Friday, April 3

Terbaru Dari Anita Aruszi & Hanni Ramsul


Tajuk : Biarlah YM Berbicara
Penulis : Hanni Ramsul
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM20

Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…

Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…

Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…

Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…


Tajuk : Rembulan Berdarah

Penulis : Anita Aruszi

Penerbit : Kaki Novel

Harga : RM24

REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.

Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.

Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.

Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.

Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?

10 comments:

Dyea said...

Tahniah Hanni,
Lama menanti...
X sabarnya nk jumpa Adiya n Charming...

p/s : Jumpa kt PBAKL nti..

Dyea said...

Tahniah Nita,
Hebat sehhh nita tahun ni.
3 novel sekaligus kt BF.

p/s : jumpa kt PBAKL nti.
emm..turun KL tak nti?

kaypo said...

wah.. dah keluar ker?..x sabor nak rembat ni...tahniah Hanni & Anita,

Ju'A said...

tahniah nita utk Rembulan Berdarah....weyyyy hebat nita...berderet-deret sekali keluar....

tahniah hanni utk kelahiran yg pertama ni...teruskan berkarya... berkarya...berkarya dan berkarya...

RinnTis said...

nampaknya PBAKL ni waktu terbaik utk kumpul novel2 AA :) thanks dyea for d update. ni dok kemas kini list buku utk ntah kali ke berapa *sighs*

jujun said...

lagi antara e-novel AA yg ditunggu2...cm tau2 je jun nak mencemar duli kat PABKL karang...tak sabarnyaaa..

Nita turunla kl 25hb,karang bleh la jumpa :)...

kaknOOr said...

Tahniah untuk kedua-dua penulis dari Terengganu ni. Akak memang menanti terbitnya kedua-dua novel ni.

Mazni Aznita said...

thnks semua terutama dyea yg tolong updatekan sdgkn cover ni sbnrnya belum update to frontpage website Kaki Novel..

jujun,saya pun mmg nak turun ke pesta buku pun 25hb ni atas tiket Fajar Pakeer..n frust juga sebab Kaki Novel tak buka booth tahun ni. Hehehe...anyway sy rasa buku2 Kaki Novel ada kt booth FP.

RinnTis said...

Tahun lepas tengok memang buku2 kakinovel ada baaaaaaaaaanyak kat fajar pakeer.

NickyAzrai said...

Anita Aruszi..
tahniah tahniah tahniah
ye utk buku baru

bukan takat hg je yg frust
KN x de booth tahun nie

aku sil & kuc lagilah frust
abis ler dah tak de lah
tempat kita orang nak park
buku kita org yg berguni tu nnt
huaaahuaaahuaah

lari ler alignment bahu
pikul buku
*muka seposen*