Tuesday, May 25

Jun 2010-1: Melur Bunga Ivy ~ Nazurah Aishah


ISBN: 978-967-5118-42-5
Harga: RM20.00 (Sem. M'sia)/RM23.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos/pesanan online: RM18.00 (mulai 10 Jun 2010)

Teratai warna merah hati daunnya lebar berbiku, hijau. Ada tempayan besar ditanam seroja berbunga merah jambu. Deretan pasu tirus panjang berisi bunga-bunga kekwa bagai palet-palet warna. Pasu-pasu kecil warna putih dengan juntaian pokok-pokok ivy.


Sebuah impian yang menjadi kenyataan. Seperti ceria lagi warna-warni serta harumnya bunga-bunga di situ, itulah yang dia cuba terapkan dalam hidup ini.

Dia ingin berjaya. Dia ingin bahagia. Dia ingin dihargai.

Pertemuannya dengan Azam membuka ceritera baharu. Azam yang sungguh berazam itu adalah ‘masalah’ baginya. Namun Azam adalah kunci untuk membuka pencarian pada ‘dia’ yang sudah pergi. Sukar untuk dia melupakan ‘dia’, seperti sukarnya dia meletakkan Azam

dalam hatinya.

Namun Attia perlukan ayah, jadi perlukah dia tutup hatinya dengan abaikan kehendak Attia? Atau memilih Azam semata-mata bagi membahagiakan anaknya?

Tetapi... kalau hati sudah tidak cinta, bolehkah hati-hati itu disatukan, Khalida?
* * *

NAZURAH AISHAH menggunakan pendekatan yang berbeza untuk mempersembahkan
Melur Bunga Ivy. Ikuti Khalida untuk belajar menggubah bunga di Loving an Ivy,
sambil ‘sertai’ babak cemas yang penuh emosi di situ.

Sebuah kisah cinta sewangi melur!

3 comments:

Ju'A said...

Naz...tahniah utk novel terbaru..harap2 novel ni x perlu sediakan tisu spt novel2 sblmnya...

kaypo said...

wah naz..akhirnya keluar gak baby ke3 ni....hmhm soalan trivia aku..berapa kotak tisu diperlukan untuk membace cite ni?

syabas my dear...setahun satu. Nanti kita dating ya kat kompleks pkns.

Nazurah Aishah said...

terima kasih kicapians sekalian :)