Tuesday, May 4

Akan Datang Dari Buku Prima

SEANDAINYA KAU ADA
KAMSIAH ABU

RM 19.90
ISBN: 978-967-5489-40-2
480 halaman

Apabila yang diimpikan dan diharapkan tidak menjadi kenyataan walaupun ianya sudah berada di depan mata, Nur Syahirah jadi bagaikan layang-layang putus tali. Nur Syahirah berkelana ke negara yang amat asing baginya kerana membawa hati yang duka lara. Berbekalkan kecekalan hati dan kekuatan semangat yang masih bersisa, Nur Syahirah cuba membina hidup baru di perantauan. Di dalam kehidupan global tanpa sempadan itu, Nur Syahirah bertemu dengan Isaac. Perkenalan di alam cyber telah menjadi realiti kehidupan di alam nyata apabila Isaac menjejaki Nur Syahirah di negara yang berlainan benua itu. Cinta yang luhur membawa Isaac mencari Nur Syahirah, gadis yang dipujanya walaupun belum pernah bertentang mata. Bagaimanapun, Nur Syahirah jadi keliru apabila Iskandar, tiba-tiba muncul antara dia dan Isaac. Amat payah untuk Nur Syahirah menerima cinta Iskandar ataupun Isaac kerana kisah pilu dahulu sentiada membelenggu hidupnya.

Akhirnya, Nur Syahirah mengahwini Iskandar. Namun, kebahagiaan Nur Syahirah disamping suami tercinta diduga lagi. Fazlur, lelaki yang pernah mengecewakannya kembali menagih perhatian Nur Syahirah. Walaupun telah berkahwin dengan wanita pilihannya, Fazlur masih mengharapkan kehadiran Nur Syahirah semula. Nur Syahirah yang merasakan bahawa Fazlur perlu mendapat sokongan dan perhatiannya, telah menyebabkan Iskandar berada dalam keadaan serba salah. Apakah reaksi Iskandar terhadap isterinya itu?

TANPAMU DI SISI

RABIHAH NUR RIDHUAN

RM 19.90

ISBN: 978-967-5489-39-6

464 muka surat

Memang benar cinta itu tidak memerlukan kita bertentang mata. Cukup hanya dengan kata-kata, hati wanita akan tersentuh jua. Begitulah episod cinta Zukhrina Syamimi dan Danish bermula. Cinta yang bermula di alam cyber. Adakah cinta cyber itu lahir daripada kasih nan suci? Tetapi mengapa disebabkan cinta cyber itu Zukhrina Syamimi terpaksa menanggung aib hingga kini? Lebih menyedihkan lagi dia hanya sempat menikmati alam rumah tangga hanya buat seketika apabila Danish meninggalkannya tanpa khabar berita. Adakah dia terlalu percaya dengan kasih suci itu? Mudahnya seorang lelaki menabur janji dan mudah juga mereka pergi. Sedangkan Zukhrina Syamimi terkapai-kapai sendirian setelah ditinggalkan suami dan keluarga. Dalam kepayahan Zukhrina Syamimi cuba bangkit demi sebuah harga diri. Dia tidak mahu terus mengalah pada putaran takdir yang tidak pernah berpihak padanya.

Akhirnya setelah dia berhempas pulas membina kehidupan yang penuh gemilang tiba-tiba lelaki itu hadir semula dalam hidupnya. Menjadi pengemis cinta padanya. Perlukah dia mengalah pada lelaki yang pernah menabur duri dalam setiap langkahnya dahulu? Sedangkan dia tidak mampu lagi untuk mengutip kasih ibu yang jauh tercicir.

No comments: