Wednesday, August 26

Novel Terbaru Dhiya Zafira





Tajuk: Rindu Untuk Dia
Penulis : Dhiya Zafira
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2009


"Dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya"

Blurp...

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.


Gambar dari website alaf 21 :)

10 comments:

Dyea said...

Tahniah Dhiya!!

Hope RUD juga meletop..
thriller jugak yg ni kn.
All the best to u ;)

dhiya zafira said...

salam dyea..


terima kasih..harapan saya juga agar novel ni diterima oleh semua pembaca. Aminn to that..

thriller? ya..ada..cuma mungkin tak sebanyak RBB kot...hmmmm...kena baca dulu ni..hahahah

RinnTis said...

wah, must buy hehe... congrats dhiya zafira :)

Ju'A said...

rinn, dd jgn marah adik baru call dah belikan RUD..hahaha

tahniah dhiya utk RUD and semoga terus berkarya....

dhiya zafira said...

Rinn..

terima kasih..phase debaran sudah bermula menunggu feedback nih...

dhiya zafira said...

Jua...

adik dah belikan..wow..syoknya pantas gitu..thanks ya..

Insyaallah selagi ALLAH memberi keizinan, saya akan terus menulis...

nana abd rahman said...

kak dhiya mcm mane kalo nk beli online?

kaypo said...

lorr..aku skrg naik lrt..bullet train rosak..hahaha..wah Ju'a amik alih takhta ya...hahaha

Dhiya..tahniah...kali ni lagu apa lak ada dalam cite tu?...

dhiya zafira said...

Nana...nanti akak letakkan dalam blog akak ya mcm mana nak beli online..

dhiya zafira said...

kaypo...

terima kasih...lagu dalam buku tu boleh didengar di blog..heheheh

" how can I tell her" by LOBO