Sunday, August 30

Terbaru dari KarnaDya

Tajuk : Dimensi Cinta
Penulis : Nora Fuad

Sinopsis:

Sukar membayangkan dengan mata kasar bagaimana akrabnya dan unik nilai persahabatan antara Lukhman Hakim dan Zaid Harith yang terbina sejak kecil. Mempunyai hampir segalanya yang diperlukan untuk hidup mewah dalam zaman milenium ini, kedua-duanya hanya perlu mencari cinta bagi melengkapkan jiwa Adam mereka.

Zaid Harith terlebih dahulu bertemu Nur Suraya, lalu jatuh cinta. Nilai cinta Zaid ada pada VilaCinta impiannya. Lukhman sebaliknya menyimpan hati denganNur Suraya ketika kali pertama bertemu sebelum diperkenalkan oleh Zaid secara rasmi. Kedua-dua rakan baik itu jatuh cinta kepada gadis cantik bernamaNur Suraya itu. Gadis itu kebingungan dalam meletakkan tanda dalam hubungan mereka. Dia menjadi keliru dalam menentukan pilihan hatinya.

Siapakah pilihan Nur Suraya? Adakah Lukhman? Atau Zaid? Atau Taufik, kekasih lamanya? Apa ada pada cinta? Cukupkah sekadar bertukar cahaya ‘alfa’? Adakah cinta perlu diberi tanda? Pilihan antara hubungan saudara dan cinta sukar dipilih, seperti kata pepatah, ditelan pahit, dibuang sayang.


Wednesday, August 26

Program Jualan Buku @ PNM Edisi Merdeka 52 Tahun


Program Jualan Buku @ PNM
Edisi Merdeka 52 Tahun

Tarikh: 29 - 30 Ogos 2009
(Sabtu & Ahad)
Masa: 10.00 pagi - 4.00 petang
Lokasi: Perpustakaan Negara Malaysia
Program Menarik:
1. Jualan Buku
2. Jualan buku terbitan PNM
3. Kempen Keahlian PNM
4. Kempen Kelab Membaca Sinar Pintar
5. Tayangan Wayang Patriotik
6. Pertukaran Buku
7. Buku Untuk Anda
8. Demonstrasi Seni Khat/Kaligrafi
9. Pemuliharaan Buku
10. Pameran Buku Kemerdekaan
Semua dijemput hadir

Novel Terbaru Dhiya Zafira





Tajuk: Rindu Untuk Dia
Penulis : Dhiya Zafira
Penerbit Alaf 21 Sdn. Bhd
Cetakan Pertama: 2009


"Dalam hatiku ada ingatan yang tak pernah mati terhadapnya"

Blurp...

Amie Najla' nekad melarikan diri seminggu sebelum perkahwinannya. Tiada niatpun di hatinya untuk memungkiri janji, namun keadaan yang memaksa. Dia tidak sanggup melihat mahligai yang ingin di bina musnah jika Jad Imran tahu apa yang terjadi pada dirinya. Kerana itu dia rela dituduh sebagai pembohong.

Lima tahun berada di luar negara, rupa-rupanya tidak pernah memadamkan ingatannya terhadap Jad. Rindu yang terlalu terhadap lelaki itu telah membawa Amie kembali ke tanah air. Namun, kepulangananya ternyata satu kesilapan. Seseorang menantinya dengan seribu dendam. Dendam yang mahu dia kekal menderita sampai ke hujung nyawa.

Dalam kelelahan melenyapkan memori hitam itu, takdir ALLAH berpihak kepada Amie. Di sisi Jad, dia kembali menemui harapan. Namun, lorong-lorong bahagia yang direntasi sering terhalang. Malah, cinta yang mereka pertahankan itu mengorbankan satu nyawa.


Gambar dari website alaf 21 :)

Tuesday, August 25

Akan Datang dari Qaseh Qaisara


Tajuk: Dengan Sepenuh Hati
Penulis: Qaseh Qaisara
Terbitan Fajar Pakeer
Cetakan pertama 2009
"Sekali jatuh cinta, selamanya kekal cinta"


Ashiqah sukakan Fahmy, seorang pelajar tingkatan enam. Lantas sepucuk surat berwarna merah jambu berpindah tangan. Namun surat itu jugalah buat Ashiqah tidak serupa orang buat beberapa ketika. Kerana tidak serupa orang itu, akhirnya Ashiqah terlibat dengan satu insiden. Dia terlanggar Harris, pelajar tingkatan lima yang juga merupakan adik tiri Fahmy.



Episod perlanggaran itu buat Harris mula terkenang-kenang akan Ashiqah. Membawa pula pertemuan kepada surat berwarna merah jambu di bilik Fahmy. Harris menggunakan surat merah jambu sebagai alasan untuk mengusik Ashiqah dan akhirnya mereka mula menjadi sahabat yang paling akrab.



Persahabatan yang bermula dari zaman persekolahan, membuahkan rasa cinta namun cinta itu hanya kekal menjadi sebutan dalam hati kerana setia kepada persahabatan, sehinggalah Fahmy muncul semula. Ashiqah yang tidak pernah dipandang awalnya, mula mencuri perhatian Fahmy sekali gus menggugat kasih Harris terhadap Ashiqah.



Sebenar-benarnya, siapakah yang paling layak, menerima cinta Ashiqah? Siapa pula mahu Ashiqah dengan sepenuh hati

Friday, August 21

Kaki Novel untuk September


Tajuk : Qantan Biru Langit
Penulis : Muliati Abdul
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM16 (Sem. Msia) & RM19 Sabah/Swak)
"Aku takkan pernah lelah menunggu lelaki terbaik Malaysia hadir di dalam hidupku"

Blurb :


Qantan Biru Langit hanyalah seorang gadis biasa namun dia berjaya mencuri pandang tiga orang lelaki yang berada di sekelilingnya iaitu Razif Khusaini, Khalid Zhafran dan Rafael Vivarte.

Sekental mana jiwa Qantan mengharungi kehidupannya, hatinya masih percaya bahawa suatu hari nanti dia akan ketemu dengan lelaki terbaik Malaysia yang bakal menjadi raja dalam hidupnya.Siapakah lelaki tersebut? Adakah pilot cabuk yang pernah ditunangkan dengannya sewaktu kecil bakal menemani hidupnya yang sunyi, atau juga Khalid Zhafran, pemain tenis terbaik dunia yang juga sahabat karibnya atau mungkin juga Rafael yang seakan-akan mencuri pandang dari jauh untuk bertamu di laman hati Qantan.

Dapatkannya di pasaran mulai September ini untuk mengetahui siapakah lelaki terbaik Malaysia yang menjadi pilihan hati Qantan Biru Langit.


Tajuk : Siapakah di hatiku
Penulis : Adilla Tasha
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM 18 (Sem. Msia) & RM21 ( Sabah/Sarawak)
"Ingin bertanya pada hati, bibir berat berbicara... siapa yang bertakhta di hati? Hanya dia..."

Kata orang cemburu itu tandanya sayang dan boleh menguji sejauh mana perasaan cinta pada kita.. Tetapi kadangkala cemburu itu membuat diri menjadi tak tentu hala.

Perhubungan kasih yang cuba di hulurkan Tuan Megat membuat Miera dalam dilema. Hatinya masih menunggu kehadiran Haikal iaitu cinta pertamanya. Kehilangan Haikal bertahun lamanya tanpa khabar berita membuat Miera tertanya-tanya. Apa salahnya? Dalam masa yang sama sikap Tuan Megat yang sentiasa memburu cintanya meletakkan dia di persimpangan. Seperti janji Tuhan, setiap makhluknya tidak sempurna semuanya. Begitu juga dengan Tuan Megat. Dalam keperibadian yang terjaga masih ada kecacatannya. Demi keluarga, Miera menerima Tuan Megat dengan bersyarat dan cuba memberi ruang untuk mengenali lelaki itu. Tetapi tidak semuanya indah belaka. Panas yang diharapkan gerimis gugur juga. Kehadiran teman lamanya Jay Jay yang lebih bersikap tomboy dan kemunculan Haikal mencabar keegoaan Tuan Megat.

Siapakah yang dapat mengetuk pintu hati Miera hanya beliau sahaja yang tahu. Adakah Haikal kembali merebut takhta dan Tuan Megat menjeruk rasa? Dapatkah Tuan Megat memenuhi syarat yang ditetapkan dan bagaimana pula perhubungan Miera dengan teman karibnya. Perlukah Miera berkorban lagi untuk senyuman orang lain dan gerimis masih meniti bibir hatinya.

Thursday, August 20

Selamat Menyambut Ramadhan



Buat semua pengunjung blog, penulis, penerbit n ulat2 buku
Selamat menyambut ramadhan
dan selamat menjalani ibadah puasa.
Semoga ramadhan kali ni memberikan kita lebih keberkatan.
Ameen.

dari kami

***GengKicap***


Coming Soon Dari PTS: Lukisan Jiwa


Tajuk: Lukisan Jiwa
Penulis: Madihah Adam
Harga: RM17.00
Sabah Sarawak : RM19.00
Isbn: 978-983-3892-49-5; 9789833892495
Tarikh Terbit: 9 September 2009 ;
392 mukasurat
Penerbit PTS Litera


Nur Cahaya mahu melukis jiwa dengan sederhana, namun manis. Namun hal yang sederhana itu, tidak mudah untuk melakukan semua itu pada saat hidupnya didatangkan ujian hidup yang mencurah bagaikan hujan.Nur Cahaya tahu, selepas hujan, pasti Tuhan mendatangkan pelangi, namun, hujan itu tetap juga sampai ke petang. Lalu, mampukah Nur Cahaya terus menunggu, hingga hujan berhenti, ataupun tetap melukis jiwanya dalam hujan yang tidak kunjung reda.


Nur Cahaya, gadis cekal, mewarnai hidupnya dengan lukisan kanvas dalam jiwa. Menyendiri dalam mengenali kasih sayang bersama atuknya. Namun ayahnya yang dikasihi dipenjarakan kerana tuduhan mengedar ganja. Atuknya yang buta hilang kerana perebutan harta oleh ibu tirinya. Cahaya mengecapi amarah dan herdik ibu tiri, namun nasihat dan azimat atuk menjadi kekuatan. Cahaya mencipta warna warni bersama persahabatan dan dunia lukisannya. Tuhan sentiasa menguji seorang insan


Hidupnya diwarnai kembali dengan kehadiran seorang lelaki misteri yang membantunya mengenali rasa cinta dan kasih sayang kepada Ilahi. Perkahwinan muda menguji rumahtangga. Cahaya dan Shafi’e membuktikan kesederhanaan adalah kebahagiaan. Allah memberikan dugaan…., ibu Shafi’e lantas menjadi penghalang mencipta restu. Keteguhan, keyakinan, dan hidup bermatlamat Tuhan menjadi dorongan Shafi’e kepada Cahaya. Cahaya sentiasa diuji, sehingga dia menjadi isteri yang mengetahui maut suami sendiri. Benih di alam rahim memberi bahagia, namun dia sedar, Allah lebih menyayangi Shafi’e...


Mampukah Cahaya mencipta bahagia? Mampukah Cahaya bersama puteri kesayangannya meneruskan hidup dengan dibayangi cinta suaminya? Aizul, lelaki yang menagih kembali hatinya…..Dia reda meski kenangan bersama suami menjadi kekuatan. Kepada Tuhan dirinya berserah...

Kemilau Mutiara Raudhah

Tajuk : Kemilau Mutiara Raudhah
Penulis : Saidatul Saffaa
Penerbit : Jemari Seni
Harga: RM22.00 (Sem. M'sia), RM25.00 (Sabah/Sarawak)
Harga pembelian melalui pos: RM20.00 (mulai 4 Sep 2009)


biar setinggi mana langit digapai, sedalam mana bumi digali, takkan kau temui cinta hakiki, kerana cinta itu letaknya di hati seorang abdi

Kerana pasir, terbentuknya mutiara. Kerana tanah, lahirnya manusia. Ini sebuah kisah kembara di atas bumi Tuhan.
Kembara hati dalam jiwa hamba. Kembara daripada hina kepada mulia. Ini kisah kembara hidup.
Kembara dia mencari mutiara cinta di laut dalam, dan kembara mereka menemui cinta Dia di langit nan tinggi.

Kata Raudhah, dia punya sejarah jahiliah tersendiri.
Katanya pula, Raudhah ibarat bidadari yang turun dari langit untuk menyebarkan keindahannya.
Lalu kata mereka,langit kawannya bumi laut pasangannya pantaisiang temannya malam petang sahabatnya pagi isteri pula pendampingnya suami
Bukankah kita diciptakan berbeza untuk saling melengkapi, lantas nikmat Tuhan yang mana lagi mahu didustakan?
* * * *
Sebuah kisah cinta indah titipan daripada-Nya, tersusun tertib dalam Kemilau Mutiara Raudhah hasil kreatif seorang pelajar perubatan SAIDATUL SAFFAA.

Wednesday, August 19

Akan Datang Dari Fajar Parker



Dia pernah jatuh cinta, malangnya cinta itu hanya kasih bersaudara. Ditutup pintu hati untuk insan yang bernama lelaki. Bukan dia berputus asa dan bukan jua ingin menolak takdir daripada Ilahi. Tetapi yang paling ditakuti adalah rasa kecewa.

Namun, pintu hatinya diketuk jua tatkala jejaka bernama Ghazi Harith Idhar, mengetarkan jiwanya. Sikap ambil berat dan huluran cinta yang benar-benar ikhlas membuai perasaan Zureen sehingga mereka membawa langkah ke jenjang pelamin.

Kasih itu teruji lagi bilamana suami yang dikasihi tidak hadir di hari persandingan. Lelaki itu juga terus hilang daripada pandangan mata. Bagaikan hilang sebahagian nyawanya, Zureen keresahan dan sinaran hidupnya sudah tidak berseri lagi. Akhirnya, di mahkamah jua mereka bertemu.


Tapi… mengapakah lelaki itu langsung tidak mengenalinya? Benarkah lelaki itu tidak mencintainya lagi?

Setiap detik yang berlalu, Atilia dan Naufal terseksa, namun penyeksaan itu tidak akan serupa sama sekali. Atilia dengan kemelut yang melanda diri, bagaikan tiada kesudahan dan Naufal jadi bingung, tertanya-tanya dengan kedinginan isterinya.

Atilia, cintailah abang seperti mana abang mencintai Ati. Atau kalau Ati tak boleh cintailah abang seperti Ati inginkan.

Suri tidak pernah sangka akan mencintai lelaki yang akan menjadi abang iparnya. Hatinya sakit, jiwanya merana. Naufal yang dicintai sepenuh hati memilih Atilia berbanding dia. Namun dia ada Blueberry sebagai pengubat.

Namun, mungkinkah cinta Buleberry juga untuknya? Adakah setiap sajak itu punya makna khas buatnya, atau sekali lagi dia mencintai orang yang salah?

Tuesday, August 18

Review Ombak Bukan Biru by Fatimah Busu


Ombak Bukan Biru
Penulis: Fatimah Busu
Terbitan Semula: Pekan Ilmu Publications
Cetakan pertama 1977
Diulang Cetak 2008
RM18.90
isbn: 9789675106156
374 mukasurat

"Novel merentas Dekad"

Karya klasik yang cukup popular. Tak sangka pulak aku berjaya dpt dan membaca nya. Thanks to Pekan Ilmu Publications kerana menerbitkan semula karya ni yg asalnya diterbitkan pada tahun 1977 oleh Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Ada jugak terbaca di beberapa ruangan yg menyatakan hasrat utk memiliki novel lama ini. Bagi yg tercari-cari, boleh la dah dapatkan di pasaran. Saya dapat copy ni dari kedai buku yg kat Pertama complex tu.

Memang novel ini telah merentas dekad tapi ceritanya tidak terasa lama atau ketinggalan zaman. Kemodenan 70-an dan kekampungan org melayu 70-an masih ada juga yg mirip dengan zaman sekarang ini. Tidak terasa seperti zaman itu ketinggalan. Tapi part Imrah kena blasah teruk ngan bapak dia sbb kawin dengan Joe tu memang sadis la. Sian dia. Tapi nak buat macam mana, Imrah pilih selasih dan bukannya nasi lemak dan buah bidara. huhu...

Imrah, seorg guru muda yg cintakan Yamin, namun Yamin mencalarkan cintanya apabila keluar dengan Rubiah. Imrah mengaku dia typikal dan cemburu benar. Lalu Yamin dihumban ke longkang walau Yamin telah merayap keluar dari longkang dan merayu cintanya.

Perkenalan dengan cik Celine menerbangkan dia ke Pulau Pinang dan ke dakapan kasih Joe Lawrence. Imrah dikuasai cinta sehingga minda dan tubuhnya sakit apabila Joe tiada di sisi. Dia terlalu taksub dgn cinta Joe sehingga semuanya sanggup ditinggalkan.


Joe sanggup mengorbankan agamanya utk menjadi halal buat Imrah, namun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga Imrah. Imrah yg paling dikasihi telah menconteng arang ke muka keluarga terhormat apabila bercinta kasih dgn lelaki kristian. Imrah dihumban, Imrah dibalun, Imrah dicerca. Kini Imrah cuma ada Joe. Onar Imrah telah mencabut nyawa ayahnya. Dia kembali dan cuba menyulam Joe ke dalam keluarganya namun kakaknya yg mulut lazer sentiasa mencerca dan berprasangka buruk.

Kesian.

Endingnya seperti tergantung tapi terasa adil pulak pada Imrah kerana menurut kata hati yg jatuh kasih pada Joe. Setelah membuang keluarga, dia kehilangan Joe dan paling sedih, dia kehilangan Shahril yg menjadi penawar duka. Namun, Imrah adalah seorang wanita yg tidak jemu membina harapan, membina impian, membuat kita pun terfikir impiannya mungkin jadi nyata kerana Joe masih ada, cuma bukan di sini.


sure fine whatever
rinn

sinopsis blakang buku:

Imrah bangkit berdiri dlm satu pertembungan antara tradisi lama dan tradisi baru. Sebelah kaki Imrah masih dlm lingkungan tradisi kampung yg bersih dari pengaruh-pengaruh luar dan penuh dengan amalan adat resm org2 tua, tetapi dgn menggunakan kekuatan yg luar biasa, Imrah cuba menjangkau kehidupan kekinian yg diamalkan dikota-kota yg telah diresapi oleh unsur2 luar dgn kakinya yg sebelah lagi. Jatuh bangun Imrah, kegagalan dan kejayaan Imrah utk mencantumkan 2 impian kehidupan yg bercanggah ini adalah ombak2 yg menghakiskan kehidupan remaja dan mematangkan dirinya. Lalu dengan rasa penuh sedar akan tanggungjawab satu kewujudan seorg perempuan, dia memulakan perjalanan baru yg bertolak dari satu soalan, 'Di manakah penyudahnya hidup seorg perempuan?'


Majlis Berbuka Puasa PTS - MPH

utk sesiapa yg berminat..



tq cik din for the infor. err.. tapi kmk segan la haha.

Saturday, August 15

Terbaru dari CESB


Tajuk : Biarkan Saja
Penulis : Annur Puteri
Penerbit : CESB
Harga : RM28.90

Hidup Alunie tidak pernah terlepas daripada menjadi bayang-bayang kepada darah dagingnya sendiri. Darah daging yang sudah terpisah jauh kemesraannya walaupun begitu dekat pertalian roh and jasadnya. Sejauh manapun dia berlari , bayang-bayang it sentiasa mendekatinya.

Namun, demi junjungan kasih yang tidak terhingga, kali ini dia rela. Rela dalam terpaksa. Dalam tangis, dalam sendu dia tersenyum. mengharungi hari-hari mendatang dengan luka terpendam. Siapa menduga, di sebalik duk aitu tersimpan seribu kebahagiaan, sungguhpun terpaksa mengharungi sejuta kepayahan.


Tajuk : Novella Cinta
Penulis : Jessy Mojuru
Penerbit : CESB
Harga : RM36.90

Terlalu lama diri ini menanti. Rawan hati ini tiada siapa peduli. Rajukku, senduku tak pernah kau mengerti. Perlukah kesetiaan ini dinoktahkan pada yang sudi, sedangkan sudah bertahun aku semai rasa itu. Kubajai ia, kusirami dengan keikhlasan dan ketulusan hati. Walaupun tahu daun-daunnya tetap berguguran seiring usia kita yang kian bercambah.

Dan jiwa kian gerhana, harapan hancur berderai pabila kau sah menjadi miliknya. Namun hati ini tetap di sini. Tidak tergugat walaupun seinci. Sesekali tiupan angin samudera, cuba meranapkan sekeping hati yang utuh milikmu. Percayalah sayang rindu ini dan kesetiaanku tetap milikmu. Setia menanti!



Friday, August 14

Review: Diusik Sayang by Siti Zabeha Ibrahim




Tajuk Diusik Sayang
Penulis: Siti Zabeha Ibrahim
Terbitan Creative Enterprise
Cetakan Pertama 2005
Harga: RM25.90
582 mukasurat
isbn: 9789838936194

"Bukan sekadar memandang, menyebut namamu pun aku tak mampu, terderanya aku kerana mencintaimu..."

Dah beberapa bulan jugak aku dok hunting buku ni tapi tak dapat2.. akhirnya bertemu jua... :) Bagi aku kisah ini menghiburkan dan interesting walaupun pelik perempuan jadi driver peribadi tapi logiknya ada apabila majikannya adalah pasangan suami isteri yg sudah berusia yg kesunyian di rumah besar, manakala si gadis adalah graduan menganggur (yg merahsiakan kelayakannya yg sebenar) yg merindui atuk dan neneknya yg telah meninggal dunia. Dia seperti mendapat semula kasih sayang yg pernah hilang dari hidupnya.


Hafizi adalah jenis lelaki yang tinggi egonya. Dia cuba mendapatkan perhatian Ain dgn cara membuli gadis itu. Kalau tak hidupnya seperti tak aman. Dia rasa tercabar bila ibu bapanya sendiri mengatakan belum tentu org sebaik Ain nakkan lelaki yg ntah apa2 mcm Hafizi tu. Hafizi ni jenis perasan yg dia dah cukup baik dan dah cukup ensem (memang hensem pun).


Ain ternyata mempunyai persamaan dgn makcik dia yg tak kawin2 tu, sering mengalah apabila mulai menyukai seseorang. contoh macam biler dia dah syok kat sorang mamat ni, dia akan mengalah biler tau ada orang lain syok kat mamat tu jugak.


Siti Zabeha Ibrahim mempunyai daya tarikan tersendiri dalam bercerita dan menjadikan kisahnya menarik dan mendebarkan, tambah2 biler secara tak disangka-sangka Ain terpaksa bertunang dgn orang lain dan org itu bukannya Hafizi! Walaupun geram dgn Hafizi, terasa frust ar jugak :) tapi itu semua mainan emosi dari penulis dan ternyata endingnya membuatkan Ain terpinga-pinga tapi kita yg tersenyum suka.

Mengisahkan Ain, seorg graduan menganggur. Dia sudah puas berusaha mencari kerja namun akhirnya gagal.Akhirnya dia menjadi pemandu kepada Haji Sabiran & Hajah Aisyah yg kesunyian, anak-anak mereka sudah dewasa dan hidup sendiri. Ain berasa seperti mendapat kasih atuk dan neneknya semula bila berada di samping pasangan ini. Sesuatu yg teramat dirinduinya. Namun kepulangan Hafizi, anak bongsu pasangan ini membuat Ain tidak selesa. Hafizi terlalu menguji kesabarannya tetapi demi Haji Sabiran dan Hajah Aisyah, Ain tabah meneruskan kerjanya.

Mak ngan ayah Fizi memang selalu dok warning jgn keterlaluan sangat menyakat Ain kerana tak mungkin org sebaik Ain nakkan Fizi tu walaupun diorang offer. Fizi seperti tersinggung tapi hatinya terpaut dgn gadis hitam manis itu.

Bagaimana nak menarik semula perhatian gadis yg selalu disindirnya sedangkan gadis itu terpelajar bukannya seperti anggapannya sebelum ini. Sian Ain kena buli sampai kena jadi goalkeeper bola sepak! hehe.

Sedih betul masa part Ain terpaksa menggantikan kakaknya utk majlis pertunangan. Ain ni membesar dgn atuk dan neneknya, so dia agak terasing dari family sendiri. Abg ngan kakaknya mcm tak puas hati dgn Ain yg rapat dengan atuk dan nenek sedangkan Ain sudah terlalu byk berkorban utk family nya. Hingga bila masa nak bertunang tu semua macam memaksa dia demi maruah keluarga, tak seorg pun memikirkan perasaannya.. sedih la. Sian Ain. Kakak dia macam sengaja nak kenakan Ain.

Tersenyum senyum jgk mengenangkan pak aji ngan mak aji dok pasang plan nak bagi jadi jugak Ain ngan Fizi tu. Tetiba Fizi jadi berani dan ajak Ain kawin, tapi Ain keberatan kerana merasakan dia tidak cukup cantik utk lelaki sehandsome Fizi. Atas alasan itu jugak lah sebelum2 ni Ain melepaskan lelaki2 dlm hidupnya utk org lain. Fizi terlalu bersungguh-sungguh dan Ain mula meletakkan beberapa syarat maka termeterailah Janji Pinang Merah. huhu.. buat perjanjian pulak.. uish teringat pulak subjek sejarah yg ada Perjanjian Pangkor tu. haha.

sure fine whatever


rinn





Sinopsis belakang buku:

Salahkah aku meletakkan hati ini pada tempat yang tinggi? Memasang impian... membina harapan yg muluk-muluk... bercanda bersama-sama angan angan yg membahagiakan, antara kasih dan sayang, demimu insan yg teristimewa. Hanya utk kau dan aku. Kita berdua selamanya... Dan kerana semua itu, Hafizi meletakkan hatinya di sisi Farahim utk digandingkan bersama, utk dijadikan permaisuri hidupnya. Namun Hafizi bagai lupa, 'penderaan mental'nya selama ini telah membekukan hati seorang Farahin yg dahulunya pernah berdarah.

Diasak saban waktu dgn kerenah-kerenah yg melemaskan, cemburu yg tidak masuk dek akal... Hafizi sebenarnya cuba mencari istimewa si gadis manis. Sedang Farahin pula kian bungkam dan gerah berhadapan dgn konfrontasi yg tidak pernah sudah. Kerana merasa kasih insan terbuang... Farahin meminggir bersa rajuk yg panjang. Dan rasa cinta ini Hafizi bawa terbang jauh di bumi asing dgn harapan akan diarak pulang cintanya yg satu ini.

Jadual Penulis Fajar Pakeer Di KLCC


Tarikh: 22 - 31 Ogos 2009
Masa: 10.00 pagi - 10.00 malam
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC)

Temui penulis Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris & Rehal Nuharis
Tarikh: 23 Ogos 2009
Masa: 2.00 - 2.45 petang

Thursday, August 13

KLCC: Bookfest @ Malaysia 2009


PESTA BUKU: BookFest @ Malaysia
Tarikh: 22 Ogos 2009 hingga 31 Ogos 2009
Tempat: Kuala Lumpur Convention Centre
Entrance Fee: RM2.00
.
Hoho pestabuku di bulan puasa. Untuk menghilangkan rasa nak makan di bulan puasa tu, bleh aar gi ushar buku2 kat bookfest ni. Di website Fajar Pakeer sudah disenaraikan penulis-penulisnya yg akan buat appearance pada bookfest ini.
.
23 Ogos 2009 (Ahad)
Penulis-penulis Fajar Pakeer: Eny Ryhanna, Bikash Nur Idris, Rehal Nuharis
Masa: 2.00 - 2.45 petang
.
nilah bookfest yg dikatakan terbesar di Asia Tenggara. Saya tak penah lagi pi pesta buku yg kat KLCC nih... rasa macam nak gi jengah. Ada geng yg gi tak? :)
.
click gambar utk ke website rasmi Bookfest @ Malaysia

Akan Terbit: Novel Baru PTS

Dari Website PTS



Tajuk: Doa Insan Berkasih
RM 19.50 / RM 21.50 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-44-0; 9789833892440
Tarikh Terbit: 31 August 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 592 halaman

"Membaca novel ini adalah membaca peristiwa watak-watak yang bercerita, yang kadang-kadang lunak membelai, kadang-kdang resah bertingkah"-Pyanhabib



Siti Musalmah, selepas kematian ibu, dia tetap menyandang pesan dan nasihat ibunya bagi kemakmuran diri. Lalu dengan hanya kemampuan membaca kitab, dia berhijrah ke kota bagi mencari bahagia, juga bagi menemui Hamzah, lelaki yang mengajarnya mengenal huruf. Di kota, ujian baru datang bertimpa-timpa. Apatah lagi pada saat dia berjaya menemui Hamzah, hanya untuk mengetahui, dia terbenam dalam masalah yang lebih berat, menyinggung hati dan kasih. Lalu hanya kepada Tuhan dia memohon, dia berdoa.

Rentetan kejayaan novel pertama beliau Seteguh Fikrah Solehah, Aminah Mokhtar terus diberi peluang menulis novel seterusnya bagi meletakkan nama beliau setaraf novelis terkenal industri buku. Hadirnya Doa Insan Berkasih memaparkan penghayatan dan pengabdian cinta dalam keluruhan dan keindahan Iman. Siti Musalmah gadis luhur budi, naif, hanya belajar membaca kitab, menjalani kehidupan yang tidak surut-surut ujiannya. Dua hari selepas emaknya meninggal, dia dipujuk Mak Piah menjadi orang gaji di Johor Baharu kerana Esah yang pulang ke kampung menggunakan wang untuk mengambilnya bekerja di rumah Tuan Malik. Sebelum berangkat dia ingin sekali bertemu Hamzah yang mengajarnya mengenali huruf sehingga berjaya menjadi pencinta buku-buku pelajaran. Tetapi Hamzah dipujuk ibunya Mak Intan untuk ke Kota Tinggi menguruskan ladang yang baru dibeli.


Siti Musalmah yang pasrah berkenaan ketentuan Allah, membawa kehidupan luhur gadis Islam yang rajin berpuasa sunat, mengkhatamkan Al-Quran setiap tiga bulan dan bersolat malam di rumah Tuan Malik. Tingkah lakunya menjadi kebencian anak gadis Tuan Malik, Zur Haleza yang lebih sukakan hidup berfoya-foya daripada menatap buku-buku pelajaran. Siti Muslamah mengutip buku-buku Zur Haleza dan berazam menduduki peperiksaan demi peperiksaan demi menunaikan janjinya pada Hamzah, untuk menjadi insan yang cemerlang dunia dan akhirat. Tuan Malik yang mabuk, semasa Siti Musalmah sedang membaca Al-Quran dan selesai solat malam. Tuan Malik terpesona melihat kejelitaannya malam itu dan mahu memperkosanya, tetapi diselamatkan oleh penyakit strok yang tiba-tiba menyerang pemuja arak itu. Dia meninggal pada malam kejadian dan Siti Musalmah melarikan diri ke madrasah yang selalu dibawa Mak Limah belajar Fardu Ain.


Kekosongan jiwa Azri Farouk yang mula terisi dengan keluruhan budi seorang gadis yang melafazkan kalimah al-Quran di banglo mewahnya, rasa kosong kembali apabila Siti Musalmah hilang dari banglo mewahnya. Azri Farouk rasa tertekan dan kehilangan yang amat sangat. Harapannya supaya Siti Musalmah dapat membimbingnya hancur berkecai. Dia semakin tertekan apabila tidak tahu membaca surah Yasin mengiringi jenazah Tuan Malik dan bertambah tertekan apabila Tuan Malik meninggalkan banyak hutang sehingga rumah dan kereta tergadai. Azri Farouk ikut Mak Limah pulang ke Felda dan berusaha mencari Siti Musalmah. Dia berjanji pada dirinya akan menjadi insan semulia Siti Musalmah demi mempertahankan cintanya pada gadis mulia dan luhur itu.Menanti Siti Musalmah yang tidak pulang-pulang, Hamzah berpindah ke Mersing dan berjaya membina empayar perniagaan. Dia mencari Siti Musalmah di Johor Bahru. Sayangnya Siti Musalmah membawa dukanya pulang ke kampung Nelayan dan bercita-cita mahu menjadi peraih ikan. Dia berhasrat mahu berbincang dengan Hamzah tetapi Mak Su Senah memujuknya supaya lupakan Hamzah kerana Mak Intan sudah pun menetapkan hari pernikahan Hamzah.


Siti Musalmah pasrah dengan ketentuan Allah dan semakin mendekatkan dirinya kepada Allah supaya dapat melupakan Hamzah. Ketegasan sepupunya Salamiah berjaya membantunya membuka gerai-gerai di sepanjang pantai untuk menjadi peraih ikan. Usahanya mendapat tentangan lintah-lintah darat. Berkat sabar dan rajin berusaha akhirnya Siti Musalmah berjaya membuka Kampung Nelayan Sdn. Bhd. Menjadi usahawan berasaskan produk laut dan berjaya membangunkan ekonomi kampung nelayan.


Zamani berusaha mendapatkan cinta Siti Musalmah, gadis tercantik di kampung Nelayan. Gagal cara baik, difitnahkan sudah hanyut seperti Esah semasa tinggal di Johor Bahru. Salamiah pertahankan Siti Musalmah dan berjaya menghalau Zamani keluar dari Kempung Nelayan.Hari pernikahan semakin dekat, Hamzah bermunajat kepada Allah, semoga mudahkan pertemuannya dengan Siti Musalmah. Zahari, rakan kongsi dan sahabat baiknya bertemu Salamiah di kongres usahawan di Johor Baharu. Pertemuan itu memberi harapan pada Hamzah yang Allah akan pertemukan cintanya yang luhur itu.


Zur Haleza yang kehilangan kekasihnya Encik Pilus hilang hampir gila apabila kandungannya semakin besar. Banglo mewah tergadai. Dia berhasrat mahu mencari Siti Musalmah. Dia tiba-tiba menjadi rindu pada suara membaca Al-Quran yang sayup-sayup terdengar setiap kali dia pulang ke rumah pada waktu subuh.Hamzah pujuk Mak Intan lupakan hasratnya untuk menjodohkannya dengan Nur Marhani dan berkata yang dalam hatinya yang ada hanya Siti Musalmah. Mak Intan semakin marah, sakit hati dan tertekan. Dia ke kampung Nelayan dan terkejut melihat perubahan yang begitu ketara. Dia menuduh Hamzah curahkan hartanya pada Siti Musalmah. Dia menyerang Siti Musalmah dan sanggup bayar berapa sahaja asalkan Siti Musalmah mahu lepaskan Hamzah. Salamiah yang panas baran, sakit hati dan marahkan Mak Intan yang dirasakan begitu kurang ajar menghina adik sepupunya dan seluruh orang kampung Nelayan. Demi menjaga hati semua, Siti Musalmah berjanji akan lupakan Hamzah dan menerima Azri Farouk. Salamiah menentang, dia tidak mahu Siti Musalmah kecewa. Dia pujuk Zahari bawa Hamzah ke kampung Nelayan dan pertemukan dua hati yang saling mencintai tetapi diuji dengan pelbagai ujian hidup.Dengan doa-doa yang sering mereka pohonkan setiap kali hati dilanda ingatan yang pilu dan terseksa, akhirnya doa tulus mereka diperkenankan Allah. Cinta jadikan dua insan itu semakin hebat memajukan diri, menjadi insan semakin hebat beribadat dan semakin dekat menyerahkan diri kepada Yang Maha Pencipta.


Aminah Mokhtar menyatakan. "Susur galur insan-insan yang diuji Allah dengan ketulusan rasa cinta dalam Doa Insan Berkasih. Mereka yakin dan teguh hati menerima setiap ujian dan percaya yang ujian itu ada hikmahnya. Cinta jadikan mereka semakin hebat menjadi khalifah di muka bumi Allah dan menjadi Insan yang semakin dekat dengan Allah.’


"Sebuah novel motivasi memperhebatkan diri mengikut landasan iman, novel percintaan antara insan yang tulus dan kecintaan kepada Allah yang ikhlas dan tawaduk," tambah beliau lagi.


-----------------------






Tajuk: Munajat Cinta 2
Penulis: Taufiqurrahman al-Azizy
Penerbit: PTS Litera Sdn Bhd
RM 16 / RM 18 (Sabah & Sarawak),
978-983-3892-47-1; 9789833892471
Tarikh Terbit: 1 September 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 344 halaman


"Cinta kalau bertunjangkan agama akan membuahkan kebahagiaan walau pahit di mata dunia. Usaha Taufiqqurahman al-Azizy menulis tentang cinta menurut perspektif agam perlu dipuji." - Imaen, novelis Gurindam Jiwa, Vendetta dan Labyrinth


Munajat Cinta 2:


Ruwayda melaju pada sebuah titik pencarian yang begitu me-rindukan kedamaian, ketenangan, kepasrahan, dan kebahagiaan dalam hidupnya, di tengah pergolakan pemikirannya, dan juga di antara untaian air mata (bahagia dan duka) yang tiada henti mendera oleh peristiwa-peristiwa yang mengharukan, mendebarkan, menggetarkan, bahkan nyaris merenggut kegadisannya!!!Baginya, pencarian adalah sebuah upaya agar batin dan jiwa tidak mudah ter-guncang, demi mengenal Allah, memahami cinta dan kasih-Nya, memahami takdir-Nya, dan memahami pentingnya rasa ikhlas hanya kepada-Nya. Sungguh, betapa nikmat mampu merasakan cinta kepada-Nya, rindu kepada-Nya, dan dzikir kepada-Nya.



Inilah novel religius terkini karya Taufiqurrahman al-Azizy, Munajat Cinta 2, yang akan menjawab semua kegelisahan ribuan pembaca Munajat Cinta 1. Sangat memikat, penuh hikmah, dan motivasi kehidupan.



Munajat Cinta 1 : kot2 la korang nak cari yg 1st before baca yg 2nd ni. ni ha cover dia...




Happy BestDay Acun!!!

Happy Birthday Myspace Comments
MyNiceSpace.com

Wednesday, August 12

Lagi Mininovela Baru dari Fajar Pakeer

Dari website Fajar Pakeer: Kisah yang padat dalam bentuk Mini Novella. Terbaru daripada Fajar Pakeer Sdn. Bhd. untuk anda. Akan menemui anda!!!

ish lagi2 tambah ke excited an aku jer nih... tambah2 ada plak buku Bikash yg memang dah berakaq aku tunggu, at last kuar jugak Bukan Pilihan Hati. hehe.. dah lama tergoda ngan teaser citer nih... Akhirnya muncul jugak. aku tengok mininovela yg lain pun menarik nyerrrrr nak borong! hehe.


sinopsis Kasih Merah Jambu

Pertama kali Geng Panda bertemu Pinky Girls, mereka mula melancarkan perang. Masing-masing berazam akan membalas dendam antara satu sama lain. Shark takkan lupa bila dia bermandikan jus tembikai ketika dia berlagak macho mahu memikat si gadis merah jambu.
Pertemuan mereka tidak terhenti di situ. Mereka ditakdirkan bertemu lagi di Success Institute. Hobi mereka hanya tahu mengenakan antara satu sama lain. Pinky Girls takkan tenteram selagi misi mengenakan Geng Panda tak dijalankan. Geng Panda takkan duduk diam bila Pinky Girls mula buat hal. Segala pembalasan dendam tahap maut punya!

Kata-kata yang keluar daripada mulut Geng Panda ibaratnya macam keluar api daripada mulut naga. Pinky Girls pula takkan biarkan Geng Panda sesuka hati menyakat mereka.
Masing-masing besar kepala. Dua-dua tak nak mengalah. Mereka tak pernah cuba untuk berbaik. Tapi… siapa kata Geng Panda tak ada hati perut. Satu peristiwa boleh melenyapkan segala sakit hati yang berbuku di jiwa. Lalu, berbekalkan penyesalan yang beraja di hati, masing-masing bertemu muka, sambil di kepala mula bermain dengan perkataan ‘maaf.’


Sinopsis Jatuh Cinta Lagi:


Pertemuan tanpa dirancang antara An Nuur dan Adzim membuatkan mereka berkongsi rasa yang sama. Masing-masing kecewa dengan cinta pertama. Dalam An Nuur cuba mengubah hidupnya bersama teman baru Razif kembali untuk menagih kesetiaannya.

Dalam kekalutan yang singkat, mainan perasaan menghantui empat hati ini. Izan cintakan Adzim sedangkan Azim sudah mula menyukai An Nuur. Razif yang dahulunya meninggalkan An Nuur semata-mata untuk Dilla kini mula faham yang Dilla tidak mampu menjadi seperti An Nuur.

Apakah An Nuur akan jatuh cinta lagi kepada Razif, bekas tunangnya atau memilih Adzim lalu mencalarkan persahabatan antaranya dengan Izan? Atau sebaliknya?Kalau dia jodoh awak, dia akan cari awak.

Sinopsis Bukan Pilihan Hati:

Lelaki itu pilihan hati baba dan amma, bukan dia.

Lelaki itu pilihan hati Sera, bukan dia.

Jadi, bagaimana boleh dia mesrai hati seorang lelaki yang hatinya sendiri tidak berkehendak? Dia, Nur Raniaa, tidak tahu bagaimana mahu menggarap sayang untuk Fathi. Tidak juga tahu bagaimana mahu menerima suami sendiri apabila penerimaan itu mengakibatkan dia hilang kawan baik.

Jadi, salahkah kalau dia tidak mahu beri peluang hati menerima bukan pilihan hati? Silapkah kalau dia tidak boleh terus membenci apabila hati mula kenal cinta kepada Fathi sedang Sera lebih layak?



sinopsis Cinta Untuk Indah

Indah Chempaka dan Irham Haqim dipertemukan kembali tanpa diduga. Namun, pertemuan ini langsung tiada manisnya. Ada saja perbalahan dan peperangan dingin yang tercipta di antara mereka. Dalam dingin ada kasih yang disemai. Dalam benci ada rindu yang bertandang.

“Kaulah cinta pertamaku… Kekasihku yang selama-lamanya”Itu kata Irham Haqim, meletakkan Indah Chempaka di dalam hatinya. Namun, apa pula kata Indah Chempaka buat Irham Haqim? Masih meletakkan kasihnya buat lelaki itu atau lupakan saja kisah di antara mereka?

Apakah dalam diam, benih cinta sudah kembali bersemai di antara mereka?







sinopsis Cinta Tak Bersyarat:
Sinopsis
‘Kalaulah bulan itu berhampiran dengan bumi, sudah lama aku gapainya. Kalaulah bintang itu berkilauan tanpa mengira siang dan malam, tak perlulah aku pasangkan lampu di teratak indahnya dan kalaulah cinta aku dibahagikan dua, pastinya hanya untuk Adriana dan Erin sahaja yang bertakhta di hati !’




sinopsis Gaun Cinta

Biarlah Gaun ini jadi lambang dan saksi Cintaku kepada dirimu.

Ek eleh! Apa ke poyonya mamat tu. Siap bawak payung lagi. warna Pink Panther pulak tu… Isy, memang sah-sah dan confirm Auw! Mirzan Hanni mengutuk tanpa belas. Matanya lincah menjalankan scanning terhadap makhluk yang dimaksudkan.
Fazral Rafzan tetap selamba kodok, tidak terkutil langsung dengan tingkah dan tindakan gaya minah sengal ala-ala spesis makhluk asing yang baru nak kenal manusia. Itu pula komen pertama Fazral Rafzan akan sikap Mirzan Hanni, gadis brutal persis jantan menurut pandangan matanya.
Memang poyo dan auw sangatkah si Fazral Rafzan hingga dengan senang hati Mirzan Hanni menyedekahkan anugerah yang membawa gelaran “nyah” kepadanya? Atau memang si Mirzan Hanni aci stok mulut over insuran? Sesedap rasa bak Sirim yang memberi label walau label yang diberinya tak pernah dipinta jauh sekali dibuat permohonan malahan memang tak akan mendapat kelulusan badan berkenaan, [SIRIMlah mana lagi], tapi Mirzan Hanni peduli apa.
Namun, tanpa mereka sedar, pertemuan tak sengaja dalam persepsi berbeza itulah yang telah mengheret keduanya pada satu perhubungan yang tidak mampu mereka tolak dan elak. Macam-macam yang berlaku dan segala kemacaman itulah yang seakan menjadikan keduanya bagai medan magnet berlainan kutub yang menarik di antara satu sama lain.
Bagaimanakah kepoyoan berjaya mengundah-gulanakan kebrutalan emosi dengan serangan virus tak bervaksin? Apa kaitan sehelai gaun dalam hidup gadis bernama Mirzan Hanni dan kritikal sangatkah ke‘Nyah’an Fazral Rafzan dalam kepoyoannya? Siapa yang bakal menggula-gula dan siapa pula yang bakal dilollypop...
Nantikan jawapannya di dalam Mini Novella terbitan terbaru dari Fajar Pakeer yang bakal berada di pasaran tidak lama lagi.

sinopsis Lakaran Rindu
Hubungan rapat antara Karina dan Haris bermula sejak kecil lagi. Di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan namun takut untuk diluahkan. Masa yang berlalu memisahkan mereka lantaran Haris yang melanjutkan pelajaran ke luar negara. Hanya surat dan e-mel menjadi penghubung antara mereka berdua.
Kemunculan Mr. Driver yang tiba-tiba muncul mengganggu ketenteraman hidup Karina. Bermula dengan pertemuan pertama yang menyakitkan hati sehinggalah pertemuan berikutnya. Adakah ini semua hanya satu kebetulan apabila dia ditemukan kembali dengan pemuda itu?
Karina bertekad melancarkan perang dingin dengan Mr. Driver tersebut. Namun dia mula senang setelah mengenali pemuda itu. Dia akui pemuda itu mempunyai keistimewaan tersendiri. Namun, hatinya sudah diberikan kepada orang lain. Tak mungkin dia akan berpaling!
Dalam meneroka persahabatannya dengan Mr. Driver serta rindunya yang sentiasa menanti kepulangan Haris, dia menerima satu kenyataan yang sukar untuk diterima. Kenyataan yang membuatkan dia menjauhkan diri dari semua. Mampukah dia menerima kenyataan yang disampaikan Haris itu?
Dan siapa sebenarnya Mr. Driver yang selama ini mengisi hari-harinya?.




SeLamaT Ulang Tahun Hari Lahir Kak Ju'A...



Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
Semoga panjang umur dalam kebaikan
Semoga murah rezeki lagi diberkati
Semoga detik-detik waktu yang mendatang
Adalah kebahagiaan yang tak hilang
Semoga dengan bertambah usiamu
Akan bertambah iman di dadamu
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
Jadilah dirimu permata di hati tiap insan
Bercahaya gemerlapan pada insan di sisi
Jadilah dirimu seorang hamba mengabdi
Bersyukur berzikir basah di bibir
Redha dengan setiap ketentuan takdir
Dan jadilah dirimu sendiri
Berakhlak dengan sunnah nabi
Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran...
Ikhlas dari hati seorang teman
Terima kasih atas setiap kebaikan
Moga Allah memberi ganjaran
Syukurku pada Tuhan atas pertemuan
Moga ukhwah akan berkekalan
Maafkan diri ini yang serba kekurangan
Yang tak sunyi melakukan kesilapan
Selamat hari lahir duhai kakak ...
Selamat hari lahir duhai sahabat
Berbahagia hendaknya dirimu
Di dunia dan di akhirat sana..
Amin...


Tuesday, August 4

Wo Ai Ni ALLAH


Tajuk: Wo Ai Ni ALLAH
Penulis: Vanny Chrisma W.
Terbitan PTS Litera
Harga: RM16.00
Sabah Sarawak: RM18.00
isbn: 978-983-3892-39-6
304 mukasurat

Sinopsis:

Bagaimana rasanya hidup dalam kehampaan jiwa, rohani dan sosial? Pada saat kita sedang mencari Tuhan, pada saat itu juga terasa Tuhan meninggalkan kita sendiri, sendiri dalam masyarakat yang memandang sepi.

Itu kisah yang diperjuangkan dalam novel ini, kisah seorang gadis Cina ateis, yang tidak tahu ke mana hala hidupnya. Namun pada saat kecelaruan itu dia mengerti bahawa kecelaruan itu bukan datang begitu sahaja, pasti ada yang menciptanya, dan pasti ada sebabnya. Dalam mencari punca kecelaruan itu, akhir bertemu apa itu Tuhan.

Wo Ai Ni, Allah… aku cinta Allah… tutur gadis itu pada saat dia mengerti siapa Tuhannya.

Sunday, August 2

Novel Bonus Alaf: Doa Buat Suamiku


Tajuk: Doa Buat Suamiku
Penulis: Sri Diah
Terbitan Alaf 21
Cetakan Pertama 2009
isbn: 9789831244524
RM19.90
sabah sarawak: RM22.90
"Kuserahkan harapan yang tersimpan di sanubari terdalam"



sinopsis belakang buku:


Hazwani, gadis berkarier yg memiliki segala-galanya. Namun ada satu yg kurang, dia gagal memeluk cinta seorg lelaki. Bukan dia menolak fitrah, tapi terlalu leka dgn kerjaya dan prinsip hingga mengabaikan tuntutan diri. Meski hidup solo bukanlah satu dosa, tapi hipokrit kalau dia tidak berasa cemburu melihat kebahagiaan teman seusia.
.

Kehadiran semula Iskandar, bekas tunangnya sesekali menggamit rasa. Begitu uga dgn layanan mesra Datuk Munir, bos sendiri yg saban hari cuba merapati. Dan seiring waktu berlalu, ketulusan hati Radhuan yg dikenali sejak pertemuan di bumi Esfahan, Iran membuka pintu hatinya.
.
Namun prinsipnya tetap sama, dia tidak mahu terburu buru, bimbang ada hati yg terluka. Kerna itu, di setiap suudnya doa terus dipohon agar dia tidak silap membuat pilihan. Apakah dia ditakdirkan bersama dengan salah seorg daripada mereka ataupun perlukah dia menanti lagi?

Saturday, August 1

Buku Prima: Mulanya Di Sini by Jasmawani Jisu


Tajuk: Mulanya Di Sini
Penulis: Jasmawani Jisu
PEnerbit: Buku Prima
Cetakan PErtama:2009
Harga: RM19.90

"Cinta adalah anugerah ALLAH.
Bermula dan berakhirnya cinta dengan ketentuan-Nya juga"


sinopsis belakang buku:


Terus terang dia perlukan masa utk melupakan segala kenangan lalu. Apatah lagi dia diminta menerima seorg lagi lelaki yg tidak dikenali. Hatinya yg baru sahaa terluka mana mungkin dpt menerima sebarang lelaki dlm msa terdekat ini. - Dania


Kau kejam Nia. Tergamak kau tidak tahu aku sgt mengasihimu. Kenapa masih layan si Zamani tu? Apa lebihnya dia? Pedih hati ini melihat kau dlm keadaan begitu dan menyebut pula nama Zamani! Hati aku sakit Dania - Rosham


Hati lelakinya tersentuh melihat Dania begitu. Dia sememangnya lemah dengan air mata. Dan dia tentunya lemah melihat air mata org yg dikasihinya itu. Apakah musibah yg telah menimpa gadis itu? KEnapa mesti gadis sebaik DAnia! Gadis yg dia kasihi. - Datuk Razlan.


Apakah kasihnya kesampaian dan impiannya akan terlaksana? Bila? Inilah soalan yg sering berkunjung di ingatannya dan amat payah utk dia memberikan jawapan. Walaupun dia pernah mengatakan cinta bukan bermakna memiliki tetapi dia tetap mengharap. - Zamani


Pergilah kasihku pergi menemui kekasihmu semoga mendapat rahmat-Nya. Kelam matanya digenangi air. Cepat-cepat dia sapu air mata itu - Dania.


------------------
Minat utk menceburi bidang penulisan timbul apabila saya terdengar satu rancangan di Radio IKIM. Sejak hari itu saya mula menulis sehinggalah terhasilnya MULANYA DI SINI. Dorongan dan sokongan ibu bapa, adik2 dan org yg tersyg menguatkan lagi semangat utk menulis. Perjalanan hidup insan2 di sekeliling, diri sendiri serta pengamatan kepada persekitaran mengilhamkan watak2 dlm novel sulung sy itu. Tema kasih sayang menjadi pilihan kerana kasih dan sayang tidak dpt di pisahkan dlm sebuah kehidupan. Apalagi dlm masyarakat hari ini nilai kasih sayang semakin menghilang. Semoga dgn terhasilnya MULAYA DI SINI dpt memberi iktibar kepada kita semua.
-Jasmawani Jisu-