Thursday, April 30
Sigaraning
Tajuk Buku : Sigaraning
Penulis : Imaen
Penerbit : Jemari Seni Publishing
Harga : RM20.00
Cetakan Pertama : 2009
Genre: Thriller Ringan
Bintang : 5
--------------------------------------------------------
“betul atau salah itu terlalu subjektif. Dalam sesetengah perkara betul atau salah itu bukan soal hitam atau putih...selagi sesuatu benda itu tidak melanggar hukum agama, tidak melibatkan dosa pahala, betul salah itu terserah kepada pemahaman manusia...“
Apa Kata Saya:
Judulnya sahaja begitu kuat menggamit mata dan tangan untuk mengetahui cerita di dalamnya. Tiada sebarang unsur klise yang dapat dijadikan bayangan untuk saya menebak isinya. Bila dimaklumkan maksud disebalik tajuk naskhah ini hati berdetik juga tapi bila memikirkan semula sepanjang mengikuti karya-karya terdahulu penulis ini yang begitu sinonim dengan keunikannya berkarya maka saya tinggalkan dahulu masalah hati yang berdetik itu kemudian. Biarlah jawapannya saya temui di noktah terakhir nanti.
Ini buku pertama yang saya beli di hari pertama PBAKL 2009. Menghayati karya penulis yang satu ini sebenarnya bukan kerja mudah biarpun secara lahirnya kita lihat macam mudah-mudah sahaja. Saya kena menerima hakikat itu. Cabaran yang diberikan olehnya kepada saya selaku pembaca cukup hebat. Kalau tidak masakan saya terpaksa mengambil masa 11 hari membacanya. Bukan kerna apa, karya ni buat saya sering berhenti seketika tatkala melalui adegan atau potongan perkataan tertentu di dalamnya...berhenti untuk bertanya diri sendiri tentang keterlanjuran perbuatan yang telah dilakukan....begitu banyak dosa tanpa sedar yang telah terpalit dalam buku catatan peribadi. Tarbiah yang disampaikan cukup membuat saya insaf. Saya sebenarnya banyak beristighfar sepanjang perjalanan menghayati naskhah ini di dalam merenung keterlanjuran diri yang lalu. Anda juga mungkin akan melalui frasa yang saya alami ini nanti. Kalau tak percaya...bacalah sendiri!
Sigaraning yang menyaring latar kehidupan seorang pengusaha pasaraya MusliMart; Ali Imran yang melestarikan budaya perniagaan berlandaskan hukum yang menjadi ikutkan hidupnya sebagai islam. Sebagai manusia Ali berusaha melakukan yang terbaik namun sebagai manusia Ali juga tidak lari dari tersilap langkah. Ujian yang diberi padanya cukup berat. Tekanan perasaan akibat putus cinta dengan si buah hati; Salina ditambah beban masalah kewangan yang memerlukan penyelesaian singkat menjerumuskan Ali ke satu tindakan spontan tanpa sedar yang kemudiannya menimbulkan rasa kesal yang teramat, tetapi untuk berpatah balik, mana mungkin...padah yang menanti tidak pasti bagaimana nanti. Rasa takut bercampur baur dengan bimbang dan kesal membuatkan rahsia itu disimpan kejap sendiri. Hidup diteruskan seperti biasa. Bagai tiada apa yang berlaku.
Perpisahan dengan Salina sebenarnya rahmat yang penuh tersirat buat Ali bila dia dipertemukan semula dengan Vivian/Evey; teman sekampus yang dahulunya pernah menjadi teman sengketa. Persahabatan mula terjalin antara mereka dan semakin berkembang mekar. Masing-masing faham bahasa hati mereka cuma belum berupaya mengumumkannya secara rasmi!. Ali yang sedang mabuk oleh panahan cinta dan sedang menikmati warna-warna cinta yang mekar berbunga dikejutkan dengan kehadiran sang musuh yang berjaya menjejakinya . Sang musuh yang mencari’ hartanya’ yang diambil Ali dalam kejadian dulu. Ali terlupa bahawa tindakannya dahulu memang cukup besar risikonya..risiko yang akhirnya harus di bayar dengan darah dan nyawa!...lalu rakan baik yang tidak tahu apa-apa jadi korban kekhilafannya itu. Ali juga harus membayar kesilapan itu dengan begitu mahal sekali bila cinta keduanya turut meninggalkannya gara-gara tindakannya itu.
Penulis begitu bijak menjerat pembaca antara naluri simpati, berbelah bahagi dan rasa marah pada Ali Imran kerna tindakannya itu. Perwatakan Ali Imran bagai matador dalam naskhah ini. Matador di kalangan perniaga bumiputera kecil yang berjuang dan memperjuangkan haknya tanpa menggadaikan pegangan diri juga prinsip hidup. Dia diangkat penulis didalam mewakili lelaki yang punya falsafah hidup berprinsip , falsafah cinta yang tersendiri dan unik, juga lelaki yang adakala tersasar dari landasan saat diberi ujian oleh-Nya. Vivian adalah satu contoh yang memang wujud di dalam masyarakat. Insan yang enggan akur pada keesaan-Nya kerana amarah yang terkumpul hanya kerna sebuah ujian...kematian!. Penulis cukup cantik melarikkan warna watak Vivian dengan gambaran metafora sifat dalaman dirinya yang tersembunyi yang berjaya dibongkar Ali sedikit demi sedikit. Watak jahat di dalam naratif ini adalah perwatakan pembantu yang ditampilkan penulis untuk mengampuhkan lagi jalan cerita didalam menterjemahkan nilai kemanusiaan yang semakin pudar di dalam masyarakat. Mr JR, Jah juga Detektif Azlan adalah contoh kritikan penulis pada manusia-manusia yang kecundang akibat kehalobaan nafsu.
Plot cerita disunting dengan cukup baik sekali. Pertalian cerita antara bab ke bab diperhalusi dengan cukup teliti. Di kemuncak plot cerita, penulis secara dramatik menghidupkan ketegangan juga cemas pada pembaca saat Ali Imran dibawa menemui Jah, ketua kumpulan pengedaran dadah. Situasi debar, gerak tubuh jua gerak rasa kedua-dua watak ini dirakam penulis sehingga kemuncak teka, siapa yang akan hidup dan siapa yang akan tewas!
Sesungguhnya naskhah ini ditukangi dengan bisikan-bisikan tazkirah yang senada rentak iramanya ditelinga pembaca. Bisikan yang perlu diterjemahkan maknanya yang tersirat disebalik penggunaan bahasa-bahasa indah yang disusun cantik!. Mesej penulis dalam naratifnya kali ini begitu cemerlang ditunjangi Ali Imran didalam menyalurkan kesimpulan penulis tentang nilai kehidupan untuk sama-sama diteladani pembaca.
Buat sang penulis yang teramat saya kagumi cetusan idea uniknya, yang begitu saya hargai nasihat-nasihatnya, penaan anda yang cukup tersendiri di dalam melestarikan lontaran kisah pada masyarakat begitu dekat di hati... sekalung tahniah atas kupasan kisah ciptaan anda nan istimewa ini, seistimewa diri anda. Buat pembaca, buat peminat juga pencinta Imaen, Belahan Jiwanya kali ini pasti akan membuat anda terpaku!.
Friday, April 24
Rahsia Hati Sofia by Nazurah Aishah
Terbitan Jemari Seni
Tahun 2009
Lagi karya online yang dizahirkan dalam bentuk buku. Kalau yg online tu memang aku jenis susah nak menghayati. tak der feel :). Aku ni old fesyen, kena pegang dan baca baru puas.
Semalam aku mula menyelak buku ni sbb buku yang sedang aku baca tertinggal kat ofis masa kalut2 bersiap utk balik semalam. Pagi ni aku dah abis baca before mula keja.
Permulaannya dalam rentak yang biasa tapi selepas tragedi yang menimpa Sofia, cerita ni jadi tak sabar aku nak habiskannya.
Tak sangka pulak kisah ni tentang kahwin paksa, stail Nazurah Aishah nyer kawin paksa memang lain dari pada kisah2 yang pernah kita baca sebelum ini. Kalau before this kita baca buat sempadan letak binding tape atau lukis dgn kapur kat atas lantai or sekadar letak bantal peluk kat atas katil, well cara2 tu gerenti tak berkesan. hehe.. dlm citer ni heroin tu tido dgn pisau potong ikan kat bawah bantal. Gerenti husband dia tu nak menguit masa tidur pun pikir berjuta kali sbb mata pisau tu mungkin end up tenggelam dalam pusat dia. haha.
Bukan mudah sofia nak memaafkan Ikhmal. Penyampaian Nazurah Aishah mengenai kemelut dalam jiwa Sofia memang mengundang hiba dan mengalirkan air mata. Cerita yang tangkap nangis. Lu buat wa nangis la Nazurah Aishah *sob *sob (perah comforter).
kalau nak baca buku ni, boleh stop setakat ini kerana selepas ini banyak spoiler akan di reveal ya dan mungkin akan mengganggu mood membaca :)
Sofia dan Ikhmal bercinta ke? diorang sendiri tak pasti kedudukan hubungan diorang. Dari sekolah mereka saling mengenali dan mereka setia tanpa ikatan. Ikhmal seorg yang panas baran dan cepat cemburu. Dia sering keluar dgn wanita lain, tapi apabila dia terserempak dgn Sofia bersama rakan sepejabatnya kat tempat makan, dia terus dibakar cemburu. Dia menggunakan alasan keluarga utk membawa Sofia balik ke rumahnya lalu Sofia dicabul tanpa simpati.
Sofia hilang arah, dia mendpatkan bantuan Dr. Najihah. Dia enggan buat laporan polis demi menjaga kehormatan keluarga kedua-dua pihak yg dipandang tinggi dlm masyarakat. Ikhmal segera menghantar rombongan meminang namun ditolak mentah2 oleh Sofia yg tak mahu bersuamikan syaitan bertopengkan manusia. Rahsia Sofia terbongkar apabila Ikhmal sekeluarga kembali dan mahu mereka berkahwin kerana sudah terlanjur. Akibatnya Sofia dibuang keluarga dan terpaksa tinggal dgn keluarga Ikhmal. Bencinya membuak2 buat Ikhmal yang berdusta. Terlalu banyak dosa Ikhmal padanya yg tidak terampun. Ikhmalnya akhirnya membuat pengakuan mengenai kekejamannya terhadap Sofia, so dapat jugak la dia bonus penumbuk penampar penendang dari bapa tersayang dan juga bapa mertuanya. Abg iparnya awal2 lagi dah blasah dia. Padan muka. Mulai saat itu, jika Ikhmal tersilap langkah sedikit dan membuat Sofia sedih, memang dia akan menerima 'bonus' tiga serangkai sekali lagi.
Mereka cuba melayari hidup suami isteri sebaik mungkin. Rasa cinta yg sememangnya ada mekar dan penyeri hidup bakal lahir. Namun tindakan Ikhmal merahsiakan aktiviti malamnya membuatkan isterinya curiga, cemburu dan salah faham. Kemalangan yg menimpa Ikhmal sebelum kelahiran anak kedua mereka menggegarkan lagi bahtera mereka. Ikhmal tercabar dengan Nizam yang sudah lama menaruh hati pd isterinya. Dia tidak dpt membuang rasa curiga.
Nizam dan Ikhmal kedua2nya ada kekurangan yang hampir sama. Cuma bezanya Ikhmal percaya bahagia cuma akan datang bila dia dpt memberi kepuasan zahir batin pada isterinya tapi Nizam lebih mementingkan cinta dan tanggungjawab. Tak sangka pulak aku suka endingnya. Buat apa meneruskan perkahwinan yang penuh dengan curiga dan kata2 menyakitkan hati. Bukan selalu dpt tutup novel yg mcm ni dgn rasa puas. Mungkin tak semua boleh enjoy karya ini tapi bagi aku, ada keisitimewaannya :)
"Jika cinta... lepaskan
Jika rindu... pendamkan" - Nazurah Aishah
p/s: citer ni byk gak sebut lauk, kicap ngan nasi... nyumm nyumm sedapnya.. nak gi cari masak kicap lah tengah hari ni.. huhu..
rinn
sinopsis belakang buku:
Sekali air sungai melimpah…
sekali pasirnya pun berubah…
Aku dan dia kenal begitu lama, saling menyimpan rasa dan berkongsi hati. Kenapa sukarnya
untuk saling memahami? Padahal kita bagaikan bercerung jiwa!
Ini bukan cinta 3 segi! Dia dan dia bersahabat. Mereka berkongsi cerita. Namun rahsianya
hanya aku seorang sahaja yang tahu!
Ajaibnya dalam derita masih ada lagi cahaya, jalurnya memandu arah. Anehnya dalam pijar
resah, angin masih bawa salam bahagia walau seketika. Payahnya pabila cinta jadi benci.
Sukarnya nak pujuk hati biar benci bertukar rindu. Pilunya hati tatkala kau paksa aku
memilihmu, padahal kau sudah lama kupilih!
Jiwamu bagai ombak di tengah laut, pabila datang menderu kau usung segala beban ke gigi
pantai. Singgahmu sekejap cuma, tika pergi kau titipkan semuanya di bahuku seorang....
Kenapa harus begitu, Mal?
Monday, April 20
Penulis Kaki Novel di PBAKL
1.Nass Alina Noah
(Selamat Pengantin Baru Isteriku)
Jumaat & Sabtu (24 & 25 April)
12-3 ptg
2. Anita Aruszi
(Bunga Syurga & Rembulan Berdarah)
Sabtu (25 April)
12-5 ptg
Terbaru Dari Anis Ayuni
Tekad Fajar tidak mahu memikirkan soal cinta selagi puncak Kalla Pattar belum dapat ditawan akhirnya lebur apabila dia bertemu dengan Maira. Kali pertama bertentang mata, hatinya sudah ditusuk panah cinta. Namun hati si dia bagaikan tidak terusik dengan aura cintanya. Salam kasihnya dibiarkan sepi tanpa peduli.
Pertemuan demi pertemuan meyakinkan Fajar bahawa ALLAH telah menyuratkan jodohnya dengan Maira. Lalu dia terus memburu, menggempur dan akhirnya berjaya menawan hati Maira. Dilamun cinta nan indah, Fajar dengan Maira menyulam impian untuk hidup bersama di alam rumah tangga.
Rasa kesal melepaskan kilauan sebutir permata yang menjebak hati Azhan membuatkan dia bertekad untuk mengambil Maira kembali, sekalipun dia tahu tangannya pasti akan tertusuk duri. Dijaja rasa hati yang tidak bahagia untuk meraih simpati, sedangkan bagi Maira sama ada Azhan berbahagia, sudah tunggang-terbalik atau telungkup rumah tangganya, dia peduli apa. Azhan bukannya kahwin paksa, sebaliknya dia berkahwin dengan wanita pilihan hati. Bukan setakat nanar, tetapi dia menjadi separuh gila selagi dia tidak mengahwini Sofia. Kesudahannya ...
Saturday, April 18
Terbaru dari Alaf Sempena PBAKL
Wednesday, April 15
Jadual Penulis Alaf 21 di PBAKL PWTC 2009
17HB (JUMAAT)
1. LIZA ZAHIRA
2. DURRA FATIHA
3. HEZZY AZRA
18HB (SABTU)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. SERUNAI FAQIR
4. EYMAN HYKAL
19HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. HASREEYATI RAMLI
4. USTAZ MASZLEE MALIK
5. EYMAN HYKAL
20HB (ISNIN)
1. HASREEYATI RAMLI
2. DURRA FATIHA
21HB (SELASA)
1. DURRA FATIHA
22HB (RABU)
1. DURRA FATIHA
23HB (KHAMIS)
1. Dr HM Tuah Iskandar
(10.00 – 11.00 pagi)
24HB (JUMAAT)
1. RANIA FIRDAUS
2. HEZZY AZRA
3. ROZITA ABDUL WAHAB
4. LEEYA MYRA
5. SANIA YASMIN
25HB (SABTU)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. LEEYA MYRA
4. LYNN DAYANA
5. FATIN NABILA
6. ALEYA ANESSA
7. AIMI HUSNA
8. EYMAN HYKAL
26HB (AHAD)
1. RAMLEE AWANG MURSHID
2. ANIS AYUNI
3. FATIN NABILA
4. INTAN ARDINA
5. LYNN DAYANA
6. ALEYA ANESSA
7. LEEYA MYRA
8. SANIA YASMIN
9. AIMI HUSNA
10. EYMAN HYKAL
Tuesday, April 14
KarnaDya - PBAKL
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua warga KarnaDya,
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 akan berlangsung pada 17 April hingga 26 April 2009. Pihak KarnaDya ingin menjemput semua ahli KarnaDya datang ke booth kami bagi memeriahkan lagi pesta buku.
Kali ini, KarnaDya menyediakan beberapa produk baru untuk pembaca sekalian termasuk 'Chick-Lit', Novel Grafik, dan Buku Mewah/Coffee Table book. Novel-novel terbaru dari penulis-penulis profilik (Aina Emir, Mimie Afinie), serta buku-buku inspirasi dan novel awal remaja terkini turut berada di booth kami di Ground Floor, PWTC.
Dapatkan buku-buku keluaran kami dengan diskaun-diskaun yang hebat. Jangan lupa temui penulis-penulis kami di sana. Sebarkan maklumat ini kepada rakan-rakan anda!
JUMPA DI SANA YA!!!
Monday, April 13
Akan Datang Dari Puteri Andalas
Novel "Yang Tak Terluah", nukilan Puteri Andalas mengisahkan rentetan perjalanan hidup Manisah yang penuh dengan ujian dan dugaan.
Bermula dengan pengorbanannya mengahwini Mahdi yang kudung kaki dan tangannya. Kemudian dia kehilangan emak dan suaminya akibat ribut yang telah meranapkan rumah mereka. Ditambah pula dengan Normah, ibu mentuanya yang telah menyalahkannya di atas kematian Mahdi lalu menghalaunya yang sedang berbadan dua. Hidup Manisah bagaikan layang-layang terputus tali.
Kehadiran sepucuk surat yang dipercayai daripada ayahnya (yang telah lama terpisah darinya) telah membawa Manisah ke Kampung Setia, Kelang. Di situ, dia mula mengenali Cikgu Senah, Pak Cik Azizul, Jimi Johan, Anang Johan dan Uncle Hamdan.
Di situ jugalah kisah emaknya terbongkar dan menuntut pengorbanan kali kedua daripada dirinya. Kisah yang penuh dengan tauladan, sesalan dan meruntun hati ini bakal menemui anda pada bulan Mei, 2009 nanti.
Saturday, April 11
Bila Dah Suka by Mimie Afinie
Tajuk Novel: Bila Dah Suka
Penulis: Mimie Afinie
Cetakan Pertama: Tahun 2009
sinopsis belakang buku:
Kata orang, cinta pertama paling sukar untuk dilupakan. Kata orang lagi, bila kecewa dalam bercinta, kita memerlukan masa yang lama untuk sembuh. Benarkah begitu? Kalau benar, masakan dia senang sangat jatuh cinta dan senang pula melupakan?
Sebelum ini, sudah dua kali. Kini, hatinya terisi dengan nama lain pula. Mudah sungguh. Mungkin betul, dia memang jenis yang tidak boleh dibuat baik. Pantang orang buat baik sikit, senang sangat nak beri hati. Entahlah... Tapi apa sekalipun, dia yakin yang dia cintakan si dia. Cinta sungguh-sungguh.
‘BILA DAH SUKA’ membawa anda menyelami hati seorang gadis genit bernama Nurul Huda. Dia yang kecewa dengan perkahwinan insan yang dicintai membawa diri ke utara tanah air. Tetapi setiba di sana, sesuatu yang tidak diduga telah menimpa dirinya, lalu mengubah perjalanan hidupnya.
MIMIE AFINIE tampil sekali lagi dengan sebuah karya yang mampu ‘meringankan’ kepala anda dengan bahasa mudah dan bersahaja. Seperti biasa, ada unsur-unsur humor, suspens dan juga sedih. Moga terhibur...
Wednesday, April 8
Aktiviti PBAKL
click sini untuk jadual pesta buku kat pwtc nanti. yg menariknya..
tarikh: 25 Apr 2009
masa: 5.00pm-7.00pm
aktiviti: Pelancaran Buku dan Filem Ketika Cinta Bertasbih - Habibur Rahman.
tempat: Ruang Legar/Lobi PWTC
penganjur: Al-Hidayah Publishers
kiranya pak habib ada la tahun ni? hehe.
Tuesday, April 7
Jadual Penulis Fajar Paker Di PBKL
PWTC
17-26 April 2009
3026, 3027, 3042 & 3043
(Dewan Tun Razak 3)
Sesi bertemu penulis FP:
- Cempaka Meerniz
- Ebriza Aminnudin
- Sofieza Isqandar
- Suria Areesya
- Mahizan Husain
- Wannie Nordin
- Fateen Najwa
- Dinaz Salsabila
- Qaseh Qaisara
- Ellise Gee
- Eny Ryhanna
- Romibaiduri Zahar
- Sarnia Yahya
- Nor Rafishah Md. Hassan
- Anita Aruszi
- Umaira Dzul Widad
- Siti Rozilah
- Rehal Nuharis
- Hafirda Afiela
- Ezi Afiza
Terbaru Dari KarnaDya
Monday, April 6
Trionovel Bulan April Dari Alaf
Friday, April 3
Terbaru Dari Anita Aruszi & Hanni Ramsul
Abang Kamal…
Walau segunung cinta yang kau hadiahkan padaku, terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun, mengapa ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati? Membuat hatiku berlagu sendu? Mengalun irama indah di hati…
Encik Firdaus…
Memandang wajahmu, mengapa debar sering bertandang? Cintakah itu? Sungguh aku tidak pasti, kerana, cinta memang tidak pernah wujud di hati ini.Dan, kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini? Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi…
Charming…
Siapa pun engkau, mengapa aku rasa begitu rapat padamu. Hatiku begitu hampir denganmu. Derai tawamu, membelai bahagiaku. Bicara tanpa wajahmu, membuat aku kelemasan menanggung rindu. Sungguh aku ingin wujudkanmu di alam nyata. Namun, keberanian tidak pernah muncul di hati ini, sedang citaku cuma satu. Menjadi suri di hatimu…
Aku…
Aku penasaran sendiri. Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu. Mentafsir di mana letaknya, cinta, sayang dan simpati. Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu. Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainan duniawi ini…
Tajuk : Rembulan Berdarah
Penulis : Anita Aruszi
Penerbit : Kaki Novel
Harga : RM24
REMBULAN BERDARAH adalah buah tangan terbaharu daripada Anita Aruszi, yang pernah bekerjasama dengan KN dalam penerbitan BUNGA SYURGA tahun lepas. Kisah Rembulan Berdarah menceritakan komplot ahli keluarga sendiri untuk membolot harta kekayaan secara mutlak. Cerita yang penuh dengan suspen, 'thriller' dan cinta.
Dia..tidak pernah meminta apa-apa. Cukuplah sekadar dia disayangi. Dan ibarat seorang puteri dalam cerita dongeng, dia bertuah kerana disayangi semua orang meskipun hakikatnya dia hanyalah anak orang gaji di rumah Zainal Ikram. Di situ juga persahabatannya dengan anak tunggal Zainal Ikram, membuahkan erti kasih yang cukup tulus.
Namun mimpi tak selalunya indah, apabila pembunuhan Zainal Ikram menjadikan ayahnya suspek utama. Dan kebencian Engku Latifah memaksa dia dan ibunya pergi meninggalkan rumah itu buat selama-lamanya.
Penganiayaan demi penganiayaan melontar dirinya jauh ke dalam dunia Zafran dan ayahnya Bustaman. Kerana mahu menyelamatkan diri, dia terpaksa menukar identiti diri dan hidup sebagai adik Zafran. Tetapi hidup bersama Zafran rupanya lebih sukar bila hati Zafran mula terpaut. Sedangkan rindunya pada Nashriq Adli ibarat air yang tidak putus mengalir. Dan setiap rindu yang dirasakannya dilakar dengan air matanya.
Apakah perlu dia meleraikan dendam demi cinta? Atau haruskah dia melupakan cinta untuk menuntut kembali apa yang telah dirampas darinya?
Thursday, April 2
YUNA .. DEEPER CONVERSATION
busy tahap gaban
so..
sebagai ganti diri
enjoy ler Video Clip Yuna nie
aku minat dia
:D
Deeper Conversation By Yuna
Is your favourite colour blue?
Do you always tell the truth?
Do you believe in outerspace?
Now I'm learning you
Is your skin as tanned as mine?
Does your hair flow sideways?
Did someone took a portion of your heart?
Now I'm learning you
And if you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
I let my guard down for you
And in time you will too
If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
If you don't mind
Can you tell me
All your hopes and fears
And Everything that you believe in
Would you make a difference in the world
I'd love for you to take me to a deeper conversation
Only you can make me
4x
Deeper Conversation
Does ur name rhyme with mine...
Wednesday, April 1
Sakti Cinta
TAJUK BUKU : SAKTI CINTA
PENULIS : ANITA ARUSZI
PENERBIT : iBOOK PUBLICATIONS
HARGA : RM23.90
CETAKAN PERTAMA : 2008
GENRE : DRAMA & MISTERI.
BINTANG : 4
-----------------------------------------------------------
Terbang burung di waktu senja,
Berlegar-legar di langit mega,
Ingin sekali hati bertanya,
Dimanakah saktinya cinta?...”
Apa Kata Saya :
Buku ini sedari awal sudah mencuri perhatian ramai pengikut setia penulis berbakat ini.. Saya perlu menunggu hampir 11 purnama sebelum saya mampu melihatnya berada di depan mata, memegangnya lalu mendakapnya ke dada….hmm, namun penantian saya itu saya rasakan cukup berbaloi. Buku ini mencuri hati saya dari sudut persembahannya yang penuh persoalan . Ia sebuah naskhah yang memberikan satu perspektif corak pembacaan yang sedikit berlainan rentaknya berbanding 2 naskhah terdahulu penulis ini; Dedalu Di Hati & Bunga Syurga.
Sakti Cinta (Sakti Cinta) membawa tema kasih sayang yang mendasari keseluruhan perjalanan naratif naskhah ini. Kasih sayang yang hilang antara sang ibu dan anak adalah sub tema kepada tema utama yang difokuskan penulis yakni kasih sayang yang tersembunyi antara seorang abang pada adik angkatnya yang dirasakan secara amnya bukanlah tema yang asing dalam penulisan kreatif tanahair namun ditangan Anita Aruszi tema ini diperhalusi dengan cukup baik agar nampak segar dimata pembaca juga sangat dekat dengan hati nurani kita.
SC membawa pembaca kepada kisah 2 insan, Dina Azura dan Diazey Hafizi yang dibesarkan dengan dimomokkan dengan pertalian adik beradik oleh kedua ibu bapa mereka walau hakikat mereka tiada pertalian darah. Si abang yang awal-awal sudah mengetahui rahsia itu mula menyukai“adiknya“ secara diam-diam dan kerna terbelenggu dengan bebanan perasaan itu dia mula menjauhi Dina, bertindak kasar dan sedikit keterlaluan padanya dan hingga pada kemuncaknya dia cuba mencabul kehormatan adiknya itu kerana keliru dengan dirinya sendiri. Rasa malu dan bersalah itu membawa dirinya jauh dari Dina dan keluarga. Dina yang tercari-cari silap dirinya dibiarkan terkapai-kapai mencari jawapan. Dina tanpa diduga juga didatangi rasa aneh yang sama dirasai abangnya itu. 10 tahun menghilang, Diazey pulang dan tindakannya menghindarkan diri dari Dina kerana peristiwa hitam dulu membawa padah pada diri sendiri. Perasaan itu makin kuat, namun dia gagal meluahkan misteri diri Dina yang sebenarnya. Dia takut akan kehilangan Dina buat selama-lamanya jika ia terbongkar. Dia bimbang Dina tidak dapat menerima tamparan hebat itu nanti andai rahsia yang disimpan erat oleh mereka bertiga selama 15 tahun terlerai. Kita percaya Tuhan itu maha kaya. Pertemuan Dina dengan Alma Katherine yang sudah sedari pandang pertama jatuh sayang padanya adalah titik tolak yang merungkai misteri diri Dina yang sebenarnya.
Dina Azura, Diazey Hafizi adalah peneraju utama yang menjadi nadi kekuatan naskhah SC ini. Saya cukup tertarik dan jatuh hati dengan perwatakan Diazey yang cukup misteri, cukup bersahaja, namun penuh berkarisma biarpun yang menjadi misteri latar belakangnya adalah watak Dina. Perwatakan 2 tonggak utama ini dibina dan diperhalusi penulis dengan cemerlang sekali. Saya sukakan watak Zurainissa & Alma Katherine yang saya rasakan adalah watak-watak pembantu yang begitu menguatkan jalan cerita juga persembahan naratif SC ini. Antagonis Hisyam Amar dan Marini kurang menyerlah sedikit. Saya rasakan mungkin penulis hanya mahu memfokus kepada watak putih sahaja. Natijah yang ditimpa pada kedua-dua watak hitam ini di penghujung cerita adalah penamat watak mereka.
Plot cerita dibina tidak berorientasikan jajaran kronologi dan setiap imej imbasan kembali yang disingkap, ia disampaikan dengan cukup kemas, berhati-hati tanpa sedikitpun menghilangkan tumpuan pembacaan. Pergerakkan plot yang selari dengan mood penceritaan telah menambahkan lagi keindahan warna SC. Penggunaan laras bahasanya juga mudah , tiada penggunaan unsur-unsur estetika yang berat untuk dihadam pembaca.
Buat penulis, sekalung tahniah atas persembahan hebat anda dalam Sakti Cinta. Semoga akan terus menghasilkan karya-karya yang cemerlang di masa hadapan. Saya menunggu kehadiran 2 naskhah anda; Hujan Rindu dan Rembulan Berdarah yang juga sudah mencuri hati saya awal-awal lagi...hehe
Bunga mawar bunga kenanga,
Bunga melur beraneka warna,
Jika mahu tahu Saktinya Cinta,
lekas-lekas beli naskhahnya.....
Selamat mencari dan semoga bertemu Sakti Cinta.