina set2 muslimah pakai tudung, gelak tutup mulut. Keri dah jatuh cinta dgn sleeping beauty yg boleh ketawa dlm tidur. Haha. Wierd. Tapi Keri dah bersedia menyerahkan sebelah hatinya pada Elina, belahan jiwanya. Dan rupa2nya Elina memang menunggu hati yg sesuai utk dirinya, Raden yg sebelum ni cuba menyerahkan hatinya, kena reject sbb hati Elina menidakkan. Ni bukan bagi hati as in bagi bantal bentuk hati ker.. ni betul2 bagi hati, yang kena bedah kat hospital lepas tu pasang kat hati Elina. hah! ada pakwe yg sanggup? Keri sanggup!


Bahagian ketiga (3 tahun akan datang) pulak kisah Violet, si Vee yg ala2 stalker Uth dlm LUVE tu, scary girl. haha. Tapi dalam bahagian ni Vee tak scary lagi. Dia tahu hati dia terdetik dengan kehadiran Bucks. Sweet lah pulak Vee dgn Bucks tapi Vee mcm serba salah sebab Bucks tu muda 5 tahun dari dia tapi Bucks tu sgt matang, jauh lagi best dari si Uth. Even after beberapa tahun Uth masih mcm tu, tak der improvement. Haha sori Uth. Keri ngan Vee improved a lot. And selimut Pingu tu sangat comel, ok?!


yup ending nya happy2 belake. Uth dah lafaz cinta, eh bukan lafaz, dia taip jer dlm ym. And Lana terima, apa? terima? adui, tak serik2. Rasanya selagi Pingu Toha tak cerita diorang akad nikah, naik pelamin, dapat anak, aku tak rasa Uth ngan Lana tu happy ending. So, bila ler Lana nak hantar rombongan meminang ye?


Apa2pun memang kisah cinta yg sangat manis dari Pingu Toha. Kisah cinta The Little Mermaid, Sleeping Beauty dan Rapunzel versi Pingu Toha. Tahniah! :)


sure fine whatever
Rinn



SINOPSIS/BLURB


Berapa lama untuk kita jatuh cinta?
Boleh jadi dalam tiga hari, mungkin?
Berapa lama untuk kita kenal cinta?
Perlukah empat bulan?
Berapa lama untuk kita jatuh cinta kembali...
dan kembali kepada cinta?

Cukupkah setahun?
Dan ini cerita tentang...
The Duyong. The Sleeping Beauty. The Rapunzel.
The Lovelorn. The Penunggu. The Hitam Manis.


Ini bukan cerita dongeng. Ini bukan cerita pelik. Ini bukan lagi mimpi. Ini sebuah cerita cinta.


1

Sekarang…. Satu tahun selepas L.U.V.E.

Cerita Cinta Biasa
Tentang Uth dan Lana.... Lisa dan Haikal.


4
Empat bulan darinya. Dulu.

EXs

Tentang Elina dan Kéri.


3
Ke masa depan, dalam tiga hari…
Merah Biru Violet

Tentang Vee dan Bucks. Dan Rose.


Inilah cerita biasa yang mengocakkan emosi merah dan biru menjadi warna pelangi cinta ungu. Tiga belahan jiwa yang dipisahkan waktu, jarak dan diri sendiri, dan akhirnya yang menemukan mereka ialah ‘cinta’.

* * *

Selepas L.U.V.E... lihatlah bagaimana PINGU TOHA menamatkan cinta mereka dengan sebuah happy ending... berserta ucap ‘I love you’, akhirnya

Review: Rumput Masih Hijau by Iman Xara




Rumput Masih Hijau
Penulis: Iman Xara
Terbitan Jemari Seni
Cetakan Pertama 2010
isbn: 9789675118326
RM20.00
sabah/sarawak RM23.00
516 mukasurat


Last minit decision utk baca novel ni. So akibatnya, pukul 2 pagi baru aku tido. Dah la esok nya keja. TAk dak pasai cari pasai. haha.


Memang tak rugi aku berjaga habiskan buku ni. Nasib baik ending dia membuat aku tersenyum puas. hehe.


Dgn tajuk yg ada perkataan rumput dan cover yg ada gambar tumbuhan, skali tengok macam buku halaman pertanian lah pulak. Kalau terserempak kat rak kedai, memang gerenti aku tak sambar la buku nih. Nasib baik lah ianya keluaran publisher yg dlm senarai favourite aku.


TAk ada cerita cara2 nak tanam rumput sebagai tanaman tutup bumi atau rumput hiasan, ia cuma membayangkan harapan yg lebih baik sentiasa ada.


Permulaan cerita yg mungkin kita rasakan tipikal bg seorg gadis menaruh hati pada seorg lelaki yg segak berketrampilan serta baik hati. Cerita ini menyediakan arah tuju yg tidak tipikal. Membuat kita sama-sama memikirkan apa yg terbaik utk Wafa, siapa yg terbaik utk Wafa. Bagi saya, tiada sapa yg bersalah dalam kisah ini (ermm kecuali Ikram sekeluarga, hehe) semuanya permainan takdir yg menduga hati-hati insan yg terlibat dalam lingkungan takdir Wafa.


spoiler ahead: kalau tak nak tau mengenai jalan cerita kisah ini, boleh skip part bawah ni ya. kot2 la nak simpan suspen. ;)


Seorg ibu takkan pernah silap menafsir isi hati anak lelakinya, tetapi Naim sebenarnya menimbangkan apa yg lebih baik dan layak utk dirinya seorg duda beranak satu, tentulah yg sesuai dgnnya adalah janda beranak satu yg juga merupakan sahabat baik arwah isterinya. Dia cuba utk tidak pedulikan Wafa supaya rasa cinta tidak berbunga utk gadis itu. Saya amat senang hati dengan pilihan Naim walaupun itu tanpa sedar telah memalit malu pada Wafa yg sudah terlanjur menyatakan persetujuan pada ibu Naim yg pernah merisiknya.


Wafa memang seorg gadis yg sangat kuat mentalnya. Demi ibu Naim yg penyayang itu dia menghadirkan diri ke majlis perkahwinan mereka walaupun hatinya hancur luluh. Wafa ni anak yatim yg menumpang kasih seketika dgn ibu Naim dan anak Naim, Asyikin.


Separuh dari novel ini akan membuat air mata bercucuran. Ha tu dia ayat, 'bercucuran' tuuuu... Memang tangkap nangis lah mengenangkan Wafa yg anak yatim piatu, ditemani hati lara menempuh hidup. Pertemuan dgn Murni telah membawanya ke pangkuan pakciknya yg kaya raya. Walaupun kebetulan yang agak keterlaluan tapi ianya manis.


Watak Adam tu memang kelihatan sangat pemalu apabila bersama-sama dgn Wafa. Aisyah pun kata Adam tu pemalu sgt dgn perempuan, tapi aku tak nampak pulak sikap pemalu tu bila dengan Mona. Macam tak ada pulak sifat malu-malu kucen dia.


Hujung2 cerita yang bakal membongkar pilihan Wafa sama ada menerima tawaran menarik Humairah atau jejaka setia pilihan keluarga membuat aku jadi tak sabar nak perabih, i kinda hoping aku ada kemahiran membaca dan memahami setiap baris dengan sngat pantas. Kedua-dua pilihan yg terbentang di depannya adalah ending yg tidak tipikal utk sebuah novel :)

Wednesday, February 17

Jauhari Hatiku


Tajuk : Jauhari Hatiku
Penulis : Imias Farhani
Penerbit : Kaki Novel Enterprise
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama: 2010
Genre : Drama & Kekeluargaan
Bintang : 3


------------------------------------------------------------
“umpama kemboja yang sentiasa setia teduh memberi rendang pada pusara, menabur wangi ke bumi…”

Apa Kata Saya :


Ikatan persahabatan yang dimulai dengan niat yang ikhlas dan dijalin dengan penuh batas persempadanannya akan kekal berpanjangan hingga ke akhir dan sukar tergugat biar apa juga halangan yang datang. Lalu bila status hubungan ini meningkat ke satu anak tangga, akan terlerailah ikatan persahabatan tersebut atau akan terus berpanjangankah ia. Inilah intipati juga mesej dalam naratif penaan penulis baru yang muncul dengan karya sulungnya; Jauhari Hatiku.

Selalu kita dengar orang berkata lelaki dan perempuan tidak boleh menjadi bersahabat baik kerana hubungan akrab berlainan jantina ini pasti mengundang pandangan yang pelbagai versi dari masyarakat sekeliling. Namun penulis saya kira cuba membawa dimensi lain dalam menilai erti keikhlasan didalam hubungan yang sebegini.Lalu wujudlah Farisa dan Daniel McCormick didalam penulis merealisasikan maksud beliau ini. Saya kira penulis sudah sebaiknya memotretkan kedua-duanya sebagai menjelaskan ya, lelaki dan perempuan boleh menjadi rakan paling akrab! Dan keakraban itu jugalah akan memberi peluang dan ruang kepada kedua-duanya untuk lebih saling mengenali dan memahami diri masing-masing didalam mencari titik keserasian. Bak kata orang hanya Jauhari yang lebih kenal Manikam. Antara kaca dan permata, sama indah, sama bercahaya namun hanya mata hati sahaja lebih tahu yang mana lebih bernilai.

Naskhah ini menyingkap kisah kehidupan seorang pengaturcaraan bebas; Farisa Othman yang diikat bekerja secara kontrak dengan Fortress Holidngs Berhad kepunyaan anak muda berdarah kacukan cina-inggeris; Daniel McCormick seorang duda anak satu. Sikap Farisa yang dedikasi pada kerja amat disenangi Daniel dan dari situ ia membina satu hubungan persahabatan yang akrab antara mereka berdua. Hubungan mereka makin erat bila Farisa secara ikhlas menawarkan diri menjaga Samantha, anak Daniel sementara Daniel mencari pengasuh buat anaknya. Biarpun ditentang oleh ibunya; Mak Piah kerana khuatirkan pandangan serong masyarakat Farisa tidak langsung tergugat dengan perkara itu kerana baginya niatnya ikhlas membantu. Sikap tegas Farisa amat mengharukan Daniel dan dalam diam dia makin tertarik pada kepribadian dan diri Farisa. Keakraban Farisa dan Samantha bagai sukar dipisahkan dan kasih sayang Farisa begitu sebati didalam diri anak kecil ini dan akhirnya membuatkan Mak Piah akur bahawa anaknya itu benar-benar ikhlas didalam menjaga Samantha. Saat Farisa jatuh sakit dan terlantar di hospital, Daniel membatalkan perkahwinan yang diatur keluarganya demi mahu berada disisi Farisa. Dan ketika itu jugalah terbongkar identiti baru Daniel yang sebenarnya.

Perwatakan dalam JH lebih memberikan tumpuan yang kepada tonggak utama cerita ini; Farisa Othman dan penulis menggarap perwatakan Farisa dengan sebaiknya. Bahasa tubuhnya juga baik dizahirkan penulis. Daniel McCormick adalah hero yang saya kira sangat sederhana dipotretkan penulis namun pergolakan dalaman diri Daniel didalam menzahirkan rasa kasihnya pada Farisa cemerlang ditangani penulis.Tiada watak antagonis yang mencabar didalam JH. Reeta dan Angela saya kira lebih kepada watak sampingan yang tidak langsung menggugat pada hubungan Daniel dan Farisa. Saya lebih menyukai peranan Samantha/ Siti Sarah yang memberi tranformasi watak yang sangat berkesan didalam naratif ini.

Pengolahan plot cerita sedikit lemah dan corak persembahan penceritaan penulis agak meleret. Saya kira penulis mempunyai isi cerita yang baik untuk diketengahkan cuma kelemahan garapan yang longgar ditambah kealpaan menjaga jalinan cerita agar tidak terlalu mendatar menjadi punca utama kelemahan ini. Saya kira jika editor bijak mengenalpasti kelemahan ini dan memberi maklumbalas pada penulis untuk diperbaiki nescaya naratif ini pasti lebih mantap. Gaya bahasa mengaplikasikan lenggok bahasa harian. Tiada unsur/ elemen melankolik juga personifikasi yang digunapakai penulis didalam naskhah sulung beliau ini.

Jauhari Hatiku merupakan satu percubaan pertama penulis baru ini yang saya kira agak baik persembahannya jika dinilai secara keseluruhannya. Sebagai karya pertama ditambah dengan latarnya yang saya fikir bukanlah dari daerah penulisan maka kekurangan yang ada pada naskhah sulung beliau ini diharap akan menjadi pemangkin untuk penulis lebih bersemangat untuk berkarya dimasa hadapan. Jadikan tiap komentar sebagai dorongan untuk terus maju ke hadapan.

Buat Imias Farhani, tahniah atas percubaan pertama anda ini.. Semoga anda akan terus gigih berusaha, mempertingkatkan kemahiran, memperbaiki kelemahan dan terus kreatif berkarya di masa hadapan dan memotretkan kisah-kisah masyarakat untuk dikongsi bersama dengan para pembaca sekalian.

Sepupuku Suamiku



Tajuk Buku : Sepupuku Suamiku
Penulis : Lynn Allyna
Penerbit :Kaki Novel Enterprise
Harga : RM19.00
Cetakan Pertama : 2010
Genre : Romantik & Kekeluargaan
Bintang : 3


--------------------------------------------------------

“Kehidupan ini seumpama bunga, maka cinta adalah madunya…”


Apa Kata Saya

Sepupuku Suamiku (SS) adalah nukilan penulis baru; Lynn Allyna yang pertama kali saya tatap karyanya. Karya yang bermula dengan format e-novel dan kemudiannya diversicetakkan ini memaparkan transformasi kehidupan juga suka duka seorang gadis muda; Nana yang bergelar isteri kepada sepupunya sendiri yakni doktor Hisham. Laluan pahit manis yang ditempuhi Nana selaku pendukung utama naratif disepanjang tempoh perkahwinan hingga ke kemuncak ikatan perkahwinan itu menjadi medan penulis melakar sebuah jalan cerita yang saya kira agak baik persembahannya dari seorang penulis baru.

Kisah ini merungkai tema cinta dan kasih sayang yang lebih menjurus pada cinta antara suami isteri. Kekuatan cinta mereka itu teruji tatkala rumahtangga mereka yang masih hijau itu dilanda badai yang yang membawa pada terlerainya ikatan itu. Dan kuasa cinta dan kasih sayang itu jugalah membawa mereka kembali bersatu semula. Sub tema juga merungkai hubungan kasih sayang antara ahli keluarga dan kalangan teman akrab. Talian hubungan antara kesemua ini kemudian digarap dan dijalin penulis didalam memaparkan hubungkait dan kekuatan nilai hubungan tersebut didalam kehidupan manusia. Inilah mesej yang saya kira cuba disampaikan penulis pada khalayak pembaca.

Naratif ini hampir sepenuhnya kronologi dan penulis ada menyisipkan flashback didalam membantu pembaca lebih mudah mengikuti penceritaannya ini. Plot cerita agak baik dipersembahkan penulis biarpun adakalanya ada bahagian penceritaan yang saya rasakan tidak penting sewajarnya boleh diabaikan penulis. Penceritaan yang sedikit meleret akan membosankan pembaca kerana perlu diingat fokus cerita yang terarah adalah kunci kepada sebuah persembahan naratif yang baik.

SS memaparkan rentetan perjalanan hidup Nana @ Diana Syakira yang menjadi pengantin gantian dan dikahwinkan dengan abang sepupunya; Hisyam disebabkan tunangan Hisyam memutuskan ikatan mereka disaat-saat akhir. Demi mengelakkan malu keluarga, jasa Nana amat diharapkan oleh mak longnya yang juga ibu Hisyam. Nana yang sememangnya sudah lama menyintai Hisyam dalam diam menerima perkahwinan itu dengan rela hati biarpun sedikit khuatir juga cuak akan penerimaan Hisyam terhadap dirinya. Nana beruntung kerana Hisyam belajar untuk menerima dan menyintai dirinya sebagai isteri biarpun sebelum ini menganggap Nana seperti adiknya sendiri dan keikhlasan mereka berdua didalam perkahwinan ini ditambah dengan restu kedua ibubapa membawa sinar bahagia didalam perkahwinan mereka. Kata orang tiada rumahtangga yang tidak diduga, begitu juga pasangan muda ini. Kemunculan kembali bekas tunangan Hisyam; Hani Marina yang mahu menjalin semula ikatan mereka begitu mengkucar-kacirkan perasaan Hisyam. Penolakan Hisyam menimbulkan sakit hati Hani lalu Nana yang begitu lembut dan rapuh dijadikan sasaran untuk perlaksanaan misinya merebut kembali Hisyam.

Perwatakan Nana yang diangkat sebagai tunjang cerita dipersembahkan sebaiknya oleh penulis ini. Nana dipotretkan sebagai gadis yang baik, anak manja, wanita dan isteri yang cukup sempurna bagi seorang lelaki. Sebagai wanita yang agak muda tatkala bergelar isteri, emosinya yang agak goyah tatkala rumahtangganya diuji dipamerkan sebaiknya oleh penulis dan kegopohan Nana tatkala mengambil keputusan tanpa mahu mempertahankan rumahtangganya adalah jawapan pada kelemahan sifat dirinya yang satu itu. Pengorbanannya saya kira sedikit lemah bertunjangkan alasan yang tidak kukuh. Hisyam bagi saya watak yang cukup stabil digarap penulis bersesuaian dengan latar diri dan kematangannya sebagai lelaki. Watak antagonis Hani Marina sedikit kucar-kacir dan tidak diolah dengan sekemasnya bagi menimbulkan darjah kebencian yang ketara pembaca padanya. Begitu juga watak Johan yang saya fikir tiada langsung sumbangannya didalam memberi makna didalam naratif ini.

Buat guru muda ini, tahniah untuk persembahan sulung anda ini. Semoga akan terus berusaha gigih mempertingkatkan mutu penulisan anda untuk karya-karya akan datang kerana saya kira anda cukup berbakat didalam melontar idea. Teruskan usaha anda untuk sama-sama menyemarakkan lagi dunia penulisan kreatif tanahair.

Review: Pergilah Air Mata by Hanni Ramsul



Pergilah Air Mata
Penulis: Hanni Ramsul
Cetakan Pertama 2010
Terbitan Kaki Novel
isbn: 9789675067372
RM28.00
Sabah/sarawak: RM31.00
858 mukasurat.


"Karya terbaharu penulis best-seller BIARLAH YM BERBICARA..."


"Akan kulepaskan jua air mata ini pergi... jauh... sejauhnya... sehingga sepasang mata ini tidak mampu ingat pada hangat titisannya dahulu."


Tengok ketebalan buku ni memang membuat aku seram nak baca. Tapi sokongan dari pompom girls yg memberi semangat pada aku utk membaca karya yg diorang kata 'best giler' ni membuat aku memilih novel ini.


Bahaya wo. Sekali start tak bleh stop. so aku nasihatkan jgn stat baca waktu malam, kang ada yg tak tido sampai subuh sebab nak perabis. hehe. Bagi peminat2 tegar cerita kahwin paksa atau kisah cinta selepas kawin, this one is a must buy. Buku ni tebal bukan sebab ceritanya meleret, buku ni tebal sbb penulis has a lot to tell. :)


Aku tak pasti nak point out scene mana utk mengatakan cerita ini ada kelainan dari cerita kahwin paksa yg lain. Secara keseluruhan cerita ini ada identiti yg tersendiri selain daripada saiz nya yg besar dan berat. hehe.


Aku rasa penyebab diorang terpaksa berkahwin tu kurang believable utk zaman sekarang ni. Namun apa yg lebih menarik adalah kehidupan Sabrina di rumah mertua selepas terpaksa berkahwin dengan Badrul. Sikap semulajadi Sabrina berjaya melembutkan hati-hati yg keras. Tanpa sedar, sikap nya yg mudah bertolak ansur itu meletakkan dia dalam keadaan yg selesa dlm rumah besar itu walaupun dia terkurung. Tidak susah utk jatuh sayang pada menantu sebaik Sabrina walaupun mereka masih belum pasti penyebab sebenar bagaimana Sabrina boleh tertangkap basah dgn Badrul. Kelam kabut jugak si Badrul tu bila merasakan kasih ibu bapanya mula beralih arah malah perkahwinannya dgn Dayana telah menyerlahkan lagi keperibadian Sabrina yg jauh lebih baik dari mana2 wanita yg pernah dikenalinya. Dayana kalah teruk jika mahu dibandingkan dgn Sabrina.


Sabrina tu jenis manja yg bertempat. Dgn Datin garang tupun dia bermanja jugak. haha... cool.


AWal2 lagi memang dah boleh nampak agenda sebenar si Mar tu. Siapa pun boleh meneka dia sebenarnya dalang di sebalik semua itu tapi Sabrina menyangkal semuanya kerana Mar tu lah tempat dia mengadu dan kawan yg terbaik dia pernah ada.


Ntah naper rasa mcm Sabrina deserve to be in Bad's family wpun Bad tu mulanya benci kat Sabrina. Memang Bad tu baik, tapi disebabkan dia percaya dia diperangkap, dia jadi benci kat Sabrina tanpa berfikir panjang. Mungkin juga sbb aku rasa Sabrina selamat kat situ dgn adanya Datuk Hamidi yg baik hati tu.


Rindu kat Firdaus ngan Tiya dari BYMB? Diorang ada buat cameo appearance dlm novel ni.


Bagi saya, "PErgilah Air Mata" bukan kisah berat, ia kisah santai yg pastinya memenuhi selera pembaca santai. Saiz dia jer tebal dan berat ;)


p/s: P.A.M special ending: http://manisnyakenangan.blogspot.com/2010/02/special-pam.html


sinopsis/blurb:


Noktah bahagia yg menjadi anganku, ternyata cuma titik mula pada derita yg tak bertepi. Sumpah bukan ini yg aku mahu. Sumpah juga aku tidak pernah mahu membuat kau terseksa. Tidak pernah mahu merobohkan bahagiamu. Atas rasa bersalah, aku rela melihat kau menganyam bahagia bersamanya. Namun, mengapa perlahan-lahan layananmu memberi tanda tanya di hati ini? Mungkinkah kita sudah sama-sama terpaut? atau... mungkinkah segala yg berlaku tidak lebih hanya mainan perasaanku sendiri? Mungkin kerna aku yakin, bencimu tidak mungkin berubah sayang. Bencimu padaku setinggi awan yg menyapu langit... SABRINA


Memang aku benci. Memang aku tidak pernah rela dgn takdir ini. Namun, kenapa tulusmu terus mengikat aku pada ikatan yg paling kubenci ini? Mengapa hati ini penasaran tiap kali kau menagih perpisahan yg pernah aku janjikan? Cintakah ini? apabila aku tewas tiap kali memandang wajahmu? Sayangkah ini apabila hatiku digaru resah setiap kali aku cuba lari darimu? Mustahil cinta kerana cintaku sudah kusimpul kukuh di hati dia. Lalu, apa sebenarnya yg berlaku di antara kita? bagaimana cara utk aku hapuskan wajahmu yg terus menemani mimpiku? Di manakah noktahnya mainan perasaan ini... BADRUL

Thursday, February 11

JS: Pada Angin Aku Berpesan - Adileah




Tajuk: Pada Angin Aku Berpesan

Penulis : Adileah

Penerbit : Jemari Seni

Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)

Harga pembelian melalui pos: RM18.00 (mulai 5 Mac 2010)


perasaan kasih dan sayang itu diberi percuma oleh Allah, tetapi mengapa ada sesetengah orang begitu kikir sekali untuk menzahirkannya?


Abah emak tidak pernah mahu mengerti apabila Ariel berkata dia sudah ada Nelly!


Bahagiakah Yasmeen jika terpaksa meninggalkan cinta pertamanya untuk menjadi isteri hanya kerana lafaz nikah tetapi tidak pada hakikatnya?


Lalu di mana segala keindahan perkahwinan ini jika percaturan hidup mereka bidaknya itu ada orang lain yang menggerakkannya.


Pada si isteri perkahwinan itu penyatuan dua hati, jika hatinya seorang sahaja yang lurus... dan hati Ariel masih bercabang, kenapa dia harus membiarkan diri terseksa dalam bahtera ini?


Ada apa pula dengan Yasmeen sehinggakan Ariel tidak mahu menceraikannya, tetapi tidak juga mahu melepaskan kekasih gelapnya.


Lelaki seperti Ariel ini harus diajar! Tetapi dengan cara yang bagaimana, Yasmeen?

Bencikah ini...?


Pabila tiba-tiba kalbunya berdarah parah tetapi tidak meninggalkan parut. Jiwanya sejuk dingin tetapi tidak membuatkan dirinya beku. Sanubarinya panas membara, tetapi dia tidak tahu dari mana nyalanya.


Atau... cintakah itu?

* * * *

Pada Angin Aku Berpesan memperlihatkan idea ADILEAH untuk mengungkap: “Aku benci kepadamu,” dengan caranya yang tersendiri.

Review: Menunggu Cinta Tuhan by Lily Haslina Nasir


Menunggu Cinta Tuhan
Penulis: Lily Haslina Nasir
Terbitan PTS Litera
cetakan Pertama: 2009
isbn: 9789833892549
RM18.00
sabah/sarawak: RM20.00
469 mukasurat


Buku yg mengandungi cerita, panduan, dan pengajaran. Cukup membuatkan kita berfikir untuk diri sendiri. Pengetahuan yg terkandung dlm buku ini ada nilainya yg tersendiri dan memberi manfaat kpd kita sbg pembaca. Ada yg membuat mata kita membulat, ada yg membuat tekak kita mual, ada yg membuat kita bersyukur, ada yg membuat kita muhasabah diri. Kisah yg membuat kita berfikir cukupkah cinta sesama manusia dlm hidup kita? Selamatkah kita? Yang pastinya aku seperti terfikir, selama ini aku membuat pilihan yg terbaikkah ketika berada di luar sana? And kisah ni membuat aku rajin memasak utk dibawa bekal ke pejabat. huhu... Teringat kat Khalidah yg bawak bekal air milo masa gi interview artis kat kelab. hehe.


Kisah seorg graduan jurusan syariah Khalidah Atikah, yg diterima bekerja sbg wartawan hiburan. SErbasalah dia menjalani kerjaya yg penuh dgn gosip dan fitnah. Dia jadi takut. Namun ada org di Akhbar Dinamik yg tahu dia mampu memberi pelbagai warna dalam berita artis. Menjerit boss dia si Azrul Rashid bila membaca artikel Khalidah yg ala2 teks khutbah jumaat.


Khalidah tidak mahu mengumpul dosa. Tugasan utk menulis artikel mengenai restoran Nasi Lemak Panas utk menarik golongan artis diterima Khalidah. Tak sangka cerita yang diselongkarnya memualkan hingga membawa dia Bagan Lalang.


Azrul jejaka kacak yg terperangkap dengan jampi serapah Nureen yg seksi. Entah apa yang dijamu Azrul hingga alpa kpd ibu bapa sendiri.


Cerita yg penuh kisah hitam, membuat kita terfikir apa yg kita makan, apa yg mendarah daging dalam tubuh kita ini halal. ADakah kita cukup berhati-hati ketika menjamah makanan di luar. Cerita yg membuat aku rasa nak bawak bekal hari-hari instead of berenti makan kat mana-mana.


Aku adalah penah dengar tentang Ayatul Ruqyah yg baik sbg perawatan dan perubatan. Tak sangka siap ada list penuh dlm buku ni :)


Part petikan artikel-artikel Khalida mungkin kelihatan seperti nak menebalkan cerita, tetapi pembongkaran kisahnya menarik dan mengejutkan. Mungkin sebab aku jarang baca kisah2 yg mcm ni, sebab tu aku baca semuanya.


sinopsis/blurb:


Khalida Atikah, jiwanya bening putih mengalir kalau berbicara tentang roh Islam. Dia mungkin tidak punya cinta tetapi tetap punya cita2. Impiannya cuma satu. Biar apa jua keadaannya, Islam tetap nur di jiwa. Dia juga ada ketika terkeliru dan celaru. Dunia surat khabar ada ketika memaksanya jadi zalim. Mampukah dia.


Azrul Rasyid, dia lelaki keras, kasar lagi lantang. kata2nya penuh luka, bibirnya penuh duri. Cintanya hanya pada diri, tulisannya penuh menyakitkan hati.


Nureen, gadis seksi penuh misteri, angkuh, tamak lagi haloba. Cita-cita dan nafsu dipacu menjadi satu. Sihir bobrok mainan bibir, amalan harian. Setinggi mana mampu mereka menongkat langit. Sejauh manakah cinta mampu bertahan antara Nureen dan Azrul Rasyid seandainya di antara mereka ada wajah hitam yg menguasai.


Cinta Tuhan tidak perlu ditunggu. Cinta Tuhan tidak perlu dinanti. Kasih sayang dan manis rindu pd Tuhan seharusnya menjadi nafas kita setiap saat. Di antara Khalida Atikah, Azrul Rashid dan Nureen siapa yg lebih luhur lagi putih utk disapa cinta Penciptanya?

Tuesday, February 9

Akan Dicetak Dari KarnaDya




"Kau bukan yang pertama
Namun kalaulah yang terakhir"

Sinopsis:

Dia tidak pernah mencari. Malah tidak pernah terfikir pun untuk punya teman lelaki. Belum masanya. Lagipun dia tidak mahu terburu-buru. Maklumlah, bukan senang nak cari lelaki yang betul-betul sesuai dan kena dengan jiwa. Tersilap pilih nanti... merana seumur hidup.


Tetapi, bila emak asyik mendesak dan Syariff pula datang merisik, nak tak nak, dia terpaksa memikirkan hal itu dengan serius. Risau juga kalau-kalau emak terima risikan lelaki itu. Emak pun satu hal juga. Macamlah tak ada lelaki lain... Si Sarip Dol tu juga yang dia nampak.


Al datang tepat pada waktunya dan di saat dia amat memerlukan. Al ni kira okeylah. Baik, bertimbang rasa dan boleh bertolak ansur. Orangnya pun boleh tahan. Sedap mata memandang. Rasa-rasanya, daripada Si Syariff tu... lima kali lebih baik Al. Tetapi masalahnya... hatinya tidak ada pada lelaki itu.


Kalau bukan Al, siapa pula? Omar, rakan serumah merangkap rakan kongsi perniagaan merangkap kembar siam along tu? Hah! Minta simpang. Kalau Omar yang gatal lagi merenyam tu lah... jangan harap dia nak terima. Daripada berkahwin dengan lelaki itu... lebih baik dia jadi anak dara sampai ke tua. Dia sanggup. Bukanlah nak jual mahal sangat... tapi dia tak nak tanggung risiko.


Kalau bukan Syariff, Al atau Omar, siapa pula agaknya yang akan jadi pilihan hati Anis Zulaikha? Untuk mengetahui jawapannya, sama-samalah kita ikuti ‘BUKAN TAK SUDI’, karya terbaru daripada Mimie Afinie.

-----------


"Saya sanggup meninggalkan segala sandang dan gelaran demi kasih saya terhadap dia..."

Sinopsis:
Cinta itu indah. Cinta itu anugerah Allah. Cinta juga pemusnah. Bercinta tidak semestinya memiliki. Berkasih tidak bererti disayangi. Jadi apakah sebenarnya cinta?

Rinnie seorang gadis biasa yang mulai diresapi rasa cinta ketika hilang dari alam nyata. Namun cintanya, cinta terlarang. Lantaran cinta terlarangnya itu, Rinnie sukar membuat keputusan kerana ada insan lain yang menagih kasih daripadanya. Namun perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap cinta terlarangnya begitu menebal di jiwa. Mampukah Rinnie memilih satu di antara dua?...

“Cinta sempurna adalah cinta kepada-Nya.
Tidak layu, tidak tua dan kekal selamanya”

Monday, February 8

Akan Datang Dari Fajar Pakeer


Menjangkau usia yang lewat membuatkan perkahwinan menjadi tuntutan. Hati mungkin belum dibuka namun hati keluarga yang sudah terlalu luas bukanya harus dijaga. Atas sebab itulah Ainsya Najma, gadis yang mendapat gelaran andartu diam menerima pilihan ibu. Begitu juga Ruzaiman, bujang terlajak akur saja dengan kehendak ibu. Namun tulisan takdir tidak seiring.

Ainsya Najma, gadis yang hanya tahu setuju, tiba-tiba menolak perkahwinan yang bakal berlangsung dua minggu lagi. Dia tidak boleh teruskannya! Dia cuba lari daripada kenyataan, namun kenyataan takkan pernah tinggalkannya. Dia perlu juga menjadi raja sehari dalam dua minggu itu—dengan pengantin lelaki berbeza! Dia kenal Solehandin sekian lama, namun lelaki itu memberi nanar dan kini Raimi hadir untuk cuba mengubati.

Ruzaiman, sukar untuk cinta mengulit hatinya walau dihidang berpuluh gadis cantik, termasuklah Jazshira, si model lampai terkenal. Namun, atas kemahuan mama, dia jalinkan juga hubungan, tanpa getaran dalam hati. Dia tahu tiada cinta untuk Jazshira namun dia terperangkap juga dalam kancah percintaan ciptaan sendiri, sehinggalah hadirnya Fadxiora, menggetar hati dan sukma.


Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka.

Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya.


Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya.

Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan.


Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira.

Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?




Puteri Aisyah Aqilah melalui episod penuh duka sepanjang kehidupannya. Tersingkir dari sekolah lantaran kes disiplin, tekanan atas deraan ayah tiri, membuatkan dia terdampar ke lembah penuh noda dan dosa.

Namun memori madah berzikir ayah kandungnya, menjadi penguat untuk dia kembali ke pangkal jalan.
Namun jalan itu juga terlalu banyak liku dan cabaran. Aisyah juga terperangkap dalam satu lagi sindiket berbahaya. Mujurlah dia bersemuka Fikri, yang kemudian berazam menyelamatkannya. Dalam masa yang sama Fikri menaruh hati terhadap Aisyah tanpa disedari gadis itu.

Aisyah tidak sanggup pulang ke pangkuan keluarga, bimbang bakal jadi mangsa amarah ayah tiri, namun hati memendam rindu tidak putus kepada ibu. Dia tahu dia gadis yang pernah gagal dalam hidup, diberi gelaran oleh masyarakat, namun Aisyah tidak mengalah. Dia bangkit, memperjuangkan cita-cita serta terus mengikut jalan diredai Allah. Biar hina di mata manusia, namun bukan di samping Allah.


Tapi, mampukah Aisyah bangkit daripada keruntuhan? Bolehkah Aisyah menerima liku demi liku di depannya, untuk mencapai makna diri?


NB Kara: Terbaru dari Kusyi Hirdan



Tajuk Buku : Galau Di Hati Seri [526 m/s]
Penulis : Kusyi Hirdan
Harga : Semenanjung RM 21.50
Sabah / Sarawak RM 24.50
ISBN : 978-967-5229-13-8
DAPATKAN segera di pasaran!

----SUDAH TERBIT - FEBRUARI 2010----

Seri Arina seorang penyanyi cuba mengubah pandangan umum terhadap dunia hiburan kepada persepsi yang lebih baik. Sesuai sebagai imej sebagai artis bintang realiti yang bertudung, dia cuba berdakwah dengan caranya yang tersendiri. Biarpun cuba menghindari fitnah dan tohmah dunia yang penuh kepura-puraan ini, namun kealpaannya yang sedikit, menjadikan dia mangsa fitnah yang amat lelah.

Bagi Sulaiman pula, dunia politik adalah impiannya sejak kecil. Dia mengimpikan politik yang bersih dan jujur. Di masa yang sama, dia benar-benar bencikan dunia hiburan yang baginya, sesuatu yang cukup melalaikan. Namun tanpa Sulaiman sedar, dunia politik adalah lebih kotor dan cukup menjijikkan.

Baik Seri Arina mahupun Sulaiman, kedua-dua mereka tidak pernah bersua muka. Namun dalam peristiwa hitam rancangan sang durjana, mereka ditemukan. Ada rasa tidak suka antara mereka dan seringkali bersengketa. Namun tanpa sedar, titik hitam itulah membuat hati mereka berdua terpaut.

Sunday, February 7

Novel-Novel Baru Galeri Ilmu


Stanza Cinta
Penulis: Nurull Halawati
Harga: RM19.50



Perindu Pelangi
Penulis: Siti Munirah A Rashid
Harga: RM18.00



Novel baru dari Galeri Ilmu
(http://bukugaleri.blogspot.com)


Tajuk: Dingin Salju Indiana
Penulis: Nurulsham Saidin
Terbitan Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
RM19.50
Sabah/sarawak: RM21.50
isbn: 9789830977459


"Oh Tuhan, mampukah aku mencari dahan berpaut di bumi nan rapuh ini..."



sinopsis/blurb:

"Sebuah novel tentang kekeluargaan, persahabatan, kesabaran, harapan dan dugaan hidup di perantauan"


"Dengan kemahiran penukangan cerita, isu agama yg sensitif dikupas dari perspektif naratif yg memukau dan mempersona. Jgnlah ditahan air mata anda menitik, kerana apa yg ditulis dari hati penulis ini pastilah menyentuh hati!"
~Dr Amida Abdulhamid, Ketua Hakim Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil

~~~~~
3 gadis Melayu dgn latar asuhan berbeza memilih Indiana Amerika Syarikat utk menyambung pengajian. Jannah, Murni dan Nana tertampan juga dgn permasalahan yg mencabar ego, kewibawaan dan keimanan. Jannah pernah mengaku kalah di tengah jalan. Masih adakah harapan buat seorg sahbat utk diselamatkan?


Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya tentang signifikannya watak aneh ini di bumi Allah. Kehadiran kak Zai mengundang rencah rasa, dan memberi semacam katarsis dlm jiwa yg berserabut mazmumah.


2 jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dgn surat2nya yg membaca semangat dan Matthew, pemuda Kristian yg mencari kebenaran. Jannah memilih utk setia tetapi takdir Allah mengubah segalanya.

~~~~
Merasai sendiri kehidupan yg amat mencabar sbg pelajar di Indiana Amerika Syarikat, Nurulsham Saidin terpnggil untuk mendedahkan pelbagai dugaan yg dialami oleh anak2 Melayu Islam yg menuntu di sana. Melihat ada rakan yg tewas dalam asakan kejutan budaya, maka ramai lagi yg berjaya mempertahan kan jatidiri Muslim, timbul dorongan kuat utk menghasilkan Dingin Salju Indiana.

Saturday, February 6

Novel Islamik Alaf 21 - Bakal terbit bulan ini...

Harga: RM17.00
Halaman: 432
Penulis: Salina Ibrahim
ISBN: 978-983-124-502-6

Sinopsis:

AIDA NURANI - Dia cuba menjadi perempuan yang mengerti dan memahami, sekali gus menghayati makna sebuah kehidupan. Dia mencari tenangnya sebuah cinta dalam mengejar cinta yang hakiki.


ALIF HUSSEIN - Janji ini membelenggu, memburu dan melontarnya ke dalam segara keliru. Terkadang prinsipnya goyah, hatinya bergoncang dan sukmanya terdera dikejar sebuah harapan. Tetapi tenang cinta itu juga terasa membahagiakan. Namun layakkah dia untuk menerima?


DR. BUDI - Dia lelaki yang terlewat. Mencintai dalam diam. Andai inilah hukuman bagi orangyang terlewat, maka dia harus reda. Dan itu juga buat dia sedar; dia harus pandai bawa diri.

Friday, February 5

Review: Aku Kan Novelis by Nurul Syahida


Aku Kan Novelis
Penulis: Nurul Syahida
Terbitan Buku Prima
RM17.90
sabah/sarawak RM20.90
Cetakan Pertama 2010
isbn: 978-967-5489-06-8


"Dunia ini adalah pentas. Aku penulis skrip dan kau adalah watak yg aku matikan pada bab yg pertama"


Menghayati cerita ini adalah satu perjalanan yg menarik. Aku suka penyampaian selamba. Aku tau sudah semakin ramai penulis2 muda yg mula menggunakan teknik penyampaian cerita secara selamba tetapi Nurul Syahida ada caranya yg tersendiri, seperti yg pernah aku baca dalam Plain Jane. Novel nya kali ni tetap selamba dan sangat menghiburkan. Bagi pembaca tipikal spt aku, menghiburkan bermaksud, cerita yg membuat aku ketawa terbahak tebahak dan happy ending. NS sudah masuk list aku 'penulis yg bukunya mesti dibaca'.


Aku suka dengan cara penceritaan yg tidak over lapping. Kemuncak setiap kes tidak dihimpun di hujung cerita spt kebanyakan cerita. Ceritanya tidak meleret dan ada grip utk hold perhatian pembaca. Ni lah antara cerita melayu yg menggunakan bahasa inggeris dengan SANGAT baik. Aku yg tak berapa reti bahasa inggeris ni pun kadang2 rimas perut membaca bahasa inggeris yg tunggang langgang. lebih baik tulis semua nya dlm bahasa Melayu. Tetapi Nurul Syahida ni memang terer english lah. Aku ni jer english bersepah bertaburan bagai debu ditiup angin. haha.


kalau tak nak spoiler dan mahu thrill ketika membaca, jangan baca bahagian bawah ni ya?


Separuh pertama cerita menunjukkan kepakaran seorang penulis bernama Safiah dalam memberi nasihat2 berkaitan percintaan kepada dua sahabat karibnya yg saling tidak mengenali iaitu Helmi dan Iza.


Iza sudah dua tahun akrab dgn Hisham. Mereka sangat serasi dan saling memahami. Iza mahu Hisham melafazkan sesuatu yg pasti supaya hubungan mereka dpt diteruskan tanpa tanda tanya, siapakah dia di sisi Hisham. Dua tahun berlalu tanpa apa2, tapi mereka tetap gembira bersama. Hisham pulak seperti tidak ingin melafazkan cinta kerana macam sangat selesa dengan kedudukan Iza di sisinya.


Helmi jatuh chenta tak hengat dengan Jia Huey. Dia menyangka cintanya berbalas tetapi rupa2nya ada udang di sebalik batu. Dia pasrah menerima nasib dan demi seorg sahabat dia membantu Jia Huey dan Danny bersatu. Dia akhirnya menyedari bahawa dia dilahirkan utk menyelamatkan perhubungan orang lain.


Safi memperkenalkan Helmi kepada Iza so tht Helmi boleh bantu Iza utk membuat Hisham sedar perasaannya selama ini. Iza menolak, namun tanpa pengetahuan Safi mereka mula bertemu utk membenihkan cemburu di hati Hisham. It worked! Hisham took the relationship to the next level. Masih tidak melafazkan cinta tapi dia bawak Iza jumpa mak bapak dia. Hisham kelihatan spt seorg yg sangat takut dgn komitmen. Kehadiran Helmi membuatkan Iza sedar Hisham hanya menjadikan dia jaminan just in case along the way ada wanita yg lebih baik akan muncul. Helmi dpt membaca gerak hati Iza dan mengakui perasaannya pada Iza.


Lelaki seperti Hisham tu sudah byk kali dimenangkan dalam novel2 melayu. Aku sangat gembira dgn keputusan bijak Iza. Safi makin berbangga dgn kepakarannya hingga membuat Helmi dan Iza tidak sanggup lagi mendengar. Mereka cuba mencari masalah baru utk Safi selesaikan dan masalah itu mestilah melibatkan Safi sendiri supaya kisah mereka kurang mendapat perhatian dari Safi.


Maka tibalah Raol dlm hidup Safi. Seorg lelaki yg akan menarik perhatian sesiapa saja tak kira jantina atau peringkat umur (rambut dan sebelah matanya merah). Macam tak der masalah kepada Safi kan? sebab tak der kena mengena. Masalahnya sekarang, Raol adalah peminat novel-novel Safi dan dia mahu Safi menjadi haknya. "Gua mahu lu". Edeh... pandai2 la ko Safi nak idup. haha.


Cerita ini takkan sama dgn cerita lain kerana penulis menarikan kisah ini dgn rentak tersendiri. aku tak suka Raol tetapi dia lain dari yg lain, in a wierd and sweet way. but i kinda hoping safi sekadar 'simpan' Raol kot2 la ada yg lebih baik muncul selepas Raol hehe. Tapi nampaknya Raol makin berubah sedikit demi sedikit. Dah lama aku tak ketawa dan tergelak terbahak2 bila baca novel cinta. this writer has a lot to tell and i can't wait to read karya2 dia.




sinopsis/blurb:

Aku tersenyum bangga melihat mereka. Hasil kehebatanku. Hasil kekuatanku menghasilkan perasaan cinta dan mewujudkan perhubungan. Hasil seorg novelis terulung.


Apa salah aku pada kedua makhluk ini sampai mereka sanggup memperlakukan aku begini? Adakah kerana aku berlagak dgn mereka bahawa aku dpt menyelesaikan masalah mereka? Memang logik pun kan? Sudah berapa lama Iza terbelenggu dgn masalah cintanya dgn Hisham yg tak berkesudahan. Akhirnya aku mempertemukan dia dgn Helmi. Kini mereka memperkenalkan aku dgn lelaki yg serupa ini. Dengan niat apa? Supaya aku tidak mengganggu percintaan mereka dgn membelenggukan aku dgn masalah lain pula?


Aku benci dgn keresahan ini dan aku tahu mengapa. Membenci Roul menjadi sesuatu yg amat sukar. Membenci warna rambutnya sudah kurasa kurang relevan kerana ia tidak lagi mengganggu tumpuanku, malah kini aku boleh berbicara dgnnya tanpa memikirkan betapa hodohnya warna itu. Membenci bicaranya yg penuh dgn carutan juga sudah kurang penting kerana ia sudah sebati dgn telingaku. Rasa benci pada mata kanannya juga makin berkurangan kerana kini aku hanya perlu merenung pandangan mata kirinya yg hitam dan mendalam itu dan hatiku akan terasa berdebar.


------------
Sebagai seorg penulis, elemen terpenting yg harus dimiliki adalah keinginan utk memerhati keadaan sekeliling, memahami dan menjadikan ia satu rangkaian cerita. Melihat sesuatu itu dari dlm dan luar kotaknya. Juga menjadi pendengar yg baik. Aku sentiasa merasa keupayaan itu utk melihat dunia org lain dlm satu dimensi yg berbeza, sesuatu yg harus aku banggakan. Novel ini buat Fatimah, Nadiah dan Munira, teman2 yg menjadi cermin utk aku sedar diri. Dan buat 'Roul', kau pasti akan tersenyum sinis ketika ini.
~Nurul Syahida~



Buat Iza, Cintanya pada Hisham hanya akan mnjadi indah jika si pemuda melafazkan kata2 itu terdahulu kpadanya. Seorg perempuan tidak patut memulakannya. Tetapi apakah Hisham juga menyimpan perasaan yg sama?


Buat Helmi, Jia Huey adalah segala-galanya yg dimahukan dlm seorg wanita dan gadis itu jelas seperti menyimpan perasaan yg sama. Cuma dia mengesyaki ada sesuatu yg disembunyikan wanita Tionghoa itu darinya.


Buat Safiah, menyelesaikan masalah percintaan sahabat2nya adalah satu kepakaran. Menghubungkan hati dua insan adalah satu kehebatan. Sbg seorg novelis kisah cinta, dia tahu semuanya. Sehinggalah masalah muncul dlm bentuk seorg pemuda dgn rambut yg lebih merah dari api.

Thursday, February 4

Anis Ayuni - Saat Kau Kata Cinta - Bonus Feb



Tajuk : SAAT KAU KATA CINTA
Penulis : Anis Ayuni
Penerbit : Alaf21

Apa sebenarnya pengertian kasih dan rindu bagi seorang lelaki bernama Mohamed Hijaz kalau sekadar menjadi pengucapan yang terlalu murah harganya hingga sesuka hati diucap kepada sesiapa sahaja?

‘Mengapa jadi begini? Mengapa tak setia dalam berkasih?’ Kesal dan terkilan mengongsi seluruh ruang dalam hati.

Dalam sendu, aku menghitung langkah kaki Hijaz mendapatkannya. Bertaut Jari-jemari dan mereka berjalan seiringan. Aku meraung di dalam hati mengenangkan sepatutnya akulah yang berada di situ seperti yang Hijaz janji. Namun, aku tiada upaya mengubah kehendak takdir. Impian bersanding dengannya hanya mampu aku hadirkan dalam bayangan.

‘Dirikan mahligai kasih, bina jangan sampai runtuh. Hanya satu pesan dan doaku, ALLAH jangan kau lupakan ...’ bisik hatiku meminjam lirik lagu yang pernah aku dengar suatu masa dahulu.

Darwina: Aku tahu, Hijaz sedang berbahagia kini. Hatiku pula masih bergelandangan. Masih tercari-cari dahan kasih untuk berpaut.

“Cinta yang menyakiti, sewajarnya dihindari.”

Darwina: “Mengapa suami-suami selalu begini? Mengapa tidak setia dan suka bermain kayu tiga? Dah tak ingat agaknya, sumpah setia dan janji yang dilafaz sewaktu memadu cinta sebelum akhirnya melangkah ke alam rumah tangga?”


Lagi Trionovel Alaf21 - Februari


Tajuk : Ruang Rindu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Rozita Abdul Wahab
ISBN: 978-983-124-514-9

RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.


Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.

Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?




Tajuk : Panggil Aku Najiha
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ana Balqis
ISBN: 978-983-124-511-8

Novel kategori Pena Jiwa yang mengenengahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya tentang persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anda cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir…

Catatan Ana Balqis

Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada seseorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri.Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak ‘di luarduga’ itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurus dengan baik tentunya boleh dikawal.

Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu,hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia jadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri.” Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.


Harga: RM18.00
Halaman: 464
Penulis: Nuriz Aida
ISBN: 978-983-124-508-8


BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan.Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.

Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, diasanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.

Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.

Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendirimeladeni kesedihan ini!

“Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh...
kita bertemu semula.”

NoVel FeB 2010 daRi BuKu PriMa...


Cinta Hatiku
PITTERIAH ABDULLAH
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-14-3
~672 hlm
Tarikh Terbit: 20 Feb 2010


Sinopsis

Arissa Putri ditukarkan dengan Syazwan Hafizi kerana ayah Arissa iaitu Tan Sri Badrol inginkan seorang anak lelaki bagi mewarisi empayar keluarganya. Tanpa pengetahuan Tan Sri Badrol, Puan Sri Sharifah tega menukarkan anak sendiri dengan Hamzah dan Puan Latifah. Arissa dibesarkan dengan penuh kasih sayang walaupun hakikatnya Arissa sudah diberitahu dia hanya anak angkat dalam keluarga Hamzah. Manakala Syazwan pula hidup dalam kemewahan dan kebahagiaan tetapi tidak dimaklumi dia hanyalah anak angkat Tan Sri Badrol. Rahsia ini hanya Puan Latifah, Puan Sri Sharifah dan Arissa saja yang tahu setelah Hamzah meninggal dunia.

Arissa yang jatuh cinta dengan Megat Rafiqin terpaksa menolak lamarannya kerana tidak mahu rahsia ini terbongkar. Wali adalah penting dalam penikahannya sedangkan wali yang sebenar tidak tahu dia mempunyai seorang anak perempuan. Arissa terpaksa berkorban demi orang lain sedangkan jiwanya sudah terseksa setelah berpisah dengan Megat Rafiqin yang membawa hati ke negara Dubai.




Jatuh Cinta Lagi
Hanny Syazwany
RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-15-0
~602 hlm

Tarikh Terbit: 25 Feb 2010


Sinopsis

Percintaan membawa sejuta kebahagiaan tetapi percintaan juga membawa kepada derita dan penantian. Wishal Halifi merupakan seorang yang periang dan nakal telah jatuh cinta pada gadis yang sentiasa disakatnya di sekolah iaitu G-Na namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Hubungan persahabatan mereka terputus di tengah jalan gara-gara orang ketiga.

Wishal kecewa sehingga membawa dirinya ke Amerika namun dia kembali semula ke Malaysia dengan karakter yang berubah dingin tidak ceria seperti dahulu. Pertemuan pertama membuatkan Rozy ingin meraih perhatian pemuda itu namun segalanya sia-sia kerana kenangan silam membuatkan Wishal memusuhi insan yang bernama perempuan.

Kehadiran gadis bernama Shayna Carmilla yang bekerja di syarikatnya membuatkan hari-hari yang dilalui Wishal berubah menjadi memori indah. Pada mulanya dia tidak menyedari hakikat bahawa dia telah jatuh cinta namun setelah tiga bulan bersama gadis itu barulah dia akui yang dia sudah jatuh cinta lagi. Hal itu membuatkan Rozy menyimpan dendam.

Wednesday, February 3

Novel Februari Dari Kaki Novel


S/M AHLI : RM 20 bukan ahli ~ RM 24
S/S AHLI : RM 23 bukan ahli ~ RM 27

Keifli Benjamin dan Zara Melissa… kedua-duanya punya agenda tersendiri ketika diijabkabulkan. Keifli ingin melarikan diri dari kehidupan lampa
unya yang ‘kotor’ manakala Zara pula ingin menyelamatkan mamanya. Akhirnya mereka hidup sebagai teman serumah, yang tidak berhutang apa-apa di antara satu sama lain.

Hidup bersama Zara tidak pernah mudah buat Keifli. Ada sahaja yang tak kena di mata Zara. Jenuh Keifli menjaga hati isterinya yang tidak boleh disentuh itu.


Kalau dah hidup sebumbung, mustahil perasaan masing-masing tidak tercuit. Namun keegoan yang menggunung tinggi mengekang masing-masing melua
hkan perasaan yang terbuku.

Keifli yang hampir dapat melupakan Intan, kekasih lamanya tergugat dengan kemunculan semula gadis itu. Begitu juga dengan kemunculan semula Ran
ia, rahsia hitamnya yang sering menghantui emosinya. Zara yang tidak berdosa telah menjadi sasaran utama Rania.
Keifli penasaran. Sempatkah dia meluahkan perasaannya pada Zara? Sempatkah dia menyelamatkan Zara daripada jatuh ke dalam perangkap Rania? Bolehkan Zara menerima kehidupan lampaunya yang ‘kotor’ itu?



Semenanjung: RM19 ahli KN RM15

Sabah/Sarawak RM22 ahli KN RM18


Nana menyintai dalam diam sepupunya sendiri, Hisyam. Pertunangan Hisyam dengan kekasih hatinya, Hani telah meremukkan hati Nana lantaran dia tidak dapat menerima yang Hisyam akan menjadi milik orang lain. Namun, tanpa diduga, pertunangan Hisyam dan Hani terputus di tengah jalan pada hari-hari terakhir mereka akan diijabkabulkan kerana kecurangan Hani yang beralih arah kepada seorang lelaki yang bergelar ahli perniagaan. Untuk menutup rasa malu keluarga, Nana diminta menjadi pengganti Hani pada majlis pernikahan itu.

Alam perkahwinan yang dikecapi oleh Nana dan Hisyam menuju ke puncak bahagia. Mereka saling mencintai dan saling memerlukan antara satu sama lain. Akan tetapi, panas yang disangka hingga ke petang, rupa-rupanya hujan di tengah hari. Kebahagiaan yang dikecapi telah diduga dengan penderitaan yang bertimpa-timpa tanpa sempat ditepis satu per satu.


Johan, yang sedari dulu sangat mencintai Nana, berazam untuk memiliki Nana walaupun Nana sudah menjadi isteri orang. Pelbagai cara digunakannya untuk mendapatkan hati
Nana yang keras itu.


Hani pula muncul kembali, menagih semula cinta Hisyam. Terbit sesalan di hatinya kerana terlalu tamak mengejar kekayaan sehingga memutuskan pertunangan dengan orang yang sangat dicintai. Kali ini Hani nekad untuk memastikan Hisyam berada di dalam genggamannya.


Malang bagi Nana yang kehilangan anak dan perkahwinannya. Titik hitam itu membuatkan Nana hilang kekuatan untuk hidup. Manakala hidup Hisyam pula menjadi tidak tentu arah apabila dia memilih untuk bersama dengan Hani. Dia kehilangan sinar di dalam hidupnya, dia kehilangan Nana….


Adakah Nana dan Hisyam dapat bersatu kembali? Adakah mereka dicipta untuk hidup bersama? Atau… adakah mereka ditakdirkan hanya untuk menjadi sepasang sepupu yang sejati?

Tuesday, February 2

Review: Aku Mahu Kamu by Aleya Aneesa



Aku Mahu Kamu
Penulis Aleya Aneesa
Penerbit: Alaf21 sdn bhd
Cetakan pertama : 2010
isbn: 9789831245964
RM19.90
Sabah /Sarawak: RM22.90
498 muka surat


"Kembalilah kerana kau adalah sebahagian dari diriku."

Nilah novel bonus terbaru Alaf 21 dari Aleya Aneesa. Tengok nama jer dah tak sabar nak baca dan memang biler dah start baca, tak bleh nak stop selagi tak tahu endingnya.

Ada la baca catatan AA kat bahagian helaian2 terakhir novel ni. dia ada tanya, siapa yg lebih menderita kehilangan anak, Ziyad atau Qisya, jawapannya pembaca la yg sedih sbb kena baca kesedihan kedua2 watak. Memang cerita yg tangkap nangis. Resipi yg terasa hampir sama dgn novelnya sebelum ini, "Bertakhta di Hati" tetapi ada aroma yg berbeza. Pasangan berkahwin yg dipisahkan takdir dan bertemu semula beberapa tahun kemudian, tapi kali ni perpisahan mereka berpunca dari peristiwa anak sulung yg mereka kasih sepenuh hati meninggal dunia kerana satu tragedi di rumah dan kesalahan itu diletak bulat2 atas bahu si isteri.

Tak sangka pulak ni asalnya adalah enovel yg bertajuk "CInta sebatang Pen Oren". So sapa2 yg ada follow enovel ni, boleh la mengetahui cerita lengkapnya melalui novel "Aku Mahu Kamu" nih.

Kisah cinta mereka tidak panjang masa sebelum kawin tu, dan memang berpunca dari sebatang pen oren yg comel. Perkenalan yg bermula dgn perbalahan demi perbalahan dan mula bertukar rentak yg lebih slow setelah Qisya meminta Ziyad berlakon sbg kekasih barunya di hadapan x pakwe dia yg sudah berkahwin tetapi mahu kembali kepada Qisya setelah menyedari dia telah melakukan kesilapan yg besar.

Ziyad bersetuju dgn syarat Qisya kena kuar dating ngan dia sbyk 3 kali.

Itulah permulaan kisah cinta mereka. Qisya dilamar dgn sebatang pen oren dan sebulan kemudian merekalah pasangan suami-isteri yg paling bahagia.

Menjelang usia 2tahun, Faiq mula menunjukkan sikap yg pelik. Qisya yg merupakan suri rumah sepenuh masa, sabar melayan kerenah anaknya. Namun semua tu adalah petanda Faiq akan pergi utk selamanya. Ziyad sgt2 frust dgn kematian Faiq dan menuduh kecuaian Qisya telah membunuh Faiq. Qisya lebih keciwa dgn tuduhan Ziyad dan meminta izin utk pulang ke kampung. Semasa di kampung dia cuba menghubungi Ziyad tetapi dia tidak diendahkan, lalu Firyal dilahirkan tanpa perhatian suami. Demi menebus kesalahan yg dihumban oleh Ziyad, Firyal ditinggalkan bersama Ziyad. Qisya anggap Ziyad lebih pentingkan anak dari dirinya, so dia tinggal kan Firyal sbg pengganti Faiq dan dia tak mau Ziyad dpt kaitkan hubungan dia dengan Firyal. Adus sampai hati Qisya tinggalkan anak dia.

Ziyad mengambil Firyal sbg anak angkat kerana wajah itu mengingatkan dia pada Faiq dan Qisya. Atas rasa syak, dia menjejak Qisya di kampung tetapi Qisya sudah pergi membawa diri.

Kisah mereka yg lebih matang bermula setelah 4 tahun berlalu dan Ziyad akan memastikan Qisya tidak akan pergi lagi. Lagipun rahsia Qisya sudah terbongkar kerana Qisya tak perasan yg ada saksi yg memerhatikan dia meninggalkan Firyal di hadapan rumah Ziyad 3 tahun yg lalu. Kenapa Justin tak pernah bgtau Ziyad langsung perkara itu sbb tu adalah kejadian yg paling penting dlm hidup Ziyad. Rasa mcm kurang logik sikit kat situ.

Sapa rasa nk baca novel tangkap nangis yg happy ending, bleh la baca novel baru ni :). Lepas ni kiter tunggu mininovela penulis ini pulak :D