Tajuk : Ruang Rindu
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Rozita Abdul Wahab
ISBN: 978-983-124-514-9
RASA cinta tidak boleh dipaksa-paksa wujud di dalam hati. Begitulah yang dialami oleh Camelia, seorang gadis tomboi apabila dia ditunangkan oleh emaknya dengan Halil, yang tidak dikenalinya. Demi maruah keluarganya, dia terpaksa meneruskan pertunangan itu.
Suatu hari, Camelia telah dihantar berkursus di Johor Bahru. Tanpa diduga dia bertemu Halil bersama perempuan lain yang mengaku sebagai tunangnya. Pertemuan itu menggembirakan hati Camelia kerana dia telah mempunyai alasan yang kukuh untuk memutuskan pertunangan mereka.
Halil berasa kesal apabila pertunangan mereka diputuskan. Dia nekad untuk membuang perangai playboynya dan memikat hati Camelia semula kerana gadis itu telah terpahat di ruang hatinya. Namun, kemunculan Tuan Amir yang diperkenalkan oleh Camelia sebagai teman lelakinya menghancurkan hati Halil. Berjayakah Halil membuka pintu hati Camelia untuknya atau dia terpaksa berputih mata melihat Camelia bersanding dengan Tuan Amir?
Tajuk : Panggil Aku Najiha
Harga: RM19.90
Halaman: 512
Penulis: Ana Balqis
ISBN: 978-983-124-511-8
Novel kategori Pena Jiwa yang mengenengahkan isu anak tidak bernasab. Garapan dan teknik penulisan Ana Balqis membuatkan kita tertanya-tanya tentang persoalan yang mahu diketengahkan. Namun, pembaca akan menemui jawapannya. Mereka yang meminati novel sastera, inilah pilihan yang anda cari. Terokailah novel ini dengan rasa teruja dan anda akan menemui satu kepuasan di titik akhir…
Catatan Ana Balqis
Panggil Aku Najiha (PAN) cerita tentang kita. Tentang peristiwa yang pernah terjadi di sekitar kita manusia marhaen. Cerita kita yang pernah jatuh kasih kepada seseorang dan tidak berbalas atau kita yang pernah melukakan atau dilukai. Dikhianati, dimusuhi atau mungkin disayang. Dan, juga tentang insan-insan yang mempunyai pandangan yang jauh dan tersendiri.Yang sanggup mengenepikan hal-hal peribadi yang dianggap kecil dan remeh demi menyempurnakan cita-cita dan idealoginya. Dalam PAN tiada watak jahat kecuali kenakalan-kenakalan kecil kerana bagi saya semua manusia baik. Jika ada perbuatan yang agak ‘di luarduga’ itu mungkin disebabkan sesuatu yang menekan mereka. Yang jika diurus dengan baik tentunya boleh dikawal.
Itu juga sebahagian dari sisi-sisi kehidupan, seperti kata Najiha kepada Wan Azmi suatu waktu,hidup bukan medan pertarungan tetapi tempat manusia jadi manusia. Membijaksanakan akal dan diri.” Untuk jadi cerdik pula tidaklah semudah bersiul atau memetik jari. Banyak dugaan dan ujian perlu dilalui agar akal kita tajam menangkap kemungkinan dan tepat membuat keputusan memandangkan hanya keputusan yang tepat sahaja akan menatijahkan kemurnian.
Harga: RM18.00
Halaman: 464
Penulis: Nuriz Aida
ISBN: 978-983-124-508-8
BAGI Irfan, cinta tidak ada lagi di dunia ini sebaik sahaja nyawa Maziah terpisah daripada badan.Pemergian Maziah turut membawa bersama kehidupan lampaunya yang penuh kebahagiaan. Dia mula menjadi lelaki yang tegar menabur cinta kerana hatinya keras menyatakan cinta itu hanya untuk Maziah.
Kemunculan Ilyana yang sarat dengan rahsia telah mengikis keegoan Irfan sedikit demi sedikit. Dia juga sukar mempercayai cinta kerana cinta telah memusnahkan seluruh hidupnya. Kerana dendam, diasanggup lakukan apa sahaja walaupun terpaksa korbankan nyawa.
Fauzan, lelaki durjana yang telah menghitamkan kanvas kehidupan Ilyana. Kemewahan yang dimiliki dijadikan umpan untuk menarik perhatian wanita. Namun, biar berpuluh yang cantik dan jelita datang menagih kasihnya, hanya Ilyana yang ingin diburu.
Fikir Ilyana, baik Irfan atau Fauzan... kedua-duanya harus dijauhi. Dia tidak sanggup membiarkan hati terus berdarah. Berhenti atau berlari, dia akan pastikan tiada siapa bertakhta di jiwa. Biarlah dia sendirimeladeni kesedihan ini!
“Biar jarak dan masa jadi halangan, jika ada jodoh...
kita bertemu semula.”
2 comments:
tumpang tanya
novel pena jiwa maksudnya?
nampak cam best pula novel ke-2 tu
Tahniah untuk semua.
Novel Rozita Abdul Wahab tu memang akak tunggu kemunculanya dah lama sgt
akhirnya muncul juga.
Akak pernah ikut cerita ini diblog Rozita satu masa dulu..
Post a Comment