Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.
Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.
Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.
Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?
Setiap detik yang berlalu, Atilia dan Naufal terseksa, namun penyeksaan itu tidak akan serupa sama sekali. Atilia dengan kemelut yang melanda diri, bagaikan tiada kesudahan dan Naufal jadi bingung, tertanya-tanya dengan kedinginan isterinya.
Atilia, cintailah abang seperti mana abang mencintai Ati. Atau kalau Ati tak boleh cintailah abang seperti Ati inginkan.
Suri tidak pernah sangka akan mencintai lelaki yang akan menjadi abang iparnya. Hatinya sakit, jiwanya merana. Naufal yang dicintai sepenuh hati memilih Atilia berbanding dia. Namun dia ada Blueberry sebagai pengubat.
Namun, mungkinkah cinta Buleberry juga untuknya? Adakah setiap sajak itu punya makna khas buatnya, atau sekali lagi dia mencintai orang yang salah?
No comments:
Post a Comment